Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Provokasi. Show all posts
Showing posts with label Provokasi. Show all posts

Tuesday, January 26, 2010

Risalah Provokasi & Memburukkan Pakatan Rakyat, Angkara Siapa?

Taman Sri Cempaka, Peringgit, Melaka (26 Jan 2010) - Pada jam 7.30 pagi tadi, Biro Penerangan AMK Melaka telah menerima satu aduan daripada seorang penduduk di Taman Seri Cempaka, Peringgit Melaka yang terkejut apabila telah menerima satu naskhah risalah yang berbentuk provokasi dan memburukkan Pakatan Rakyat.


Naskhah Risalah yang tidak mempunyai tajuk tersebut telah diletakkan pada "wiper" kenderaan penduduk di Taman Sri Cempaka.


Lebih mengejutkan naskhah risalah tersebut telah memuatkan temubual ekslusif bersama Mufti Besar Perak, Ustaz Harussani Zakaria yang menyentuh parti PAS iaitu parti komponen Pakatan Rakyat. Malah gambar Ustaz Harussani Zakaria juga telah menjadi penghias majalah tersebut. Kesahihan temubual tersebut tidak dapat dipastikan.


Dalam masa yg sama sehelai risalah tidak berwarna turut berunsurkan provokasi terhadap Pakatan Rakyat turut diselitkan di dalam naskah risalah tersebut.

Admin
AmkMlk.Blogspot.com

Wednesday, August 6, 2008

Belasah petugas media, provokasi untuk kecohkan ceramah

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Hrkh) - KeADILan mengesali keganasan membabitkan seorang petugas media dan orang awam di ceramah Penasihatnya Dato' Seri Anwar Ibrahim di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 3 Ogos 2008.

Dalam kejadian tersebut, seorang jurugambar wanita, Loh Hooi Hoon, dari akhbar Guang Ming Daily yaang membuat liputan di ceramah berkenaan telah dipukul oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua mengutuk keras serangan tersebut, yang mungkin dirancang oleh pihak tertentu bagi menimbulkan kekecohan dalam perhimpunan yang dihadiri lebih 30 ribu orang malam itu.

"Kita telah menjalankan siasatan ke atas hal ini dan mendapati bahawa lelaki yang mengasari Loh bukan anggota Skuad Keselamatan KeADILan di Permatang Pauh dan disahkan oleh ketuanya Mazlan Mohd Zaid.

"Mazlan adalah saksi kejadian tersebut, dan membantu menyelamatkan Loh Hooi Hoon dari serangan lelaki misteri itu," katanya dalam satu kenyataan medianya 5 Ogos lalu.

Kata Tian, beliau percaya kejadian seperti itu tidak dilakukan oleh petugas KeADILan, yang sentiasa mengalu-alukan kehadiran wakil media dan berterima kasih kepada pihak media yang memberi liputan yang setimpal kepada KeADILan selama ini.

KeADILan katanya tetap komited kepada kempen yang aman, dan menggerakkan segala sumber parti bagi memastikan keselamatan orang awam, dan wakil media khususnya, supaya kejadian yang sama tidak berulang-lagi.

"Pagi tadi (5 Ogos), Presiden KeADILan Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail telah membuat panggilan kepada Loh bagi merakamkan kekesalan atas apa yang berlaku. Beliau berjanji perkara ini tidak akan berulangan," kata Ahli Parlimen Batu, Wilayah Persekutuan

Beliau juga menyatakan Exco Kerajaan Pulau Pinang Law Choo Kiang yang juga Timbalan Pengerusi KeADILan Pulau Pinang, Setiausaha KeADILan Pulau Pinang Abdul Malik Abul Kassim bersama dengan Mazlan telah melawat ke Guang Ming Daily pada hari yang sama.- tmj _

Sumber: HarakahDaily

Friday, August 1, 2008

Bertenang...

Assalamualaikum to all.

Saya pohon kpd rakyat & para penyokong Pakatan Rakyat supaya bertenang dengan berita kononnya DSAI akan ditangkap dalam 48jam.

Saya percaya ini adalah khabar angin yang sengaja disebarkan untuk provok kita mengambil tindakan yang nanti akan digunakan untuk mengambil tindakan terhadap kita.

Saya seru supaya rakyat bertenang & akur kepada arahan supaya tidak melakukan sesuatu diluar undang-undang.

Setakat ini para peguam tidak dimaklumkan berkenaan sebarang tindakan menangkap & menuduh DSAI. Yang kami tahu fail siasatan baru saja diserahkan kepada Peguam Negara untuk dikaji.

Ini bermakna sebarang tindakan akan hanya boleh di ambil setelah pihak AG berpuashati dengan tahap siasatan. Saya dimaklumkan bahawa pasukan pendakwaraya akan diketuai sendiri oleh Peguamcara Negara Dato Idrus Ibrahim. Kami telah diberi jaminan sebarang tindakan pertuduhan yang hendak diambil terhadap DSAI akan dimaklumkan kepada kami peguam terlebih dahulu.

So guys..be cool. Go for your tehtarik & roticanai first.

We will definitely inform the public if there's any pending arrest/ charges.Sementara itu, kami meminta supaya semua kita mendoakan dan bermunajat memohon kebenaran ditunjukkan oleh ALLAH. Kita sekarang berada dalam keadaan yang sangat mengelirukan.

Moga ALLAH memberikan kita petunjuk & hidayahNya.

Ameen..adios

Sumber: YB Zulkifli Nordin Blog