Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, July 15, 2009

Prosiding kes liwat Anwar ditangguh hingga 2 petang - mStar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi yang dijadual untuk mendengar dua prosiding berkaitan dengan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga 2 petang ini.

Mahkamah sepatutnya mendengar permohonan mendapatkan dokumen dan sebutan kes menentukan tarikh perbicaraan.

Ia dijadual didengar pagi ini di hadapan hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

Pihak pembela memohon kepada hakim pagi tadi untuk menunda kes hari ini bagi mereka merancang semula strategi dan menentukan siapa yang akan mengetuai pembelaan.

Bagaimanapun hakim mahu prosiding diteruskan hari ini.

Hakim hanya memberi masa sehingga pukul 2 petang. Ia diputuskan dalam kamar hakim. Prosiding yang sepatutnya diadakan pada 8 Julai lalu terpaksa ditangguhkan ke hari ini berdasarkan permohonan pihak pembelaan ekoran peguam utama Anwar, Sulaiman Abdullah menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mengalami masalah kesihatan.

Mahkamah dimaklumkan bahawa pihak pembelaan menerima surat daripada pihak hospital bertarikh 6 Julai yang menyatakan Sulaiman perlu menjalani pemeriksaan lanjut selama seminggu kerana menghadapi masalah pening kepala.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau dimaklumkan Sulaiman menghadapi masalah kesihatan yang agak teruk.

"Beliau tidak boleh uruskan mana-mana kes," katanya kepada pemberita di pekarangan mahkamah.

Anwar didakwa meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun lepas.

Sementara itu di luar Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, pihak polis mula membuat kawalan keselamatan seawal pukul 6.45 pagi.

Kawalan tersebut adalah bagi mengawal sebarang kemungkinan terutamanya dikalangan penyokong Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

mStar

No comments: