Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Wednesday, February 10, 2010

Penulis blog aibkan Nik Aziz dan Anwar, ditahan - Malaysiakini

Penulis blog yang memaparkan foto yang diubahsuai yang menunjukkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam keadaan yang mengaibkan, telah ditahan semalam.

Sumber polis Kelantan mengesahkan kepada dia ditahan selepas menyerah diri di ibu pejabat polis kontinjen Johor Bahru.

Menurutnya, penulis blog lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Pihak polis akan menjalankan siasatan di sana terlebih dahulu," kata sumber sambil menambah bahawa penulis blog itu masih ditahan di Johor Bahru.

Ahad lalu, Setiausaha Keselamatan PAS Kelantan Mejar (B) Mohamad Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu terhadap tindakan blogger tersebut.

Mohamad dilaporkan berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.

Sementara itu, Star online hari ini melaporkan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff mengesahkan penahanan penulis blog itu dan menurutnya, siasatan lanjut akan diuruskan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan.

Penahanan penulis blog itu adalah penulis yang kedua ditahan tahun ini selepas Khairul Nizam Abdul Ghani atau dikenali sebagai Aduka Taruna ditahan pada 29 Januari lalu.

Khairul Nizam yang berasal daripada Rumah Rakyat Pancor Paroi, Negeri Sembilan, kemudiannya dihadapkan di Mahkamah Seksyen Seremban kerana didakwa memaparkan dalam blognya tulisan yang mengaibkan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Dia dituduh didakwa di bawah seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Malaysiakini

Wednesday, November 4, 2009

Lagi penulis blog politik disiasat - Malaysiakini

Seorang penulis blog yang sering mengkritik kerajaan dipanggil untuk untuk memberi keterangan di Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan di Kuala Lumpur petang ini.

Bernard Khoo, atau lebih popular dengan nama blognya Zorro-Unmasked, dijangka memberikan keterangan itu jam 3 petang ini di ibu pejabat jabatan itu di Bukit Perdana.

Siasatan itu berhubung satu catatannya di blog tersebut tetapi setakat ini belum jelas artikel atau foto yang dipertikaikan.

Malaysiakini

Wednesday, August 19, 2009

Blog hasutan, senda agama akan disekat - Malaysiakini

Kerajaan bercadang mengambil tindakan lebih tegas dengan "menyekat capaian kepada blog dan laman web" yang didakwa menerbitkan kenyataan palsu, berbau hasutan dan mempersendakan agama, kata menteri dalam negeri.

Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan akan memantau secara serius penerbitan di Internet termasuk mengambil tindakan melalui undang-undang sedia ada.

"Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Dalam soal ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap pihak atau individu tidak harus menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat, tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini."

Tegasnya, demokrasi harus turut mempunyai batasan yang perlu dipatuhi.

"Jika mereka melangkaui had dan batas ini, maka undang-undang akan mengambil tempat bagi melindungi rakyat dan negara," kata Hishammuddin lagi.

Beliau menegaskan sedemikian selepas satu mesyuarat khas antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perdana Menteri (JPM dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Ketiga-tiga pihak ini diberikan tanggungjawab oleh kabinet untuk menyelaraskan beberapa tindakan dan pendekatan yang menyentuh peranan dan fungsi agensi di bawah kementerian masing-masing.

Mesyuarat yang pengerusikan Hishamuddin petang ini diadakan bersama Menteri di JPM Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Isu-isu yang dibincangkan antaranya usaha penyelarasan tindakan dan kerjasama antara agensi kerajaan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), polis dan Jabatan Peguam Negara (JPN) bagi memudahkan tindakan bawah Akta Hasutan.

"Mesyuarat juga membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan laman web dan blog yang melanggar mana-mana undang-undang negara serta mengambil tindakan undang-undang segera bagi tujuan mendakwa pemilik dan penulis laman-laman web dan blog-blog yang berunsur hasutan dan fitnah," kata Hishammuddin.

Mesyuarat juga mendengar taklimat daripada polis mengenai isu-isu keselamatan semasa negara khususnya berkaitan dengan penyalahgunaan media alternatif serta taklimat oleh pihak penasihat undang-undang KDN mengenai perkembangan terkini berkaitan isu cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Malaysiakini

Tuesday, April 28, 2009

(Hot) Blogger PR Dah Bengang Sama Kerajaan PR, Nak Tuding Sapa Pulak? - Al-Banjari

2 malam sudah wak bual dengan 1 blogger PR. Marah sangat blogger tu kepada kerajaan Selangor. Tak payah wak sebut nama dia,biar wak ajer yang tahu, tapi memang blogger jantan. Bukan blogger kaki ampu, berak orang lain tolong sapu. Tup..tup, pagi tadi sahabat wak si radenjowo pulak jerit di blog dia, wak ingat kawan wak 1 orang tu ajer yang dah hangin, rupanya blogger wartamaya pun sama hangin. Nampaknya dah ada 2 org blogger nyamuk 'jantan' dah jerit. Wak hanya tolong sampaikan jeritan blogger2 nyamuk yg setaraf wak untuk YB-YB mantap tu baca. Kalau depa baca, tapi rasa wak, potong 'puting' pun rasanya depa tak kan baca nyer blog2 nyamuk kami ni. Kalau depa tak mau baca, biar kita ajer yg baca. Jo baca kat bawah..

Wartamaya : UMNO memang kita dah tolak …PR kita nak pulih kan….sikit cerita untuk di kongsi.

"Minta maaf ! ... Peruntukan tak der .. duit dah habis beli lembu tu hari !" kata seorang YB pada wakil masyarakat di sebuah kawasan di Shah Alam. Wakakak !!! Aku tak nak sebut nama YB tu, tapi siapa makan cili, dia rasa pedas. Mungkin pun YB tu tak baca pun blog ni. Wakakak !!!

Ada plak YB yang suruh blogger belasah MB Selangor dalam blog ... Wakakak !!! Bannnyyyyaaakkkk cannnnnttttiikkkkk muka nko!!! Kalau suruh belasah, panggil blogger. YB YB tu buat ape? Goyang telur, besar bontot dan buah dada je ke? Wakakakak !!! Ada kawan kawan kata jangan belasah YB pakatan rakyat. Huh ! Ape punya cara tu.

Kalau tak betul kena senyap, kalau salah kena diam. Ye ke? Makan hati beb ! Cuma nak bagi tau .... Blog ni tiada di biayai oleh badan badan politik. Blog lain aku tak tau. Blog ni bukan ada perjanjian dengan mana mana YB untuk pendam benda salah, tutup dosa mereka sampai blogger mati.

YB tak buat tanggung jawab, kita kena bagi tau. Jumpa ... dah jumpa, tegur dah di tegur. Kalau tiada perubahan ... kita citer dalam blog. Ada YB yang sombong .. tak caya. Bila kita Jumpa. Tengok pun tidak. Angkat tangan pun tidak. Kita hulur tangan, baru nak salam. Masa kempen .. mak aiiii !!! Manis muka, cerita pasal agama panjang lebar, siap ada terjemahan lagi. Kalau masa meeting .. aduhai .. dia sorang la cakap. Kupas surah tu, kupas surah ni. Last sekali meeting ntah kemana. Hah ! tu la dia pengalaman wak. Ni bukan cerita dongeng. Seluar atas pusat. Mak ai !! ..Wakakakak !!!

Aku tak kira .. hidup blogger mudah. Ada duit sikit, kita buat posting. Tak der duit .. kita lepak. Makan tak tanggung, berak tak cangkung. Dari harap pada YB, baik harap pada member member blogger yang ringan tangan membantu.

Wak adalah penyokong PR sejak akhil baligh. Tak pernah joint UMNO, tak pernah undi BN. Kalau nak cerita pasal lompat lompat ni, tak payah buang masa. Jadi PR tetap PR .. masalahnya sekarang YB Pakatan Rakyat kena ubah perangai.

Kita ada 3 tahun ... dan BN sudah atur strategi. Menteri dah panggil Blogger UMNO. Tu diorang punya pasal. Tapi MB selangor dah panggil blogger jugak. Tapi blogger bagak ala Rocky bru .. Blogger nyamuk tiruk dan jentik jentik, MB selangor tak panggil. Mungkin blogger jenis ni, ada pun tak membantu, tak ada pun tak rugi. Bila kita kritik PR .. ada plak yang kata blogger minta imbuhan. Wakakak !!!

Perjuangan kena ikhlas. Wakakka !!! Lawak ... Lawak.

Pada sesiapa yang kata cam tu ... suruh YB tu berjuang dengan ikhlas. Tak payah ada elaun, gaji dan apa lagi keta Camry atau Lexus. Wakakakka !!! Tengok berapa banyak ikhlas diorang. Jangan cerita tentang ikhlas dengan wak .. malu !

Wak memblog dengan ikhlas sebab bill internet dan letrik wak bayar guna bulu ketiak. Nkorang tau harga keikhlasan? Seorang reformis tahan teksi ..

"Hello bang ... saya nak gi KL", kata reformis.
Jawab pemandu teksi ... "RM40.00 dik .. "
Kata reformis lagi ... "Free tak boleh ke bang ... saya berjuang ikhlas ni

" Dusshhhhhh !!!! Pintu teksi di tutup. "Kalau nak FREE nko jalan kaki.
Aku ada anak bini nak tanggung !" kata pemandu teksi dan terus pergi.

Jadi ... jangan citer pasal ikhlas sekarang. Ada orang jual bontot sebab nak jadi kaya tauuuu !!!

Al-Banjari


Friday, April 17, 2009

Rais Gertak Pengendali Lamanweb, Blogger - TVAntara

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim berkata RTM - stesen TV milik kerajaan - tidak diarah supaya jangan menyiarkan berita mengenai kemelut politik di Terengganu, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini semalam.

Sebaliknya, kata Rais, beliau menyerahkan kepada stesen penyiaran tersebut untuk menyiarkan sebarang berita.

Beliau bagaimanapun mempertahan hak RTM untuk menyiar apa-apa berita yang dikehendakinya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan kementerian berkenaan pagi ini, Rais bekata, RTM juga "sama dengan stesen-stesen TV yang lain".

Oleh itu, katanya, kerajaan juga mempunyai hak untuk menyiarkan sebarang berita yang mahu ditonjolkan.

"Tidak ada main gelap atau main putih," katanya sambil menambah, beliau menyerahkan kepada RTM memilih berita-berita yang mahu diutamakan.

“Kerajaan berhak menyiarkan sebarang berita dan penapisan berita ada di seluruh dunia.

“Wall Street Journal, Herald Tribune dan New Week, mereka guna penapisan untuk menyiarkan berita. .

“RTM adalah stesen penyiaran yang seimbang,” katanya.

Semalam, Malaysiakini melaporkan bahawa RTM tidak menyiarkan sebarang berita mengenai tindakan 10 ADUN BN Terengganu memulau sidang DUN negeri itu selepas tiga daripada mereka menerima SMS ugutan bunuh.

Walaupun isu menjadi tajuk berita utama di stesen swasta yang lain, tetapi ia tidak disentuh langsung oleh RTM sewaktu berita TV1 Tamil (7.30 malam), Mandarin (8 malam), berita tempatan (8.30 malam) and berita utama Melayu (9 malam) malam tadi.

Malah, reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu tersebut, juga tidak disiarkan dalam berita TV1.

Menurut sumber, meja berita bahagian berkenaan di TV1 telah arahan lisan supaya tidak melaporkan isu tersebut.

Ambil tindakan

Rais juga mengulangi bahawa kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap lamanweb dan blogger yang memutarkan belit fakta dan menyiarkan pembohongan.

“Saya mahu undang-undang negara dihormati, mereka akan diambil tindakan melalui akta komunikasi 1998.

“Mereka yang memutar belitkan fakta harus bertanggungjawab. Siasatan mengenai perkara itu akan dibuat oleh kementerian ini.

“Orang ramai juga boleh membuat laporan kepada kementerian mengenai kandungan lamanweb jika merasakan mereka terdera dengan laporan berkenaan.

“Mereka boleh mengkritik, tetapi jika memutar belikan fakta akan diambil tindakan,” katanya.

Rais berkata, tindakan ini adalah untuk mengekalkan kestabilan negara.

Bagaimanapun, Rais berkata, pihaknya tiada upaya untuk mengambil tindakan terhadap blogger yang beroperasi di luar negara.

Tetapi, katanya jika ia di lakukan oleh rakyat negara ini, terserahlah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan. - malaysiakini


TVAntara

Thursday, March 12, 2009

'Polis cuba gertak keluarga saya' - Malaysiakini

Kehadiran polis di depan rumah editor blog - yang mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan mengalami penyakit kelamin - lewat malam tadi seolah-olah cuba "menggertak keluarganya", kata Mohd Shukri Mohd Ramli.

Sedangkan, tambahnya, beliau telah memberikan kerjasama untuk siasatan polis sejak kelmarin, kata pengendali Pahang Daily Online kepada Malaysiakini.

Beliau difahamkan tiga kereta peronda polis kelihatan sejam di depan rumahnya di Taman Indera Mahkota Atebara Perdana dekat Kuantan bermula 11 malam.

Ketika dihubungi hari ini, Mohd Shukri berkata beliau tidak berada di rumah saat itu dan sewaktu pulang sejurus selepas tengah malam, semua kenderaan polis sudah meninggalkan kawasan tersebut.

Sewaktu beliau mengadu perkembangan ini kepada penyiasat kes tersebut daripada Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan malam tadi, pegawai berpangkat ASP menyatakan tidak tahu-menahu tentang perkara tersebut.

Mohd Shukri, yang juga dikenali dengan gelaran Cucu Mat Kilau, berkata tiga kenderaan polis mungkin dari ibu pejabat polis daerah Kuantan, tempat beliau disoal siasat selama lima jam kelmarin.

Polis semalam merampas dua pemacu keras dari sebuah kafe siber di terminal bas Kuantan - tempat beliau sering berkunjung untuk mengemaskini blog tersebut - dalam proses siasatannya.

Polis juga dijangka menyiasat sebuah lagi kafe siber di pusat membeli-belah Kuantan Parade, kira-kira 1.5km dari terminal bas tersebut.

Bagaimanapun, sehingga berita ini ditulis, polis belum berbuat demikian.

Mohd Saiful, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, membuat aduan polis terhadap blog itu minggu lepas, dengan mendakwa beberapa artikel yang diterbitkan sebagai fitnah terhadapnya dan juga berhasrat mengambil tindakan undang-undang.

Pemuda itu didakwa mengalami masalah kesihatan akibat termakan sumpah laknatnya berhubung dakwaan diliwat mantan timbalan perdana menteri itu tahun lalu.


Sumber: Malaysiakini

Friday, October 17, 2008

Kickdefella beri keterangan polis pagi ini

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) - Penulis blog, Syed Azidi Syed Aziz atau dikenali sebagai Kickdefella tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Perdana, di sini, kira-kira jam 10.05 pagi.

Menurut beberapa laporan, beliau yang ditemani beberapa rakannya dipanggil polis berhubung kenyataan dalam blognya yang meminta rakyat Malaysia mengibar Jalur Gemilang terbalik.

Beliau yang merupakan Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 20 September lalu dan dikehendaki hadir hari ini untuk mengetahui perkembangan lanjut tindakan polis.

"Saya perlu datang semula 21 November, jaminan polis disambung sebulan lagi," kata beliau ketika dihubungi tadi.

Bulan lalu beliau telah ditahan reman empat hari tiga malam di Bukit Aman.

Pada 17 September lalu, pihak polis telah menahan Said Azidi di rumahnya di Demit, Kota Bharu, Kelantan sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. - mks._

Sumber:
HarakahDaily

Friday, September 19, 2008

Syed Azidi ditahan reman 2 hari


KOTA BHARU, 18 Sept (Hrkh) - Penulis bloger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) hari ini dibawa ke Mahkamah Majistret untuk mendapat perintah penahanan reman. Beliau direman dua hari bermula semalam.

Beliau ditahan di bawah Seksyen 4, Akta Hasutan. Syed Azidi kelihatan tersenyum ketika keluar dari mahkamah kira-kira jam 1.15 tengahari dengan kedua-dua tangan bergari.

Turut kelihatan di mahkamah Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa yang juga anggota Exco kerajaan negeri.

Selain itu, isterinya, Bariah Ishak, Naib Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, Pengurus Tabung Amanah Tok Kenali, Mohd Khir Zahri Abdul Ghani dan beberapa rakan lain.

Syed Azidi ditahan di rumahnya petang semalam setelah didatangi beberapa anggota polis berpakaian biasa sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Difahamkan beliau ditahan berdasarkan artikel disiarkan dalam blognya kickdefella.worldpress.com yang dipercayai berbaur hasutan.

Beliau bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Korporat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Husam berkata, pihaknya akan berusaha mendapatkan peguam sekiranya Syed Azidi dibawa ke Kuala Lumpur hari ini.

Berdasarkan kepada perkembangan itu, beliau berkata, kerajaan BN kini berada dalam gelisah sehingga ada wartawan dan penulis blog ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Akta Hasutan.

"Saya yakin ini adalah tindakan mahu menyekat kebebasan rakyat untuk bersuara dan langkah ini digunakan untuk menakut-nakutkan blogger.

"Sedangkan dalam isu penahanan Teresa, azan dimanipulasikan media pro Barisan Nasional, namun mereka tidak diambil sebarang tindakan, sebaliknya Teresa pula ditahan di bawah ISA," ujar beliau.

Beliau juga berkata, Malaysia akan dicap melanggar perjanjian dunia berkenaan dasar langit terbuka.

"Saya berpendapat penulis blog boleh disiasat secara lebih elok dan mereka akan memberi kerjasama sekiranya diminta pihak berkuasa tanpa perlu mengunakan cara yang lebih keras kerana ia boleh mencemarkan imej negara.

"Sikap toleransi yang lebih luas sepatutnya diamalkan kerajaan di saat berlakunya kekalutan sekarang," katanya. - mj _

Sumber: HarakahDaily

Thursday, September 18, 2008

Kickdefella Ditahan

Seorang lagi blogger ditahan

Seorang lagi blogger popular, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditahan polis di Kota Bharu petang ini.

Menurut Naib Presiden PAS, Husam Musa, blogger (kickdefella.wordpress.com) itu ditahan di rumahnya.

Syed Azidi yang bekerja dengan kerajaan negeri Kelantan, ditahan pada kira-kira jam 5 petang oleh sepasukan tiga orang anggota polis berpakaian biasa.

Mereka turut merampas laptopnya.

Isterinya, Bariah Ishak berkata suaminya ditahan di bawah Akta Hasutan.

Syed Azidi, menurut polis, akan dibawa ke Kuala Lumpur kerana laporan terhadapnya dibuat di sana.

Pada 23 Ogos lalu, Syed Azidi (di bawah tajuk Siasat Kickdefella Dibawah Akta Hasutan) telah menulis bahawa laman web pro-Umno telah mendesak supaya beliau disiasat di bawah Akta Hasutan.

Blogger tersebut mencetuskan kontroversi baru-baru ini selepas melancarkan kempen di talian supaya bendera Malaysia dikibarkan terbalik.

Kempen tersebut telah menarik perhatian perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang menyifatkan tindakan itu sebagai ‘kurang ajar’.

Perdana menteri berkata, perbuatan sedemikian bukan lagi boleh disifatkan sebagai satu perbuatan nakal tetapi amat jahat.

“Itu kurang ajar (bendera terbalik), tiada hormat langsung dengan bendera kita, apa yang marah sangat dengan bendera Malaysia,” perdana menteri dilaporkan berkata.

Abdullah berkata, penulis blog itu cuba mencetuskan satu idea tanpa memikirkan kesan selanjutnya.

Beliau berharap polis akan menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Sumber:
Perak Express

Friday, August 8, 2008

Penarik Beca in police custody

Malaysia Today

Thu Aug 07, 08 1:05:32 pm MYT

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Hrkh) - Bakaq Haq of the famous Penarik Beca bloq was arrested last night at his home in Greenwood Park, Gombak. According to his wife, 4 police personnel picked Bakaq and his laptop around 11 pm.


Around 12.30 am, Wan Joe of JiwoKelate confirmed that Bakaq is in custody at The Commercial Crime Building in Kuala Lumpur. His lawyer, Hanipa Maidin who is also PAS legal adviser confirmed that Bakaq?s arrest was done under the Seditious Act.

Bakaq or his real name is Abdul Rashid Abu Bakar has contributed a lot in revealing the hidden agenda of the infamous Muzakarah between PAS and Umno.

Bakaq is not a member of any political Party but a stern supporter of PAS?s Constitution to form an Islamic Government that shall be fair to all races.

Bloggers and friends of Penarik Beca will gather at Commercial Crime Building near Bank Negara Malaysia at 2 pm today to give morale support to Bakaq.- tajdid _

Sumber: HarakahDaily