Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Laporan. Show all posts
Showing posts with label Laporan. Show all posts

Thursday, August 19, 2010

LAPORAN QAZAF TERHADAP SENATOR EZAM

Ketua Angkatan Muda Keadilan(AMK) akan membuat laporan Qazaf terhadap Senator Ezam Mohd Nor di bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan pada hari ini Khamis, 19 Ogos 2010 jam 2ptg.

JOM AMK turun RAMAI2. Berkumpul di Masjid Negara Jam 2ptg…

LAWAN TETAP LAWAN…

Friday, December 4, 2009

SPRM minta PKR bantu cari Bala... - Malaysiakini

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuan PKR untuk mencari penyiasat persendirian P Balasubramaniam dan membawanya ke pejabat suruhanjaya tersebut.

Perkara itu didedahkan oleh ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin yang berkata, SPRM memintanya berbuat demikian secepat mungkin.

Dalam beberapa klip video yang disiarkan di Internet bulan lalu, Balasubramaniam mendakwa beliau ditawarkan RM5 juta oleh adik perdana menteri, Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, supaya menarik balik akuan bersumpahnya yang mendakwa perdana menteri mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu.

Shamsul Iskandar disoal oleh pegawai penyiasat SPRM Abdul Rahman Bachok selama dua jam di Putrajaya pagi ini sebagai susulan laporannya kepada SPRM terhadap Mohamed Nazim dan Deepak, kelmarin.

Shamsul Iskandar ditemani peguamnya Yusmadi Yussof, juga ketua AMK Pulau Pinang, dan lima pemimpin AMK Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Sambil menyuarakan rasa terkejutnya dengan permintaan SPRM itu, Shamsul Iskandar berkata:

"Mereka sendiri mempunyai segala kemudahan untuk mencari Balasubramaniam."

Beliau juga memberitahu Malaysiakini bahawa SPRM telah meminta bantuannya untuk mendapatkan salinan akuan bersumpah pertama dan kedua Balasubramaniam.

Balasubramaniam, bekas anggota polis Cawangan Khas yang pernah diupah oleh Abdul Razak Abdullah Baginda, membuat akuan bersumpah kontroversi 3 Julai tahun lalu yang mengaitkan Najib dengan Altantuya.

Bagaimanapun, Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya itu dalam tempoh 24 jam dan kemudian lari keluar negara bersama keluarganya.

Abdul Razak, kenalan rapat Najib yang dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut, dibebaskan daripada tuduhan itu.

Beliau menyambung pelajaran di London selepas dibebaskan daripada tahanan reman di penjara Sungai Buloh.

Laporan Shamsul Iskandar kepada SPRM dibuat berdasarkan rakaman video satu siri temuramah dengan Balasubramaniam, dan satu salinan rakaman tersebut diserahkan kepada suruhanjaya tersebut, kelmarin.

Malaysiakini

Wednesday, June 10, 2009

Bumbung Stadium runtuh, AMK buat laporan polis - Harakah

KUALA TERENGGANU, 9 Jun (Hrkh) - Tragedi keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, 2 Jun lalu memalukan imej negara meski pun tidak berlaku kemalangan jiwa.

Elemen rasuah dan penyelewengan sudah pastinya sedikit sebanyak 'membelit' di sebalik kejadian yang berlaku itu.

Sehubungan itu, Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Terengganu telah membuat satu laporan polis ke atas tragedi Stadium runtuh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, dekat sini, semalam.

Ketuanya, Fariz Musa berkata pihak polis wajar melakukan siasatan dengan segera serta mendakwa mereka yang bertanggungjawab meluluskan Sijil Layak Menduduki (CF) Stadium berkenaan.

"Nasib baik tidak berlaku kemalangan jiwa kerana bermula 3 hingga 6 Jun (yang) sepatutnya berlaku acara Sukan Staf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Kali Ke-34 dan sebahagian acara berlangsung di Stadium itu.

"Bayangkan, jika berlaku hari ini atau dalam masa tempoh ini. Maknanya, kita sedang sibuk mengeluarkan mayat-mayat yang berada dalam runtuhan dan timbunan stadium itu,"ujarnya pada sidang, di IPD berkenaan.

Fariz mendakwa mereka (pihak berkuasa) yang meluluskan CF ke atas Stadium yang belum siap itu adalah satu jenayah yang sangat besar.

Beliau mengesyakki kemungkinan besar telah berlaku penyelewengan dalam proses pengeluaran CF dengan cara yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Katanya, setiap pengeluaran CF ke atas sesuatu bangunan hanya boleh dibuat sekiranya ia mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Kerja Raya, Bomba dan lain-lain.

Menurutnya, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dirasmikan pada 10 Mei 2008 belum siap 100 peratus dan tidak layak dikeluarkan sijil CF.

"Kami (AMK) mempertikaikan dan mengesyaki timbul perkara yang tidak betul berkaitan pengeluaran CF atau Sijil Layak Menduduki.

"Pelbagai aspek (termasuk) keutuhan (kekukuhan) dan keselamatan bangunan mesti diambil kira oleh pihak berkuasa, barulah (sebelum) CF dikeluarkan dan semua orang tahu bangunan (stadium) itu belum lagi siap sepenuhnya ketika dirasmikan,"tegasnya.

Harakahdaily difahamkan, laporan polis dibuat setelah sebuah akhbar arus perdana melaporkan Menteri Besar Terengganu, Dato? Ahmad Said mendakwa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tersebut memiliki sijil CF.

Ahmad dilaporkan berkata demikian pada sidang akhbarnya yang diadakan di tingkat 16, Wima Darul Iman pada jam 4.30 petang 2 Jun 2009 lalu. - mks. _

Harakah

Monday, February 23, 2009

LAPORAN POLIS DAN KENYATAAN MEDIA AMK: Salahguna Kuasa Ketua Pesuruhjaya SPRM Dikemuka Kepada Polis

Saya, Shamsul Iskandar Mohd Akin (No. K/P : 741229-04-5273) beralamat di JA 5347, Kg Kesang Jaya, 77000 Jasin, Melaka membuat laporan ini berikutan dengan kenyataan media yang di buat oleh Ketua Pesuruhjaya (KP) Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Sri Ahmad Said Bin Hamdan pada 20 Februari 2009 berkenaan hasil siasatan tuduhan kesalahan rasuah salah guna kuasa oleh YAB MB Selangor mengenai sumbangan 46 ekor lembu dan kos selenggaraan kereta Lexus kegunaan rasmi YAB MB Selangor yang mana sedutan mengenai kenyataannya telah dilaporkan secara meluas oleh media massa negara baru-baru ini.

Saya berpandangan bahawa kenyataan KP SPRM tersebut bahawa terdapat bukti kukuh dan kuat untuk pihak SPRM mendakwa YAB MB Selangor di mahkamah merupakan satu kenyataan yang berniat jahat dan mempunyai niat sebaliknya untuk memburuk-burukkan reputasi YAB MB Selangor kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat di Negeri Selangor sendiri.

Saya juga percaya bahawa maklumat atau hasil siasatan pihak SPRM terhadap tuduhan salah guna kuasa YAB MB Selangor tersebut merupakan pendedahan satu maklumat atau laporan SULIT kerana ianya merupakan dokumen satu KERTAS SIASATAN (KS) yang tidak sepatutnya didedahkan secara umum sehinggalah YAB MB Selangor dipertuduhkan secara rasmi di mahkamah oleh pihak Jabatan Peguam Negara Malaysia sekiranya Peguam Negara memutuskan terdapat kes terhadap YAB MB Selangor.

Sehubungan itu, tindakan KP SPRM tersebut adalah jelas menyalahi tatacara urusan dokumen sulit yang sepatutnya tidak boleh didedahkan sebagaimana yang telah dilakukan oleh KP SPRM pada 20hb Februari 2009. Dan saya juga percaya kenyataan yang dibuat oleh KP SPRM tersebut mempunyai niat jahat bagi menjatuhkan reputasi YAB MB Selangor dan cuba melakarkan seolah-olah YAB MB Selangor merupakan seseorang yang telah melakukan rasuah.

Selain itu kenyataan KP SPRM tersebut juga bertujuan untuk mempengaruhi pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk mendakwa dan menghukum YAB MB Selangor sebagai seseorang yang telah melakukan rasuah dan kenyataan tersebut seolah-olah telah memberikan arahan kepada pihak Jabatan Peguam Negara dan pihak mahkamah untuk menghukum YAB MB di atas tuduhan kesalan rasuah yang telah disiasat oleh pihak SPRM.

Saya menggesa pihak polis untuk menyiasat tujuan sebenar KP SPRM yang telah membuat kenyataan yang tidak bertanggungjawab tersebut kerana kenyataannya boleh menimbulkan kekeliruan dan ketidakstabilan politik di Malaysia dan khususnya Negeri Selangor.

Sekian laporan saya

Friday, February 20, 2009

Laporan Polis ke Atas Musa Hassan dan Gani Patail

Hebahan Media

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu laporan polis ke atas Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan di Balai Polis Damansara Utama berhubung penglibatan mereka di dalam memalsukan bukti kes lebam mata 1998.

Tempat: Balai Polis Damansara Utama
Jam: 11.30 pagi
Tarikh: 20hb Februari 2009

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM


http://anwaribrahimblog.com/2009/02/19/laporan-polis-dsai-ke-atas-musa-hassan-dan-gani-patail/



Thursday, September 4, 2008

Dr Osman tampil pertahan laporan kes liwat

Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, muncul hari ini untuk mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.

Dr Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai lalu.

Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya - M Puravelan dan Yusri Kamaruddin - mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini.

Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya.

"Saya tidak terbabit dalam politik, saya akan sentiasa bercakap benar," kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar.

Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.

Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.

Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.


Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.

Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.

Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.

Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.

Di bawah adalah kenyataan akhbar Dr Osman yang dibacanya pagi tadi (terjemahan).

Saya adalah doktor yang mengesahkan akuan berkanun bertarikh 1 Ogos 2008.

Saya telah membaca akuan berkanun yang telah disiarkan di lamanweb Malaysia Today. Saya mengesahkan bahawa ia adalah salinan asli akuan berkanun saya. Saya kini mengesahkan bahawa kandungan akuan berkanun itu adalah benar.

Saya telah pergi bercuti. Saya merasa amat tertekan. Saya kini telah kembali ke Malaysia. Terdapat banyak kenyataan media di Malaysia yang dibuat oleh pelbagai individu.

Sesetengah daripada kenyataan tersebut telah memberi gambaran buruk terhadap profesyen dan diri saya. Saya ingin memberi jaminan bahawa saya hanyalah menjalankan tugas saya sebagai seorang doktor. Saya tidak terbabit dalam politik. Saya sentiasa akan bercakap benar.

Saya tidak pernah pada bila-bila masa pun melanggar etika profesional saya. Saya sentiasa mengamalkan kerahsian antara doktor dan pesakit.


Sumber: Malaysiakini

Tuesday, August 5, 2008

Susulan: Laporan HKL Bocor?

” ISU BUNGA “

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai kes yang tersebar luas dalam Internet serta media cetak mengenai isu bunga. Puan Zuraida telah ke HKL pada isnin yang lalu untuk menghadiahkan 10 jambak bunga kepada pihak hospital.

Bunga tersebut adalah untuk di serahkan atas makna bagi pihak hospital diatas penghargaan dan ucapan kerja sama atas kes Anwar Ibrahim serta ketulusan dan kesungguhan terhadap pemeriksaan tersebut.

Tujuan pemberian bunga tersebut mempunyai isi tersirat tersendiri. Banyak tanda tanya yang bermain di minda semua. Satu hari ianya akan di ketahui juga.

Bersambung…

SUDAH TERLAMBAT UNTUK DI TERBALIKKAN FAKTA

Hospital Kuala Lumpur hari ini telah mengeluarkan laporan di mana Dato’ Seri Anwar Ibrahim tidak terlibat dalam kes meliwat Saiful. Laporan ini telah di bocorkan oleh salah seorang pegawai di hospital berkenaan dan Pejabat Parti Keadilan telah menerima laporan tersebut pada tenghari tadi.

Ternyata Dato Seri Anwar tidak bersalah dan pihak kerajaan cuba untuk mereka cerita demi kepentingan politik mereka. Sejurus menerima laporan tersebut ketua wanita keadilan Puan Zuraida Kamaruddin telah menghadiahkan sejambak bunga bagi mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak hospital berkenaan kerana tulus, jujur dan amanah.

10 Jambak bunga yang di hadiahkan sebenarnya ada motif yang tersirat.

Bunga yang di hadiahkan Puan Zuraida adalah untuk menyampaikan mesej bahawa pihak Parti Keadilan sudah mengetahui mengenai laporan perubatan tersebut. Pihak Hospital agak terkejut kerana laporan yang asal itu telah di bocorkan.

Menurut sumber sejurus laporan perubatan rasmi telah di keluarkan ternyata DSAI tidak bersalah namun Pihak Kerajaan berusaha untuk menukar fakta dengan menyuruh Pihak Hospital untuk menukar kembali laporan tersebut. Namun malang ianya sudah terlambat. Salah seorang pegawai di hospital berkenaan sudah tidak mahu terlibat serta bersubahat untuk melakukan jenayah tersebut. Walau selicik mana sekalipun jika pekara itu benar walau di sorokkan tetap akan timbul kebenarannya.

Dato’ Seri Anwar juga sebelum ini telah membuat kenyataan walau apa sekali pun yang terjadi Beliau tetap akan bertanding walau waktu kempennya berada di Balai Polis. Namun dengan laporan perubatan yang sahih dikeluarkan tidak ada sebab lagi untuk DSAI ditahan.

Jika ramai yang sedar Pihak B.N juga ingin mempermainkan lagi rakyat dengan kenyataan mereka untuk turunkan harga minyak. Jika benar ingin turunkan, turunkan sekarang. Jangan tunggu sehingga pilihan raya kecil tamat. Semata-mata ingin menipu pengundi. Dalam debat baru baru ini mereka memberitahu bahawa minyak tidak boleh diturunkan dan mengangap DSAI hanya beromong kosong.

Tetapi sebaliknya mereka yang tidak bijak dalam mengurus ekonomi. Menurut mereka harga minyak tidak boleh turun kerana mengikut harga pasaran global. Tetapi bila sudah hampir dengan pilihan raya kecil tiba-tiba sahaja ingin menururunkan harga minyak. Adakah ini yang di katakan harga global ? Adakah kerana Permatang Pauh Harga Global minyak terjejas ? Hebat sungguh penipuan keajaan BN. Ini jelas membuktikan mereka tidak pandai dalam ekonomi. Padanlah Malaysia mengalami kemerosotan kebelakangan ini.

Ini merupakan berita gembira bagi rakyat Malaysia. Akhirnya komplot mereka sudah hampir terbongkar dan cerita yang semirip novel ini sudah mahu sampai ke penghujungnya. Nantikan kesudahannya dengan penangkapan seorang demi seorang dari ikan yang kecil hingga ke ikan yang besar.

Bersambung…

Sumber: p99ampang

Tuesday, July 29, 2008

Definisi Lengkap Laporan Doktor!

Sila "klik" pada gambar untuk paparan penuh.

Sumber: Suara Keadilan

Tuesday, July 22, 2008

Anwar serah 8 dokumen pada BPR babitkan Gani dan Musa

KUALA LUMPUR, 21 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan lapan dokumen kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di ibu pejabatnya di Putra Jaya hari ini berhubung dakwaannya terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pasukan mereka.

Dakwanya, Gani Patail dan Musa terlibat memalsukan keterangan beliau dipukul oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor pada 1998.

Anwar yang bercakap kepada kira-kira 50 wakil media yang menunggunya di luar pintu di Bangunan BPR sejak 10 pagi tadi berkata beliau, turut membawa kes jenayah bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Nor terhadapnya.

Selain itu katanya, beliau juga mengemukakan dokumen mengenai ujian DNA beliau yang diambil pada tahun 1998 untuk menghina beliau.

"Saya berpuas hati kerana BPR mencatat semua keterangan dengan profesional dan mereka meminta dokumen dan saya berikan semua dokumen yang ada di tangan saya," katanya yang ditemani dua peguamnya, Sivarasa Rasiah dan Dato' Parakumarasan.

Beliau memberi keterangan selama lebih tiga jam kepada BPR.

Anwar yang hadir di Ibu Pejabat BPR pada jam 9.30 pagi tadi memberi keterangan kali kedua selepas beliau hadir pada Rabu lepas berhubung laporan polis dibuatnya 1 Julai lalu.

Beliau memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam pada itu, ditanya mengenai fail saman RM5 juta terhadapnya oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, hari ini, berkata beliau dengan senang hati beliau akan berhadapan kes tersebut di mahkamah.

Dalam sidang media yang sama, Anwar menafikan beliau "mempolitikkan" isu beliau dibogel ketika menjalani pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebagaimana didakwa Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Syed Hamid Albar.

"Saya ditelanjang sewaktu pemeriksaan doktor dan kemaluan saya diukur.

"Saya diminta mengisi "borang mangsa rogol" di HKL minggu lepas semasa saya dibawa polis untuk pemeriksaan dalam siasatan dakwaan meliwat pembantu saya," ulanginya mengenai dakwaan beliau dibogel oleh HKL baru-baru ini.

Sementara itu, bercakap mengenai isu muzakarah PAS dan Umno, katanya, beliau menerimanya dengan baik.

Bagaimanapun katanya, beliau menyerahkan isu tersebut kepada Presiden KeADILan, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail. - mks._

Sumber: HarakahDaily

Monday, July 21, 2008

Laporan polis Musa dan Gani, Anwar sambung beri keterangan BPR

KUALA LUMPUR, 21 Julai (SK)- Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim, kini sehingga berita ini dituliS, beliau berada di Ibu pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyambung memberi kenyataannya di atas laporan polis yang dibuat terhadap Ketua Polis Negara Musa Hassan dan Peguam Negara Gani Patail.

Anwar tiba di ibu pejabat BPR kira-kira jam 9.50 pagi tadi dan ditemani peguamnya, R Sivarasa serta bekas pegawai khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Param Cumaraswamy bersama dengan ketua staf pejabat Anwar, Ibrahim Yaacob.

Anwar, 16 Julai lalu, menghabiskan masa kira-kira dua jam memberi keterangan sebelum beliau ditahan oleh sepasukan skuad khas Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, iaitu sejam sebelum jadual pertemuan beliau dengan plis pada jam 2 petang.

Hasil daripada laporan polis yang dibuat beliau terhadap Musa dan Gani, BPR telahmemulakan siasatan berdasarkan daripada laporan kedua-dua mereka memalsukan bukti ketika perbicaraan yang dihadapi Anwar pada 1998 lalu.

ketika itu, Anwar telah ditahan pada 20 September 1998 dan telah dibawa ke Bukit Aman dimana beliau telah dipukul oleh Ketua Polis Negara ketika itu, Rahim Noor sehingga menyebabkan kecederaan teruk dibeberapa bahagian badanya termasuk matanya yang lebam.

Dalam pada itu, Musa pula adalah pegawai penyiasat yang mengendalikan kes terhadapa Anwar sementara Gani pula adalah ketua pendakwaraya.

Anwar, telah berulang kali menegaskan bahawa salinan asal laporan pemeriksaan perubatan telah diketepikan oleh pihak terbabit.

‘Laporan perubatan menyimpulkan bahawa kecederaan yang saya alami adalah konsisten dengan serangan fizikal yang dilakukan,’ katanya dalam kandungan laporan berkenaan.

Bagaimanapun, Anwar berkata kedua-dua Musa dan Gani telah mengetepikan laporan itu dan sebaliknya telah meminta seorang doktor lain, Dr Abdul Rahman Yusof untuk memalsukan bukti di dalam laporan perubatan yang kedua.

Anwar berkata, beliau percaya kedua indidvidu terbabit berada di malam kejadian berkenaan di Bukit Aman sketika beliau dipukul dan kedua-dua mereka menyembunyikan perkara terbabit.

“Saya percaya Musa dan Gani Patail secara aktif terlibat dalam komplot menyediakan laporan kedua terbabit, katanya lagi.

Gesaan beliau supaya kedua-dua mereka disiasat menyebabkan BPR telah memanggil mereka untuk memberi keterangan pada 1Julai lalu, dimana kesalah memalsukan bukti boleh disabitkan dengan hukuman sehingga tujuh tahun penjara.

Sumber: Suara Keadilan