PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dan isteri keduanya, Zizie Ezette mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini kerana berpoligami tanpa izin.
Sehubungan itu mahkamah menetapkan 18 Mei ini sebagai tarikh keputusan bagi kes berkenaan.
Kedua-dua mereka mencetuskan kontroversi Disember lalu apabila menafikan berita pernikahan mereka tetapi akhirnya terpaksa membuat pengakuan terbuka selepas dihidu oleh media.
Pada 21 Disember lalu, Bung dan Zizie, 31, akhirnya mengakui bahawa mereka telahpun selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri tetapi enggan menyatakan lokasi pernikahan tersebut berlangsung.
Bung yang ketika itu berada di luar negara telah menjawab melalui kiriman Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) bahawa beliau telah menikahi Zizie.
"Jika Datuk (Bung) kata benar, maka jawabnya benarlah kami dah berkahwin," kata Zizie ketika mengulas mengenai pengakuan suaminya itu.
Ketika ditanya oleh mStar Online dan The Star Zizie memberitahu, jika benar sekalipun mereka berkahwin, mereka tidak bersalah di sisi Allah walaupun mungkin bersalah pada sisi undang-undang dan peraturan buatan manusia.
Beberapa minggu kemudian, gambar Bung dan Zizie yang baru pulang dari luar negara berjaya dirakam media sebaik keluar dari Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
mStar
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Bung Mokhtar. Show all posts
Showing posts with label Bung Mokhtar. Show all posts
Tuesday, April 20, 2010
Tuesday, January 26, 2010
Apabila Gambar Bung Mokhtar & Isteri Menjadi Sensasi..

Ini yg berlaku apabila gambar Bung Mokhtar & Isteri di muatnaik ke dalam Laman gosip artis sehingga menyebabkan gambar tersebut menjadi sensasi dan menjadi perdebatan hangat di ruangan komen Laman gosip artis tersebut...
Selanjutnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)