Kerajaan bercadang mengambil tindakan lebih tegas dengan "menyekat capaian kepada blog dan laman web" yang didakwa menerbitkan kenyataan palsu, berbau hasutan dan mempersendakan agama, kata menteri dalam negeri.
Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan akan memantau secara serius penerbitan di Internet termasuk mengambil tindakan melalui undang-undang sedia ada.
"Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Dalam soal ini, saya ingin menegaskan bahawa setiap pihak atau individu tidak harus menggunakan alasan kebebasan bersuara dalam konteks demokrasi ketika mengemukakan apa-apa pandangan serta pendapat, tanpa langsung memikirkan kepentingan orang lain khususnya masyarakat berbilang kaum di negara ini."
Tegasnya, demokrasi harus turut mempunyai batasan yang perlu dipatuhi.
"Jika mereka melangkaui had dan batas ini, maka undang-undang akan mengambil tempat bagi melindungi rakyat dan negara," kata Hishammuddin lagi.
Beliau menegaskan sedemikian selepas satu mesyuarat khas antara Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Perdana Menteri (JPM dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Ketiga-tiga pihak ini diberikan tanggungjawab oleh kabinet untuk menyelaraskan beberapa tindakan dan pendekatan yang menyentuh peranan dan fungsi agensi di bawah kementerian masing-masing.
Mesyuarat yang pengerusikan Hishamuddin petang ini diadakan bersama Menteri di JPM Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Isu-isu yang dibincangkan antaranya usaha penyelarasan tindakan dan kerjasama antara agensi kerajaan yang berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), polis dan Jabatan Peguam Negara (JPN) bagi memudahkan tindakan bawah Akta Hasutan.
"Mesyuarat juga membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan laman web dan blog yang melanggar mana-mana undang-undang negara serta mengambil tindakan undang-undang segera bagi tujuan mendakwa pemilik dan penulis laman-laman web dan blog-blog yang berunsur hasutan dan fitnah," kata Hishammuddin.
Mesyuarat juga mendengar taklimat daripada polis mengenai isu-isu keselamatan semasa negara khususnya berkaitan dengan penyalahgunaan media alternatif serta taklimat oleh pihak penasihat undang-undang KDN mengenai perkembangan terkini berkaitan isu cadangan pindaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts
Wednesday, August 19, 2009
Monday, July 27, 2009
Laporan polis terhadap blog 'Beng Hock' - Malaysiakini
Exco kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah membuat laporan polis terhadap sebuah blog yang menuduhnya terbabit dalam rasuah dan rakan sejawatannya, Ronnie Liu melesapkan dana kerajaan negeri pada 2008.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di ibupejabat polis Shah Alam, Ean berkata, blog tersebut "mahu mengalih perhatian rakyat dari kematian kontroversi pembantunya, Teoh Beng Hock".
Blog itu menuduh Liu dan Ean ada kaitan dalam kematian Teoh dan mendakwa mereka terbabit dalam rasuah, khususnya dana kerajaan negeri untuk DUN Sungai Pelek yang diwakili MCA.
Ean berkata, blog itu juga cuba mengaitkan beliau dengan kematian Teoh, dengan menuduh beliau dan Liu memaksa Teoh berpakat dalam aktiviti haram.
"Semua itu bohong kerana Teoh tidak pernah bekerja dengan Liu dan dia juga tidak pernah terbabit dalam urusan peruntukan (DUN) Sungai Pelek," katanya.
Ean, yang sedang untuk membuat laporan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, juga mendakwa blog tersebut cuba "memecah belahkan perpaduan di kalangan rakan dalam Pakatan Rakyat".
Liu, yang pada mulanya tidak bersetuju untuk membuat laporan polis terhadap blog tersebut, berkata beliau bersetuju kemudiannya atas nasihat dari rakan-rakan dalam DAP".

Wednesday, June 17, 2009
39 laman web, blog diharamkan - mStar
This summary is not available. Please
click here to view the post.
Subscribe to:
Posts (Atom)