KOTA BHARU, 6 Ogos (Hrkh) - PAS Kelantan malam ini mengadakan solat hajat memohon supaya dijauhi penyakit selesema babi atau influenza A (H1N1) daripada terus merebak.
Solat hajat itu diimamkan Adun Demit, Ustaz mohamad Mustafa diadakan di Dewan Zulkefli Mohamad, pejabat Perhubungan PAS Kelantan.
Selain itu solat hajat juga mendoakan Adun Galas, Chek Hashim Sulaima yang akan menjalani pembedahan kanser paru-paru di China esok supaya selamat.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, solat hajat juga turut mendoakan supaya tuntutan royalti minyak berjaya menjadi kenyataan.
"Taklimat khusus berhubung rawatan Adun Galas di China diberikan Adun Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Judoh yang baru pulang dari menziarahi Chek Hashim," katanya di sini.
Majlis itu dihadiri Timbalan Menteri Besar, Dato' Ahmad Yakob dan pimpinan PAS Negeri serta kawasan dan Dewan-Dewan Negeri. - mj _
Harakah
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Solat Hajat. Show all posts

Friday, August 7, 2009
H1N1: Solat hajat selepas solat Jumaat di Masjid Negara - Harakah
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Umat Islam di sekitar ibu kota dijemput hadir beramai-ramai untuk bersolat hajat di Masjid Negara selepas solat Jumaat esok memohon kepada Allah s.w.t. agar menjauhkan pelbagai bala yang semakin membimbangkan di negara ini.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub juga meminta ahli-ahli PAS yang berkerja di sekitar Masjid Negara agar memastikan diri masing-masing bersama-sama di dalam solat hajat itu esok.
"Negara kita dicengkam pelbagai bala dari H1N1, jerubu, kekurangan dan harga makanan yang semakin meningkat, ketidakadilan perlaksanaan undang-undang sehinggalah kepada desakan-desakan supaya digunakan penangkapan tanpa bicara di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Walaupun sebahagian darinya merupakan tanggungjawab kerajaan untuk menanganinya seperti kekurangan dan harga makanan yang semakin meningkat, tetapi sebagai rakyat kita juga mesti memainkan peranan lebih-lebih lagi memohon pertolongan dari Allah," kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.
Beliau juga berharap ahli-ahli PAS yang menerima pesanan SMS supaya menghadiri solat hajat itu agar menghantar pula pesanan tersebut kepada rakan-rakan masing-masing.
Salahuddin juga berharap lebih banyak solat hajat yang sama diadakan di seluruh negara tidak kira sama ada di masjid, surau atau di markaz-markaz PAS.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar sekali lagi menggesa kerajaan mengadakan sidang Parlimen khas mengenai wabak H1N1 yang melanda negara ini.
"Satu kertas putih mengenai perkara itu hendaklah dibentangkan," katanya.
Hari ini, dari hampir 1500 kes H1N1, kematian meningkat kepada 14 orang.
"Keadaa semakin serius dan kita bimbang jangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menjadi kenyataan.
"WHO menjangka dan memberi amaran kira-kira 110,000 hingga 500,000 orang di Malaysia terpaksa dimasukkan ke hospital berikutan wabak H1N1 dan kemungkinan antara 5,500 sehingga 28,000 akan terkorban akibat wabak itu," katanya.
Setakat ini, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, rakyat masih ternanti-nanti apakah tindakan yang lebih meyakinkan dari kerajaan untuk menangani wabak itu._

Subscribe to:
Posts (Atom)