Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Siasat. Show all posts
Showing posts with label Siasat. Show all posts

Wednesday, January 6, 2010

Pengarang akhbar PKR beri keterangan - Malaysiakini

Pengarang akhbar rasmi PKR Suara Keadilan hadir memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam berhubung siasatan terhadap penyiaran berita 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.

Dzulkarnain Taib dilihat memasuki perkarangan IPD Shah Alam hampir jam 1.30 tengah hari tadi, dengan ditemani peguamnnya Ranjit Singh.

Sebelum itu, sekumpulan wartawan telah sedia menunggu ketibaan Dzulkarnian di IPD berkenaan sejak jam 1 tengah hari lagi.

Dzulkarnain (foto - kanan) akan memberikan keterangan ekoran aduan polis yang dibuat oleh dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jumaat lalu.

Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya, Hisyam Mohd Yusoff, membuat laporan polis terhadap tabloid itu dengan dakwaan ia menyiarkan berita yang subjudis, melampaui kuasa inkues Teoh Beng Hock yang sedang berlangsung.

Raub Ghani, juga dari cawangan yang sama, membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sewajarnya.

Dalam aduannya, Hisyam berkata laporan itu dibuat selepas membaca akhbar itu edisi 29 Disember 2009 - 5 Jan 2010 dan mendapati berita berkenaan membuat kesimpulan bahawa bekas setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, mati akibat dibunuh.

Sementara itu, dalam aduannya, Raub pula mengesyaki Dr Pornthip membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak tidak sepatutnya dan "perbuatan ini akan memburukkan lagi imej SPRM."

Bercakap kepada media sejurus selesai sesi soalsiasat tersebut pada kira-kira jam 2.30 petang, Dzulkarnain berkata, beliau akan terus menulis mengenai isu Teoh kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Ditanya sama ada siasatan tersebut memberikan tekanan kepadanya, beliau enggan mengulas, tetapi menganggapnya sebagai prosedur biasa.

Dzulkarnain juga yakin bahawa tulisannya dalam akhbar mingguan tersebut tidak mempengaruhi perjalanan kesTeoh.

"Saya yakin tidak," katanya.

Mengulas sesi tengah hari tadi, Dzulkarnain berkata beliau memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dengan menjawab semua soalan yang diajukan.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan soalan-soalan tersebut.

Sementara Ranjit pula berkata, beliau tidak pasti anak guamnya disiasat berdasarkan seksyen apa kerana mereka tidak dimaklumkan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, tambahnya, jika berdarkan tulisan yang dianggap subjudis semata-mata, anak guamnya tidak boleh didakwa di mahkamah.

"Bagi kami tidak boleh (didakwa), tetapi itu bergantung kepada pihak polis dan peguam negara," katanya.

Sebelum itu, sekumpulan wartawan telah sedia menunggu ketibaan Dzulkarnian di IPD berkenaan sejak jam 1 tengah hari lagi

Malaysiakini

Editor akhbar PKR disiasat berita 'Teoh dibunuh' - Malaysiakini

Pengarang akhbar rasmi PKR Suara Keadilan dijangka memberikan keterangan kepada polis esok berhubung siasatan berita 'Pornthip sahkan Beng Hock dibunuh'.

Dzulkarnain Taib dijadual hadir ibu pejabat polis daerah Shah Alam jam 1 tengah hari susulan aduan polis dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM, Jumaat lalu.

Pegawai SPRM Cawangan Siasatan Putrajaya, Hisyam Mohd Yusoff, membuat laporan polis terhadap tabloid itu dengan dakwaan ia menyiarkan berita yang subjudis, melampaui kuasa inkues Teoh Beng Hock yang sedang berlangsung.

Raub Ghani, juga dari cawangan yang sama, membuat laporan polis mengenai tindakan pakar patologi dari Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, yang beliau syaki membocorkan maklumat mengenai laporan forensik kepada pihak yang tidak sewajarnya.

Dalam aduannya, Hisyam berkata laporan itu dibuat selepas membaca akhbar itu yang bertarikh 29 Dis 2009 - 5 Jan 2010 dan mendapati berita berkenaan membuat kesimpulan bahawa bekas setiausaha politik exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, mati akibat dibunuh.

Teoh yang ditemui mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam di Shah Alam pada 16 Julai lepas disahkan mati dibunuh berdasarkan bedah siasat kali kedua ke atas mayat mendiang yang dijalankan di Hospital Sungai Buloh (HSB), 22 November lepas, kata Hisyam dalam aduannya itu.

Sementara itu, dalam aduannya, Raub pula mengesyaki Dr Pornthip membocorkan maklumat laporan forensik kepada pihak tidak sepatutnya dan "perbuatan ini akan memburukkan lagi imej SPRM."

Malaysiakini

Friday, August 21, 2009

PA Ronnie disiasat SPRM 10 jam, dibebas dengan ikat jamin - mStar

PUTRAJAYA: Pembantu khas kepada Ronnie Liu, Wong Chuan How dibebaskan dengan ikat jamin tunai RM3,000 dan RM50,000 jamin mulut selepas ditahan bagi membantu siasatan berhubung salahguna peruntukan wang kerajaan negeri.

Wong keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kira-kira pikul 10.40 malam tadi selepas memberi keterangan hampir sepuluh jam.

Bagaimanapun beliau dikehendaki hadir semula ke ibu pejabat SPRM itu pada 18 September depan.

Ahli Majlis Perbandaran Sepang itu mula memasuki pejabat SPRM pada pukul 8.45 pagi semalam dengan bertongkat diiringi dua peguam iaitu Ahli Parlimen Seremban, John Fernandez dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Cha Lee Lin.

Turut mewakili beliau ialah dua lagi peguam yang dilantik oleh kerajaan negeri Selangor iaitu Imran Hadzalie Abdul Hamid dan Amir Khusyairi Mohamad Tanusi.

Wong, 51, hadir bagi membantu siasatan berhubung salah guna peruntukan ADUN membabitkan 235 projek bernilai hampir RM500,000.

Beliau disiasat di bawah Seksyen 18 dan 23, Akta SPRM.

Menurut Cha, pihaknya berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak SPRM terhadap anak guamnya sepanjang proses merakam percakapan dan siasatan dijalankan.

Tambah beliau pihaknya memberikan kerjasama penuh terhadap SPRM dengan mengemukakan semua dokumen asal yang dikehendaki untuk diteliti dan disemak.

"Petang tadi kami telah menunjukkan semua dokumen asal yang berkaitan kepada pegawai yang terbabit untuk disemak.

"Sebanyak sepuluh set dokumen telah diambil oleh pegawai SPRM untuk tindakan mereka yang seterusnya, yang selebihnya telah dipulangkan kepada kami," katanya ketika ditemui lewat malam semalam.

Jelas berliau sepuluh dokumen berkenaan adalah melibatkan rekod bagi sepuluh peruntukan wang kerajaan negeri.

Kata Cha lagi, pihak SPRM akan mengunjungi Pusat Khidmat Masyarakat ADUN DAP Sungai Pelek pada pagi ini untuk membuat semakan lanjut berhubung dokumen lain yang berkaitan.

Ditanya sama ada kunjungan SPRM ke pusat khidmat ADUN itu adalah kerana kegagalan pihaknya mengemukakan dokumen yang berkaitanm, Cha berkata: "Sebenarnya kita sudah bawa ke sini tapi saya percaya mereka mungkin tidak ada cukup masa untuk semak kesemuanya.

"Ini kerana perjanjian kami dengan mereka ialah, kami bawakan dokumen tersebut untuk disemak dan ia mesti dipulangkan pada hari ini, kecuali dengan beberapa kes yang berkaitan telah diserahkan kepada mereka."

mStar

Wednesday, July 22, 2009

Siasatan awam cari punca kematian Teoh - Malaysiakini

Mesyuarat mingguan jemaah menteri hari ini tunduk kepada desakan popular pelbagai pihak, termasuk pemimpin BN, agar menyiasat secara bebas punca kematian Teoh Beng Hock.

Keputusan rasmi kabinet itu yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam satu sidang media khas di pejabat perdana menteri di Putrajaya menyebut:

Pertama, Kementerian Dalam Negeri dan polis diarahkan menyelesaikan siasatan secepat mungkin dan laporan siasatan tersebut, yang sedang berjalan, akan diumumkan.

Dua, satu inkues atau siasatan awam yang diketuai oleh seorang majistret untuk menentukan punca kematian Teoh.

Tiga, menubuhkan suruhanjaya diraja dengan bidang kuasa khas untuk menilai kaedah soal siasat yang diguna pakai oleh SPRM dan menentukan sama ada pernah berlaku pencabulan hak asasi manusia sewaktu Teoh disiasat mulai petang 15 Jun hingga awal pagi esoknya.

Susulan kematian mengejut dan penuh tanda tanya Teoh selepas disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna peruntukan DUN di Selangor, banyak pihak menggesa penubuhan suruhanjaya tersebut.

Teoh merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.

Malaysiakini

Tuesday, March 3, 2009

Polis buka kertas siasatan terhadap Ahmad Said - mStar

PULAU PINANG: Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berikutan laporan polis yang dibuat terhadapnya.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi Bernama berkata, siasatan terhadap Ahmad Said dibuat menurut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

"Kita membuka kertas siasatan berikutan laporan polis yang diterima dan siasatan lanjut berhubung laporan sedang dijalankan," katanya.

Ditanya sama ada polis telah memanggil Ahmad Said, Ayub berkata: "Kita belum panggil lagi, mungkin dalam masa terdekat ini."

Pada 23 Februari lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin membuat laporan polis terhadap Ahmad Said di Balai Polis Dang Wangi berhubung pengumuman terbuka Ahmad Said yang dilihat 'berniat jahat'.

Ahmad Said sebelum itu dilaporkan membuat pengumuman dalam satu majlis di Pulau Pinang berhubung SPRM mempunyai bukti dakwaan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam kes penyenggaraan sebuah kereta mewah jenis Lexus milik peribadi dan pembelian 46 ekor lembu untuk korban. BERNAMA


Sumber: mStar