Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Monday, August 9, 2010
AMK Melaka Edar Jalur Gemilang
Sidang Media AMK Melaka
7 Ogos 2010.
Bandaraya Melaka- Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka telah mengadakan program semarak Jalur Gemilang pada hari Sabtu yang lepas bertempat di Pasar Besar Melaka Sentral dan kawasan gedung beli -belah di bandaraya Melaka. Program tersebut telah dihadiri dengan seluruh Ahli Jawatankuasa AMK Melaka seramai 15 orang. Pada Program ini juga AMK Melaka berpeluang jumpa pengundi muda dan mengedarkan sebanyak 6000 keping jalur gemilang untuk dilekatkan di kereta.
Inisiatif ini, merupakan acara tahunan yang dilakukan oleh AMK Melaka didalam usaha untuk membantu menyemarakkan semangat Kemerdekaan kepada semua rakyat. Disamping itu juga AMK Melaka dapat mempromosikan Keadilan Melaka dengan mengedarkan juga akhbar rasmi Keadilan yang telah digantung permit oleh KDN baru-baru ini. Sudah tentu AMK Melaka amat kesal dengan cara menyekat kebebasan akhbar kepada parti-parti pembangkang yang berdaftar di negara ini dan ini mencemarkan semangat Demokrasi dan Kemerdekaan.
AMK Melaka juga merasakan kekecewaan dengan tindakkan kerajaan UMNO/BN yang menaikkan harga minyak dan gula baru-baru ini. Sudah tentu rakyat terpaksa menanggung beban perbelanjaan yang tinggi khususnya umat Islam yang juga akan berpuasa si bulan Ramadhan. AMK Melaka mendesak agar kerajaan kembalikan semula subsidi kepada rakyat dan mengurangkan ketirisan akibat Rasuah dan penyelewengan. Walaupun kerajaan menyatakan bahawa kerajaan dapat menjimatkan RM 130 juta hasil dari penarikkan subsidi namun kerugian terhadap PKFZ yang mencecah berbilion ringgit perlu diberi perhatian.
Didalam konteks sejarah, AMK Melaka juga melihat bukan sahaja UMNO yang berjuang untuk memerdekakan negara malah seluruh rakyat berbilang kaum dan agama memainkan peranan. Peranan yang terbesar adalah golongan pemuda-pemudi di waktu itu yang menyertai parti-parti politik seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (A.P.I), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin mewakili golongan agama.
Justeru AMK Melaka melihat semangat kemerdekaan ini harus di fahami oleh anak-anak muda hari ini supaya mereka faham dan mewarisi semangat ini. Adalah harapan besar buat AMK Melaka untuk melihat Malaysia yang gagah dan merdeka dari segala bentuk penjajahan baru.
Selamat berpuasa dan Salam Kemerdekaan.
Salam Reformasi,
Hairiz Bin Nordin
Ketua AMK Melaka
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment