Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Perkauman. Show all posts
Showing posts with label Perkauman. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

AMK Kecam Perhimpunan 13 Mei, Tolak Anasir Perkauman Sempit - TVS

AMK Kecam Perhimpunan 13 Mei, Tolak Anasir Perkauman Sempit
SHAH ALAM 12 MEI: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor membidas perhimpunan bersifat rasis dan menyemarak sentimen perkauman sempit anjuran Institut Integriti Malaysia (IIM) Terengganu dan Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak).

Ketua AMK Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin berkata perhimpunan bertema ‘Melayu Bangkit’ pada Khamis, 13 Mei ini di Stadium Tertutup Kompleks Sukan, Kuala Terengganu, tidak wajar.

Beliau berkata, perhimpunan itu wajar ditolak kerana dikhuatiri menimbulkan suasana yang tidak disenangi kerana tanggal 13 Mei adalah peristiwa hitam yang tidak sepatutnya dimanipulasi untuk menakut-nakutkan rakyat.

Justeru, katanya, golongan muda perlu berfikir positif ke arah mewujudkan negara lebih harmoni dalam masyarakat pelbagai kaum, selain menyeru rakyat tidak terpengaruh dengan taktik perkauman sempit.

"Keutamaan sekarang ialah bagaimana masyarakat pelbagai bangsa saling bekerjasama dalam suasana muhibbah untuk membawa perubahan dan kemakmuran negara.

"Menjadi sebuah negara yang hebat memerlukan rakyat dan pemimpin berjiwa besar dan saling lengkap-melengkapi untuk membawa sinar dan harapan baru Malaysia," katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Khairul berkata, AMK Selangor mengecam penggunaan isu perkauman sempit dan peristiwa 13 Mei, seolah-olah memberi gambaran ngeri mengenai situasi negara masa kini.

Isu ini, katanya, merugikan negara kerana pelabur dan luar negara merasakan situasi politik tidak stabil lagi dan menyeru rakyat Malaysia untuk bangkit mengorak langkah lebih bermakna.

TVS

Tuesday, April 27, 2010

Dr Khir: Kaji semula dasar k'jaan terhadap kaum Cina - Malaysiakini

Bekas menteri besar Selangor Datuk Seri Mohd Khir Toyo menuntut supaya dasar kerajaan yang memberi kelebihan kepada golongan Cina "dikaji semula" supaya lebih memberi penghargaan kepada masyarakat Melayu dan India.

Katanya, masyarakat Melayu dan India kembali menyokong BN sedangkan golongan pengundi Cina di Hulu Selangor menolak parti itu bagi mengukuhkan DAP, tulis beliau di blog peribadinya.
"Pada hemat saya kaum Cina memilih untuk setia kepada Pakatan bukan bersandarkan isu pembangunan mahu pun isu polisi tetapi lebih kepada isu kuasa orang Cina di Selangor yang lebih besar berbanding konsep perkongsian kuasa dalam BN," katanya.

Jelasnya, BN "dibelasah teruk" di kawasan majoriti pengundi Cina dan membayangkan perkembangan itu sebagai "pola pengundian bersifat cauvinis Cina."

"Sokongan besar kaum Cina kepada Pakatan adalah hasil kempen perkauman DAP secara senya-senyap. Terdapat laporan DAP memainkan isu-isu perkauman dalam kempen rumah ke rumah pengundi Cina.

"Mereka mendakwa hak dan kepentingan kaum Cina ditindas oleh Umno dan ini menimbulkan kemarahan pengundi Cina di Hulu Selangor.

"Justeru saya berharap Datuk Seri Najib dan saf kepimpinan BN melihat semula semua polisi-polisi ini dan menghargai pengorbanan pengundi Melayu dan India yang memberi sokongan kepada BN.

"Ramai rakyat Selangor beranggapan yang menguasai kerajaan hari ini ialah DAP manakala menteri besar sekadar pembuat kenyataan, bukannya keputusan. DAP juga dilihat menguasai kerajaan negeri dan potfolio penting," tulisnya.lagi

Dr Khir juga mendakwa usaha pembaharuan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga tidak dihargai oleh masyarakat Cina luar bandar ini.

"Ini termasuk memperkenalkan MEB (model ekonomi baru), konsep 1Malaysia, bantuan yang lebih besar kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, pemberian biasiswa kepada semua kaum dan pelbagai usaha liberalisasi perniagaan yang kononnya menjadi asas ketidakpuasan hati kaum Cina.

"Ditambah lagi dengan pemulihan ekonomi negara dan pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik, sudah tentu perdana menteri mengharapkan ada sedikit penghargaan dalam bentuk sokongan kepada usahanya.

"Malangnya ia berlaku sebaliknya, jumlah sokongan kaum Cina kepada BN makin merosot. Seolah-olah segala usaha pembaharuan Datuk Seri Najib tiada makna kepada kaum Cina di kawasan bandar," katanya.

Malaysiakini

Tuesday, March 16, 2010

Umno Rasis Gelar Orang India Pakai Cawat - SK

KUALA LUMPUR 16 Mac - Umno sekali lagi menunjukkan sikap perkauman yang tebal dan menghina masyarakat bukan Melayu apabila Ahli Parlimen Pasir salak melabelkan orang India yang dibawa penjajah Inggeris ke Malaya ketika itu hanya memakai cawat untuk bekerja diladang getah.

Datuk Tajudin Abdul Rahman mengeluarkan kata-kata perkauman itu ketika membahaskan usul Model Ekonomi Baru yang dibawa oleh Ahli Parlimen Tangga Batu Datuk Ismail Mohamed Said.

Perbahasan menjadi panas apabila Ahli Parlimen Teluk Intan M. Manogaran hanya di Malaysia jutawan Melayu boleh membeli rumah berharga mahal dengan diberi diskaun 5 hingga 7 peratus yang tidak dinikmati oleh kaum lain.

Tajudin kemudiannya bangun dan mengatakan bahawa Umnolah yang telah membina sekolah di mana Manogaran belajar.

"Bapa saya bayar cukai, daripada duit itulah Umno guna bina sekolah," jawab beliau.

Tajudin menjawab mengimbas kembali sejarah kedatangan kaum India ke Malaya pada kurun ke-19.

"Tahukan Yang Berhormat berasal dari mana, datang dari mana? Penjajah Inggeris bawa masuk orang-orang lain untuk bekerja di ladang getah. Ada yang datang sini pakai cawat," kata Tajudin.

SK