Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, June 29, 2008

Demo dan Gempar Apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim Dituduh lagi!

Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kerana tidak dapat mengemaskini blog ini kerana menghadiri kursus selama 2 hari yang berakhir pada petang tadi. Malangnya selama 2 hari kursus tersebut, tiada akses internet yang disediakan.

Semalam AMK Melaka telah menganjurkan Demo Kenaikan Harga Minyak bertempat di hadapan pintu masuk Dataran Pahlawan, Melaka Megamall pada pukul 3.oo petang. Sekurang-kurangnya 500 orang telah hadir menunjukkan tanda sokongan. Demo yang julung kali diadakan di Dataran Pahlawan juga telah dihadiri sekretariat GERAM dan BAR council yang bertindak sebagai pemerhati. Berita selanjutnya termasuk gambar akan dikemaskini secepat mungkin.

Pagi ini pula kita telah digemparkan dengan tuduhan tidak berasas oleh pembantu khas Dato' Seri Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa telah diliwat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dikunjungi anggota polis di sebuah hotel terkemuka di Shah Alam ketika Dato' Seri Anwar Ibrahim berada di hotel tersebut pagi ini. Dato' Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menafikan dakwaan dalam laporan tersebut dan mendakwanya ianya merupakan satu rekaan semata-mata.

Admin

No comments: