10 JUN - Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam menetapkan 22 Jun ini untuk sebutan semula kes kematian tragis remaja berusia 15 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak mati oleh polis kira- kira 100 meter dari rumahnya.
Koperal Jenain Subi dituduh di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan menyebabkan kematian Aminulrashyid. Jenain boleh dipenjarakan sehingga 30 tahun jika disabit kesalahan.
Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh baru untuk sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwaraya mengemukakan dokumen berkaitan.
Dalam kejadian 26 April lalu, Jenain yang bertugas di cawangan kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam didakwa melepaskan tembakan rambang hingga menyebabkan kematian Aminulrashid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi.
Tertuduh, diwakili peguambela, Salim Bashir.
Polis pada mulanya mendakwa Aminulrashid seorang penjenayah dan mendakwa senjata bahaya dijumpai dalam keretanya.
Susulan bantahan keluarga, masyarakat dan wakil Pakatan Rakyat, kerajaan UMNO Barisan Nasional menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu selain siasatan berasingan yang dijalankan oleh polis.
Kerajaan bagaimanapun menolak permintaan pelbagai pihak yang mahu sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut.
TVS
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Aminulrasyid. Show all posts
Showing posts with label Aminulrasyid. Show all posts
Thursday, June 10, 2010
Wednesday, May 5, 2010
30 Minit Untuk Panel Khas Lawat Lokasi Tragedi Aminulrashid - TVS
SHAH ALAM 5 MEI: Hanya 30 minit diperuntuk Panel Khas yang memulakan siasatan kes Aminulrashid Amzah, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis, malam tadi.
Mereka diketuai Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop bersama tujuh anggota lain dilihat berkumpul di Hotel Concorde Shah Alam kira-kira jam 9.30 malam.
Antara yang dilawati ialah Bulatan Kayangan dan Restoran Ali Corner di Jalan Platinum G 7/G, Seksyen 7, persimpangan lampu isyarat berhampiran Kompleks PKNS dan bangunan Sirim Berhad.
Mereka tiba di lokasi kejadian pada jam 11.10 malam dan meninjau jalan utama berhampiran jalan 11/2G dan longkang, tempat kereta yang dinaiki mangsa mangsa.
Mengikut laporan Bernama, Abu Seman berkata lawatan itu bertujuan memahami situasi dan gambaran sebenar kejadian.
Untuk rekod, ahli keluarga mangsa mendesak mahu kerajaan mengadakan suruhanjaya diraja bagi menyiasat tragedi ini dan penubuhan panel khas dianggap tidak memadai.

Labels:
Aminulrasyid,
Kontroversi,
Polis,
Semasa,
Tragedi
Remaja Mati Ditembak Polis, Bukan Isu Politik - SK
SHAH ALAM 4 Mei - Wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Monaliza Mohtar meminta supaya semua pihak menghentikan spekulasi berhubung insiden remaja berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis sebagai isu politik.
Bercakap dalam sidang media yang diadakan semalam di rumah mangsa, Monaliza juga turut menekankan, saksi utama, Azzamuddin Omar sekarang ini sedang menjalani perubatan akibat kesan trauma yang dihadapi selepas kejadian tersebut.
"Saya minta semua pihak faham situasi yang dialami oleh Azzamuddin sekarang ini dan juga situasi ibu arwah Aminulrasyid yang ingin menegakkan keadilan demi anaknya yang dikasihi,
" Arwah Aminulrasyid bersama kawan-kawannya hanya pergi menyaksikan perlawanan bola sepak pada malam itu,"
Pada masa yang sama, Monaliza turut berharap pihak yang bertanggungjawab menjaga kebajikan semua pihak tanpa mengira pangkat atau darjat.
Menurutnya lagi, apa yang terjadi kepada Azzamuddin apabila Allahyarham meninggal di ribanya pada malam kejadian itu tidak akan dapat dilupakan sepanjang hayat.
SK

Karpal: Kes Aminulrasyid Diklasifikasi Sebagai Bunuh - SK
SHAH ALAM 4 Mei - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mengatakan kes remaja berusia 14 tahun, Aminulrasyid Amzah yang ditembak polis di Shah Alam mempunyai prima facie atau bukti awal untuk diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Karpal yang dilantik sebagai peguam mewakili keluarga Aminulrasyid berkata berdasarkan keterangan saksi utama, Azzamuddin Omar, 14, kematian remaja tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 itu adalah jelas disebabkan tindakan polis yang menembaknya dari arah belakang.
"Kejadian ini bukannya sahaja tindakan terlampau polis malah ia telah menjurus kepada sesuatu yang amat tragis iaitu kematian seorang remaja.
"Daripada apa yang saya faham dan diberitahu kes in adalah jelas kes bunuh. Sudah tentu anggota polis yang terbabit mempunyai hak untuk memberi keterangan mereka mengenai kejadian ini dan mereka juga ada hak untuk didengari.
Beliau bercakap kepada media selepas melawat lokasi kejadian di Seksyen 11, Jalan Makyong bersama Azzamuddin yang memberi keterangan kepada Karpal apa yang sebenarnya berlaku pada 26 April lalu.
Beliau yang juga Pengerusi Kebangsaan DAP menjelaskan kes Aminulrasyid dianggap sebagai kes ujian berkaitan garispanduan mengenai keadaan dalam mana seseorang anggoita polis boleh melepaskan tembakan.
"Secara amnya anggota polis hanya dibenarkan melepaskan tembakan kepada suspek untuk mempertahankan diri atau nyawanya dalam bahaya. Ini disebut dalam Arahan Tetap Ketua Polis Negara tetapi malangnya semuanya diletak di bawah Akta Rasmi dan kami peguam tidak mempunyai akses kepadanya.
"Apabila kes ini ke mahkamah, hakim akan membuat keputusan dalam keadaan apa seseorang anggota polis itu dibenarkan melepaskan tembakan. Dalam kes Aminulrasyid keadaannya adalah berbeza di mana lebih 20 das tembakan dilepaskan terhadap remaja itu," kata beliau lagi.
Mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar yang mengatakan tindakan Azzamuddin memberi kenyataan semalam adalah tidak beretika, Karpal menyanggah bahawa apa yang dilakukan oleh saksi utama itu adalah demi kepentingan awam dan mendedahkan perkara yang sebenar.
"Kalau Ketua Polis Selangor kata itu tidak beretika saya pun boleh kata tindakan Ketua Polis Negara membuat kenyataan mempertahankan anggotanya juga adalah tidak beretika. Lagipun tidak ada undang-undang yang menyekat saksi untuk bersuara.
"Malah adalah tindakan Ketua Polis Negara adalah salah kerana adalah amat tidak professional dan boleh menjejaskan proses penyiasatan yang sedang dijalankan," tegas Karpal.
Peguam terkenal itu berkata Azzamudin perlu memberi keterangan kerana banyak kenyataan pihak polis bercanggah dengan rentetan peristiwa yang berlaku.
"Satu versi kejadian yang dilaporkan ialah mangsa cuba memandu keretanya ke belakang untuk melanggar polis. Ini telah ditolak oleh keterangan saksi yang mengatakan perkara ini tidak berlaku kerana bagaimana ia boleh terjadi sekiranya kereta tersebut terbabas masuk parit?
"Juga tembakan dari arah belakang yang mengenai kepala mangsa menunjukkan mangsa ditembak semasa kereta masih bergerak.
"Oleh itu prima facie kes ini menunjukkan ia adalah kes bunuh," kata Karpal.
Kata Karpal beliau akan menghanytar surat kepada Peguam Negara untuk mengetahui kedudukan kes dan untuk menggesa agar pertuduhan dibuat atas kes bunuh.

Tuesday, May 4, 2010
Norsiah lantik Karpal bela kematian anaknya - Malaysiakini
Peguam Karpal Singh yang juga pengerusi DAP akan mengiringi keluarga Aminulrasyid Amzah ke lokasi di mana remaja berusi 14 tahun itu ditembak mati oleh polis pada 26 April lalu."Perkara pertama ialah meninjau di lokasi kejadian,” kata Karpal pada sidang media bagi mengumumkan perlantikannya sebagai peguam keluarga itu.
Menurut Karpal, dia dilantik oleh keluarga tersebut oleh Norsiah Mohamad, ibu kepada remaja berkenaan.
"Saya telah diminta bagi bertindak bagi pihak ibu Aminulrasyid berhubung semua perkara yang timbul akibat kematian anaknya, termasuk memulakan prosiding undang-undang - kedua-dua sivil dan juga jenayah - terhadap polis dan kerajaan,” katanya.
Malaysiakini
Labels:
Aminulrasyid,
Kontroversi,
Polis,
Semasa,
Tragedi
Saksi nafi Aminulrasyid cuba rempuh polis - Malaysiakini
Penumpang yang juga rakan remaja 14 tahun yang ditembak mati oleh polis - Aminulrasyid Amzah menolak dakwaan polis bahawa mangsa cuba merempuh ke arah polis."Apabila ditem
bak, badannya terkulai di peha saya tetapi kakinya (Aminulrasyid) masih di accelerator yang menyebabkan kereta bergerak dan polis terus menembak,” katanya pada sidang media di rumah keluraga Aminulrasyid, hari ini.
Menceritakan kejadian Isnin lalu, Azamuddin Omar, 15 berkata, kereta berkenaan kemudian berlanggar dengan sebuah tembok dan polis terus menembak.
Azamuddin yang cedera pada bahagian lengan dan belakangnya juga mendakwa lima anggota polis kemudiannya membelasahnya selepas dia keluar dari kereta untuk menyerah diri.
Pelajar tingkatan tiga itu masih ketakutan kini menjalani rawatan untuk trauma.
Bapa saudara kepada mangsa, Kamaruddin Hassan yang berada pada sidang media itu berkata pihaknya tidak mahu inkues berhubung pembunuhan itu seperti yang dicadangkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
"Kami mahu siasatan diraja kerana hanya itu sahaja cara bagi mendapatkan siasatan yang telus dan adil,” katanya.
Menurut peguam keluarga berkenaan, N Surendren, tidak perlu diadakan inkues kerana tidak ada pertikaian mengenai cara remaja itu meninggal dunia.
Kamaruddin juga membidas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang dilaporkan berkata pihaknya sedia mengundurkan polis jika orang ramai tidak lagi mahu mereka menguat-kuasakan undang-undang.
"Kami hormati polis tetapi mungkin ada yang diibaratkan sengai 'buah busuk' di kalangan mereka,” katanya.
Keluarga berkenaan juga merayu kepada semua pihak bagi menghentikan spekulasi dan membuat kenyataan yang boleh melukakan perasaan ibu Aminulrasyid.
Antara kenyataan itu, termasuk dakwaan bahawa dua remaja berkenaan adalah penjenayah dan keluarha mereka patut dipersalahkan kerana membiarkan budak-budak berkenaan memandu tanpa lesen pada waktu tengah malam.
“Ada juga ura-ura bahawa kakak mangsa akan juga didakwa kerana keretanya digunakan,” katanya lagi.
Malaysiakini
Labels:
Aminulrasyid,
Kontroversi,
Polis,
Semasa,
Tragedi
Friday, April 30, 2010
Kertas Siasatan Kes Remaja Ditembak Ke Pendakwa Raya - SK
SHAH ALAM 30 Apr - Polis telah menghantar kertas siasatan berhubung kes seorang remaja, Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati terkena tembakan polis Isnin lepas, kepada timbalan pendakwa raya (DPP) bagi tindakan selanjutnya.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata pihaknya juga mengalu-alukan inkues dijalankan berhubung kes berkenaan bagi mengetahui kejadian sebenar dan punca insiden terbabit.
"Pegawai penyiasat kes ini telah hantar kertas siasatan ke DPP hari ini bagi tindakan selanjutnya, dan saya minta supaya inkuiri dijalankan dahulu untuk kita lihat sama ada terdapat justifikasi terhadap tindakan polis," katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian itu di Jalan 11/2G di Seksyen 11 di Shah Alam.
Terdahulu, beliau menghadiri taklimat kes berkenaan di Ibu Pejabat Polis Shah Alam.
Musa berkata beliau dimaklumkan oleh ketua pegawai penyiasat kes itu bahawa ketika kejadian, polis mengejar kereta yang dipandu remaja itu sepanjang enam kilometer dengan kadar kelajuan yang tinggi.
"Kita sedih dengan kejadian ini dan minta supaya masyarakat mengikut arahan polis jika diminta untuk berhenti bagi mengelak syak wasangka.
"Kalau tidak ada lesen pun jangan takut, paling habis pun dikenakan tindakan saman. Sekali lagi saya ingatkan jangan lari sebab kalau lari akan menimbulkan kecurigaan," katanya.
Bernama
SK
Labels:
Aminulrasyid,
Kontroversi,
Polis,
Semasa,
Tragedi
AMK Desak Tubuh Suruhanjaya DiRaja Siasat Polis Tembak Remaja - SK
Shah Alam 29 Apr - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata insiden remaja 15 tahun mati ditembak polis 26 April lalu mencerminkan kepincangan polis dalam menjalankan tanggungjawab mereka dengan memberikan alasan yang sama seperti kes-kes sebelumnya, iaitu mereka hanya menjalankan tugas.Shamsul juga mempersoalkan etika pengendalian kes-kes yang sepatutnya mengikut garis panduan seperti yang terkandung di dalam Arahan-arahan Tetap Ketua Polis Negara, tetapi melihat kepada kes-kes sebelumnya seperti kes Norizan Salleh dan Allahyarham Tawfiq Noorzan, polis seolah-olah tidak ambil peduli mematuhi undang-undang mereka sendiri.
"Saya berasa terkilan kerana setiap kali polis gagal, nyawa manusia menjadi ganti disebabkan kegagalan mereka dan lebih menekankan lagi ialah apabila polis tidak mahu memberikan jawapan yang telus dan mula bermain tarik tali dengan pihak-pihak yang bersuara.
"Justeru itu AMK berpendapat penubuhan 'Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC)' adalah satu kemestian bagi menjaga kebajikan rakyat kerana kecuaian polis semakin berleluasa bagi dan penyiasatan sebegini akan menjadi satu pengajaran kepada anggota-anggota polis yang lain kerana ianya adalah sesuatu yang sangat malang sekiranya kes salahlaku polis juga disiasat oleh polis.
Kata Shamsul, AMK serta Dewan Pemuda PAS Pusat dan Pemuda Sosialis DAP telah menyenaraikan tiga tuntutan daripada rakyat untuk pertimbangan polis.
Pertama ialah supaya Menteri Dalam Negeri, Ketua Polis Negara dan Ketua Polis Negeri Selangor meminta maaf secara terbuka tanpa kompromi kepada keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah.
Kedua menubuhkan sebuah suruhanjaya bebas bagi menyiasat kes ini dan ketiga badan-badan pro-Melayu seperti Pemuda Umno dan Perkasa untuk menyatakan ketetapan mereka dalam isu kezaliman yang menimpa Allahyarham Aminulrasyid, samada mereka menyokong ataupun menentang tindakan polis menembak remaja berkenaan.
Pemuda Pakatan Rakyat dan badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) pada hari Isnin depan untuk terus mendesak berkenaan salahlaku polis dalam kejadian ini.
SK
Labels:
Aminulrasyid,
AMK,
Pakatan Rakyat,
PKR,
Tragedi
Thursday, April 29, 2010
Jangan Lupa ESOK (Lepas Solat Jumaat) Berkumpul ke SUHAKAM!
BERSAMA KITA MELAUNGKAN KEADILAN UNTUK ANAK SEMUA BANGSA !
.jpg)
NOTA :
ESOK SESUDAH SEMBAHYANG JUMAAT – JAM 2.30 PETANG SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PRIHATIN TERHADAP KEGANASAN
DI JEMPUT MENGARAH UNTUK BERKUMPUL KE BANGUNAN SUHAKAM
DIANTARA JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN/ JALAN RAJA LAUT.
SILA TUNJUKKAN SIMPATI TERHADAP AMINULRASHID YANG TEWAS DI SHAH ALAM DUA HARI DAHULU.
Tukar Tiub
.jpg)
NOTA :
ESOK SESUDAH SEMBAHYANG JUMAAT – JAM 2.30 PETANG SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PRIHATIN TERHADAP KEGANASAN
DI JEMPUT MENGARAH UNTUK BERKUMPUL KE BANGUNAN SUHAKAM
DIANTARA JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN/ JALAN RAJA LAUT.
SILA TUNJUKKAN SIMPATI TERHADAP AMINULRASHID YANG TEWAS DI SHAH ALAM DUA HARI DAHULU.
Tukar Tiub
Labels:
Aminulrasyid,
Kontroversi,
Polis,
Rakyat,
Semasa,
SUHAKAM,
Tragedi
Keluarga Aminulrashid Terharu Dengan Keprihatinan Kerajaan Selangor - TVS
SHAH ALAM 29 APR: Ahli keluarga Allahyarham Aminulrashid, remaja berusia 15 tahun yang mati ditembak polis, menyatakan rasa terharu dengan keprihatinan dan sumbangan yang diberi kerajaan Selangor.Mereka meluahkan demikian ketika dikunjungi Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di rumah mereka di Jalan Mahjung, Seksyen 11 di sini, kira-kira jam 4.30 petang semalam.
"Rasa bersyukur ada yang prihatin kepada ibu tunggal macam makcik. Sebab makcik pun ada anak sekolah hendak lanjutkan pelajaran. Apapun, kematian arwah terbela, itu sahaja," kata Norsiah Abdullah.
Norsiah adalah ibu kepada Aminukrashid.
"Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada orang yang prihatin masalah yang kami hadapi sekarang," kata Norazura kepada TV Selangor.
TVS
Labels:
Aminulrasyid,
Kontroversi,
Polis,
Selangor,
Semasa,
Tragedi
Subscribe to:
Posts (Atom)