Bagi memenangi pilihan raya akan datang, Pakatan Rakyat harus memperkasakan rakyat dengan fahaman perjuangan serta pendidikan dan tidak sekadar memberi bantuan kebajikan sahaja, kata Parti Sosialis Malaysia (PSM).
"Sekadar memberi bantuan kebajikan tidak memadai," kata setiausaha agung PSM, S Arutchelvan.
Tegasnya, bantuan kebajikan adalah penting dan harus diteruskan tetapi yang lebih penting adalah pemahaman tentang perlunya perubahan.
Arutchelvan menegaskan demikian dalam satu kenyataan. PSM selesai mengadakan kongres parti itu semalam, yang dihadiri 250 perwakilan dan pemerhati di Dewan perhimpunan Cina Selangor.
Kongres itu membincangkan tiga kertas kerja mengenai '1Malaysia dan Model Ekonomi Baru Najib', 'Isu transisi kepimpinan dalam PSM' dan 'isu krisis cuaca dunia dan menyelamatkan alam sekitar'.
Kongres juga membincangkan 26 usul di mana 16 usul telah diterima, lima ditolak, tiga ditarik balik dan dua usul akan dibincang di peringkat jawatankuasa parti.
Mengenai usul Pakatan, Arutchelvan berkata, ia telah dibincang panjang lebar dan kongres dengan majoriti besar, memutuskan bahawa PSM buat masa ini tidak mempunyai sebarang hasrat membentuk kuasa ketiga tetapi tegas bahawa musuh utama adalah BN.
"Justeru PSM akan bekerjasama dengan Pakatan dan kumpulan-kumpulan progresif lain untuk menamatkan pemerintahan BN.
"PSM juga akan mengadakan perbincangan susulan dengan Pakatan mengenai kerjasama tersebut, termasuk kerjasama semasa pilihan raya," tambahnya.
Malah, tegas Arutchelvan PSM juga terbuka terhadap penggunaan logo dan manifesto bersama dalam pilihan raya yang akan datang.
Antara usul yang dilulus yang menarik adalah protes terhadap bencana alam sekitar dan kapitalisme dan juga mengadakan pameran seni kiri iaitu program yang membawa bersama pelbagai artis dan seniman progresif.
PSM juga katanya, melihat bahawa pemerintah telah memulakan perang terbaru apabila mahu menarik balik subsidi .
"Ini merupakan serangan terkini terhadap rakyat pekerja biasa di negara kita. PSM akan memobilisasi rakyat untuk mengekalkan subsidi ini," tegas Arutchelvan.
Antara resolusi lain yang diluluskan ialah menolak Model Ekonomi Baru (MEB) yang berasaskan kepentingan golongan elit kapitalis, menuntut dilindungi hak pekerja termasuk melalui penggubalan akta gaji minima, di samping membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
PSM juga menuntut dimansuhkan ISA, AUKU, OSA, PPPA dan mendesak kerajaan menggubal Akta Kebebasan Maklumat dan Akta Kebebasan Media.
PSM juga menuntut kerajaan negeri termasuk kerajaan Pakatan, mengadakan pilihanraya kerajaan tempatan, penggubalan undang-undang yang menghalang wakil rakyat melompat parti serta mengutuk PERKASA yang didakwanya mempermainkan politik perkauman dan memecah-belahkan rakyat.
PSM turut membantah pemberian lesen judi bola, di samping menyokong perjuangan penduduk Bukit Koman dalam menghentikan keracunan cyanide oleh lombong emas.
Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label PSM. Show all posts
Showing posts with label PSM. Show all posts
Monday, June 7, 2010
Wednesday, April 29, 2009
SPR akhirnya luluskan logo parti PSM - Malaysiakini
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) akhirnya meluluskan logi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang berupa lambang 'genggaman tangan' sebelah kiri.Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim berkata, pihaknya dimaklumkan oleh SPR mengenai kelulusan itu melalui surat bertarikh 20 April 2009.
Katanya, penggunaan lambang itu diluluskan dalam mesyuarat SPR pada 15 April lalu.
Dr Nasir yang juga ADUN Kota Damansara, Selangor berkata, PSM PSM mengalu-aluk keputusn SPR itu.
"PSM berpendirian bahawa perjuangannyanya yang berterusan dan berani selama 11 tahun, merupakan inti kepada kejayan parti ini," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.
PSM telah mendapat pendaftaran di bawah seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 pada 19 Ogos tahun lalu, setelah sepuluh tahun berjuang, termasuk membawa kes itu ke mahkamah.
Bagaimanapun, SPR sebelum ini tidak mahu mendaftar lambang PSM dan antara sebabnya adalah lambang tersebut merupakan simbol kekerasan dan tidak bermoral.
Berikutan iut, PSM telah menghantar memorandum kepada SPR bertarikh 19 Mac lalu, kerana tidak puas hati dengan tindakan SPR itu yang didakwa memberikan alasan yang tidak kukuh untuk mempertikaikan simbol parti itu.
Malaysiakini
Sunday, October 19, 2008
Mula-mula Molotov Cocktail, Lepas Tu Bakar Terusss..! Apa Nak Jadik Ni?
Awal-awal dulu pejabat Majlis Peguam jadi mangsa serangan molotov cocktail, tak lama lepas tu rumah Teresa Kok pulak kene baling dengan molotov cocktai, selang berapa hari ada pulak lagi insiden sama... 30 biji kereta terbakar lepas dibaling dengan molotov cocktail...
Hari ni pulak... kereta kepunyaan ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar rosak sebahagiannya, disyaki dibakar awal pagi ini.
Ketika dihubungi hari ini, pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu menuduh lawan politiknya dari MIC yang bertanggungjawab melakukannya.
Pemimpin PSM itu berkata, beliau percaya kumpulan yang sama yang membakar kereta Volkswagen Beetle miliknya itu, turut bertanggungjawab menganggu ahli-ahli parti itu di kawasan tersebut.
Gangguan tersebut, tambahnya, telah berlaku sejak lebih lapan tahun yang lalu.
"Jiran-jiran (saya) ternampak empat pemuda memecah cermin pintu kereta saya, dan membakarnya. Bahagian dalam kereta saya terbakar teruk."
Jeyakumar menjelaskan semuanya bermula tiga hari lalu ketika seorang ahli wanita parti itu berada seorang diri di pejabat parti itu, didatangi sekumpulan lelaki mabuk dalam lingkungan usia 20-an.
"Dia memberitahu saya yang kumpulan tersebut meminta wang dan bila dia enggan memberinya, mereka mengancam untuk memukulnya," kata Jeyakumar.
Apa dah jadi ni? sesuai ke negara ni dikatakan "Selamat. Aman, Makmur"?
Yang aku heran pulak lagi, awat asyik-asyik orang-orang yang tak sehaluan dengan KERAjaan je yang kena? Awat geng-geng UMNO/BN tak pernah pulak kena ugutan-ugutan dan ancaan-ancaman macam ni?
Nak cakap "kebetulan"? tak kan "kebetulan" orang-orang yang tak sehaluan dengan KERAjaan je yang kena?
Kesimpulannya tuduhan yang mengatakan penyokong pembangkang "ganas" sangat-sangat tak tepat sama sekali. hangpa pikiaq la sendiri...
Sumber: Perisik Rakyat

Thursday, September 11, 2008
PSM terus kerjasama dengan Pakatan
PSM, yang kini telah diiktiraf secara rasmi sebagai sebuah parti politik, akan terus bekerjasama dengan Pakatan Rakyat tetapi belum lagi memutuskan sama ada ia akan menyertai barisan pembangkang tersebut.
Setiausaha Agungnya, S Arutchelvan berkata, jika PSM dijemput menyertai Pakatan, ia perlu dibincangkan dalam kongres parti itu sebelum sebarang keputusan dibuat.
Bercakap dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur, beliau juga menegaskan bahawa parti sosialis itu, yang mendakwa mempunyai seramai 10,000 ahli, akan kekal sebagai pembangkang.
"Kami tidak akan menyertai BN (Barisan Nasional), kami boleh memberi jaminan tersebut," katanya.
Selepas sedekad lamanya berjuang untuk mendapatkan pengiktirafan rasmi sebagai parti politi, PSM menerima kelulusan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) melalui surat bertarikh 19 Ogos.
Sumber: Malaysiakini

Subscribe to:
Posts (Atom)