Sebaran Media
23 Februari 2009
Rumusan Ucapan Menjunjung Kasih Titah Agong
Melihat kepada 'kemelut' politik dan ekonomi yang sedang kita hadapi, kerajaan perlu terbuka kepada pandangan semua pihak demi mencapai kata sepakat dalam usaha pembaikpulihan negara. Saya kemukakan empat teras tersebut dalam ucapan saya pagi tadi:
Pertama:
Isu penyampaian perkhidmatan awam perlu diperkasakan, seperti mana YDPA titah semasa ucapan Baginda. Di mana keadaan ekonomi sekarang ini yang tidak menentu, kesemua perbelanjaan harus diteliti dengan lebih terperinci kerana wang dan dana yang digunakan dan diperolehi perlu dihargai.
Kedua:
Perlunya Malaysia mempergiatkan dan memperkukuhkan hubungan diplomatik serantau, kerana masalah-masalah sistemik seperti keadaan kewangan yang tidak stabil dan isu pelarian seperti Rohingya dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya kita memperkasakan ASEAN secara menyeluruh, bermula dengan pemansuhan Non-Intervention Policy (NIP).
Ketiga:
Perlunya Malaysia mengimbangkan kepadatan penduduk di antara kawasan luar bandar dengan bandar dengan pembinaan prasarana-prasarana yang boleh memangkinkan rakyat untuk membangunkan keluarga dan memajukan kerjaya mereka di luar bandar. Pembinaan sekolah bertaraf antarabangsa di kawasan luar bandar oleh People's Democratic Alliance (PDA) di Thailand dan isu Rubanism boleh dijadikan panduan untuk menjayakan isu ini.
Keempat:
Perlunya Malaysia memperkasakan sistem pendidikan, terutamanya dari peringkat rendah, kerana Malaysia menggunakan kayu ukur yang tidak tepat sekarang ini. Jika kita menggunakan kayu ukur antarabangsa, TIMMS 2007, ia menyatakan bahawa PPSMI sekarang ini menyebabkan sistem pendidikan Malaysia merudum dalam aspek Sains dan Matematik.
Nurul Izzah Anwar
Lembah Pantai
23rd February 2009
nurulizzah@nurulizzah.com
Untuk Teks penuh, sila hubungi ibrahim.sani@gmail.com
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Nurul Izzah. Show all posts

Monday, February 23, 2009
Monday, August 25, 2008
Ketabahan Papa, kesetiaan Mama sumbu perjuangan
YB Nurul Izzah Anwar
RAMAI mungkin tidak menyangka bahawa saya hampir-hampir tidak sampai ke Permatang Pauh untuk penamaan calon papa di kawasan parlimen penuh lagenda itu.
Tetapi, itulah hakikat ? hati saya tersepit untuk memilih sama ada ke Pulau Pinang atau memilih untuk hadir bersama pimpinan Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Malaya (PKAUM) dalam sebuah forum perbincangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) Sabtu lalu.
Saya sentiasa setia bersama papa. Tidak pernah walau sesaat kasih saya terpisah darinya. Andai diturut kata hati, ingin saya peluk papa erat-erat, lindungi beliau daripada sengsara dan bahaya politik gila yang makin berleluasa.
Ingin saya paut lengan papa setiap masa, setiap hari, selagi saya masih bernadi.
Namun, saya punya tanggungjawab yang lain; sebagai ahli parlimen, sebagai wakil anak muda, dan walaupun beban terasa kadangkala, saya cuba untuk menjadi seperti Papa.
Papa satu dalam sejuta. Tidak sesiapa biarpun kami anak-anaknya, yang bisa jadi seperti dirinya. Papa tidak rapuh, Papa adalah jaguh!
Minggu ini untuk mahasiswa. Saya persiapkan hujah bangkangan AUKU yang kebanyakannya sudah diolah oleh PKAUM sendiri, dan yang selebihnya saya ambil dari Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU ? gabungan yang dicuri 'mayat'nya oleh pihak polis pagi tempohari di luar parlimen!
Tambahan pula, saya juga serba salah mahu melihat wajah papa. Siapa yang dapat menduga hiba di hatinya ? dirampas pangkat dan hak selaku wakil di Permatang Pauh.
Ditangkap seperti penjenayah besar negara di kediaman sendiri, di hadapan ayah, arwah ibu, isteri, anak-anak, serta penyokong.
Sudah ditahan, dipukul pula oleh Ketua Polis Negara, sambil dibalut mata dan digari tangannya.
Gadis mana yang mahu memperkenalkan jejaka pilihan kepada papanya ? di penjara.
Gadis mana yang tidak sebak menyaksikan papanya hanya kembali buat seketika; di hari bahagianya. Saya tahu, kekuatan Papa mengatasi kesedihannya.
Ketabahan Papa dan kesetiaan Mama menjadi sumbu perjuangan saya.
Selesai hukuman penjara oleh mahkamah yang dipengerusikan hakim-hakim zalim, Papa sibuk hari demi hari, berkempen menjelang Pilihanraya Umum (PRU), menuntut kesabaran kami sekeluarga demi membina masa depan baru untuk Malaysia.
Mama sering bicara, Papa bukan milik kami semata-mata. Papa milik semua rakyat Malaysia. Cinta Papa kepada negara melebihi cintanya kepada keluarga. Kalam saya, Papa adalah wira.
Tiba di Permatang Pauh, bagai sireh pulang ke gagang, cuba mengutip sejarah pulangnya papa ke kampung halaman. Bagaimana saya sanggup menatap wajah papa pada hari tersebut ? hari yang memperlihatkan kepada kita semua, manusia kerdil yang hanya mengharapkan kepada kuasa Allah SWT yang membolehkan segala-galanya berlaku: pembebasan papa dan kembalinya papa ke persada politik tanah air, setelah diperlakukan kezaliman manusia.
Kala ini, saya menatap kembali sajak Rajawali karangan Rendra. Ya, seperti Rajawali, Papa akan membela langit dengan penuh setia!
Ayuh anak muda, lakukan perubahan, bermula di Permatang Pauh dengan mengundi Pakatan Rakyat, bukan kerana dia papa saya, tetapi dia adalah simbol reformasi dalam negara. Reformasi! - tmj_
Sumber: HarakahDaily

Labels:
Anwar Ibrahim,
Dr. Wan Azizah,
Nurul Izzah,
PKR,
Semasa
Subscribe to:
Posts (Atom)