Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, August 24, 2010

AMK Melaka: Jejak Fakir Ramadhan 2010


14 Ogos 2010, (sabtu), Alor Gajah - Angkatan Muda Keadilan Melaka hari ini memulakan siri Jejak Fakir Ramadan di Parlimen Alor Gajah bersempena bulan Ramadan yang mulia ini. Program yang telah menjadi acara tahunan ini, mendapat sambutan yang menggalakkan setiap tahun. Alhamdulillah AMK Melaka juga mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sudi memberi sumbangan dan juga Keadilan Cabang Alor Gajah yang diwakili oleh Sdr Ibrahim Osman.

Program ini bermula di Parlimen Alor Gajah dan sebanyak 20 buah rumah yang telah dikunjungi. Kebanyakkan merupakan golongan tua dan ibu tunggal. Ada diantara meraka yang telah mendapat bantuan daripada JKM dan MAIM dan ada yang belum, namun inisiatif sumbangan ini adalah meringankan beban hidup yang dihadapi oleh mereka.

Di samping menziarahi mereka, anggota AMK Melaka juga memberi sedikit sumbangan untuk perbelanjaan mereka bagi menghadapi hari lebaran kelak. AMK juga mengambil peranan untuk membantu mereka yang masih belum mendapat bantuan daripada badan-badan berwajib. Insyaallah kami akan menghantar nama-nama mereka ke JKM atau Majlis Agama Islam Negeri.

Program ini akan berterusan ke Parlimen-parlimen lain diseluruh Melaka seperti yang telah ditetapkan, justeru kami mempelawa kepada orang ramai yang sudi menderma dan memberi maklumat tentang Fakir Miskin di Melaka boleh menghubungi Sdr Zamzizul 019-6552646 dan Sdr Farhan 012-6843840. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Nya.

Salam Reformasi

Hairiz Nordin
Ketua AMK Melaka.

Monday, August 23, 2010

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DALAM MESYUARAT TERGEMPAR PADA 22.8.2010 DI KOMTAR, GEORGE TOWN.

KENYATAAN BERSAMA PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG DALAM MESYUARAT TERGEMPAR PADA 22.8.2010 DI KOMTAR, GEORGE TOWN.

Mesyuarat tergempar PR dipanggil hari ini berikutan permainan isu "Guan Eng gantikan Agong" yang digembar-gemburkan oleh UMNO dan media massa.Permainan politik oleh UMNO ini adalah begitu karut kerana hanya orangtak siuman dan berniat jahat baru berani menggantikan nama DYMM YDPAgong dengan nama lain.

Dalam mesyuarat tersebut Ahli EXCO Negeri Pulau Pinang portfolio agama Islam YB Abdul Malik Kassim telah menjelaskan teks khutbah yang disediakan oleh MAINPPdan JAIPP.

10 usul telah diluluskan dalam mesyuarat tergempar PR Pulau Pinang yang dipengerusikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Pakatan Rakyat Lim Guan Eng:-

1. Melafazkan ikrar taat setia kepada DYMM Yang di Pertuan Agung sebagai pemimpin terunggul negara atau Kepala Utama bagi Persekutuan menurut Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dan juga sebagai Ketua agama Islam bagi Negeri Pulau Pinang menurut Perkara 5(2) Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.

2. Melafazkan ikrar taat setia kepada Yang di Pertua Negeri Pulau Pinang mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang.


3. Menegakkan Islam sebagai agama rasmi negeri; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan harmoni menurut Perkara 5(1) Perlembagaan Negeri PulauPinang.

4. Mengulangi sokongan ke atas dasar kerajaan negeri Pulau Pinang yang diumumkan oleh Ketua Menteri mengharamkan judi bola yang pada awalnya diluluskan oleh UMNO.

5. Menyokong pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri yang diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran kerajaan negeri, MPPP, MPSP dan agensi kerajaan negeri yang dibuat pertama kalinya dalam sejarah Malaysia.

6. Mengutuk amalan politik kotor dan jahat UMNO dan media massa yang dikuasai iniyang memainkan isu "Guan Eng gantikan Agong" dalam doa khutbah kedua solat Jumaat yang merupakan satu fitnah jahat yang dilakukan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

7. Menafi kandungan keras dakwaan UMNO kerana teks khutbah Jumaat yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) tidak pernah menggunakan nama Ketua Menteri bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong serta Kerajaan negeri, JHEAIPP atau YAB Ketua Menteri sendiri juga tidak pernah menerima atau mengeluarkan arahan secara lisan mahupun bertulis kepada mana-mana pihak untuk menggunakan nama Ketua Menteri.

8. Mendesak UMNO mengambil tindakan terhadap mana-mana khatib/imam mesjid yang dapat dibuktikan telah terpesong atau lari daripada teks khutbah yang disediakan dengan menggantikan nama DYMM YDP Agung dengan nama YAB Ketua Menteri Pulau Pinang.

9. Mendesak BN dan UMNO hentikan permainan politik kebencian di kalangan orang ramai yang menimbulkan ketegangan kaum dengan cuba mengaitkan imam/khatib yang tidak mengikut teks khutbah yang disediakan, kalau ada, dengan fitnah penggunaan nama YAB Lim Guan Eng diarahkan olehkerajaan negeri.

10. Menyeru rakyat and penyokong PR bersikap tenang dan tidak masuk perangkap UMNO untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada program baik kerajaan negeri meluluskan program pemberian kewangan khas Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM 400 kepada semua ahli pentadbiran dan agensi kerajaannegeri, pemberian tahunan RM 100 wang penghargaan warga emas,menambahkan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak 100% kepada RM 24.3juta pada 2010 berbanding dengan RM12.5 juta pada 2008 dengan sumbangan Ihya Ramadan dan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), serta mengharamkan perjudian bola selaras dengan prinsip amar maaruf nahi mungkar.


YB Dato Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang
Pengerusi PKR Pulau Pinang

YB Chow Kon Yeow
Pengerusi DAP Pulau Pinang

Ustaz Rosidi Hussain
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

Thursday, August 19, 2010

KEADILAN Melaka Desak Kerajaan Melaka Wartakan Rizab Tanah Orang Asli

Kenyataan Media

18 Ogos 2010


AlorGajah, 18 Ogos - Kerja menggorek pasir di kawasan tanah Kampung Orang Asli Kubang Badak di Tebong telah merosakkan tanaman pokok getah OrangAsli sehingga menjejaskan mata pencarian dan hak ke atas tanah golongan terpinggir ini.

Tinjauan Ketua Angkatan Muda PartiKeadilan Rakyat (AMK) Cabang Alor Gajah, Ginie Lim Siew Lin bersama TokJenang Akau bin Kendong pada Ahad lalu (16 Ogos) mendapati tiga jenterapenggorek pasir yang beroperasi di sungai berdekatan dengan kampung Orang Asli telah mengakibatkan hakisan tanah yang amat serius.

"Tigajentera penggorek pasir mula beroperasi kira-kira tiga minggu laludengan merosakkan tebing sungai supaya pasir mengalir masuk ke kawasanlombong pasir dengan senang, akibatnya pokok getah di sepanjang sungaiitu tumbang disebabkan hakisan tanah," jelas Tok Jenang Kampung KubangBadak itu.

Menurut Akau, anggaran 50 pohon pokok getahtelah tumbang sejak kerja mengorek pasir yang dikendalikan oleh sebuahsyarikat yang bernama Hijrah Waja (M) Sdn Bhd bermula kira-kira tigaminggu lalu.

Akau pada Ahad lalu telah membuat laporanpolis di Balai Polis Tebong, Melaka bagi mengadu masalah kehilanganmata pencarian akibat kerja menggorek pasir dan mendesak pihak polismenjalankan siasatan terhadap perkara ini.

Ginie Limmempersoalkan apakah syarikat menggorek pasir itu memiliki lesen yangsah; dan apakah kaedah yang digunakan itu menepati syarat-syarat dibawah Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Alam Sekitar keranalombong pasir tersebut hanya terletak lebih kurang 2km dari landasankeretapi KTM?

Ginie Lim turut mendesak agar kawasan tanahKampung Orang Asli Kubang Badak diwartakan sebagai Rizab Orang Asli dibawah Seksyen 7 Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), merujuk kepada Seksyen76 Kanun Tanah Negara 1965 kerana penduduk Kampung Orang Asli KubangBadak merupakan Orang Asli setempat dan menjalankan kegiatan tanaman dikawasan ladang seluas 2 hingga 6 ekar mengikut kemampuan sendiri.

"KerajaanMelaka seharusnya mencontohi langkah Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat agar mewartakan tanah rizab Orang Asli kerana pemberian milik tanah secara individu di kalangan masyarakatOrang Asli adalah satu-satunya penyelesaian untuk menjamin hak OrangAsli ke atas tanah," ujar Exco AMK Pusat itu.

Menurutnya,Orang Asli sebenarnya masih jauh ketinggalan dari segi pemilikan tanah.Setakat ini, hanya 0.03 peratus sahaja tanah yang dimiliki secaraindividu daripada jumlah keseluruhan pemilikan tanah di Semenanjung.

"Olehsebab tiada hak milik berdaftar, hak-hak mereka telah dinafikan apabilaberlaku urus niaga atas tanah; atau kegagalan menerima bayaran pampasanyang setimpal apabila berlaku pengambilan tanah," sambung Ginie Lim.

Ginie Lim Siew Lim
Ketua Angkatan Muda Cabang Alor Gajah
Timbalan Ketua Angkatan Muda MelakaExco Angkatan Muda Pusat
012-6693453, ginielim@gmail.com

LAPORAN QAZAF TERHADAP SENATOR EZAM

Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) akan membuat laporan Qazaf terhadap Senator Ezam Mohd Nor di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada hari ini Khamis, 19 Ogos 2010 jam 2ptg.

JOM AMK turun RAMAI2. Berkumpul di Masjid Negara Jam 2ptg…

LAWAN TETAP LAWAN…

Monday, August 9, 2010

AMK Melaka Edar Jalur Gemilang


Sidang Media AMK Melaka

7 Ogos 2010.

Bandaraya Melaka- Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka telah mengadakan program semarak Jalur Gemilang pada hari Sabtu yang lepas bertempat di Pasar Besar Melaka Sentral dan kawasan gedung beli -belah di bandaraya Melaka. Program tersebut telah dihadiri dengan seluruh Ahli Jawatankuasa AMK Melaka seramai 15 orang. Pada Program ini juga AMK Melaka berpeluang jumpa pengundi muda dan mengedarkan sebanyak 6000 keping jalur gemilang untuk dilekatkan di kereta.

Inisiatif ini, merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh AMK Melaka didalam usaha untuk membantu menyemarakkan semangat Kemerdekaan kepada semua rakyat. Disamping itu juga AMK Melaka dapat mempromosikan Keadilan Melaka dengan mengedarkan juga akhbar rasmi Keadilan yang telah digantung permit oleh KDN baru-baru ini. Sudah tentu AMK Melaka amat kesal dengan cara menyekat kebebasan akhbar kepada parti-parti pembangkang yang berdaftar di negara ini dan ini mencemarkan semangat Demokrasi dan Kemerdekaan.

AMK Melaka juga merasakan kekecewaan dengan tindakkan kerajaan UMNO/BN yang menaikkan harga minyak dan gula baru-baru ini. Sudah tentu rakyat terpaksa menanggung beban perbelanjaan yang tinggi khususnya umat Islam yang juga akan berpuasa si bulan Ramadhan. AMK Melaka mendesak agar kerajaan kembalikan semula subsidi kepada rakyat dan mengurangkan ketirisan akibat Rasuah dan penyelewengan. Walaupun kerajaan menyatakan bahawa kerajaan dapat menjimatkan RM 130 juta hasil dari penarikkan subsidi namun kerugian terhadap PKFZ yang mencecah berbilion ringgit perlu diberi perhatian.

Didalam konteks sejarah, AMK Melaka juga melihat bukan sahaja UMNO yang berjuang untuk memerdekakan negara malah seluruh rakyat berbilang kaum dan agama memainkan peranan. Peranan yang terbesar adalah golongan pemuda-pemudi di waktu itu yang menyertai parti-parti politik seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (A.P.I), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin mewakili golongan agama.

Justeru AMK Melaka melihat semangat kemerdekaan ini harus di fahami oleh anak-anak muda hari ini supaya mereka faham dan mewarisi semangat ini. Adalah harapan besar buat AMK Melaka untuk melihat Malaysia yang gagah dan merdeka dari segala bentuk penjajahan baru.


Selamat berpuasa dan Salam Kemerdekaan.


Salam Reformasi,

Hairiz Bin Nordin
Ketua AMK Melaka