Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, June 10, 2010

Kes Aminulrashid : Mahkamah Tetapkan Tarikh Sebutan Baru - TVS

10 JUN - Mahkamah Sesyen Jenayah Shah Alam menetapkan 22 Jun ini untuk sebutan semula kes kematian tragis remaja berusia 15 tahun, Aminulrashid Amzah yang ditembak mati oleh polis kira- kira 100 meter dari rumahnya.

Koperal Jenain Subi dituduh di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan menyebabkan kematian Aminulrashyid. Jenain boleh dipenjarakan sehingga 30 tahun jika disabit kesalahan.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh baru untuk sebutan semula kes bagi membolehkan pihak pendakwaraya mengemukakan dokumen berkaitan.

Dalam kejadian 26 April lalu, Jenain yang bertugas di cawangan kereta peronda polis (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam didakwa melepaskan tembakan rambang hingga menyebabkan kematian Aminulrashid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 pagi dan 2 pagi.

Tertuduh, diwakili peguambela, Salim Bashir.

Polis pada mulanya mendakwa Aminulrashid seorang penjenayah dan mendakwa senjata bahaya dijumpai dalam keretanya.

Susulan bantahan keluarga, masyarakat dan wakil Pakatan Rakyat, kerajaan UMNO Barisan Nasional menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu selain siasatan berasingan yang dijalankan oleh polis.

Kerajaan bagaimanapun menolak permintaan pelbagai pihak yang mahu sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut.

TVS

No comments: