Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label SUHAKAM. Show all posts
Showing posts with label SUHAKAM. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

Jangan Lupa ESOK (Lepas Solat Jumaat) Berkumpul ke SUHAKAM!

BERSAMA KITA MELAUNGKAN KEADILAN UNTUK ANAK SEMUA BANGSA !


NOTA :

ESOK SESUDAH SEMBAHYANG JUMAAT – JAM 2.30 PETANG SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PRIHATIN TERHADAP KEGANASAN

DI JEMPUT MENGARAH UNTUK BERKUMPUL KE BANGUNAN SUHAKAM

DIANTARA JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN/ JALAN RAJA LAUT.

SILA TUNJUKKAN SIMPATI TERHADAP AMINULRASHID YANG TEWAS DI SHAH ALAM DUA HARI DAHULU.



Tukar Tiub

Wednesday, August 5, 2009

Polis 'berlebihan' tembak gas, air - Malaysiakini




Polis menembak gas pemedih mata dan meriam air "berlebihan sehingga membawa kesan kepada mereka yang berada di kawasan berdekatan" perhimpunan besar membantah akta ISA pada Sabtu lalu, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini.

Suruhanjaya itu juga mempertikaikan tindakan polis menangkap, menggari dan mereman kanak-kanak bersama penentang dewasa akta kontroversi tersebut kerana ia bercanggah dengan Akta Kanak-kanak 2001 dan Konvensyen Hak Kanak-kanak.

Selain menegaskan peri pentingnya hak orang ramai mengadakan perhimpunan, dalam satu kenyataan bersama lima pesuruhjaya Suhakam, badan itu juga menggesa kerajaan memansuhkan ISA seperti syor yang dibuatnya sejak 2003 kerana tahanan tanpa perbicaraan bercanggah dengan hak asasi.

"Suhakam ingin mengulangi pendiriannya bahawa ISA mesti dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang baru yang lengkap yang menyeimbangkan keselamatan negara dan juga hak-hak asasi sebagai Akta Anti-Keganasan bagi menangani kegiatan terorisme dan tindakan ganas terhadap massa," kata naib pengerusinya Tan Sri Simon Sipaun.

Kenyataan itu turut ditandatangani oleh empat lagi pengerusi jawatankuasa kecil Suhakam: Datuk Dr Michael Yeoh, Datuk Choo Siew Kioh, Datuk Khalid Ibrahim dan Datuk Dr Denison Jayasooria.

Malaysiakini

Wednesday, May 13, 2009

Suhakam Turut Gesa DUN Perak Dibubar - TVA

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) hari ini memperbaharui gesaannya supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan pilihan raya diadakan untuk menyelesaikan kemelut politik Perak.

"Mungkin sudah tiba masanya untuk rakyat di Perak diberikan peluang untuk menggunakan hak mereka sekali lagi untuk memilih kerajaan pilihan, itu adalah hak asasi manusia," kata pengerusinya Tan Sri Abu Talib Osman.

Hanya sebuah kerajaan yang stabil akan mampu memastikan hak untuk keamanan dan pembangunan, tambah beliau yang juga bekas Peguam Negara.

"Berdasarkan perkembangan yang berlaku berikutan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar, insiden pada persidangan DUN Perak pada 7 Mei dan keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah, adalah sangat sukar isu Perak ditangani melainkan kuasa itu diberikan semula kepada rakyat," katanya.

"Tindakan mahkamah tidak semestinya menyelesaikan keadaan politik di Perak, " kata beliau.

TVA

Wednesday, April 22, 2009

Dua minggu lagi Suhakam bakal turun taraf jika tidak memenuhi syarat Dasar Paris : Abu Talib - Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 21 April (SK) : Jawatankuasa Penyelaras Antarabangsa Institusi bagi Mempromosikan dan Melindungi Hak Asasi Manusia (ICC) mahu kebebasan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diperkukuhkan dengan menggariskan secara telus dan jelas berhubung proses perlantikan dan pemecatan dalam akta Suruhanjaya berkenaan.

Pengerusi Suhakam Abu Talib Othman berkata kerajaan hanya ada kurang dua minggu untuk memastikan Suruhanjaya itu memenuhi syarat Dasar Paris untuk mengelak dari diturun taraf.

Beliau juga merasa tidak berpuas hati dengan penambahbaikan Kerajaan terhadap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) setakat ini kerana, jika penurunan taraf dikenakan terhadap Suhakam, maka ia akan dilucutkan keahlian pada Forum Asia-Pasifik dan kedudukannya jatuh ketahap ahli biasa tanpa hak mengundi bererti negara kita sama kedudukan dengan negara-negara ketiga lain.

Susulan dari surat tunjuk sebab yang di terima Suhakam daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengikut Dasar Paris pada bulan Jun tahun lalu jika tidak memenuhi syarat Hak Asasi Manusia diterimapakai mengikut Dasar Paris akan menurunkan dari taraf A ke taraf lebih rendah

Tahun lalu Suhakam telah menerima surat tunjuk sebab dari PBB supaya memenuhi syarat yang ditetapkan Dasar Paris dengan lebih peka dan teliti dalam menangani kes hak asasi manusia mengikut syarat yang ditetapkan.

Jawatankuasa kecil Akriditasi (ACC) yang dianggotai Jerman, kanada, Maghribi dan Korea Selatan berpendapat bahawa pindaan Akta uhakam 2009 yang diluluskan Dewan Rakwat sehari sebelum semakan Suhakam dibuat di Geneva pada 26 Mac lalu tidak memadai.

“Suhakam diperingatkan dengan susulan surat daripada ICC minggu lalu manyatakan badan itu hanya mempunyai 28 hari untuk mencabar pandangan jawatkuasa kecil terebut,” kata beliau.

Menurut Abu Talib, Akta Suhakam kini sedang menunggu perkenan Yang di Pertuan Agong Tuanku Mizan sebelum dapat diwartakan.

“Saya akan menulis surat rasmi kepada Perdana Menteri untuk memaklumkan perkara ini bagi mendapatkan pandangan beliau,” jelas Abu Talib lagi.

Dasar Paris menetapkan gabungan panduan yang diterimapakai PBB pada 1993 berhubung status dan operasi Institusi Hak Asasi Manusia Kebagsaan (HNRI) negara tertentu.

SK

Thursday, January 8, 2009

Suhakam: Kekerasan digunakan semasa insiden Bandar Mahkota Cheras

KUALA LUMPUR:Su Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendapati pegawai penguatkuasa telah menggunakan kekerasan terhadap dua individu semasa insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) 1 pada 27 Mei tahun lepas.

Suhakam menyatakan penemuan berkenaan dalam laporan setebal 41 muka surat Siasatan Awam Berhubung Dakwaan Penggunaan Kekerasan Semasa Insiden di BMC.

Dalam laporan yang dibacakan oleh pengerusi inkuiri, Pesuruhjaya Suhakam Datin Paduka Zaitoon Othman, panel siasatan mendapati penggunaan kekerasan telah melanggar keselamatan individu berkenaan iaitu Chan Jiun Haur dan Chan Siew Meng.

Zaitoon berkata bukti menunjukkan bahawa anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) bertanggungjawab terhadap pencabulan hak asasi manusia pada insiden berkenaan.

"Bagaimanapun, ekoran percanggahan dan bukti yang kurang jelas, panel berkenaan gagal mengenalpasti siapakah di kalangan pegawai penguatkuasa yang bertanggungjawab melakukannya.

"Memandangkan kekerasan telah digunakan terhadap dua individu berkenaan, panel inkuiri mencadangkan supaya polis mengadakan siasatannya sendiri bagi mengenalpasti pegawai yang menggunakan kekerasan terhadap mangsa," katanya.

Beliau berkata panel siasatan yang ditubuhkan oleh suruhanjaya itu sepakat dengan penemuan dan cadangan berkenaan. Dua anggota panel yang lain adalah Pesuruhjaya Datuk Dr Chiam Heng Keng dan Pesuruhjaya Datuk Khalid Ibrahim.

Zaitoon berkata panel siasatan turut mencadangkan agar polis dan FRU supaya segera melaksanakan standard antarabangsa sebagai panduan anggota mereka menggunakan kekerasan.

"Panel siasatan mencadangkan supaya polis dan FRU mensyaratkan anggota mereka menggunakan tag nama dan nombor lencana yang jelas dan terang semasa melaksanakan operasi," katanya.

Zaitoon berkata laporan itu akan dikemukakan kepada polis, Menteri Dalam Negeri, Pejabat Peguam Negara dan mereka yang membuat laporan secepat mungkin.BERNAMA

Sumber: mSTAR