Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Pak Lah. Show all posts
Showing posts with label Pak Lah. Show all posts

Thursday, December 24, 2009

Mahathir: Siasat juga RM270 bilion zaman Pak Lah - Malaysiakini

Tidak cukup mempertahankan dirinya, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menyalahkan seorang lagi mantan perdana menteri berhubung isu salah guna wang negara seperti didakwa dalam sebuah buku terbaru.

Mengulas dakwaan beliau menghanguskan RM100 bilion sepanjang 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir meminta kerajaan turut menyiasat penggunaan wang RM270 bilion sepanjang lima tahun kepemimpinan penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kelmarin, pelopor Wawasan 2020 mencabar kerajaan agar menubuhkan suruhanjaya bebas menyiasat dakwaan terhadapnya yang dimuatkan dalam buku Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain.

Menulis di blognya hari ini, Dr Mahathir berkata syarikat petroleum negara Petronas hanya menyerahkan wang RM126 bilion kepada kerajaan sepanjang kekuasaannya tetapi RM270 bilion semasa dipimpin Abdullah, yang popular dipanggil Pak Lah.

Malaysiakini

Tuesday, April 14, 2009

Analisis: Pak Lah Kumpul Bala Tentera Tumbang Najib - TVAntara

Sejak dipencenkan daripada jawatan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi nampaknya gembiranya menghabiskan masa luang beliau bersama isteri kedua tersayang, Jeanne Abdullah.

Malah beliau seronok dapat memandu isterinya ke ke sana ke mari memenuhi majlis undangan dan berjumpa kawan-kawan lama serta bekas anank buahnya di Jabatan Perdana Menteri kebelakang ini.

Sungguhpun secara luaran Abdullah atau Pak Lah nampak gembira tidak siapa tahu apa perasaan dalam benak sanubari beliau.

Walaupun ada desas desus mengatakan Pak Lah akan terus memegang jawatannya sehingga habis tempuh lantikannya pada 2013 namun beliau tetap melepaskan tampuk pemerintahan kepada Najib Razak lantas mengecewakan ramai penyokong setia dan juga kumpulan penasihatnya yang dikenali sebagai "budak-budak tingkat empat" (merujuk kepada tingkat empat
bangunan Perdana Putra yang menempatkan Unit Dasar dan Unit Komunikasi, kedua-duanya dikepalai oleh "orang-orang" Khairy Jamaluddin, menantu Pak Lah).

Selain hal-hal peribadi banyak persoalan yang ingin diajukan kepada beliau sejak timbalannya mengambil alih jawatan Perdana Menteri 3 Mach lalu.

Rakyat umum tahu betapa Pak Lah terlalu sayangkan Khairy sebagai suami kepada satu-satunya anak perempuannya, Nori.

Bukan sahaja Khairy ditatang bagaikan minyak yang penuh sebagai menantu kesayangan malah Khairy juga pernah bekerja sepejabat dengan bapa mertuanya sebagai pegawai khas pada awal peringkat Pak Lah menjadi Perdana Menteri.

Apakah beliau gembira apabila memikirkan bagaimana penggantinya menyisihkan Khairy daripada kabinet yang diumumkan 9 April lalu.

Menambahkan luka dihati Pak Lah, Najib menamakan Mukhriz, anak kepada pengkritik hebat beliau, mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, sebagai timbalan menteri.

Khairy dilihat lebih berhak mendapat habuan jawatan kabinet kerana baru sahaja memenangi pertandingan bagi Ketua Pemuda Umno, sayap kanan parti.

Dalam pertandingan tiga penjuru itu Mukhriz mendapat undi tercorot, kalah kepada Khairy dan Dr Mohd Khir Toyo.

Khairy seperti Mukhriz juga adalah seorang Ahli Parlimen. Jadi di mana letaknya logik Najib untuk melantik Mukhriz dan menolak menantu Pak Lah.

Tidak lain tidak bukan keadaan ini timbul hasil tangan Dr Mahathir yang membayangi karier politik Najib dari awal dan kini dengan munculnya Najib sebagai Perdana Menteri peranan Dr Mahathir sebagai mentor politiknya semakin menyerlah.

Dr Mahathirlah yang memastikan anaknya tidak keciciran menapak tangga politik dalam kerajaan Najib dan beliau jugalah yang menentukan Khairy tidak mendapat sebarang jawatan dalam kabinet Najib.

Rakyat sedia maklum betapa bencinya bekas Perdana Menteri itu kepada Khairy, menuduh anak muda berusia 33 tahun itu sebagai mempunyai pengaruh besar ke atas Pak Lah dalam urusan kerajaan dan parti.

Dr Mahathir sejak 2006 sehingga turunnya Pak Lah dari tampuk kuasa tidak henti-henti menghentam Khairy dan orang-orangnya di tingkat empat pejabat Perdana Menteri dengan meletakkan punca kelemahan kerajaan dan parti dan akhir sekali kekalahan teruk Umno dan Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke 12 lalu sebagai angkara Khairy.

Pada pandangan Dr Mahathir, Khairy budak jahat hingusan yang mengawal Pak Lah dan Umno, sebab itu dia mesti dihapuskan pengaruh dan cengkamannya dalam kerajaan dan parti.

Maka bermulalah pembersihan segala legasi Pak Lah dalam kerajaan dan parti dan sasaran pertama ialah Khairy.

Selepas Khairy berjaya dinafikan jawatan kabinet langkah seterusnya ialah mentalkin Islam Hadhari ciptaan Pak Lah.

11 April lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mjr Jen (B) Jamil Khir Baharom berkata dasar perlaksanaan Islam Hadhari akan dikaji semula (baca: akan dikuburkan).

Inilah satu-satunya peninggalan program pentadbiran Pak Lah yang menjulang nama beliau sejak beliau menjadi Perdana Menteri pada 2003 dan Najib lalu mahu menghapuskannya tidak sampai seminggu usia kabinetnya.

Pak Lah masih mampu tersenyum walaupun Khairy disishkan dan Islam Hadharinya bakal mengakhiri hayat tidak lama lagi.

Walaupun sudah pencen jadi Perdana Menteri, Pak Lah masih kekal Ahli Parlimen Kepala Batas dan di Dewan Rakyat pun masih ramai wakil rakyat yang pro beliau.

Ini kerana kerajaan yang diwarisi Najib adalah kerajaan Pak Lah yang mendapat mandat rakyat pada PRU 12 lalu, jadi kebanyakan ahli parlimen adalah mereka yang dipilih dan disahkan oleh Pak Lah sendiri, bukannya Najib.

Dalam kabinet Najib boleh memasukkan kroni dan teman setianya termasuk yang kalah dilantik sebagai Senator tetapi lain pula di Parlimen.

Dalam Parlimen Pak Lah masih mempunyai blok pengikut yang besar.

Di Parlimen Pak Lah boleh dianggap sebagai ketua fraksi yang berpengaruh malah sokongannya akan menumbangkan atau mengukuhkan kerajaan.

Analisis rambang profil ahli parlimen Umno yang kini berjumlah 55 orang daripada keseluruhan 140 kerusi milik BN menunjukkan sekurang-kurang 34 adalah pro Pak Lah.

Ketiga-tiga Ahli Parlimen di Perlis adalah orang Pak Lah begitu juga, seorang di Melaka, tujuh di Perak, tiga di Negeri Sembilan, seorang di Wilayah Persekutuan, dua di Selangor, enam masing-masing di Johor dan Pahang, tiga di Terengganu.

Ini tidak termasuk Tengku Razaleigh Hamzah di Kelantan dan kerusi beliau sendiri di Kepala batas, Pulau Pinang.

Sekiranya Pak Lah menggerakkan hulubalang-hulubalangnya di Parlimen beliau mampu mendapat sekurang-kurang lagi wakil rakyat.

Ini menjadikan jumlah Ahli Parlimen yang bakal menyertai dan menyatakan sokongan padu kepada Pak Lah berjumlah 44 kesemuanya, 45 kalau termasuk beliau sendiri.

Sebelum ini Tengku Razaleigh telah beberapa kali melontarkan ide berhubung penubuhan kerajaan perpaduan di antara BN dan Pakatan Rakyat.

Dengan trend penolakan terhadap kepimpinan Najib sebagai Perdana Menteri baru lambat laun cadangan ini akan menjadi realiti.

Tidak mustahil Pak Lah dengan 44 wakil rakyat Umno akan bersama-sama Pakatan Rakyat untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan sekali gus menguburkan kerajaan Najib yang tidak sampai setahun jagung.

Mungkin blok Pak Lah akan menggerakkan usul undi tidak percaya terhadap Najib dengan sokongan Pakatan Rakyat, semua ini adalah tidak mustahil dalam dunia politik masa kini.

Sekiranya Najib bersama-sama Dr Mahathir terus menganiaya menantu kesayangannya itu Pak Lah tidak akan berpeluk tubuh sahaja dan lambat laun akan bertindak menentang penindasan Najib.

Setakat ini semboyan perang belum dibunyikan tetapi sampai satu ketika tidak lama lagi Pak Lah akan terpaksa mengumpul bala tenteranya melawan Najib sekiranya Khairy ditekan sebegitu hebat.

Kemungkinan Najib memanipulasi Lembaga Disiplin Umno untuk mengambil tindakan ke atas Khairy berhubung politik wang tidak boleh ditolak kerana sudah ada desas desus ke arah itu.

Pak Lah tidak akan terus berkecuali jika Khairy dikambinghitamkan oleh presiden baru Umno.

Najib juga dijangka meletakkan orang-orang kepercayaannya menerajui Badan Perhubungan Umno di setiap negeri tidak lama lagi.

Orang-orang Pak Lah akan dicantas dan digantikan. Ini proses biasa di mana-mana apabila berlaku peralihan kuasa.

Walau apa pun Parlimen akan bersidang semula Jun depan dan hanya percaturan kompleks politik akan menentukan jatuh tumbangnya kerajaan Najib.


TVAntara

Saturday, April 4, 2009

Abdullah akan dilihat sejarah seperti Gorbachev - Harakah

KUALA LUMPUR, 4 April (Hrkh) - Akhbar Straits Times Singapura menyifatkan pemergian Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang melepaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia meninggalkan jasa yang terlalu sedikit untuk dikenang.

Dari sudut ekonomi, kata akhbar itu, ikrar Abdullah untuk menjadikan kerajaan lebih telus, mengurangkan birokrasi dalam kerajaan dan membasmi rasuah tidak kesampaian dan ia menjadikan daya saing Malaysia sebagai pusat pelaburan rantau ini tidak tercapai.

Projek-projek mega yang dianjurkan Abdullah untuk mencipta pertumbuhan melalui apa yang dipanggil koridor - seperti projek Iskandar di Johor - masih di peringkat awal dan ia boleh terhenti bila-bila masa akibat krisis ekonomi global.

Abdullah telah "disumpah dan diseranah" oleh partinya sendiri yakni Umno atas dua sebab. Pertama kerana persembahan buruk Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum yang lalu. Dan kedua, kerana membenarkan Dato' Seri Anwar Ibrahim aktif semula dalam politik.

Akan tetapi menurut akhbar itu, dalam beberapa tahun akan datang, pandangan terhadap pencapaian Abdullah mungkin berubah kerana mengikut penganalisis, sejarah akan membuatkan pandangan orang ramai menjadi lebih baik terhadapnya.

Sejarah akan membuatkan Abdullah lebih dilihat seperti Gorbachev, kata seorang diplomat kanan, petik akhbar itu, yang merujuk kepada pemimpin Russia, Mikhail Gorbachev yang melakukan banyak perubahan demokratik di negara itu._


Harakah

Wednesday, March 11, 2009

Shamsul nafi ada rundingan, kehadiran Anwar dan Abdullah atas jemputan Tok Ayah - KLPOS

SAYA menyangkal dakwaan Sayuti Omar (MSO) yang menyatakan bahawa PM Abdullah dan YB Dato’ Seri Anwar berunding di Hulu Langat.

Kehadiran kedua-dua pimpinan adalah di atas jemputan Al-Fadhil Tuan Guru Syeikh Mahmud Al-Majzub (yang lebih selesa dikenali dengan panggilan Tok Ayah) bersempena dengan majlis Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor.

Program yang dimulakan sejak daripada awal pagi turut diisi oleh para penceramah jemputan khas dari dalam dan luar negara termasuk saya sendiri.

Yang menarik ialah ucapan Sami Di Raja Thailand yang memberikan beberapa dimensi yang menyegarkan mengenai keamanan sejagat.

Pada beliau setiap insan itu dijadikan dengan kejadian yang sempurna bertujuan untuk bersama-sama menjadikan dunia ini satu tempat kediaman yang aman bagi seluruh ummat manusia.

PM Abdullah dan YB Dato’ Seri Anwar telah dijemput untuk makan tengahari bersama-sama para jemputan termasuk para ulama’ Asia Tenggara.

Selepas dari itu, kedua-dua mereka bersolat zohor secara berjemaah dan kemudiannya disusuli dengan ucapan PM Abdullah serta tazkirah daripada Tok Ayah.

PM Abdullah mengingatkan para jemaah kepentingan untuk ta’awun di dalam perkara-perkara yang mendatangkan kebaikan kepada umat manakala Tok Ayah menegaskan tentang kewajipan pemimpin negara untuk menjadikan negara Malaysia sebagai negara yang baik dan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T. (baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur)

Apapun saya setuju dengan MSO, pertemuan hari ini mempunyai sejarah yang tersendiri.

* Penulis merupakan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), blog beliau boleh dilayari di http://shamsuliskandar.wordpress.com - Pengarang


Sumber: KLPos


Pertemuan Dengan Pak Lah

Terlalu banyak andaian dan tafsiran mengenai kehadhiran saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi di Hulu Langat tengah hari tadi.

Saya dijadual ke Madrasah Nurul Iman untuk sambutan Maulidur Rasul dan meraikan Tuan Guru Sheikh Mahmud. Di antara tetamu adalah ulama’ dari Indonesia, Gambia, India, Patani dan lain-lain. Turut sama adalah ketua sami Buddha dari Bangkok serta bekas Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kehakiman Thailand Profesor Dr. Bhokin.

Saya dan Azizah terlambat tiba kerana terpaksa melayani karenah dan drama di Mahkamah Tinggi termasuk urusan ikat jamin!

Sebaik menghampiri kawasan madrasah, saya diberitahu Datuk Seri Abdullah telah pun tiba. Saya disambut Sheikh Mahmud dan menjamah hidangan bersama Datuk Seri Abdullah, Profesor Bhokin dan para ulama’ yang hadhir.

Kami dapat ngobrol biasa untuk seketika. Selesai bersama berjemaah Zuhur, kami berlepas ka Parlimen.

ANWAR IBRAHIM

Monday, January 19, 2009

KT: Undi tidak percaya terhadap Pak Lah, kata Dr M

Barisan Nasional (BN) yang telah memerintah Malaysia selama 50 tahun, akan kehilangan kuasa dalam pilihanraya umum akan datang jika ia terus memberi tempat kepada pemimpin yang korup, kata mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menyifatkan kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu semalam sebagai undi tidak percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau mengingat bahawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tun Razak - yang akan mengambil alih kuasa Mac depan - tidak boleh mengulangi kesilapan Abdullah, yang dihukum oleh pengundi dalam pilihanraya umum lalu, kerana gagal menunaikan janjinya untuk membasmi rasuah.

"Saya fikir Najib tidak harus dipersalahkan terhadap (kekalahan BN di Kuala Terengganu) tetapi jika beliau terus memilih atau menyokong pemimpin yang korup, maka saya fikir beliau akan kalah dalam pilihanraya umum akan datang," kata Mahathir.

Tanpa menyebut nama, Dr Mahathir berkata, pemimpin yang sudah tercemar dan yang terbabit dalam rasuah, masih dipilih sebagai calon.

Beliau berkata, jika BN mahu menang, orang-orang berkenaan mesti disingkirkan.

Gagal pulihkan sokongan

Dr Mahathir menyerah kuasa kepada Abdullah pada 2003, selepas menjadi perdana menteri selama lebih dua dekad.

Bagaimanapun, kedua-duanya kemudiannya tidak sehaluan dan Dr Mahathir terus menerus mengkritik pentadiran penggantinya itu.

Selepas pilihanraya umum Mac 2008 di mana BN kalah teruk - hilang lima negeri dan gagal mengekalkan penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat - Abdullah berdepan dengan desakan supaya bersara.

Dan kejayaan pembangkang merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil semalam, dilihat sebagai petanda bahawa BN gagal memulihkan sokongan pengundi kepadanya.

Pilihanraya umum dijadual diadakan pada 2013, tetapi pembangkang berkata kerajaan mungkin mengadakan pilihanraya mengejut tahun ini kerana bimbangkan popularitinya akan terus merosot.

Tsunami politik berterusan....

Sementara itu, pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang pula berkata keputusan pilihanraya kecil semalam menunjukkan bahawa tsunami politik yang berlaku pada pilihanraya umum Mac tahun lalu, masih berterusan.

"Ia mengesahkan bahawa peralihan pradigma dalam politik Malaysia kira-kira 10 bulan yang lalu bukan secara kebetulan, tetapi mencerminkan inspirasi politik sebenar rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, keputusan pilihanraya kecil Kuala Terengganu menjadi satu amaran kepada Umno dan kepimpinannya mengenai akibat lebih teruk yang akan mereka terima jika masih berdegil tidak mahu mendengar desakan rakyat yang mahukan perubahan.

Menurutnya, keputusan itu juga harus dikaji secara terperinci, khususnya, mengenai impak isu hudud, terhadap pilihanraya kecil tersebut. Berita asal


Sumber: Malaysiakini

Wednesday, December 3, 2008

Najib tidak semestinya PM, Abdullah masih berminat?

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu bahawa wujud desas-desus bahawa walaupun Dato' Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Presiden Umno,tidak semestinya beliau akan jadi Perdana Menteri malah dikatakan dikatakan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawimasih berminat meneruskan jawatan Perdana Menteri.

Situasi itu katanya tidak mustahil akan berlaku jika diambil kira sikap pemimpin dan ramai ahli Umno yang tidak akan menentang Abdullah kerana amat selesa dengan kepimpinan beliau dan mendapat 'nikmat' tertentu darinya.

Sebelum itu, Mahathir menjelaskan dalam laman blognya bahawa adalah satu tradisi sahaja Presiden Umno akan menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional menang dan menjadi parti yang terbesar dalam Parlimen sedangkan katanya jika diberi kepercayaan oleh majoriti ahli Dewan Rakyat, yang bukan Presiden Umno dan Pengerusi BN juga boleh jadi Perdana Menteri.

"Dalam parti-parti lain di Malaysia terdapat Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak terdiri daripada Presiden parti. Demikian juga Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS, yang menjadi Menteri Besar ialah Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Dalam DAP sementara pemimpin besarnya ialah Lim Kit Siang tetapi dia tidak jadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Keadaan yang sama terdapat dalam parti Keadilan di Selangor. Bahkan jika ketua Pakatan ialah Dato' Seri Anwar Ibrahim, dia tidak mengetuai mana-mana Kerajaan yang dikuasai oleh Pakatan," katanya dalam blognya itu.

Dalam pada itu, beliau mendakwa bahawa Umno sudah jadi parti pimpinan ramai perasuah dan jika Umno menang bersama BN, maka yang bakal memerintah Malaysia ialah orang yang menjadi Perdana Menteri dan Menteri melalui rasuah.

"Dan mereka ini tetap akan amalkan rasuah dalam Kerajaan untuk dapat balik "pelaburan" mereka dan lebih daripada itu.

"Jika rakyat Malaysia ingin elak daripada nasib buruk ini menimpa negara, rakyat perlu beritahu UMNO dan kepimpinannya awal-awal lagi iaitu rakyat akan tolak UMNO jika orang yang diketahui umum terlibat dengan rasuah dipilih sebagai pemimpin UMNO pada pemilihan Majlis Tertinggi Mac 2009," katanya.-Hrkh _

Sumber:
HarakahDaily

Friday, November 21, 2008

Tido Lagi....


Wednesday, November 12, 2008

GMI serah 50 ribu poskad kepada PM

PARLIMEN, 12 NOVEMBER (SK) - Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini menyerahkan 50,000 poskad kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi, menuntut agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan.

Poskad berkenaan yang tertulis tiga tuntutan bantahan rakyat ini diserahkan kepada Ahli Parlimen Klang, Charles Santiagon yang kemudian akan menyerahkannya kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim bagi menyerahkannya kepada PM.

Tiga tuntutan berkenaan ialah ISA dimansuhkan, semua tahanan ISA dibebaskan dan menutup Kem Kamunting (Kemta), diedarkan kepada rakyat sejak pelancarannya April lalu.

Ketika sidang akhbar di lobi Parlimen tengah hari ini, Pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh turut membacakan memorandum yang akan turut diserahkan kepada Abdullah.

GMI yang dianggotai lebih 83 organisasi yang terdiri dapidapa badan bukan kerajaan, parti politik, kesatuan sekerja, badan peguam, badan media, pertubuhan pelajar dan pertubuhan wanita.

Selain itu, poskad berkenaan antara lain mendesak pemberhentian kezaliman yang ditimpa ke atas tahanan dan keluarga tahanan.

Sumber:
Suara Keadilan

Selamatkan UMNO????


Monday, October 20, 2008

DOLLAH MULAKAN 'PERANG' KEPADA MAHATHIR DAN MUHYIDDIN SECARA TERANG-TERANGAN ~ Ref Malaysiakini

Umno kian haru-biru. Hari ini Dollah secara terbuka menyerang bekas 'boss'nya Mahathir dan Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin. Jelas Dollah begitu kecewa dengan 2 orang penting dalam politik Malaysia ini.

Seorang bekas Boss yang pernah dibodeknya habis-habisan semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seorang lagi Naib Presiden yang sedang bersinar bintangnya untuk menduduki kerusi no 2 dalam Umno.

Marah betul Dollah kepada kedua-duanya.

Muhyiddin teruk dihentam Dollah seperti yang disiarkan oleh TV 3 dalam Buletin Utama TV3 suku malam ini. Muhyiddin digelar sebagai memungkiri janji kerana menurut Dollah semua ahli MT telah bersetuju dengan pelan peralihan tetapi mengapa selepas itu Muhyyidin mengkritik dan tidak bersetuju pula. Sebab itu Dollah menuduh Muhyiddin mungkir janji.

Malah Dollah seolah-olah menyokong Ali Rustam apabila menyelar puak-puak yang mencadangkan atau meminta Ali Rustam menarik diri.

Mungkinkah Dollah mula menunjukkan dirinya menyebelahi Ali kerana marahkan Muhyiddin. Namun saya menjangkakan ahli Umno tidak akan dipengaruhi oleh sokongan terbuka Dollah ini. Muhyiddin terbukti menjadi hero dalam dalam isu peralihan kuasa sehingga berani mengkritik Dollah.

Pada pandangan saya Dollah tersilap kerana berdendam dengan Muhyiddin sehingga menuduh Muhyiddin mungkir janji. Sentimen ahli Umno mahukan reformasi dan perubahan. Jadi tindakan Dollah ini sebenarnya membuatkan ahli Umno lebih meluat kepada Dollah dan melonjakkan lagi nama Muhyiddin.

Perkembangan terbaru ini menampakkan bahawa Umno semakin haru biru selepas ini. Kritikan terbuka Dollah kepada Mahathir dan Muhyiddin benar-benar menyemarakkan api perbalahan di dalam Umno.

Sumber:
Mutaligat

Thursday, October 9, 2008

Komentar: 'Bijak-bijak', Abdullah ternyata 'licik'

Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang Perdana Menteri yang lebih licik daripada Dr Mahathir Mohamad. Anda boleh sanggah pandangan saya ini, namun sewajarnya anda perlu membaca sampai habis komentar saya kali ini.

Majoriti rakyat Malaysia telah lama mengetahui bahawa Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang licik. Setiap langkah dan tindakannya tidak dapat dijangka. Biarpun diwaktu ditimpa pelbagai kemelut, beliau memang dapat menyelesaikannya malah dengan angkuh berjaya memperkecilkan musuhnya.

Semasa pemerintahan Dr Mahathir Mohamad, dia tidak akan membiarkan sesuatu masalah itu timbul dan menyulitkan pemerintahannya. Beliau dengan tangkas akan memancung (menetak) pucuk-pucuk yang memberikan masalah tersebut semenjak dari tunasnya. Beliau tidak akan membiarkan tunas tersebut menjadi pucuk.

Namun dalam kita tidak sangka, Abdullah Ahmad Badawi mempunyai ramai pakar strategi dan pembantu yang bersedia untuk hidup mati dengannya.

Malah dengan kemampuan lobi bertahap mega yang berjaya dikesan setakat ini, saya percaya tindakan Abdullah Ahmad Badawi membuat sidang akhbar untuk tidak mempertahankan jawatannya dan bersedia untuk peralihan kuasa adalah satu daripada beberapa pelan beliau yang telah dikaji dan diyakini olehnya.

Anda semua perlu ingat bahawa pengesahan untuk bertanding jawatan presiden Umno atau tidak adalah tidak memberi makna yang mendalam kepada keputusan pengundian para perwakilan Umno.

Jika seseorang itu tidak mengesahkan akan bertanding, namun terdapat cukup pencalonan dari Bahagian Umno dan akar umbi ketika mesyuarat agung Umno, maka secara otomatiknya beliau layak untuk disenaraikan.

Jika semasa penyenaraian ini majoriti perwakilan (lebih dari 80%) membuat keputusan untuk memilih calon yang tidak mengesahkan pertandingan tersebut, maka mengikut lunas undang-undang calon tersebut berhak untuk memenangi jawatan tersebut.

Oleh yang demikian, jika Abdullah Ahmad Badawi mendapat lebih dari 2/3 undi para perwakilan Umno maka secara otomatisnya beliau akan terus dipuncak kuasa. Oleh sebab ini, kita percaya agenda kedua dan ketiga pihak Abdulla Ahmad Badawi sedang diteruskan dan dipertingkatkan dari masa ke semasa.

Oleh itu, maka jangan terkejut jika Abdullah Ahmad Badawi akan terus mendapat pencalonan yang terbaik dan beliau berhak untuk menjadi Presiden Umnmo dan seterusnya menjadi Perdana Menteri. - ketuaperusuh.wordpress.com

"Bijak-Bijak"

(Ketua Perusuh adalah bekas Felo Kanan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa)_ +


Sumber: HarakahDaily

5 inisiatif Abdullah termasuk tubuh 3 suruhanjaya sebelum bersara

KUALA LUMPUR:Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu melaksanakan lima inisiatif termasuk menubuhkan tiga suruhanjaya sebelum melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno Mac depan.

Ketiga-tiga suruhanjaya yang dimaksudkan Abdullah ialah Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Suruhanjaya Aduan Khas.

Jelas Abdullah, badan kehakiman perlu memperkukuhkan kedudukan dan kredibilitinya di mata rakyat.

"Saya akan membawa rang undang-undang ke Parlimen bagi menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman. Suruhanjaya ini akan diberi mandat untuk mencadangkan pelantikan para hakim dengan cara yang telus," katanya.

Selain itu, kata beliau, negara juga memerlukan sebuah institusi yang dapat memerangi gejala rasuah dengan efektif.

"Oleh itu, saya juga akan membawa rang undang-undang ke Parlimen untuk menubuhkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang akan mempunyai kuasa penyelidikan dan penguatkuasaan yang lebih besar berbanding kuasa yang sedia ada pada Badan Pencegah Rasuah," katanya.

Selain itu, Abdullah berkata, beliau juga akan menubuhkan Suruhanjaya Aduan Khas bagi memperkukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

"Tempoh saya sebagai Presiden Umno akan tamat pada bulan Mac 2009. Namun, ada beberapa inisiatif yang saya ingin laksanakan sebelum saya menyerahkan tugas dan tanggungjawab kepada bakal pengganti saya.

"Inisiatif-inisiatif ini adalah penting untuk membolehkan negara kita terus melangkah maju. Inisiatif-inisiatif ini akan memperbaiki daya saing negara dan membolehkan Malaysia mengharungi cabaran-cabaran luaran yang pasti mendatang," katanya.

Tambah Abdullah, beliau begitu kerap dan sering menegaskan bahawa kekayaan dan hasil kemakmuran negara perlu diagihkan secara lebih adil ke serata negara.

"Ketika membentangkan Bajet 2009 yang lalu, saya telah menjelaskan tentang komitmen kerajaan untuk memperkukuh dan memperluaskan Jaringan Keselamatan Sosial.

"Kita akan meningkatkan usaha bagi memastikan pelaksanaan inisiatif ini dapat disegerakan bagi membantu rakyat Malaysia yang miskin dan memerlukan, tanpa mengira latar belakang, kaum atau agama.

"Saya juga akan bekerja keras untuk memastikan manfaat yang jelas akan dapat mula dinikmati di Iskandar, dan juga koridor-koridor pembangunan yang lain di serata negara," katanya.

Malah, tambah Abdullah, beliau ingin melihat kerajaan dan Barisan Nasional memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah Negara yang bersatu dan harmoni.

"Hakikatnya, kita telah sama-sama melihat bahawa keharmonian hubungan antara kaum dan agama semakin merosot dan terhakis.

"Pelbagai isu telah dibangkitkan yang berupaya meretak dan menghancurkan perpaduan yang telah kita jalin sekian lama, yang kita banggakan selama ini.

"Isu-isu ini perlu kita depani dengan bijak dan matang, melalui dialog; tangani isu-isu ini secara konstruktif dan adil; bagi memastikan rakyat dapat memahami isu-isu ini dengan jelas, tanpa sebarang keraguan; dan berikan fokus kepada aspek-aspek yang menyatukan kita dan bukannya aspek-aspek yang makin memecah-belahkan kita semua," katanya.

Bagi tujuan itu, kata Perdana Menteri, beliau akan mengadakan Konvensyen Barisan Nasional pada awal tahun depan.

"Ini sememangnya satu usaha jangka panjang yang saya harap dapat saya mulakan dan akan terus saya berikan sumbangan bagi memastikan kejayaannya," katanya. "Saya ingin menyerahkan kepada bakal pengganti saya, Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu untuk berhadapan dengan sebarang cabaran ekonomi global; Malaysia yang tidak mengira atau memandang miskin atau kaya, tua atau muda, di bandar atau di desa, utara atau selatan, apatah lagi kaum atau agama; melainkan peraduan dan keharmonian," katanya.

Jelas beliau, ini bukan masanya untuk kita berbalah sesama sendiri atau untuk kita berpolitik secara sempit.

"Ini adalah masa untuk memperkukuhkan peraduan dan kerjasama antara kita Ini adalah masa untuk kita meletakkan kepentingan negara di hadapan, mengatasi segalanya," katanya lagi.

Sumber:
mSTAR

Pak Lah tidak tanding presiden, letak jawatan PM Mac

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusannya untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti itu Mac depan.

Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada bulan Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dipilih sebagai presiden baru parti itu.

Keputusan perdana menteri itu, yang diumumkan dalam taklimat Dewan Tertinggi BN petang ini sudah dijangka sejak keputusan terbaru mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi (MT) bulan lepas.

Mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu bermula selepas jam 3.30 petang.

Abdullah pada awalnya, dijadual melepaskan jawatan tertinggi Umno dan jawatan perdana menteri pada pertengahan 2010.

Elak Umno, BN berpecah

Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat tersebut, Abdullah berkata beliau tidak akan mempertahankan jawatan presiden kerana tidak mahu Umno dan BN berpecah.

"Umno dan BN perlu bersatu untuk menghadapi cabaran global yang lebih besar," katanya dalam sidang akhbar yang penuh sesak itu.

Menurut Abdullah, tempoh tamat jawatannya sebagai presiden Umno ialah Mac tahun depan.

Abdullah berkata, beliau akan menyerahkan jawatan perdana menteri selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi presiden Umno.

Perdana menteri juga menegaskan bahawa keputusannya itu adalah muktamad.

"Saya ingin serahkan kepada Datuk Najib supaya Malaysia boleh menghadapi cabaran global, kerana ini bukan masa untuk berbalah sesama sendiri tetapi adalah masa untuk perpaduan, dengan mengutamakan kepentingan negara," katanya.

Pilihanraya umum lalu

Abdullah juga mengakui bahawa beliau "tidak membuat cukup baik dalam pilihanraya umum lalu".

Dalam pilihanraya Mac lalu, BN kembali berkuasa tetapi gagal mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Parlimen. BN juga kehilangan empat negeri - Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor - kepada barisan pembangkang - Pakatan Rakyat.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, para pemimpin BN menyambut baik Najib sebagai pengganti beliau.

"Apa yang mereka lahirkan itu, adalah pandangan mereka sendiri. Saya fikir saya mendapat sokongan dalam membuat keputusan ini," tambahnya.

Abdullah berkata, beliau akan melaksanakan tiga inisiatif sebelum menyerahkan tugas kepada penggantinya.

Tiga inisiatif itu ialah penubuhan suruhanjaya pelantikan kehakiman, suruhan pencegahan rasuah Malaysia, suruhanjaya aduan khas bagi mengukuhkan integriti dan keberkesanan agensi penguatkuasaan.

Perpaduan kaum

Mengenai perpaduan kaum, Abdullah berkata, ianya kini berada dalam keadaan yang merosot.

"Saya akan mengadakan konvensyen BN awal tahun depan. Saya serius dan komited untuk mencapai apa yang akan dilaksanakan

"BN masih sebuah kerajaan yang kuat sehingga pilihanraya yang akan datang," tambahnya. Teks lengkap pengumuman PM

Apabila Abdullah bersara pada Mac 2009, beliau menjadi salah seorang perdana menteri yang mentadbir dalam tempoh masa paling singkat - selama lima tahun lima bulan.

Perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein, yang meninggal semasa berkhidmat pada tahun 1976, mentadbir selama lima tahun empat bulan.

Manakala perdana menteri ketiga, Tun Hussein Onn, pula meletak jawatan pada 1981 atas sebab-sebab kesihatan, selepas berkhidmat selama lima tahun enam bulan dan digantikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, ada kemungkinan Abdullah akan terus menjadi perdana menteri beberapa bulan lagi, walaupun selepas tamat tempohnya sebagai presiden Umno.

Abdullah, yang mengambil alih kuasa pada 31 Oktober 2003 dari Dr Mahathir, menang besar dalam pilihanraya umum 2004 tetapi kalah teruk Mac lalu dan gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Ketika mengambil alih kuasa, Abdullah mendapat sokongan besar selepas berjanji untuk melaksanakan pembaharuan termasuk menghapuskan rasuah.

Bagaimanapun, Abdullah kemudiannya dilihat sebagai seorang pemimpin yang lemah selepas gagal menangani isu rasuah dan kadar jenayah yang tinggi, sepertimana yang dijanjikannya dalam manifesto pilihanraya BN pada 2004.

Sementara itu, ketika mesyuarat Dewan Tertinggi BN berlangsung, sekumpulan penyokong Abdullah berhimpun di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Mereka membawa kain rentang yang menggesa Abdullah untuk terus memegang jawatan berkenaan sehingga 2010 seperti dijadual pada mulanya.

Kain rentang tersebut berbunyi: 'Hormati peralihan kuasa, elak perpecahan lagi', dan 'Pak Lah, teruskan perjuangan'.

Mereka turut melaungkan 'Hidup Pak Lah' dan 'Pak Lah presiden, Najib timbalan'.

Sumber:
Malaysiakini

Monday, September 29, 2008

Nasib Abdullah ditentukan dua minggu lagi

Kedudukan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawai sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno yang amat kritikal sekarang ini, dijangka akan ditentukan dalam tempoh dua minggu lagi.

Kedudukan Abdullah amat getir, keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan sudah memendekkan tempoh hayatnya yang dijadualkan pada bulan Jun 2010.

Desakan pihak-pihak tertentu dalam Umno supaya Abdulllah berundur segera, berjaya dipendekkan daripada 21 bulan (Oktober 2008 - Jun 2010) kepada enam bulan sahaja.

Walaupun diberi alasan tempoh sehingga Mac diambil, untuk memberikan ruang kelicinan proses peralihan kuasa kepada Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, namun besar kemungkinan ia lebih pendek dari tempoh enam bulan.

Selesai mesyuarat MT sebentar tadi, Abdullah berkata beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.

Tempoh dua minggu itu diambil untuk Abdullah mengambil kira 'feedback' daripada Umno Bahagian yang akan bermula mengadakan persidangan 9 Oktober ini.

Di sebalik larangan peraturan Tataetika Umno yang ketat dan kelebihan undi bonus yang ada kepadanya sebagai Presiden Umno, Abdullah dilaporkan tidak yakin beliau dapat melepasi kuota pencalonan sebanyak 30 peratus atau dari 58 bahagian.

Ada sumber berpendapat, Abdullah berada dalam keadaan terdesak akibat keengganan timbalannya memberi laluan kepada beliau untuk kekal sebagai Presiden untuk tempoh tiga tahun lagi.

Sumber menyebut, Abdullah ada meminta Najib supaya mengumumkan segera untuk hanya bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, sekaligus memberi laluan kepada beliau, tetapi Najib enggan berbuat demikian.

Justeru, Abdullah tidak ada pilihan. Rundingan orang-orang kem Abdullah dengan kem Najib menemui jalan buntu.

Abdullah sudah beberapa kali didesak berundur lebih awal oleh ahli-ahli Umno, hasrat beliau untuk kekal sebagai Presiden sepenggal lagi menemui jalan buntu.

Jika dalam tempoh dua minggu ini Abdullah gagal mendapat 'feedback' yang meyakinkan, Abdullah terpaksa berundur lebih awal.

Sudah tentu Abdullah tidak sanggup menerima malu jika penyandang jawatan Presiden mendapat pencalonan yang sedikit atau tidak layak bertanding jawatannya.

Tekanan yang dihadapi Abdullah turut dirasai calon Ketua Pemuda Umno iaitu menantunya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kecewa ramai anggota pemuda dilarang menemui beliau.

Jika Abdullah gagal kekal sebagai Presiden Umno, sekaligus, ia akan mematikan peluang Khairy untuk merebut jawatan Ketua Pemuda. _


Sumber: HarakahDaily

Friday, September 26, 2008

Abdullah dijangka PM hingga Mei, Najib tersepit

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Hrkh) - Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini dihebohkan sebagai merupakan usaha terakhir Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyambung hayat jawatannya sebagai Perdana Menteri manakala timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan berada dalam keadaan tersepit.

Menurut seorang blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), mesyuarat khas MT itu dijangka akan mempersetujui penangguhan perhimpunan agung (PAU) dan pemilihan kepimpinan Umno yang sepatutnya diadakan Disember ini akan ditangguhkan.

Perhimpunan itu dijangka akan ditangguhkan kepada 9 Mei akan datang. Dengan itu, kata A Voice, Abdullah akan kekal memegang jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sehingga tarikh itu.

Perancangan Abdullah dijangka dapat dilaksanakan kerana, menurut blogger penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad itu, suara-suara yang menentang tidak dapat hadhir kerana pelbagai sebab.

Bagaimanapun, pertemuan beberapa Ketua Perhubungan Umno negeri baru-baru ini sudah memutuskan untuk meneruskan mesyuarat dan pemilihan di peringkat bahagian-bahagian.

"Jika jadi, ini adalah satu keanihan kerana sesyuarat Bahagian Umno akan dikekalkan mengikut jadual yang ditetapkan bermula pada 9 Oktober hingga ke 9 November.

"Dengan tertangguhnya tarikh PAU ke 9 Mei 2009, ini bermakna persidangan tersebut diadakan 6 bulan selepas berakhir mesyuarat Bahagian Umno," katanya.

Anih

Lebih anih lagi, katanya, ada pula yang menyatakan Abdullah berjanji tidak akan bertanding jawatan Presiden, mungkin mengundur diri tetapi mahu dia dikekalkan dalam jawatan Perdana Menteri hingga masa peralihan pada 9 Mei.

Mengenai pemilihan Umno, ini bukan pertama kali ditangguhkan. Ia sudah dua kali ditangguhkan. Alasan mulanya adalah untuk menumpukan kepada rancangan pembangunan. Kemudian pula, alasannya adalah Pilihan Raya Umum (PRU) 8 Mac lalu.

A Voice menyifatkan penangguhan tersebut menyalahi undang-undang kerana PAU harus diadakan sebelum 9 Januari 2009. Malah, katanya, "penangguhan pun sudah menyalahi perlembagaan Umno tetapi dimanipulasi".

"Kalau ikut rancangannya, PRU ke 12 akan melihatkan seteru-seteru Abdullah tumpas dan Umno/BN cemerlang, gemilang dan terhalang. Ini akan memperlihatkan Abdullah dan keluarga mengetatkan kuasa dalam parti," katanya.

Malang bagi Abdullah dan keluarganya, rancangan itu tidak terjadi. Barisan Nasional dianggap kalah dalam pilihan raya itu.

Rancangan yang beliau dakwa sebagai "rancangan jahat Abdullah, keluarganya dan kuasa-kuasa belakang tabir seberang Tebrau" gagal.

Khairy

Meskipun semua rancangan gagal, A Voice mendakwa Perdana Menteri berkeras untuk mempertahankan jawatannya hingga Mei akan datang untuk membantu menantunya, Khairy Jamaluddin menjadi Ketua Pemuda Umno.

"Disebabkan bersungguh sangat Khairy inginkan jawatan itu, ia juga menjadi penyebab Abdullah sanggup cari apa saja cara untuk kekal.

"Walaupun diri sedar sudah tiada lagi kepercayaan rakyat jelata dan akar umbi Umno, dan sudah dibenci pelbagai lapisan rakyat, negara dan Umno, Abdullah masih mahu kekal di jawatan Presiden dan Perdana Menteri supaya boleh disalahguna jentera parti dan kerajaan untuk membolehkan Khairy menang jawatan itu," katanya.

Dalam keadaan tersepit, A Voice menjangkakan reputasi Najib akan terjejas jika dia mempersetujui rancangan tersebut.

"Malah, pencalonan jawatan Presiden yang boleh dengan sekali lalu melenyapkan Abdullah boleh berubah. Abdullah (kini berada) dalam keadaan di mana senjata "undi kuota" memakan tuannya. Tetapi jika Najib tidak ada 'finishing', dia boleh melepas," kata beliau.

Bagi blogger penyokong kuat Datuk Mukhriz,anak Dr Mahathir itu, pihaknya hanya mampu menunggu dan mengharap.

"Kita tunggu bagaimana suara-suara yang menentang akan memberi reaksi kepada cadangan anih yang membelakangkan amalan demokrasi," katanya.._


Sumber: HarakahDaily

Wednesday, September 24, 2008

Sensasi: Siapa Lebih Gila, Anwar Yang Semakin Di Terima Oleh Rakyat Atau Pak Lah?

Susulan daripada kegagalan Pakatan Rakyat menumbuhkan kerajaan seperti yang dijanjikan telah menyebabkan ramai pihak terutamanya dikalangan penyokong kerajaan "bertepuk tangan" dan memperli penyokong pembangkang. Ini berlaku dimana-mana sekarang. Masing-masing mencemuh dengan mengatakan "Anwar Gila", "Anwar Pembohong", "Anwar Gila Meroyan" dan berbagai lagi. Bermula dengan tarikh 16 September kemudian bertukar kepada 20 September dan terkini tarikh keramat itu sekali lagi diubah kepada 1 Oktober. Bahkan ada sesetengah pihak yang malu untuk menjawab ketika ditanya persoalan ini.

Soalnya, apakah benar Anwar cuba "menipu rakyat" atau "rakyat tertipu", atau mungkin juga satu strategi politik Anwar untuk melakukan perubahan secara beransur-ansur. Kita harus faham bahawa mengapakah tarikh-tarikh yang dicanangkan itu gagal?. Ini kerana pihak kerajaan telah melakukan berbagai "helah" dan "alasan" untuk menggagalkan perkara ini. Kita harus menerima hakikat bahawa "Manusia hanya merancang, tetapi segalanya hanya Allah yang bakal menentukan". Maka itu tidak timbul soal penipuan dalam hal ini. Mana mungkin isu tuakr kerajaan dianggap sebagai "omongan kosong" semata-mata. Bak kata orang tua-tua, jika "bertepuk sebelah tangan, ia takkan berbunyi". Inilah hakikat sebenarnya dalam hal ini. Apa yang dirancang tidak semestinya menjadi kenyataan. Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan itu. Mungkin jika 16 September menjadi kenyataan, akan timbul berbagai masalah dan huru-hara gara-gara sikap tidak puasa hati puak-puak tertentu. Mungkin juga satu petanda bahawa perubahan kian hampir. Soal bila masanya, hanya keadaan yang bakal menentukan.

Samalah juga dengan kerajaan Barisan Nasional, mereka merancang berbagai projek untuk pembangunan tapi ada kalanya ia tidak dilaksanakan atas beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang, banyak projek yang dijanjikan akhirnya dibatalkan gara-gara negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.

Banyak lagi projek-projek lain yang turut terlibat dalam hal ini. Justeru itu, masalah teknikal pasti berlaku jika ia menghadapi kesukaran. Inikan pula dalam soal perubahan sesebuah kerajaan. Cuma masa yang dijanjikan iaitu 16 September adalah sebagai batu asas untuk perubahan sebenarnya. Soal bila ia akan terlaksana, bergantung kepada keadaan semasa. Perubahan boleh berlaku bila-bila !!. Apakah wajar Anwar dikatakan "Gila" hanya sekadar gagal melaksanakan segala agenda perubahan yang dimaksudkan pada tarikh yang dijanjikan. Orang gila sudah pasti akan ditolak oleh rakyat. Tapi Anwar menang dengan majoriti yang besar di Permatang Pauh.

Apakah beliau gila?. Orang gila pasti tidak akan mendapat sokongan padu dari semua kaum. Namun ini berlaku, Anwar dikatakan "Bapa Perpaduan" yang telah berjaya menyatupadukan antara sesama kaum di Malaysia ini agar duduk dibawah satu bumbung. Jika dulu orang Cina dalam DAP tidak boleh menerima Idealogi Islam PAS. Kini sebaliknya berlaku, bukan sahaja masyarakat kaum Cina boleh menerima parti Islam itu. Malahan juga bagi masyarakat kaum India di negara ini. Apakah Anwar gila?. Maka itu apakah beliau gila bila 16 September gagal, sedangkan rakyat semua tahu kerajaan membawa lari beberapa orang Ahli Parlimen mereka ke Taiwan baru-baru ini?. Bukankah itu semua adalah masalah teknikal yang sukar untuk dielakkan. Jika Anwar gila menyatakan beliau mendapat sokongan lebih 30 Ahli Parlimen BN untuk melompat ke Pakatan Rakyat, mengapakah Pak Lah tidak berani menyahut cabaran agar diadakan Sidang Khas Parlimen untuk berdebat "usul undi tak percaya" kepada Perdana Menteri. Jika Anwar gila, mengapa mereka semua "takut" dan "kecut perut" bila pemimpin Pakatan Rakyat ingin adakan perundingan untuk berbincang hal ini. Sidang Khas Parlimen bukanlah kerja "gila", sebaliknya ia termaktub dalam perlembagaan. Maka itu jika Pak Lah yakin beliau tidak gila dan mendapat sokongan padu daripada ahli parlimen BN dan rakyat, belaiu harus berani dan bertanggungjawab untuk adakan sidang khas itu. Mengapa beliau takut?

Ini semua perlu dijawab oleh penyokong UMNO dan BN yang begitu seronok melihat situasi semasa sekarang ini. Kata orang "Biarlah Anwar gila tetapi beliau diterima dan disokong oleh segenap lapisan rakyat berbilang kaum di negara ini". Biarlah Pak Lah, Najib serta lain-lain pemimpin UMNO tidak gila sekalipun, namun kelibat mereka kini amat dibenci dan dikutuk oleh sekalian hamba rakyat. Maka itu adalah menjadi tanggungjawab "orang gila" seperti Anwar untuk melakukan perubahan dan mengambil alih tampuk kerajaan demi masa depan generasi akan datang. Gila kita, adalah untuk perubahan dan membawa dimensi baru dalam sistem pentadbiran. Namun gila mereka lebih dasyat kerana mereka "gila kuasa" dan masih mahu pertahankan biarpun sudah ditolak olah rakyat secara keseluruhannya. Pak Lah lebih gila kerana beliau bukan sahaja ditolak oleh pemimpin pembangkang, pemimpin UMNO, penyokong pembangkang malahan juga ahli UMNO sendiri !!

[Semoga selepas ini, ramai dikalangan pemimpin dan penyokong UMNO serta Barisan Nasional akan "Gila" melihat perubahan yang bakal terlaksana di bumi Malaysia tercinta ini. Jika bukan sekarang, esok lusa tulat dan pada masa-masa yang akan datang. Biarkan mereka tidur tak lena dan fobia dengan tarikh-tarikh keramat yang dicanangkan oleh Anwar Ibrahim ini nanti].


Sumber: Cucu Mat Kilau

Tuesday, September 23, 2008

Abdullah akan lawan habis-habisan

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Umno akan datang walaupun sebelum ini disebut-sebut akan melepaskan jawatannya segera.

Menurut sumber, perbincangan Abdullah dengan para pegawai kanannya serta penyokong kuat beliau di kalangan anggota Majlis Tertinggi Umno memutuskan 'Abdullah boleh mendapat pencalonan yang cukup' dari bahagian-bahagian Umno.

Keyakinan ini mereka perolehi selepas berbincang dan menolak sama sekali pandangan Datuk Seri Rafidah Aziz dalam mesyuarat MT Umno baru-baru ini Abdullah akan malu jika meneruskan niatnya untuk mempertahankan jawatannya.

Ini kerana, Rafidah dikatakan berkata dalam mesyuarat MT Umno Khamis lepas, Abdullah besar kemungkinan tidak mendapat pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatannya sebagai presiden Umno.

Untuk itu, lebih baik Abdullah melepaskan jawatan itu sebelum mesyuarat bahagian Umno yang akan bermula Oktober ini.

Namun, selepas perbincangan dengan penyokong dan pegawainya, Abdullah mengambil sikap akan mempertahankan jawatannya kerana ingin menolak 'seolah-olah dia tidak akan mendapat cukup pencalonan untuk bertanding.'

Rafidah bersama Datuk Seri Muhyidin Yasin, Datuk Seri Hishamudin Tun Husein dan Datuk Shafei Apdal dikatakan mendesak Abdullah agar mempercepatkan peralihan kuasa bagi mempastikan BN terus kekal memerintah Malaysia.

Ekoran itu, Abdullah dikatakan bersedia untuk berundur lebih awal. Namun, selepas berbincang dan menilai semacam dia dihina oleh rakan-rakannya dalam Umno seolah-olah beliau sangat lemah sehingga tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi, Abdullah dikatakan bersedia berlawan balik.

Abdullah memerlukan pencalonan sekurang-kurangnya 30 peratus dari perwakilan Umno iaitu sekurang-kurangnya 58 pencalonan bagi membolehkan beliau mempertahankan jawatan presiden.

"Orang boleh menerima kalau ditolak sedikit tetapi kalau lebih-lebih sangat, dia akan melawan balik. Inilah yang berlaku kepada Abdullah. Dia sudah bersetuju untuk mempercepatkan proses peralihan kuasa. Tetapi kalau dia dihina sehingga dikatakan tidak akan mendapat pencalonan yang mencukupi, dia akan lawan balik. Inilah yang berlaku. Orang-orang Abdullah akan pastikan dia akan mendapat pencalonan yang cukup dan menang. Kena ingat, Abdullah adalah Perdana Menteri," kata seorang penganalisis politik kepada Siasah.

Ekoran dari itu, petugas Abdullah dikatakan mula bekerja. Semalam, Abdullah meluangkan masa dari petang hingga ke malam bersama dengan para pemimpin Umno di Perak.
Perak mempunyai perwakilan Umno antara tertinggi selain dari Johor.

Dengan tindakan Abdullah ini bermakna timbalannya yang berada di belakang usaha untuk mempercepatkan peralihan kuasa ini, Datuk Seri Najib berada di pihak yang sangat tertekan sekarang.

"Abdullah tidak hilang apa-apa kalau kalah kerana dia memang sudah mahu bersara, tetapi kalau Najib kalah, dia akan hilang segala-galanya," kata penganalisis itu.


Sumber: Siasah Daily

Friday, September 19, 2008

Pak Lah 'reject', Anwar tinggal satu pilihan menghadap Yang di-Pertuan Agong buktikan beliau punya majoriti

KL: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, semalam menolak tuntutan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar Parlimen mengadakan sidang tergempar Selasa ini untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kerajaan.

'Saya tidak nampak keperluannya kerana Parlimen akan bersidang selepas Ramadan,' kata Abdullah kepada pemberita selepas mempengerusikan satu mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di PWTC semalam.

Parlimen dijadual bersidang semula pada 13 Oktober ini.

Abdullah juga berkata beliau tidak ada rancangan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 'terhadap Anwar atau sesiapa pun'.

Sebelum itu, Anwar berkata beliau telah menghantar surat kepada Abdullah supaya mengadakan sidang tergempar Parlimen bagi membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinannya, selewat-lewatnya 23 September ini.

Seorang peguam dan pakar perlembagaan berkata Anwar tidak boleh memaksa Parlimen bersidang.

'Itu kuasa Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri,' kata Shad Saleem Faruqi kepada agensi berita Reuters.

Anwar kini mempunyai satu pilihan sahaja, yakni menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, untuk membuktikan beliau mempunyai majoriti dalam Parlimen.

Faruqi berkata Yang di-Pertuan Agong 'boleh menggunakan pengaruhnya untuk memujuk Perdana Menteri mengadakan sidang Parlimen'.

Anwar berkata keputusan itu hanya akan dibuat selepas mesyuarat Pakatan Rakyat.

Abdullah semalam menegaskan bahawa sebarang perubahan pada pelan peralihan kuasa akan beliau bincangkan dengan Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak, sebelum dibawa kepada makluman Majlis Tertinggi. / Agensi

Sumber: KLPOS.com

Ahli MT desak PM jangan bertanding...

Beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno telah mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya jangan bertanding jawatan presiden Disember ini.

Mereka membuat desakan tersebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) semalam, kerana bimbangkan Abdullah tidak akan mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk mempertahankan jawatan presiden.

Ini bermakna, Abdullah perlu meletakkan jawatan perdana menteri lebih awal daripada 2010.

Difahamkan, mereka mahu Abdullah meletak jawatan sebelum 9 Oktober ini - tarikh bermulanya mesyuarat bahagian yang akan berlangsung selama sebulan sehingga 9 November.

Seramai 193 bahagian Umno akan membuat pencalonan bagi jawatan presiden, timbalan presiden, naib presiden serta kerusi MT untuk bertanding dalam pemilihan parti Disember depan.

Abdullah memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian untuk layak bertanding jawatan presiden. Sebelum ini beliau memegang jawatan presiden tanpa bertanding.

Menurut sumber-sumber yang layak dipercayai, desakan tersebut dibuat oleh sekurang-kurang tiga ahli MT ketika bercakap mengenai pergolakan dalam Umno sekarang.

Manakala dua lagi ahli MT difahamkan telah meminta Abdullah meletak jawatan selewat-lewatnya semasa perhimpunan agung tersebut.

Difahamkan ahli-ahli MT yang lain juga mahu menyuara pandangan mereka tetapi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencelah dan berkata beliau akan membincangkan perkara tersebut dengan Abdullah.

Abdullah kemudiannya berkata, beliau juga akan membincangkan perkara yang sama dengan Najib selepas ini.

Antara yang membangkitkan perkara tersebut termasuk ahli MT yang terdiri daripada menteri kabinet.

Sumber: Malaysiakini