Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Sirul. Show all posts
Showing posts with label Sirul. Show all posts

Thursday, April 9, 2009

Azilah dan Sirul di hukum gantung sampai mati - Suara Keadilan

SHAH ALAM, 9 April (SK) : Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada kedua-dua anggota polis tindakan khas, Cif inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar pagi tadi.

Kedua-dua mereka didapati bersalah di atas tuduhan membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibu di kawasan antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, Puncak Alam, antara jam 10 malam pada 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006 lalu.

Altantuya. dibunuh dengan kejam sebelum mayatnya diletupkan dengan bom C4 di kawasan hutan di Puncak Alam.

Kes berprofil tinggi ini yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda, yang rapat dengan Perdana Menteri Najib Razak dituduh bersubahat dengan pembunuhan berkenaan.

Sejak kes terbabit diketahui umum, Najib berulangkali terpaksa menafikan sembarang pembabitannya dalam kes tersebut yang mengundang liputan meluas di merata dunia.

Beliau bagaimanapun, dibebaskan daripada tuduhan tersebut pada 31 Oktober tahun lalu dan pembebasan beliau telah mencetuskan spekulasi bahawa wujudnya “kuasa di sebalik tabir’ yang menentukan keputusan yang dibuat.

Kedua-dua Azilah dan Sirul dikatakan menjadikan ‘korban’ untuk melindungi pihak-pihak tertentu.

Cif Inspektor Azilah,33 dan korporal Sirul Azhar,37 telah membela diri mereka tanpa sebarang saksi di perbicaraan yang dijalankan.

Azilah yang membentangkan keterangannya secara mulut dari kandang tertuduh diwakili oleh peguambela Hazman Ahmad dan J Kuldeep Kumar.

Manakala Sirul Azhar pula yang diwakili oleh Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Marican dan Ahmad Zaidi Zainal memilih untuk membaca keterangan bertulis beliau juga dari kandang tertuduh.

Pihak pendakwa pula diketuai oleh Timbalan Pendakwaraya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup and Hanim Rashid.


SK


Friday, March 6, 2009

Kebenaran Kes ALTANTUYA







Sila klik pada gambar untuk saiz yang lebih besar


Friday, February 6, 2009

Saya sekadar dikambing hitam, kata Sirul

Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar “kambing hitam yang harus dikorbankan” untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

“Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam,” kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Sirul Azhar, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama

“Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya,” katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.

Adik perempuan dan abang saudaranya yang turut berada di galeri awam dilihat turut menangis.

Sumber: Anwar Ibrahim Blog