Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, February 25, 2010

More Pictures on Proton Hybrid Car!




Proton Hybrid Car!



More News..

http://paultan.org/2010/02/24/more-proton-geneva-concept-pix-appear-online/
http://uk.cars.yahoo.com/23022010/36/amazing-lotus-hybrid-unveiled-0.html

Mahkamah tolak permohonan Anwar - Malaysiakini

Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak keputusannya pada 29 Januari, yang menolak permohonan pembangkang itu untuk memperolehi bukti-bukti utama tambahan seperti rakaman CCTV, laporan perubatan dan kenyataan saksi pendakwa.

Semakan itu didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin. Dua lagi hakim Mahkamah Persekutuan ialah Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Heliliah Mohd Yusof.

Sebelum itu, Karpal Singh, peguam utama Anwar, memberitahu mahkamah pagi ini bahawa beliau kesal semakan itu didengar sekarang kerana tambahan bukti itu yang diminta itu, boleh digunakan dalam perbicaraan Anwar sekarang.

Peguam Karpal Singh mengadu bahawa pihak pembela masih belum menerima senarai nama saksi pendakwa dan ini dianggap sebagai "pelakuan tidak wajar" pihak pendakwa bagi memastikan perbicaraan yang adil.

Katanya, Anwar telah membawa tiga pakar luar dan mereka tidak dibenarkan untuk melihat bukti tersebut.

"Adakah ini adil?" soal Karpal.

Zulkefli kemudiannya bertanya sama ada panel tiga hakim itu boleh menyemak keputusan yang dibuat oleh panel hakim lain, yang sudahpun mendengar merit hujah-hujahnya.

Karpl berkata, mahkamah boleh menyemak keputusannya sendiri kerana dengan jelas telah berlaku ketidakadilan.

"Malah, perbicaraan telah bermula tetapi kami masih lagi belum memperolehi dokumen-dokumen berkenaan," katanya.

Kemudiannya, peguamcara negara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pula, dalam hujahnya berkata, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menyemak keputusannya kerana penghakiman yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah muktamad.

Katanya, sebarang percubaan sebaliknya merupakan satu pembaziran proses mahkamah.

Malaysiakini

Tolak Desakan Syabas Naik Tarif Air, Selangor Sedia Ke Mahkamah - TVS

Kerajaan Selangor bersedia ke mahkamah bagi mempertahankan tindakannya tidak membenarkan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk menaikkan harga air.

Syabas bulan lalu menghatar notis undang-undang menuntut Selangor membayar pampasan tiga ratus tiga puluh sembilan juta ringgit kerana tidak membenarkan kenaikan harga itu tahun lalu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa Syabas mendesak supaya harga air dinaikan 30 peratus pada tahun lalu, namun tuntutan itu di tolak oleh kerajaan negeri.

Syabas kemudian menuntut pampasan berkenaan dan dikatakan bercadang mengambil tindakan undang-undang jika tuntutan itu juga ditolak.

“Kerajaan negeri telah menerima nasihat dari panel guaman berhubung perkara itu yang mendapati Syabas tidak layak membuat sebarang tuntutan sedemikian kerana tiada hak dan tiada keperluan,"katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyarat mingguan Exco hari ini.

Menurut Khalid, sebarang keputusan untuk menaikkan tarif air perlu mendapat persetujuan kerajaan negeri, pemegang konsesi dan kerajaan pusat.

Beliau menambah, SYABAS turut melanggar perjanjian konsesi yang diberikan oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional sebelumnya.

“Pelanggaran syarat oleh Syabas telah menyebabkan kerugian besar kepada rakyat Selangor. Oleh yang demikian kerajaan Selangor tidak sama sekali akan membenarkan syarikat itu menaikan tarif air,” tambah Khalid.

Khalid berkata kerajaan negeri tidak akan tunduk kepada sebarang tekanan daripada Syabas demi mempertahankan hak rakyat untuk mendapatkan bekalan air berkualiti pada harga munasabah.

“Kita sedia berdepan dengan Syabas di mahkamah jika syarikat itu mahu meneruskan cadang mengambil tindakan undang-undang. Tindakan kerajaan negeri ini sejajar dan bertepatan dengan agenda “Merakyatkan Ekonomi Selangor yang diperjuangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor,"katanya.

TVS

Polis Siasat Pemimpin Pakatan Rakyat - TVS

Dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat menjadi sasaran polis kerana menjawab pertuduhan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat , Sivarasa Rasiah dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub disoal siasat oleh polis di Parlimen berhubung kenyataan mereka pada ceramah di Seberang Jaya Pulau Pinang bulan lalu.

Polis mengambil keterangan mereka di bawah Akta Hasutan berikutan aduan yang dibuat oleh rakan setugas mereka pada 8 Feb lalu.

"Bagi saya tindakan seperti ini adalah cubaan untuk mengugut, dalam cubaan untuk menghentikan saya, Yb Salahuddin dan rakan-rakan lain berceramah kepada orang ramai dan menyentuh isu-isu penting seperti perbicaraan Datuk Seri Anwar, seperti kes Altantuyaa dan beberapa isu penting lain dan amalan rasuah,"katanya.

Menurut Sivarasa, beliau disoal siasat kerana menyentuh perbicaraan konspirasi kedua terhadap Anwar.

Pelbagai pihak mempersoalkan keperluan pertuduhan itu diteruskan apabila laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur mengesahkan tidak ada bukti pengadu Saiful Bukhari Azlan di liwat.

"Telah bertanya kepada pihak polis, apakah kesalahan yang kononnya disiasat, jawapan yang diberi ialah kandungan ceramah kami adalah dianggap sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan. Jadi nampaknya macam biasalah, mereka telah rekodkan keterangan dan buat siasatan,"katanya.

Sivarasa mencabar polis supaya membuktikan ucapan beliau adalah kesalahan undang-undang dan membidas taktik untuk menyoal siasat beliau.

"Bagi saya kalau mereka anggap ada satu kesalahan, tidak ada halangan, mereka boleh tuduh terus. lagipun mereka ada rakaman dan mereka sudah ada saksi mereka, tidak perlu hendak ambil keterangan, kalau dianggap salah, cajlah,"katanya.

Salahuddin pula menyifatkan tindakan polis itu sebagai hasutan bagi menghalang rakyat daripada mengetahui fakta-fakta di sebalik pertuduhan fitnah liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

"Satu skrip telah disediakan kepada kami pimpinan-pimpinan Pakatan Rakyat bahawa apa jua yang menyentuh tentang perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus dituduh di bawah Akta Hasutan seperti mana yang berlaku kepada Manoharan,"katanya.

Salahuddin menambah, siasatan yang dibuat ke atas beliau bukan sahaja menjurus kepada ceramah umumnya berhubung perbicaraan Anwar namun ia turut melibatkan isu penggunaan kalimah Allah yang disampaikannya.

"Demikian juga pada saya, isu-isu penggunaan kalimah Allah juga mereka cuba sabitkan juga dengan akta hasutan. saya rasa ini cukup merbahaya bagi mereka dan kerana mereka telah terperangkap dengan isu ini, menggunakan isu kalimah Allah ini dalam ceramah PAS juga boleh diambil tindakan dalam Akta Hasutan,"katanya.

TVS

Hakmilik: Peneroka dakwa Felda tipu - Malaysiakini

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) hari ini menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung dakwaan pelanggaran hak asasi, diskriminasi dan dakwaan berlakunya penipuan oleh Felda.

Memorandum tersebut diserahkan oleh presidennya Mazlan Aliman (kiri) kepada pesuruhjaya suruhanjaya tersebut Datuk Khalid Ibrahim (kanan) di pejabatnya kira-kira jam 3.30 petang ini.

Turut hadir ialah barisan peguam yang ketuai oleh Ahmad Nizam Hamid serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, antaranya ahli parlimen Batu Tian Chua dan ADUN Port Dickson M Ravi.

Kira-kira 100 peneroka hadir dalam majlis penyerahan memorandum tersebut kepada Suhakam.

Dalam memorandum tersebut, persatuan itu menyenaraikan beberapa aduan termasuk dakwaan diskriminasi terhadap 25,000 peneroka yang mengendalikan sendiri kebun mereka selepas melangsaikan bayaran hutang.

"Tanah mereka itu, sudah selesai bayaran hutangnya, tetapi sampai hari ini, mereka tidak dapat hak milik," kata Mazlan dalam aduannya kepada Khalid.

Beliau yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS juga mendakwa terdapat peneroka menerima ugutan daripada Felda, termasuk dakwaan akan disingkirkan dari tanah rancangan.

Menurutnya, terdapat sesetengah peneroka Felda telah menggunakan pelbagai cara untuk mendapatkan hak milik tanah mereka itu, termasuk membuat laporan polis, berjumpa dengan menteri dan membawa perkara tersebut ke mahkamah.

Dalam memorandum tersebut, peneroka juga menuntut hak mereka yang telah dinafikan oleh agensi kerajaan itu selama ini, antaranya wang tanam semula sebanyak RM17,000 yang tidak diterima mereka sehingga hari ini.

Selain itu, mereka juga mendakwa dinafikan hak, antaranya, untuk mendapat bantuan tanam semula Risda bagi tanaman getah, lesen menjual hasil sawit dari Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) serta bantuan pendidikan dan pinjaman usahawan.

Dalam aduannya juga, Mazlan turut mendakwa Akta Penempatan Beramai-ramai (GSA) 1960 telah menjadi "senjata" agensi kerajaan itu untuk mengawal selia keseluruhan aktiviti dan kegiatan peneroka.

"Mereka akan menyebut akta ini termasuklah berhubung pengurusan ladang, dan kegiatan aktiviti peneroka mengikut tafsiran felda. Dan peneroka tidak boleh buat apa-apa," kata Mazlan.

Memorandum itu juga mendakwa akta tersebut membolehkan penguasaan tanah rancangan secara langsung dalam bentuk syarat nyata yang tertulis dalam surat hak milik peneroka, sama ada secara tersirat atau tidak nyata.

Akta itu, menurut memorandum tersebut, tidak membenarkan tanah mereka digadai, dipecah-pecahkan atau dibahagikan dan diserahkan kepada seorang penama sahaja.

Akta ini, kata peneroka terbabit, telah menimbulkan konflik dalam keluarga dari sudut pembahagian pusaka, hak peneroka terhadap tanah dan masa depan generasi kedua.

Memorandum itujuga mendakwa, peneroka terpaksa menandatangani beberapa perjanjian untuk mendapat hak milik tanah, termasuk perjanjian penanaman semula yang diperkenalkan beberapa tahun dahulu.

Peneroka juga didakwa tidak mendapat salinan surat perjanjian tersebut dan felda juga boleh bertindak hingga ke tahap mendapatkan 'kaveat' tanah peneroka.

Dalam majlis tersebut juga lima wakil peneroka felda dari pelbagai negeri turut mengemukakan aduan lisan mereka kepada Khalid, yang rata-ratanya berkisar mengenai masalah yang dibangkit itu.

Sementara itu, Khalid berkata bagi pihaknya tidak pernah menerima aduan berhubung masalah yang dihadapi oleh peneroka.

"Kami hanya mendengar yang elok-elok sahaja, yang tidak ada masalah. Oleh sebab itu, kita mahu mendengar sendiri dari peneroka sebagai langkah pertama untuk menyelesaikan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada Felda sendiri berhubung aduan yang dikemukakan oleh persatuan tersebut.

Sehubungan itu, para pesuruhjaya Suhakam akan bermesyuarat pada 8 Mac depan untuk mengkaji dan menentukan tindakan mereka berhubung aduan yang diterima itu, termasuklah membuat siasatan nasional sekiranya sukar untuk mendapatkan maklumat.

"Kita tidak ada kuasa untuk memaksa kerajaan mesti buat itu, mesti buat ini. Kita hanya menyampaikan kepada kerajaan, maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak," katanya.

Manakala Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pula memberitahu pemberita sebelum penyerahan memorandum tersebut bahawa sebagai ahli parlimen, akan membahaskan akta Akta Penempatan Berkelompok 1960 (GSA) dan masa depan Felda dalam sidang parlimen yang akan bermula 15 Mac ini.

Beliau yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata, akta tersebut menindas peneroka dan sudah tiba masanya akta tersebut di semak semula.

Terdapat 112,635 peneroka di Malaysia di 317 tanah rancangan Felda di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, tiga buah negeri yang mempunyai jumlah peneroka yang ramai iaitu Pahang (43,123); Johor (27,641) dan Negeri Sembilan (16,429) orang.

Felda Lurah Bilut di Bentong yang dibuka pada 1958 adalah rancangan Felda yang terawal dengan projek penanaman getah, manakala Felda Taib Andak di Kulai Johor dibuka pada 1961 untuk penanaman kelapa sawit.

Malaysiakini

Rombakan exco Kedah: PKR serah senarai baru - Malaysiakini

PKR menyerahkan senarai baru calon-calon untuk dilantik sebagai exco kerajaan Kedah untuk dipertimbangkan menteri besarnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

"Pertukaran tersebut untuk meningkatkan keberkesanan dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan ia juga selari dengan janji kita untuk meningkatkan prestasi kerajaan negeri," kata setiausaha agungnya Saifuddin Nasution (kiri).

Undang-undang negeri mensyarakat pelantikan exco baru Kedah dibuat bulan depan.

Daripada 10 kerusi exco di negeri itu, tiga daripadanya diberikan kepada PKR. Mereka adalah M Manikumar (pelancongan dan hal ehwal masyarakat India), Lim Soo Nee (pelaburan dan hal ehwal masyarakat Siam) and Tan Wei Xu (Pengangkutan dan hal ehwal masyarakat Cina).

Antaranya ketika-tiga wakil rakyat itu, khabar angin bertip kencang bahawa Tan akan digugurkan, antanya berkaitan prestasi semasa beliau.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Azizan (kanan, bersongkok) berkata beberapa anggota exco ungkin digugurkan setelah dua tahun memegang jawatan berkenaan bagi memberi peluang kepada muka baru untuk menggalas tugas terbabit.

"Saya akan tengok kesesuaian untuk mencari yang terbaik, nak bagi orang lain pula cuba kemahiran masing-masing, tapi saya akan maklumkan kepada Tuanku Sultan terlebih dahulu," beliau dipetik berkata kepada pemberita di Alor Star hari ini.

Beliau berkata istiadat mengangkat sumpah memegang jawatan dijangka diadakan minggu depan dan akan turut melibatkan beberapa perubahan daripada segi portfolio setiap anggota exco.

Mengenai kuota pelantikan exco, Azizan berkata ia mungkin dikekalkan iaitu tujuh daripada Pas dan selebihnya daripada PKR.

Malaysiakini

Teoh dinamakan bapa pada sijil lahir anaknya - Malaysiakini

Anak lelaki pembantu politik kepada seorang exco negeri Selangor, Teoh Beng Hock yang dijumpai mati selepas disoal-siasat oleh pegawai SPRM di Shah Alam, tahun lalu, menerima sijil kelahirannya hari ini.

Nama Teoh didaftarkan sebagai bapa bayi berkenaan.

Perkara itu disahkan oleh adik Teoh, Lee Lan kepaad Malaysiakini dan menurutnya bayi itu dinamakan ‘Er Jia”.

Bayi itu dilahirkan Isnin, 23 Feb lalu di sebuah hospital swasta di Batu Pahat, Johor. Dia dilaporkan seberat 2.9 kilogram dan dalam keadaan sihat.

Selepas bersalin, ibu bayi itu, Soh Cher Wei, 28 pulang ke rumah ibu bapanya di Batu Pahat.

Teoh, 30, setiausaha politik, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, sehari sebelum beliau mendaftarkan perkahwinannya dengan Cher Wei.

Sebelum ditemui mati, Teoh memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang berpejabat di plaza itu.

Soh, 28, seorang guru di Semenyih, Selangor, sebelum ini telah membuat permohonan untuk meletakkan nama Teoh dalam surat beranak anaknya.

Lee Lan mengakui kejayaan mereka memperoleh sijil kelahiran berkenaan adalah hasil bantuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang sebelum ini berjanji membantu menyelesaikan isu mendapatkan dokumen penting itu.

Dia juga mengaitkan kejayaan itu berkat daripada kerjasama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien selain Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail serta Setiausaha Politik Perdana Menteri, Dr Ow Ei Sun dan Pegawai Khas Hishammuddin, Datuk Lau Yeng Peng.

"Saya menerima panggilan daripada Lau sehari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang memaklumkan isu mengenai sijil kelahiran bayi Soh sudah selesai. Katanya, kerajaan sudah bersetuju membenarkan bayi itu menggunakan nama keluarga mendiang dan sekali gus meletakkan nama Beng Hock sebagai bapanya.

"Bagaimanapun kami tidak menghebahkan perkara ini sehingga bayi ini dilahirkan," katanyai.

Malaysiakini

Tuesday, February 23, 2010

Murugiah keluar PPP jika tewas - Malaysiakini

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk T Murugiah berkata beliau akan meninggalkan Parti Progresif Penduduk (PPP) jika Mahkamah Tinggi mengesahkan beliau bukan presiden parti itu yang sah.

Mahkamah dijangka mendengar pada 1 Mac ini permohonan Murugiah supaya pengisytiharan Tribunal Timbang Tara Malaysia (Mate) bahawa beliau adalah presiden PPP yang sah dikuatkuasakan.

"Tapi sekiranya saya tewas, saya akan tinggalkan parti bersama-sama 210,000 ahli PPP di seluruh negara yang kini berada bersama-sama saya.

Kami akan mencari satu platform yang baru selepas itu," katanya kepada pemberita malam semalam selepas satu perjumpaan dengan penyokongnya di Ipoh.

Murugiah (atas, berbaju hitam) dan Presiden PPP Datuk M Kayveas terbabit dalam pertelingkahan merebut jawatan utama parti berkenaan sejak Mei tahun lalu. Murugiah telah mengadakan satu mesyuarat agung luar biasa yang menyaksikan beliau dipilih sebagai presiden tetapi Pendaftar Pertubuhan (ROS) memutuskan bahawa Kayveas (bawah, tengah) adalah presiden yang sah.

Mate pula mendapati Murugiah adalah presiden yang sah dan ini mendorong beliau mengemukakan permohonan di mahkamah supaya keputusan tribunal itu dilaksanakan.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Diana Md Razali menetapkan tarikh 1 Mac ini untuk sebutan kes yang difailkan oleh Murugiah pada 28 Dis tahun lalu untuk menguatkuasakan keputusan Mate itu.

Sambil berjanji akan akur dengan sebarang keputusan mahkamah nanti, Murugiah berharap Kayveas juga tidak akan menimbulkan sebarang bantahan jika keputusan tidak memihak kepadanya.

- Bernama

Malaysiakini

Cabaran Kepada Guan Eng Helah Elak Debat - TVS

Tindakan Umno Pulau Pinang yang hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengenai isu kepentingan orang Melayu sedangkan menolak cabaran Pemuda Pakatan Rakyat, adalah helah orang pengecut.

Umno negeri itu dilihat berdolak dalik dan cuba lari dari cabaran sebenar kerana tidak berani berdepan dengan realiti dan fakta dengan berselindung melalui cabaran terhadap Guan Eng.

Bercakap kepada TV Selangor, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mempersoal kesungguhan mereka untuk menegakkan kebenaran yang diuar-uarkan dalam media.

”Pada saya, itu satu helah politik Umno untuk lari daripada berhadapan dengan isu sebenar dan mengelak dari debat ini dilakukan untuk mencari kebenaran.

"Yang menganjur dan mengajak berdebat datang dari Pemuda Pakatan Rakyat kepada Pemuda Umno, tapi mereka ingin melarikan diri dengan mencabar Lim Guan Eng pula,” katanya.

Sekreteriat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat sebelum ini melontar cabaran kepada Pemuda Umno untuk berdebat isu ’Melayu Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran’ pada 7 Mac depan di Ekspo Seberang Jaya

Shamsul berkata, Umno sebenarnya tidak berminat mencari kebenaran dalam isu kepentingan Melayu Pulau Pinang sebaliknya bermain politik dengan memberi alasan remeh.

Sebelum ini, katanya, Umno Pulau Pinang lantang membangkitkan pelbagal isu Melayu dan mengecam pentadbiran Guan Eng tetapi mereka membisu apabila Ketua Menteri Pulau Pinang memberikan statistik dan fakta sebenar.

”Kalau mereka tidak berani berdebat, terbukti mereka ini pengecut dan mencari publisiti murahan untuk mendapatkan populariti. Apakah tiada bijak pandai dalam Pemuda Umno untuk berdepan Pemuda PR?" katanya.

TVS

Wartawan Kanan India Persoal Perbicaraan Anwar - TVS

Selepas Ahli Parlimen Australia dan Senat Amerika Syarikat, Editor The Sunday Guardian, MJ Akbar pula menyifatkan perbicaraan kes konspirasi kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ada yang tidak kena.

Penulis buku 'Kashmir: Behind the Veil’, Riot after Riot’ dan ‘India: The Siege Within’ itu melabel demikian berdasarkan pengamatan, selain berkongsi maklumat dengan media dan peguam.

"Seperti yang kita perhatikan, perbicaraan ini tampak begitu rompong. Perbicaraan ini penuh dengan kesilapan. Pada pandangan saya, saya tidak menyangkal hanya perbicaraan yang adil dapat melengkapkan segalanya," katanya kepada TV Selangor.

Beliau memberi pandangan peribadi itu apabila diminta mengulas mengenai proses kehakiman yang hangat diperkatakan, ketika mengadakan lawatan ke Malaysia bertemu Anwar bagi memberi sokongan moral.

Akbar petang semalam mengadakan dialog bersama wakil media dan penulis blog bebas di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sesi dialog selama satu jam itu membincangkan keberkesanan komunikasi dalam media melalui mesej yang disampaikan selain bentuk pengolahan sempurna untuk tatapan umum.

Beliau berkongsi pengalaman tentang kuasa penulisan kreatif yang boleh mengubah persepsi dan pendirian pembaca, dengan menggunakan mesej ringkas mampu memberi impak lebih besar berbanding penulisan kompleks.

Akbar yang dijadual pulang ke New Delhi hari ini, turut mengulas peranan komunikasi media sebagai medium penting dalam menyampaikan mesej individu kepada umum.

TVS

PR Tubuh Jawatankuasa Displin, Memantap Gagasan - TVS

Dalam satu lagi usaha untuk bergerak seiring, tiga parti komponen Pakatan Rakyat hari ini bersetuju menubuhkan jawatankuasa pusat displin bagi memperkukuhkan gagasan berkenaan.

Jawatankuasa tata tertib itu merentasi kepentingan parti dalam usaha memantapkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah badan yang dinamik dan mampu menyelesaikan masalah displin yang bertindih.

Persetujuan itu dicapai pada mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat petang tadi.

Keputusan ini dicapai atas hasrat rakyat mahukan Pakatan Rakyat mengukuhkan imejnya dalam berdepan dengan isu-isu dalaman yang cuba diputar belitkan oleh seteru politik.

Ini termasuk kritikan melulu dan perang mulut antara pemimpin tertentu dalam PAS, parti Keadilan Rakyat dan DAP.

Jawatankuasa tata tertib peringkat pusat yang dipengerusikan oleh Naib Presiden PKR Sivarasa Rasiah akan menangani segala permasalahan sedemikian.

"Kita juga cadang untuk memperkemas jawantankuasa tatertib yang diputuskan dahulu dan meminta Sivarasa mempengerusikan jawawtankuasa ini yang diwakili oleh ketiga-tiga parti, dan melaporkan kepada kita dalam mesyuarat akan datang".

Datuk Seri Anwar berkata jawatankuasa displin pusat itu tidak menjadi penghalang kepada ahli parti komponen Pakatan Rakyat untuk memberikan kritikan membina.

“Pertamanya ada ruang dalam parti yang mereka boleh suarakan. Misalannya Ahli Parlimen parti Keadilan boleh suarakan bangkangan dan bantahan kepada mesyuarat mingguan PKR yang kita adakan setiap minggu. Kita tidak pernah menyebut tidak boleh, tetapi biar munasabah. Kalau kita panggil rakan kita komunis, itu luar dari batas tatasusila dan adab," tegas Anwar.

Anwar berkata forum untuk ahli parti memberi pandangan, malah kritikan di sediakan di pelbagai peringkat.

“Jadi kalau ada andaian seolah-olah ada di kalangan ahli parlimen atau kepimpinan parti tidak boleh menyuarakan pendapat, tidak benar. Mesyuarat kepimpinan DAP boleh bincang apa sahaja yang berbangkit, begitu juga dalam PAS atau Keadilan," kata Anwar.

"Kemudian ahli parlimen ada forum dan setiausaha pakatan rakyat ada lima enam jawatankuasa yang boleh suarakan pandangan," tambah beliau.

TVS

Presiden Pas Bidas Media Arus Perdana - TVS

Presiden Pas Abdul Hadi Awang membidas media arus perdana kerana sekali lagi memutas belitkan kenyataannya bersabit bantahan ahli parlimen Australia yang membantah pertuduhan liwat fitnah terhadap Anwar.

Media tempatan melaporkan Abdul hadi sebagai berkata kononnya beliau melihat bantahan Australia itu sebagai campurtangan dalam urusan negara yang harus di hentikan.

Hadi berkata tidak ada pihak yang akan berdiam diri apabila melihat sistem keadilan sesebuah negara di cabuli semata-mata untuk agenda politik sempit.

"Saya merasa malu sebagai rakyat Malaysia. Sepatutnya jangan ditanya mengapa MP Australia campur tangan, sebaliknya apa yang kita buat pada diri kita sendiri," tegas Hadi.

"Patut kita persoal badan kehakiman kita, sistem kehakiman kita, proses kehakiman kita. Adakah sudah bermaruah. Ini kita patut persoal, kita kena baiki diri kita sendiri, jangan tanya mengapa orang soal kita," tambah beliau.

TVS

Monday, February 22, 2010

Pakatan gets initial ROS reply, to add 'Malaysia' after name - Harakah

KUALA LUMPUR, Feb 20: Pakatan Rakyat will not object to a suggestion from the Registrar of Societies that it registers itself under the name of Pakatan Rakyat Malaysia.

“Since we applied to register as a formal political coalition, the ROS has come back to us once,” PKR secretary-general Saifuddin Naution told Harakahdaily.

“They confirmed that no other party has taken the name Pakatan Rakyat and secondly, they also said we could adopt the name Pakatan Rakyat Malaysia and we have agreed.

“Adding on the ’Malaysia’ will give us a greater national sense and flavor. And frankly at this stage, we do not wish to make many objections because we don’t want any unnecessary delay.”

A historic moment

In November 2009, PAS, PKR and DAP had rushed to tender their application after the Registrar of Societies, Md Alias Jalil, publicly said there was no rule that required a formal coalition to have a minimum of seven component parties.

In their registration form, PAS, PKR and DAP had listed about 10 names each together with a list of common targets and goals as detailed in their Common Policy Framework.

The pro-forma chairman stated in their application was PKR senior leader Zaid Ibrahim, who had undertaken the mammoth task of drafting much of the Common Policy Framework, which will form the basis for the formalized coalition.

Indeed, the official establishment of Pakatan Rakyat Malaysia would be a historic and proud moment not just for the three partners but for Malaysians as a whole as it represents a major step in their national development.

Will the ROS succumb to double standards

Since independence from British rule in 1957, the country has only known the Umno-BN coalition. With the Pakatan, the people will not only have another choice, it also underscores the coming of age of democracy in the country and the maturity of its people.

Nevertheless, Pakatan does not expect a smooth ride. Indeed, there is speculation the ROS – like many of the other institutions in the country – may succumb to pressure from the Umno-BN to derail its application.

“Let's be frank, it took years for Parti Sosialis Malaysia, which is aligned to the opposition, just to get approval to become a political party. What more the Pakatan, when we are the No.1 threat to Prime Minister Najib Razak?,” asked Saifuddin.

“No doubt, another party Makkal Sakthi got the green light within months but then this is the double standards that we are talking about. If you are aligned to Umno-BN, approval is in the blink of any eye, if you are not, then you may have to wait for years.”

Harakah

Isteri ADUN Pelabuhan Klang Tuntut Cerai Fasakh - mStar

KLANG: Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah mengemukakan tuntutan cerai fasakh di Mahkamah Rendah Syariah di sini pagi ini.

Kes tersebut mula didengar di hadapan hakim syarie, Abdul Hakim Soleh.

Bagaimanapun, Abdul Hakim tidak dapat membuat keputusan hari ini ekoran defendan tidak bersetuju dengan beberapa terma dalam tuntutan tersebut oleh plaintif, Ramizah Mazlan, 39.

mStar

27 masuk senarai Interpol, FBI - Hmetro

KUALA LUMPUR: Fakta mengejutkan apabila semakin ramai penjenayah ‘kelas satu’ warga Malaysia memasuki carta suspek penjenayah utama atau pengganas paling dikehendaki pihak berkuasa antarabangsa selepas dikesan licik menyamar dan menyembunyikan diri sejak beberapa tahun lalu.

Difahamkan, dua agensi terkemuka membabitkan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, kini giat memburu barisan 27 penjenayah Malaysia yang dikesan menjejaskan nama negara melalui aktiviti jenayah dilakukan.

Dalam satu laporan terkini dikeluarkan Jabatan Hubungan Luar Negara dan Perdagangan (DFAT) Australia, sembilan rakyat Malaysia tersenarai sebagai antara penjenayah paling dikehendaki berhubung kegiatan pengganas antarabangsa.

Senarai terbabit yang disalurkan melalui 1,300 muka laman web DFAT turut menyertakan maklumat nama, warga negara, nombor pasport dan alamat ribuan penjenayah lain yang dikaitkan dengan aktiviti keganasan.

Sumber Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berkata, nama penjenayah yang tersenarai dalam laman web DFAT termasuk Zulkifli Hir, 45, yang amat dikehendaki Interpol, FBI dan pihak berkuasa negara serantau kerana didakwa antara pengganas paling berbahaya di dunia. Zulkifli yang turut menggunakan nama samaran Marwan dianggap pakar bom yang terbabit dengan puluhan serangan dan letupan di Filipina sejak 2001 menyebabkan ganjaran bagi nyawanya bernilai AS$5 juta (RM16.5 juta). Difahamkan, kerajaan Malaysian turut menawarkan ganjaran RM50,000 bagi sebarang maklumat yang membawa kepada penangkapan Zulkifli.

“Sebelum ini, nama dua pengganas warga Malaysia terkenal, Noordin Md Top dan Azahari Husin turut tersenarai dalam himpunan penjenayah antarabangsa paling dikehendaki sebelum kedua-dua mereka ditembak mati polis Indonesia pada 2005 dan 2009.

“Baki lima lagi penjenayah tersenarai dalam DFAT sudah ditahan Unit Tindakan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ditahan di Pusat Tahanan Kamunting mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960,” katanya.

Menurutnya, antara yang ditahan ialah Zulkepli Marzuki, Yazid Sufaat dan Zaini Zakaria sudah dibebaskan selepas selesai menjalani sesi pemulihan intensif, manakala dua lagi nama tersenarai, Abdul Manaf Kasmuri dan Wan Min Wan Mat masih berada di pusat tahanan berkenaan.

“Rakyat Malaysia kesembilan tersenarai, Amran Mansor, masih ditahan pihak berkuasa Indonesia selepas disyaki terbabit dengan aktiviti Jemaah Islamiyah (JI) selain pengeboman di Bali pada 2004,” katanya.

Sementara itu laman web polis antarabangsa Interpol turut menunjukkan penambahan berlipat kali ganda bilangan penjenayah warga Malaysia yang diburu selepas 27 suspek warga Malaysia tersenarai tahun ini berbanding hanya 10 orang pada 2008.

Antara yang termasuk dalam senarai awal ialah Zulkifli Hir selain penjenayah wanita Melayu paling dikehendaki, Rohaniza Aladib, 31, yang terbabit dengan penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta sebelum melarikan diri ke luar negara.

Wanita ‘paling panas’ itu dilaporkan memperdaya beberapa artis popular termasuk Amy Search, Hattan dan Misha Omar dengan memujuk mereka menyertai skim cepat kaya beberapa tahun lalu selain ribuan kakitangan kerajaan.

Turut tersenarai ialah pembunuh licik, Micheal Soosai, 44, yang dikehendaki bersabit kes bunuh rakyat Malaysia, Subramaniam Nookaiah, 47, di India selain penipuan cek dan pemalsuan dokumen kematiannya bagi memperdaya polis.

Soosai mula diburu polis Malaysia pada 2001 berhubung 16 kes penipuan cek membabitkan nilai RM1.035 juta. Namun, kes terbabit digugurkan dua tahun kemudian selepas dia didakwa mati akibat sakit jantung. Bagaimanapun, komplot licik itu terbongkar selepas seorang lelaki rakyat tempatan, Subramaniam dipercayai dibunuh penjenayah terbabit di India pada 12 Disember 2004. Selain itu, Interpol memburu seorang lagi rakyat Malaysia, Nyo Ah Hai, 44, kerana terbabit aktiviti mencuri dan membawa masuk secara besar-besaran kereta curi di Malaysia membabitkan beberapa model kereta mewah bernilai puluhan juta ringgit.

Dua lagi penjenayah dikehendaki ialah Diong Chee Meng, 24, dan Cheong Mun Yau, 27, yang diburu polis selepas menyeludup lebih setengah juta pil Ecstasy bernilai lebih RM16.5 juta (AS$5 juta) ke Indonesia, awal tahun lalu. Turut diburu ialah Fahimi Faisal, 39, berasal dari Kedah dan Kechik Mukthtar Syed, 53, kerana disyaki terbabit dengan kes penipuan wang di Washington, Amerika Syarikat.

Selain itu, polis antarabangsa memburu seorang lagi suspek dikenali Baptist Nicholas, 34, dan Ng Khien Sin, 29, yang mempunyai lebih tiga waran tangkap berhubung kes penipuan dan pemalsuan di Hammond dan Indiana, Amerika Syarikat, selain di Singapura sejak beberapa tahun lalu. Dua penjenayah Malaysia, Wong Jit Kiang, 54, dan Wong Tim Kai, 67, pula menjadi buruan polis Brunei selain James Wan Shing, 36, yang terbabit dengan jenayah siber dan penipuan wang di Ohio, Amerika Syarikat.

Senarai Interpol terbabit turut meletakkan nama penjenayah, Lim Leong Seng, 53, Goh Ming Huat, 29, dan Chan Chee Sing, 36, yang turut dikehendaki polis Vietnam berhubung beberapa kes penipuan.

HMetro

Details on May 1st new fuel subsidy system to be revealed in March 2010 - paultan.org

This is the silver lining in a dark cloud. According to Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, we will know the details of the new fuel subsidy mechanism in March 2010, ahead of the system’s expected implementation date in May 2010.

Although most of us dread the thought of having to pay more for fuel soon (and with more hassle as well), at least now we will have a one to two month head start to planning our finances instead of only knowing at the very last minute.

Datuk Seri Ismail declined to provide any details (in an interview with NST), but he did say that it would make people happy. I am hoping that this could indicate a fair system that would not trouble the low to middle class income earners. Let’s hope the government has not been out of touch with the reality of things on the streets in formulating this new subsidy system, otherwise it will indeed be a bitter year of the tiger for us.

What we know so far is that foreigners (even those who consider Malaysia their home and work here with local and not typical expat level of salary) would definitely not get any subsidies because they will not hold the MyKad, which is said to be a key element in how the system works. Your MyKad will identify you (a newspaper report has even cited you need a thumbprint scan like at the airport with your passport or with your MyKad at the bank) and how much of subsidies you are eligible to get.

The system is said to be managed by Maybank, the first time this has been revealed in the newspapers, though I’ve heard rumors of this for months. A pilot project to test out the system will go live sometime in end March or perhaps April – a rather short test time for a large scale nationwide roll-out of a new system!

You could get between 200 to 300 liters of subsidies per month depending on various factors such as socio-economic and the dreaded engine capacity factor. The threshold is said to be 2,000cc – and I would be able to get pass this number if not for the 2.5 liter old E30 which I purchased for just over RM10k recently. This probably means zero subsidy for me. Company cars are said to be not eligible for the subsidy. Once you run out of subsidised liters per month, you will have to pay full price, which is expected to be RM2.10 per liter for RON95.

Even for those who qualify for the liter amount of subsidies that they need every month, they will not likely to continue paying the RM1.80 per liter for RON95 and RM2.05 per liter for RON97 we are paying right now. Sin Chew Daily reports that the government is expected to announce a new subsidized price of RM1.90 per liter for RON95 and RM1.80 per liter for Euro 2M diesel. Nothing was said about RON97, so that can either be a very good thing or a very bad thing! But I have a feeling there will not be any ’subsidised’ option for RON97. If unsubsidised RON95 is RM2.10 per liter, unsubsidised RON97 might touch RM2.50 per liter!

Whatever it is, we’ll know the full details next month, if the minister keeps true to his word, and hopefully we’ll be ‘happy’. The March announcement date may coincide with a ‘registration exercise’ as mentioned in newspaper reports previously.

paultan.org

Anwar: BN akan ditolak rakyat dalam p'raya nanti - Malaysiakini

Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan BN bahawa rakyat akan menolak BN dari Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang - tidak kira sama ada beliau merengkok di penjara atau tidak.

Katanya, rakyat sudah begitu bosan dengan BN dan mereka kini sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan pusat yang didukung oleh Umno dan menggantikannya dengan Pakatan Rakyat.

Bercakap kepada hadirin yang membanjiri rumah terbuka sempena Tahun Baru Cina di Machang Bubok, Pulau Pinang, Anwar berkata, BN, Umno, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, malah isterinya Datin Seri Rosman mansor "tidak seharusnya hidup dalam ilusi palsu'.

Katanya, mereka tidak seharusnya mempunyai persepsi salah yang para pengundi akan kembali menyokong BN jika beliau dipenjarakan.

Anwar merujuk kepada perbicaraan tuduhan kes liwat terhadapnya yang sedang berjalan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebaliknya, kata beliau, rakyat akan bangun menolak Umno dan BN dalam pilihan raya umum akan datang, tidak kira sama ada beliau di dalam penjara ataupun tidak.

Anwar berkata, di mana-mana sahaja, rakyat dilihat sudah bersedia untuk menolak Umno dan BN.

Beliau berkata, rakyat sudah lama hilang kepercayaan kepada Umno dan BN kerana "rasuah telah menjangkiti pentadbiran Putrajaya hingga ke akar umbinya".

Kerana rasuah, katanya, Malaysia telah jauh ketinggalan dalam bidang ekonominya, termasuk di rantau Asean.

Malaysia, katanya, kini ketinggalan di belakang Singapura, Thailand, Indonesia, malah Vietnam di segi pertumbuhan ekonomi dan daya saing.

"Kita hanya baik sedikit daripad Burma dan Zimbabwe," kata Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Majlis rumah terbuka itu dihoskan oleh ADUN Machang Bubok yang juga timbalan speaker DUN Pulau Pinang, Tan Hock Leong.

Ia turut dihadiri ADUN tunggal PAS di negeri itu, Mohd Salleh Man (Permatang Pasir).

Malaysiakini

AMK S'gor saran rumah untuk generasi muda - Malaysiakini

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor meminta kerajaan negeri memberi perhatian kepada pemilikan rumah mampu milik untuk generasi muda.

"Ia amat perlu kerana generasi muda yang baru memulakan kehidupan berkeluarga berhadapan dengan situasi sukar untuk memiliki rumah kerana faktor-faktor ekonomi keluarga yang belum mantap dan stabil," kata ketua penerangannya, Mohd Ezli Mashut.

"Kita yakin jika usaha ini dilaksanakan kelak, generasi muda mampu membina kehidupan awalnya dengan lebih bahagia disamping membentuk keluarga yang harmoni," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

AMK Selangor, katanya, yakin pembelaan rakyat seperti itu yang ditunggu rakyat keseluruhannya.

"Program yang memberi nilai tambah kepada kualiti hidup rakyat perlu menjadi keutamaan penting dalam menjana kemakmuran ekonomi untuk kesejahteraan semua," tegasnya.

Sementara itu, katanya, AMK Selangor mengalu-alukan langkah kerajaan negeri itu memulihkan projek perumahan terbengkalai.

"Manfaat ini akan dinikmati oleh lebih 50,000 rumah dan ini akan memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi di Selangor," kata Mohd Ezli.

AMK Selangor, katanya, yakin bahawa pakej rangsangan ekonomi kerajaan Selangor yang kian rancak dilaksanakan, mampu membawa negeri berhadapan dengan cabaran ekonomi yang masih malap dan samar-samar.

"Malahan dengan keprihatinan kerajaan negeri Selangor ini, masalah warisan daripada kerajaan BN terdahulu, yang gagal menangani masalah perumahan rakyat terbengkalai dapat diatasi dengan segera.

"Kita percaya selepas ini kerajaan Selangor mempunyai pelan rancangan mereka sendiri untuk menarik pelaburan ke negeri di mana penasihat ekonomi kerajaan Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan 'magnet' yang mampu menarik pelaburan luar negara.

"Suasana iklim seperti ini diharap tidak cuba disabotaj oleh pihak-pihak lain yang merasa mereka cemburu dengan keupayaan dan prestasi mengkagumkan kerajaan Pakatan Rakyat memacu dan membawa pembaharuan ekonomi yang lebih merakyatkan dan adil untuk semua," tegas Mohd Ezli.

Malaysiakini

BN-Pakatan bersaing anjur sambutan Tahun Baru Cina - Malaysiakini

BN dan Pakatan Rakyat bersaing untuk mendapatkan sokongan pengundi kaum Cina sewaktu sambutan Tahun Baru dengan menganjurkan majlis sambutan masing-masing malam ini.

Malah, majlis Perbandaran Klang (MPK), di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Selangor, telah menurunkan sebuah papan iklan yang dipasang oleh BN dan juga menolak permohonan mereka untuk menutup jalan, yang dilihat sebagai "balas dendam" terhadap tindakan kerajaan pusat menghalang majlis anjuran kerajaan negeri sewaktu sambutan Thaipusam bulan lalu.

Kedua-dua pihak bersaing untuk mendapat sokongan kaum India sewaktu perayaan tersebut bulan lalu, dengan masing-masing menganjurkan sambutan di Batu Caves, tetapi pihak polis telah merobohkan pentas kerajaan negeri.

Dalam pusingan kedua ini, BN dan Pakatan memilih untuk mengadakan sambutan mereka di lokasi strategik yang terletak 20km antara satu sama lain, pada hari ketujuh sambutan Tahun Baru Cina.

Kerajaan Selangor mengadakan sambutannya di Kuil Buddha Dong Zen, Jenjarom, yang terkenal dengan pesta bunga dan tanglung. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid merasmikan sambutan tersebut.

Kira-kira 20km di utara Jenjarom, di Kampung Batu Pandamaran - kampung baru Cina kedua terbesar di Malaysia - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan sambutan rumah terbuka BN peringkat nasional.

Wakil Rakyat BN Selangor menuduh Pakatan menghalang sambutan rumah terbuka mereka melalui MPK, manakala Pakatan mereka mengkritik kerajaan pusat kerana tidak mematuhi prosedur sepatutnya.

Kerajaan Selangor menegaskan bahawa BN tidak sepatutnya menyalahkan mereka, dengan menambah bahawa tiada keistimewaan bagi Najib dan beliau juga perlu mematuhi peraturan.

MPK telah menolak permohonan kerajaan pusat untuk menutup Jalan Chan Ah Choo di Pandamaran, kerana ia adalah jalan utama dan akan menyebabkan kesesakan lalulintas.

MPK juga telah menurunkan papan iklan yang dipasang cawangan parti komponen BN di situ untuk mengalukan kedatangan perdana menteri, kerana tidak mendapat permit.

Hanya sebilangan kecil poster dibiar dinaikkan.

Sambutan rumah terbuka BN itu adalah anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Dilaporkan, timbalan menterinya, Heng Seai Kie telah mengaku berlaku kecuaian di pihak mereka kerana salahfaham.

Bagaimanapun, beliau menegaskan masalah permit tersebut telahpun diselesaikan.

Namun begitu, BN menjalankan promosinya melalui media arus perdana untuk mengumumkan program mereka itu.

Malaysiakini

Friday, February 19, 2010

Inkues Beng Hock : Prosiding Ditangguh 1 Mac - TVS

Hasil bedah siasat mayat mendiang Teoh Beng Hock dijangka menjadi tumpuan pada inkues untuk menyiasat punca kematian beliau.

Sebentar tadi Pakar Patologi Hospital Sungai Buloh Dr. Shahidan Mohd Nor tampil memberi keterangan.


Menurut beliau jasad Beng Hock diterima dalam keadaan baik.

Doktor Shahidan berkata hasil pemeriksaan beliau mendapati kecederaan pada Beng Hock konsisten dengan mangsa yang jatuh daripada tempat tinggi.

Kenyataan itu menidakkan pendapat Pakar Forensik Thailand Dr. Pornthip Rojanasonand sebelum ini yang mengatakan kecederaan mendiang pada beberapa bahagian anggota badan bukan mirip mangsa yang jatuh dari tempat tinggi.

Pendengaran Inkues bagi menyiasat punca kematian Beng Hock yang ditemui mati ketika dalam kawalan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia disambung hari ini setelah ditangguh sejak Januari lalu.

Koroner Azmil Muntapha Abas menangguhkan Inkues pada 1 Mac 2010.

Sementara itu, peguam mewakili keluarga Beng Hock, Gobind Singh Deo menganggap keterangan Dr Shahidan sebagai keterangan saksi yang belum diuji.

" Tidak adil untuk saya komen. Ia belum diuji," katanya ketika ditemui media.

TVS

Kes Anwar: Hakim Enggan Undur, Karpal Dedah PM-Rosmah Sebagai Dalang - TVS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini secara rasmi diberitahu bahawa Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor mendalangi pertuduhan fitnah liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam Karpal Singh membuat kenyataan berani itu selepas Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah enggan mengundur diri walaupun dituduh berat sebelah dalam beberapa keputusannya.

Zabidin menangguhkan perbicaraan ke 25 Mac, walaupun dibantah oleh Karpal yang mahu prosiding diteruskan.

Namun Zabidin menolak bantahan berkenaan dan berkata Anwar boleh mengambil masa untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan beliau untuk terus membicarakan kes itu.

Dalam silang hujah di antara hakim dan peguam, Ketua pendakwaraya Mohd Yusof Zainal Abiden mengesahkan bahawa mahkamah dan pejabat Peguam Negara tidak menyalahkan Anwar atas sebarang kelewatan berhubung perbicaraan itu.

Mahkamah Tinggi kembali bersidang pagi tadi dengan hakim Mohamad Zabidin menegaskan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan atau berbohong sebagaimana yang didakwa oleh Karpal Singh.

Justeru Mohd Zaibidin berkata beliau akan terus menghakimi perbicaraan ini.

Keputusan beliau sudah dijangka tetapi yang mengejutkan ialah apabila Zabidin kemudian menangguhkan kes perbicaraan kepada 25 Mac atas alasan Anwar perlukan masa untuk memfailkan rayuan terhadap keputusannya ini.

Penangguhan itu dibantah oleh Karpal yang menegaskan pihaknya tidak mahu lagi perbicaraan dilengah-lengahkan setelah wujud unsur-unsur Perdana Menteri dan isteri terbabit dalam kes berkenaan.

Beliau menegaskan pihaknya sudah bersedia untuk menyoal balas saksi utama dan pengadu Saiful Bukhari Azlan.

Di luar mahkamah, Anwar menghuraikan bagaimana institusi keadilan Negara diperalatkan untuk melengkapkan agenda perdana menteri dan isteri bagi menjatuhkan beliau dan melemahkan gagasan Pakatan Rakyat.

"Ini kita bicara mengenai proses undang-undang yang saksama dalam hukum seperti yang ditegaskan Karpal tidak ada asas tapi kita melibatkan campurtangan Perdana Menteri Najib dan Rosmah dengan memperalatkan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail teruskan dengan pendakwaan ini dan sebab itu kita tegaskan mesti ikut hukum dan jangan mempermainkan untuk memenuhi cita politik mereka,”katanya.

Najib mengakui menemui Saiful di rumahnya beberapa hari sebelum beliau membuat laporan polis mendakwa berlakunya pertuduhan berkenaan pada Jun 2008.

Saiful juga disahkan berjumpa dengan pegawai kanan Najib semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Anwar berkata Najib dan Rosmah harus dipanggil sebagai saksi pada perbicaraannya namun permohonan itu belum mendapat persetujuan mahkamah.

Karpal sebelum itu menuduh hakim Zabidin berlaku tidak adil apabila enggan bertindak atau mencela Utusan Malaysia atas dua laporan yang dikata berasaskan bukti reka cipta dan bukan sebahagian daripada keterangan mahkamah.

“Dia mengatakan tidak ada asas atas pertuduhan saya ke atas di abahawa dia pembohong. Oleh itu ini adalah perkara yang harus diputuskan oleh Mahkamah Rayuan.

“Biar Mahkamah Rayuan putuskan, bahkan Hakim enggan menundurkan diri dan kita lihat keputusan Mahkamah Rayuan dan perbicaraan perlu ditangguh sehingga Mahkamah Rayuan membuat keputusan,”katanya.

Dalam pada itu Pengarah Strategi PKR Tian Chua pula mencurigai kesediaan hakim Zabidin menangguhkan perbicaraan semata-mata untuk membolehkan Anwar menfailkan permohonan ke Mahkamah Rayuan.

Menurut beliau, penangguhan itu akan memberi kelebihan kepada pengadu mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Kalau ada rayuan ikut undang-undang, dia boleh terus untuk soal Saiful ,pandangan saya ialah kerana kalau Saiful ini disoal sekarang, banyak masalah akan timbul. Kalau betul kita menang dalam mahkamah rayuan, hakim ini ditukar peguambela ada peluang untuk pemeriksaan balas sekali lagi sebab hakim baru, mungkin inilah takutnya Saiful nanti ceritanya akan berbeza”

“Sebab itulah saya lihat mereka tidak ada keinginan untuk meneruskan perbicaraan sekarang,”katanya.

TVS

Laporan bedah siasat ke-2 didedahkan hari ini - Malaysiakini

Inkues kematian seorang pembantu politik kepada exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock akan bersambung hari ini dengan anggota keluarganya berharap mereka akan mendapat jawapan sama ada kematiannya itu disenganjakannya ataupun dia dibunuh.

Ahli pathologi hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, yang melakukan bedah siasat kedua ke atas Teoh dipanggil keterangannya hari ini.

Salinan laporan bedah siasat yang dijalankan pada 22 Nov lalu juga dijangka akan diumumkan hari ini.

Shahidan melakukan bedah siasat itu dengan pemerhatian oleh ahli pathologi yang dilantik oleh kerajaan Selangor, Dr Pornthip Rojanasunand dari Thailand, manakala Suruhanjaya Pencengahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula melantik Dr Peter Venezis sebagai pemerhati mereka.

Pornthip adalah pengarah Institut Pusat Sains Forensik yang berpangkalan di Bangkok dan terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Undang-undang Thailand. Beliau pada perbicaraan tahun lalu berkata 80 peratus kemungkinan kematian Teoh adalah kerana dia dibunuh.

Venezis pula adalah ahli pathologi yang terkenal dengan penyiasatan kematian Puteri Diana.

Kedua-dua ahli pathologi berkenaan juga dijadual memberikan keterangan mereka.

Koroner Azmil Muntapha Abas mengarahkan bedah siasat kedua ke atas mayat Teoh dilakukan pada 9 Nov lalu berikutan dakwaan Pornthip itu.

Teoh meninggal dunia pada 16 Julai selelepas disoal-siasat oleh pegawai SPRM di ibupejabat mereka di Plaza Masalam, Shah Alam.

Mengikut laporan rasmi, pegawai khas DAP itu terjatuh dari bangunan berkenaan, namun keluarganya pula mendakwa terdapat salah laku dalam kematian Teoh.

Shahidan memberitahu inkues pagi ini bahawa beliau keberatan untuk melakukan bedah siasat kedua seperti diminta oleh Tricia Yeoh dari pejabat menteri Besar Selangor dan peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo.

Pakar patologi dari hospital Sungai Buloh itu berkata, beliau telah meminta mereka menulis kepada kementerian ksihatan. Pada 9 November, beliau mendapat panggilan dari timbalan pendakwa raya Mohd Abazafree Mohd Abbas, mengarahkannya melakukan bedah siasat tersebut.

katanya, Dr Pornthip dan Veneziz, bersama dengan dua lagi pakar patologi yang melakukan bedah siasat pertama turut hadir.

Bedah siasat itu bermula jam 12.45 pagi 22 November dan selesai dua jam kemudiannya.

Malaysiakini

Anwar Dalam Bicara 6 - PerakExpress

Saya difahamkan Anwar Ibrahim sedang memenuhi beberapa syarat sebelum meneruskan usaha menukar kerajaan melalui undi tidak percaya di dalam dewan. Saya tidak pasti sama ada Saiful Bukhari tahu akan syarat-syarat ini. Saya sendiri tidak arif tentang syarat-syarat ini jika ada, cuma tentu saja sebahagian daripada caranya ialah dengan Anwar sendiri bertanding, menang dan masuk semula ke Parlimen untuk melakukannya.

Saiful tahu Anwar sudah punya cukup orang untuk tujuan ini. Meskipun Saiful tidak menguruskan semua nama-nama Ahli Parlimen yang akan bersama Anwar, beliau dapat mengagak melalui pelbagai maklumat yang dibualkan.

Usaha menghalang Anwar ini sampai masuk ke peringkat beliau sanggup mengangkat sumpah beberapa waktu sebelum Anwar bertanding dalam Pilihan Raya kecil Permatang Pauh.

Saiful cuba membayangkan kepada orang ramai bahawa kejadian tersebut memang berlaku. Inilah permainan minda (mind game) yang cuba dibawa oleh Saiful agar rakyat perlahan-lahan boleh mempercayainya.

Ya, tentu saja keadilan kepada Saiful patut diberikan sama seperti keadilan kepada Anwar. Saiful mempunyai ruang seluas-luasnya diberikan media massa, dan ruang ini tidak untuk Anwar Ibrahim. Sebab itu saya katakan ini ialah perhitungan politik.

Penyokong Saiful berkeras mahu keadilan diberikan kepada Saiful dengan mendengar kes-nya di mahkamah. Untuk saya ini mereka ini bahalul yang memekakkan telinga, membutakan mata serta mengabaikan dhamir mereka untuk mengerti.

Tidaklah Anwar dan para pendokongnya menafikan bahawa Saiful berhak membawa kes ini ke mahkamah, namun mahkamah yang bagaimana boleh diharapkan?

Ada pula yang mengatakan bahawa Anwar telah menanam rasa tidak percaya dalam diri rakyat kepada mahkamah bagi menjustifikasikan bahawa beliau dizalimi jika mahkamah mensabitkan beliau bersalah. Hakikatnya mereka memang mahu mahkamah mensabitkan Anwar bersalah bagi membolehkan mereka terus wewenang berbuat negara ini seperti mak bapa mereka yang punya.

Mereka lupa bahawa jika rakyat tidak dapat mempercayai mahkamah, itu merupakan silap mahkamah sendiri yang gagal menunjukkan kebebasan mereka sebagai institusi.

Kita tidak perlu pergi jauh, cukup dengan melihat latar belakang Ketua Hakim Negara dan kaitannya dengan UMNO. Ya, ia mungkin dulu, tapi bukankah prinsip keadilan itu antara lain mesti dilihat adil? Kenapa bicara keadilan yang mereka katakan bersifat selektif?

Dengan kata-kata mereka itu cukup untuk menunjukkan biadapnya mereka meremehkan kemampuan rakyat berfikir.

Satu lagi peristiwa memalukan institusi negara ialah apabila laporan polis Saiful pada 28 Jun 2008 itu amat sukar untuk diserahkan kepada Anwar dan pasukan peguam bela-nya sedangkan ia adalah prosedur biasa yang tidak sukar. Tindakan ini juga adalah satu lagi bukti menjawab siapa yang melambatkan kes dan kenapa teori permainan minda (mind game) itu relevan untuk difikirkan.

Kenapa ia sukar diserahkan?

Kita boleh merujuk kes 1998 bila bekas pemandu Wan Azizah, Azizan Abu Bakar mengaku di mahkamah bahawa beliau bukan saja tidak diliwat tetapi juga ‘mengikut arahan’ Musa Hassan dalam keterangannya.

Jadi, tidak mustahil kita katakan bahawa salinan laporan polis ini begitu sukar diberikan kepada Anwar, waima sekitar sebulan laporan telah dibuat! Ini tidak lain dan tidak bukan satu usaha untuk menyiapkan ‘skrip’!

Laporan polis Saiful akhirnya diketahu umum berbunyi begini:

“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan ke atas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim – Ketua Umum PKR.”
Laporan polis bernombor 4350/08 Balai Polis Jalan Travers, Kuala Lumpur ini telah dibuat pada 28 Jun 2008 pukul 5.45 petang di Hospital Kuala Lumpur oleh Mohd Saiful Bukhari bin Azlan pemegang mykad 850706-01-5687.
Perhatikan laporannya:

Perkara tersebut dikatakan tanpa kerelaan Saiful, namun pertuduhan yang datang kemudian ialah dalam Seksyen 377B yang merujuk kepada perhubungan luar tabii secara sukarela.

Beliau menulis kali terakhir, membayangkan perbuatan tersebut pernah berlaku sebelumnya. Hakikatnya, pertuduhan yang dibincangkan di mahkamah hanya merujuk satu tarikh sahaja dan jika benar beberapa kali, dan tanpa rela, ia berbunyi sangat aneh.
Jika ia berlaku hanya sekali iaitu pada 26hb Jun sebagaimana didakwa, bagaimana isu ini boleh dibincangkan dengan DS Najib beberapa hari sebelumnya? Dan lebih aneh, selepas bincang dengan DS Najib dalam keadaan yang disebut ‘trauma’, boleh datang jumpa Anwar dan hadir dalam majlis Kelab Anwar Ibrahim (AIC) pada 27hb Jun?
Kes ini untuk saya pincang sejak mula. Namun mahkamah tetap mahu membicarakannya. Dalam realiti ini, kita konon diajak menunggu keputusan mahkamah oleh mereka yang takut mengambil sikap.

Mereka jauh lebih berpolitik berbanding kita!

PerakExpress

Anwar Dalam Bicara 5 - PerakExpress

Oleh: Amin Ahmad

Saya ulang: teori saya kenapa Saiful Bukhari tergesa membuat pertuduhan jijik kepada Anwar adalah berpunca daripada terdesaknya kerajaan menghalang kemaraan arus reformasi. Ia ditandai dengan beberapa perkara iaitu:

1. Pengisytiharan agenda 16 September 2008.
2. Anwar Ibrahim memutuskan untuk bertanding.
3. Laporan polis berkaitan pemalsuan bukti oleh Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Saya tidak terkejut jika maklumat ini diketahui oleh sebilangan politikus kerajaan, Ketua Polis Negara dan Peguam Negara. Tapi saya percaya kita wajar terkejut jika sumber utama mereka untuk mendapatkan maklumat ini ialah dari Saiful Bukhari.

Sebolehnya mereka mahu menghalang Anwar dari muncul terus dalam arena politik negara. Sebab itu kemarahan Dr. Mahathir kepada Pak Lah cukup besar (meskipun kejatuhan Pak Lah lebih didorong oleh faktor kelemahan kepimpinan beliau).

Berlindungnya Anwar dalam Kedutaan Turki bukanlah tanpa maklumat sokongan. Selain daripada mengelak ditangkap atas tuduhan jahat ini, beliau tidak menolak kemungkinan ancaman terhadap nyawanya. Umum maklum bagaimana beliau dibelasah, ditelanjangkan, dibiarkan terlantar tidak berubat atau dirawat, malah lebih dahsyat lagi zalimnya Dr. Mahathir membuat pertuduhan bahawa Anwar menumbuk matanya sendiri. Kenyataan ini sebenarnya amat memalukan dan menunjukkan akhlak sebenar Dr. Mahathir sebagai pemimpin.

Bukan itu saja, memang ada beberapa kes termasuk terhempasnya helikopter yang membawa arwah Tan Sri Yahya Ahmad dan isteri di mana ia sepatutnya dinaiki Anwar. Juga dalam isu Arsenik.

Ternyata mereka merancang Allah s.w.t. juga merancang. Jelaslah perancangan Allah s.w.t. adalah yang lebih baik. Balasan Allah s.w.t. sentiasa menanti bagi tiap amal baik dan buruk kita – termasuk saya! Ia akan dijelaskan segera, dilambatkan atau ditangguhkan di akhirat. Dan Dia tidak lalai serta telah menegaskan bahawa hamba-Nya tidak akan diuji setimpal dengan kesanggupan mereka.

Melihat mood 16 September terus marak dan orang tidak mempedulikan langsung malah memperlekehkan tuduhan jahat Saiful kepada Anwar, tiba-tiba muncul tindakan lebih berani yang dibuat beliau: bersumpah.

Sama seperti kes 1998, ada yang menuntut Anwar bersumpah. Saya terasa aneh dan menolak pandangan mufti Perlis pada waktu itu yang turut berpendapat Anwar perlu bersumpah mubahalah. Sejak 1998, Anwar bukanlah tidak pernah dinasihati oleh bijak pandai agama agar tidak termakan dengan tuntutan ini. Pun begitu, akibat tekanan memuncak, terlepas juga beliau bersumpah semasa di Selatan tanah air jika ingatan saya tidak silap.

Kenapa saya mengatakan tidak perlu bersumpah?

1. Dalam kaedah Islam, tuduhan yang dihadapkan kepada Anwar jelas tertera. Ia masuk dalam kategori jenayah di mana ia menuntut proses pembuktian.

2. Sumpah tidak boleh diambil sebagai hujah membuat keputusan di bawah undang-undang jenayah, meskipun benar. Sebab itu dalam hal ketidakadilan, iman kepada Hari Kiamat itu penting – di mana manusia akan dibangkitkan dan berdepan dengan pengadilan Allah s.w.t. untuk setiap zarah kebaikan keburukan kita.

3. Katakan Saiful bersumpah, Anwar juga bersumpah. Ia tidak menyelesaikan keadaan malah tetap perlu kepada beban pembuktian. Peliknya mahkamah kita dalam beberapa kes ialah yang tertuduh perlu membuktikan bahawa mereka tak bersalah tanpa si penuduh perlu membuktikan tuduhan mereka sahih. Ini terkeluar dari semangat Islam. Alasan menyerahkan kepada Allah s.w.t. selepas kedua-dua bersumpah untuk saya tidak memberi keadilan kepada si penuduh dan tertuduh selaras dengan kaedah Islam.

4. Ramai yang lupa dan perlu saya ingatkan semula bahawa segala keterangan di mahkamah dibuat selepas angkat sumpah. Jadi tidak timbul soal Anwar berani atau tidak bersumpah kerana sumpah itu tetap berlangsung di mahkamah jenayah. Untuk rekod, terdapat keterangan polis semasa kes 1998 bahawa mereka sanggup bersumpah di mahkamah! Ini adalah satu kecelakaan dan keangkuhan yang perlu dibendung dari mengambil tempat.

5. Jika sumpah mahu diambil kira sekalipun, ia hanya untuk diri sendiri, bukan kepada pihak lain yang terlibat dalam tuduhan atau pembelaan. Maksud saya, beban sumpah Saiful adalah kepada dirinya, bukan kepada Anwar.

Maka apa?

Saya mengatakan bahawa sumpah Saiful tidak lebih daripada satu permainan minda (mind game) untuk memberi gambaran bahawa beliau di pihak yang benar dan Anwar di pihak yang salah.

Begitu juga kemunculan beliau di mahkamah dengan imej dahi hitam seolah-olah beliau warak. Saya tidak bermaksud mempertikai amalan individu, tapi terlanjur hal ini dipolitikkan beliau sebegitu rupa, maka beliau harus terima bila orang ramai melihat beliau dalam neraca politik.

Ini semua adalah falasi berfikir! Dan menguatkan teori politik di belakang kerja ini ialah pendedahan Ustaz Ramlang Porigi bahawa pegawai Perdana Menteri terlibat mengaturkannya serta pemilihan waktu ketika Anwar bertanding di Permatang Pauh.

Orang Melayu khususnya, dan rakyat umumnya bukan bodoh untuk tahu bahawa memang ada sejumlah manusia yang sedia bersumpah ketika terdesak untuk mempertahankan diri. Semoga Allah s.w.t. melaknat mereka yang bersumpah palsu!

PerakExpress

Anwar Dalam Bicara 4 - PerakExpress

Oleh: Amin Ahmad

Ada komentar yang mengatakan bahawa siri tulisan ini menyerang peribadi Saiful. Ia nampak macam betul kerana itulah perspektif yang mahu diambil mereka dan itulah yang mereka buat pada Anwar Ibrahim. Tapi satu perkara yang berbeza ialah mereka beria-ia mempertahankan bahawa Anwar Ibrahim pesalah sedangkan siri artikel ini menyatakan beberapa fakta dan juga cadangan agar peguam dan sesiapa juga bersikap kritis kepada Saiful Bukhari.

Ramai menganggap Anwar tidak memberi keadilan kepada Saiful Bukhari berikutan acapkali kes yang ada tertangguh. Hakikatnya, peguam Saiful dan Saiful sendiri yang tidak serius mengendalikan kes ini kerana tidak mematuhi undang-undang misalnya dalam penyerahan bukti kes untuk disemak dan disediakan hujah balas.

Sebab itu saya katakan bahawa mereka sedang menggunakan taktik ‘mind game’ untuk menanam keraguan demi keraguan kepada Anwar Ibrahim. Di samping itu, jika kita membaca dan mendengar penjelasan di mahkamah, Saiful ternyata mengulang naratif 1998 iaitu cukup dengan memalitkan imej negatif kepada Anwar untuk dipanjangkan media kepada massa.

Percayalah, jika mereka sudah cukup puas dan mati hujah dalam pengendalian kes ini, mereka akan cuba menunjukkan mereka kalah dari segi teknikal. Dalam kes 1998, mereka cuba menggambarkan melalui hakim kononnya hakim percaya kes memang berlaku tapi tak ada bukti kukuh. Saya tidak tahu ke mana para hakim mahu meletakkan imej institusi kehakiman dengan komentar demikian. Apa hak hakim untuk membuat ulasan bersifat peribadi. Jika hakim ada asas untuk percaya, tentu saja kes itu tidak habis sebegitu sebaliknya para Pendakwa Raya kes 1998 akan cuba menterjemahkan keyakinan hakim.

Begitulah rakyat mahu dibodohkan oleh mereka. Dan saya tidak hairan dengan segelintir rakyat yang memilih untuk diperbodohkan.

Dalam tulisan lepas, saya mengatakan bahawa maklumat dari pejabat Anwar keluar bukan saja kepada Saiful, tetapi dipanjangkan kepada pihak ketiga. Saya tidak tahu secara pasti, tapi saya percaya peguam boleh menyoal tentang ini. Jangan terkejut kerana hujah konspirasi akan dijawab hakim sebagaimana Augustine Paul (kini mendiang) – tidak relevan.

Saya percaya kerana khabarnya Saiful ada bertemu Rodwan, pegawai polis yang turut sama terlibat dengan kes 1998 di satu bilik sebuah hotel. Setakat ini belum ada kenyataan penafian daripada Rodwan dan Saiful sendiri meskipun maklumat ini telah disebarkan berbulan lamanya.

Tentu saja mereka tertanya bagaimana Raja Petra atau Anwar mendapat maklumat ini? Saya tidak tahu, tapi jujurnya ia menambahkan rasa yakin orang ramai kepada sumber maklumat melalui jaringan mereka. Ya, pendekatan jurnalis penyiasatan memang tidak popular di Malaysia, dan Raja Petra dilihat agak ke hadapan.

Anwar pernah membuat makluman bahawa tuduhan Saiful kepadanya ada bersabit dengan laporan polis yang mahu dibuat kepada Peguam Negara dan Ketua Polis Negara berkaitan kes 1998. Mungkin maklumat ini berguna untuk ditunjukkan sama ada berlaku hubungan antara Saiful dengan kedua penjawat awam ini.

Sebetulnya semasa hari Saiful membuat laporan polis, saya sedang membantu Institut Kajian Dasar (IKD) menjalankan Seminar Kebijakan (baca: dasar) untuk aktivis Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hotel Quality. Saya tidak tahu waktu sebenar Saiful membuat laporan, tapi saya menyedari bahawa Anwar mendapat maklumat ini sekitar waktu Maghrib.

Hotel Quality mulai dipenuhi orang ramai kemudian – ia mungkin kerana maklumat melalui Berita TV.

Seminar kami hampir tergendala kerana peserta tinggal separuh bila yang lain mulai mengawal keadaan dan juga berbincang dengan Anwar. Saya tidak tahu bila dan bagaimana Anwar dibawa keluar dari hotel tetapi kemudian saya difahamkan beliau berlindung di Kedutaan Turki.

Ramai yang mempertikai kononnya Anwar penakut. Hakikatnya, Anwar dinasihat ke sana berikutan isu keselamatan dan juga kebarangkalian beliau ditangkap atas tuduhan jenayah (meskipun belum dibuktikan!).

Kehilangan Saiful memang tiba-tiba. Saiful mendakwa 26hb kejadian berlaku, 27hb di majlis AIC dan beliau sempat singgah ke pejabat PKR di Tropicana dan selepas itu gagal dihubungi. Tiba-tiba difahamkan Saiful ada mengirim e-mel ‘letak jawatan’ kerana alasan disiplin. Wow, letak jawatan tanpa surat lantikan!

Kita wajib berasa aneh bila Najib bertukar alasan tentang dakwaan Saiful berjumpanya. Najib memang tidak ada pilihan. Beliau tidak dapat menafikan pertemuan ini kerana tentu saja beban besar akan ditanggungnya jika pertemuan ini dapat dibuktikan terjadi. Maka alasan yang diberi ialah urusan biasiswa. Di situ ia mengundang tawa. Wah, hebatnya Saiful!

Dan akhirnya Najib mengakui bahawa Saiful datang kepadanya ‘mengadu’ dan ‘kelihatan trauma’. Semudah itu Saiful mendapat ruang bertemu Najib! Agaknya rakyat didahulukan itu merujuk kepada Saiful!

Memang wajar hal ini dipersoal kerana aktivis mahasiswa dan NGO misalnya, jangan harap semudah itu dapat berjumpa Perdana Menteri! Menteri pun sukar! Paling tidak pun hanya dapat bertemu pegawai khas!

Ops, jangan lupa bahawa ketika itu Najib hanya seorang Timbalan Perdana Menteri!

PerakExpress

Kes Kugan: Tiada Lokap Di Balai Polis Taipan - TVS

Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa Balai Polis Taipan yang menjadi lokasi kematian A. Kugan tidak mempunyai kemudahan lokap.

Asisten Superintenden Rodney Pasla Harris dari Balai Polis Taipan, Subang Jaya berkata suspek ditahan di lokap Balai Polis Puchong Jaya dan hanya dibawa ke Balai Polis Taipan untuk disoal-siasat.

Hakim Aslam Zainudddin juga diberitahu bahawa siasatan keatas mana-mana suspek hanya akan bermula selepas mendapat kebenaran dari pegawai penyiasat yang mengendalikan kes terbabit.

Beliau juga memberitahu bahawa bilangan anggota yang terbabit dalam satu-satu soalsiasat bergantung kepada keseriusan kes suspek terbabit.

Kugan ditahan 15 Januari lalu atas dakwaan terbabit dalam kes curi kereta. Beliau ditemui mati beberapa hari kemudian semasa dalam pengawasan polis.

Pada 1 Oktober lalu, konstabel V Navindran mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan mengakibatkan kecederaan teruk terhadap Kugan di bilik soal siasat Pejabat Divisyen 9, Balai Polis Taipan.

Bagi tuduhan pertama, Navindran didakwa sengaja menyebabkan kecederaan parah bagi maksud memeras pengakuan dari mangsa.

Navindran juga mengaku tidak bersalah ataas tuduhan menyebabkan mangsa cedera parah.

Dua kesalahan ini didakwa dibawah Seksyen 331 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara 10 tahun.

TVS

Hakim tolak undur diri, tangguh kes hingga 25 Mac - Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga 25 Mac depan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu sementara menunggu rayuan Anwar untuk mencabar keputusan beliau tidak mengundurkan diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat ketua umum PKR itu.

Sebelum itu, Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak akan mengundurkan diri kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau menipu seperti yang didakwa oleh pihak peguam bela.

"Tiada sebab bagi saya melucutkan diri kerana dengan berbuat demikian akan dilihat sebagai melarikan diri daripada tanggung jawab dan amanah saya sebagai hakim," katanya.

Mohamad Zabidin berkata untuk membolehkan beliau menarik diri, pihak pembelaan perlu menunjukkan bahawa hakim yang mendengar kes bertindak berat sebelah ataupun mungkin bertindak berat sebelah.

"Pemohon juga perlu menunjukkan kepada mahkamah bahawa hakim mungkin membuat keputusan bukan berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah tetapi berdasarkan perkara-perkara lain," katanya.

Anwar membuat permohonan itu Rabu lalu setelah mendakwa hakim berkenaan berat sebelah dan menipu kerana gagal bertindak ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan perbicaraannya.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Anwar, membuat permohonan itu setelah Mohamad Zabidin menolak permohonan pihak pembelaan berhubung dua artikel yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia yang disifatkannya sebagai mempunyai elemen berat sebelah.

Perbicaraan ini dipantau oleh masyarakat antarabangsa dengan teliti berikutan tuntutan dari ahli parlimen Australia dan juga pemimpin dunia lain yang mahukan dakwaan berkenaan digugurkan.

Dengan keputusan tidak mengundurkan dirinya, perbicaran kes liwat yang membabitkan mantan timbalan perdana menteri itu akan bersambung dengan Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa dirinya diliwat disoal siasat oleh peguambela Anwar.

Anwar, 63, yang juga penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Anggota Parlimen Permatang Pauh, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful (kiri), 25, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Anwar, semalam juga gagal dalam permohonannya supaya kes liwatnya diketepikan apabila mahkamah rayuan membuat keputusan perbicaraan perlu diteruskan.

Sekumpulan penyokong Anwar termasuk mereka daripada Permatang Pauh tiba di perkarangan mahkamah Jalan Duta seawal jam 5.30 pagi tadi.

Perbicaraan hari ini juga menyaksikan kehadiran tiga pakar DNA dan forensik dari pihak pembelaan yang dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka tiba sewal 8.40 pagi.

Mereka ialah Dr Brian McDonald, seorang pakar DNA expert dari Sydney, Australia, dan pakar forensik India, Dr C Damodaran, dari Chennai serta Dr David Wells dari Melbourne, Australia.

Anwar tiba pada jam 9.40 pagi dengan ditemani oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaffar, supremo DAP Lim Kit Siang dan menteri besar Perak yang disingkirkan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada permulaan perbicaraan hari ini, mahkamah mendengar pertikaman lidah antara Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden apabila Mohamed Yusof memohon penjelasan sama ada pihak pembelaan berhasrat untuk merayu berhubung keputusan hari ini.

Mohamed Yusof berkata jika pihak pembelaan berjaya dalam rayuannya, keseluruhan prosiding setakat ini perlu dibuang.

Karpal Singh memberi respons segera dengan berkata bahawa ia terpulang kepada budi bicara pihak pembelaan sama ada untuk memfailkan rayuan dan beliau bersedia untuk memeriksa balas Mohd Saiful hari ini.

"Ia bukan persoalan sama ada kami akan membuat rayuan tetapi kami tidak mahu dituduh mengamalkan taktik melambat-lambatkan.

"Kami bersedia meneruskan perbicaraan ini memadangkan terlalu banyak elemen terlibat yang menyaksikan satu bantahan di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia semalam yang diketuai Pemuda Umno dan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN)," katanya.

Kira-kira 500 orang diketuai oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin berkumpul di hadapan Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur semalam bagi membantah dakwaan mengenai tekanan yang dibuat oleh 50 Anggota Parlimen Australia ke atas kerajaan Malaysia bagi menggugurkan dakwaan liwat terhadap Anwar.

Mohamed Yusof berkata pihak pendakwaan tidak pernah menuduh pihak pembelaan dengan taktik melambat-lambatkan perbicaraan tetapi Karpal Singh sendiri yang membangkitkan perkara itu.

"Kami semua bertanggung jawab dengan rakyat Malaysia dan mereka ingin tahu kebenaran," katanya.

Anwar, yang duduk di kandang tertuduh berkata:" Ya, untuk kebenaran, tapi bukan penipuan yang terang-terangan".

Karpal Singh berkata mahkamah tidak boleh menyalahkan Anwar atas apa yang diperkatakannya kerana "ia adalah penipuan yang terang-terangan".

Pada waktu itu, Hakim Mohamad Zabidin meminta Karpal Singh untuk memberikan jaminan bahawa pihak pembelaan akan memfailkan rayuan esok.

Hakim Mohamad Zabidin juga berkata pihak pembelaan mempertikaikan kelayakannya untuk mendengar kes tersebut, oleh itu penting supaya perkara itu (keputusan hari ini) diputuskan oleh mahkamah lebih tinggi kerana ia membabitkan isu keadilan.

"Jika dibiarkan perkara ini (keputusan itu), bila Mahkamah Rayuan mendapati keputusan saya yang tidak menarik diri adalah silap, maka semua keterangan yang sedia ada akan dibuang," katanya.

Pada perbicaraan hari ini, fokus media dan orang ramai di galeri awam adalah terhadap tiga pakar perubatan yang dilantik oleh pasukan pembelaan Anwar.

Malaysiakini

Wednesday, February 17, 2010

Anwar gagal dalam rayuan batalkan tuduhan liwat - Malaysiakini

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk membatalkan tuduhan liwat terhadapnya.

Hakim Datuk Abu Samah Nordin berkata tiada kes untuk mahkamah itu membenarkan rayuan tersebut.

Beliau juga memutuskan bahawa laporan perubatan hanyalah untuk menyokong kerana ia juga perlu disokong oleh keterangan lisan, forensik dan bukannya semata-mata laporan itu sahaja.

Abu Samah juga berkata, mahkamah berpandangan bahawa Anwar juga gagal membuktikan bahawa tuduhan itu merupakan satu penindasan dan menyalahguna proses mahkamah.

Oleh itu, katanya, perbicaraan kes liwat terhadap Anwar hendaklah dibenar diteruskan.

Mahkamah juga menolak permohonan lisan peguam Karpal Singh yang mewakili Anwar untuk menangguhkan perbicaraan kes tersebut, sementara menunggu rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua pembangkang dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut dijadualkan bersambung esok, dengan Mohd Saiful menjadi saksi pertama dipanggil memberi keterangan.

Malaysiakini

JK Senat AS gesa kes Anwar dibicara secara adil - Malaysiakini

Jawatankuasa hubungan luar senat Amerika Syarikat menggesa kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya memastikan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang menghadapi tuduhan liwat, berjalan secara adil.

“Sudah lebih satu dekad sejak perbicaraan Anwar yang pertama, atas tuduhan yang kemudiannya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan,” kata pengerusinya John Kerry.

“Tuduhan kali ini sama dengan tuduhan sebelum ini, dan Anwar didakwa selepas terpilih sebagai ahli parlimen dan ketua pembangkang di Parlimen,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, Kerry menggesa kerajaan Malaysia supaya memberi perlindungan perundangan yang sewajarnya, sejajar dengan kedudukan Anwar sebagai seorang ahli parlimen dan seorang warganegara.

“Dan bagi menyelesaikan kes terhadapnya secara yang memberi keyakinan terhadap kredibiliti dan keadilan dalam sistem kehakiman Malaysia,” katanya.

Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan 24, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Ketua umum PKR dan ahli parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Malaysiakini

Keputusan Rayuan Gugur Konspirasi Ke-2 DSAI Hari Ini - TVS

Mahkamah Rayuan hari ini akan membuat keputusan sama ada mengekal atau menggugurkan tuduhan liwat terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebelum ini, panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah menangguh keputusan sama ada membenarkan rayuan mantan Timbalan Perdana Menteri itu.

Mereka memerlukan masa untuk mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh peguam utama Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Ketua Pembangkang itu memohon mahkamah supaya membenarkan rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mengetepi dan membatalkan tuduhan konspirasi kedua.

TVS

Kes qazaf Anwar ditangguh hingga 10 Mac - Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan tetapkan 10 Mac untuk mendengar hujah tiga responden dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung permohonan ketua umum PKR itu untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Hakim Mohd Shukor Sabudin menetapkan demikian selepas mendengar hujah peguam kedua belah pihak di mahkamah pagi ini.

Keputusan penangguhan tersebut dibuat kerana peguam Anwar memerlukan masa untuk menjawab afidavit tiga responden tersebut.

Tiga responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Tarikh tersebut dipersetujui bersama oleh kedua belah pihak.

Kesemua responden tersebut diwakili tiga peguam, termasuk Zainul Rijal Abu Bakar manakala Anwar pula diwakili lima peguam yang diketuai oleh Kamar Aniah Kamaruzaman.

Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat "tuduhan palsu terhadapnya".

Anwar, 62, berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

Ketiga-tiga responden tersebut dinamakan dalam permohonan Anwar kepada Mahkamah Syariah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah dan relif supaya mahkamah mendakwa Mohd Saiful atas kesalahan qazaf di bawah Seksyen 41, Akta Jenayah Syariah 1997 dan/atau hukum Syarak dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah mahkamah.

Anwar juga memohon mahkamah memastikan agar responden kedua dan ketiga, tidak menghalang dan/atau mempengaruhi responden pertama daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap Mohd Saiful.

Selain itu, Anwar juga meminta supaya kos permohonan dijadikan kos dalam kausa; relif-relif lain yang mahkamah fikirkan perlu; dan kegagalan mematuhi perintah mahkamah boleh dikenakan tindakan penghinaan mahkamah.

Malaysiakini

Tuesday, February 16, 2010

Ezam Cemas Zahrain Tiada Impak - TVS

Keluarnya Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) langsung tidak menjejaskan parti sebagaimana dakwaan Mohamed Ezam Mohd Noor.

Menganggap kenyataan Ezam dalam beberapa akhbar kawalan Umno itu sebagai dangkal, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin melabel Zahrain sebagai 'individu tidak ada apa-apa'.

Malah, katanya, ketiadaan Ezam yang menjadi watak penting ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok di penjara, langsung tidak menjejaskan PKR, apatah lagi Zahrain.

Beliau berkata, Ezam yang meninggalkan PKR menjelang pilihan raya umum 2008, tidak menjejaskan pencapaian parti, sebaliknya PKR bersama parti gabungan dalam Pakatan Rakyat berjaya menawan 5 negeri.

"Kalau Ezam keluar tidak ada kesan, takkan Zahrain keluar ada kesan? Secara tak langsung, Ezam kata Zahrain lebih hebat daripada dia… Hakikatnya, Ezam keluar tiada kesan, malah kita lebih kukuh.

"Sebenarnya, Ezam mula cemas kerana tidak mendapat tempat yang dijanjikan sebelum ini. Dia cuba cari perhatian apabila ada orang PKR keluar parti," katanya kepada TVSelangor.

Badrul berkata, tindakan keluar parti tidak menjejaskan PKR yang pernah berdepan situasi lebih genting apabila tinggal satu kerusi pada pilihan raya umum 2004 tapi mampu melonjak menjadi parti pembangkang utama dalam senario politik Negara.

"Bermakna, keluarnya individu tertentu termasuk Zahrain bukan situasi membimbangkan. "Kita pernah jadi parti nyamuk ketika Anwar dalam penjara. Ketika itu, BN masih melihat kita sebagai ancaman dan bersungguh-sungguh cuba tarik keluar orang kita," katanya.

Timbalan Ketua AMK, Faris Musa pula mengulangi gesaan pelbagai pihak supaya Zahrain mengosongkan kerusi Parlimen supaya sokongan rakyat pada pilihan raya umum lalu, tidak dikhianati.

"Mandat yang diberi adalah atas nama PKR. Beliau bukan bertanding atas prinsip peribadi beliau, jadi beliau harus melepaskan jawatan.

"Bila keluar parti, melepaskan semua jawatan tetapi termasuk jawatan di Parlimen. Sebab mandat untuk berada di kerusi itu sekarang ini ialah mandat PKR, bukannya kapasiti peribadi," katanya.

TVS

Mahfuz: Umno nak kucar kacir k'jaan PR - Malaysiakini

Naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, isu perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang mencerminkan sikap Umno yang didakwanya bermatlamat menghalalkan cara.

"Matlamat Umno nak kucar kacirkan kerajaan PR (Pakatan Rakyat) dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah.

"Yang penting bagi Umno (ialah) untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Kerajaan Pulau Pinang didakwa telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul pada 26 Februari ini. Bagaimanapun, Ketua Menteri, Lim Guan Eng menafikannya.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata, satu perkara pelik mutakhir ini ialah apabila Umno begitu ghairah mempertahan dan memperjuangkan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

"Sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR Pulau Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah-olah kerajaan Pulau Pinang anti-Islam," katanya.

"Bagi saya, berarak Maulidur (Rasul) tak salah, tak berarak tidaklah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi, kemudian tolak apa yang Nabi suruh," katanya.

Menurutnya lagi, apa guna berarak dan berselawat jika kemudiannya melakukan rasuah dan melakukan salahguna kuasa.

Mahfuz juga menyifatkan golongan tersebut menggunakan agama untuk kepentingan politik murahan mereka.

Pada hal, tegasnya, di Kedah, perarakan Maulidur Rasul telah dibatalkan sejak zaman pemerintahan Umno lagi.

Namun, ketika itu, katanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak pula mempersoalkan menteri besar ketika itu, Datuk Seri Mahazir Khalid mengapa perarakan Maulidur Rasul dibatalkan.

Begitu juga dengan media arus perdana yang juga tidak mempersoalkannya, tegas Mahfuz lagi.

Malah, katanya, banyak lagi negeri-negeri lain di bawah pentadbiran Umno yang tidak mengadakan perarakan tersebut.

Beliau sekali lagi mengulangi bahawa perarakan Maulidur Rasul tidak salah, dan tidak berdosa jika tiada perarakan.

Sebaliknya, kata beliau, yang bersalah dan berdosa ialah apabila rasuah, salah guna kuasa, adu domba di kalangan rakyat dan melakukan provokasi membakar gereja, surau dan melempar kepala babi ke dalam masjid.

Malaysiakini

SU politik Nor Yakcob letak jawatan - Malaysiakini

Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan
jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini.

Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu.

Bagaimanapun, beberapa lamanweb melaporkan bahawa seorang setiausaha politik telah diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu.

Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah.

Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya.

Malaysiakini

Monday, February 15, 2010

Australia MPs call on Malaysia to drop Anwar case - Yahoo

SYDNEY (AFP) - – More than 50 Australian lawmakers have lodged a formal protest urging Malaysia to drop opposition leader Anwar Ibrahim's sodomy trial and warning it will hurt the country's image, an official said Friday.

The group, which includes MPs and senators from both major parties, called for the case against Anwar to be abandoned in the interests of building "confidence in the impartial rule of law in Malaysia".

"Many friendly observers of Malaysia find it difficult to believe that a leading opposition voice could be charged with sodomy a second time, and so soon after his party made major gains in national elections," the protest letter says.

"It should be made known to the Malaysian government, that in our opinion, global esteem for Malaysia will be affected by these charges against Mr. Anwar.

"We hope that Malaysia's authorities will not pursue these charges."

Michael Danby, member of the governing centre-left Labor party and chairman of Australia's foreign affairs parliamentary subcommittee, said he handed the letter to Malaysian High Commissioner Salman Bin L Ahmad in Canberra Thursday.

"A lot of people know Anwar Ibrahim, a lot of people have been to Malaysia, and a lot of Australian parliamentarians think it's a shame that this is happening for the second time to the leader of the opposition in what is a developing democracy," Danby told AFP.

"We (feel we) should stand up and support a fellow democrat."

Former opposition leader Malcolm Turnbull and Bob Brown, leader of the Greens party were among the signatories, as well as independent Senator Nick Xenophon and two minor members of the Labor Party frontbench.

Danby said the Malaysian high commissioner was well aware that there was a "wide spectrum of opinion in Australia" and the letter was not intended to inflame diplomatic relations.

"We hope it shows people in Malaysia and the opposition that we care," Danby said.

Anwar, who faces 20 years imprisonment if convicted of illicit sexual relations with a young former aide, has condemned the allegations against him as a political conspiracy to sideline the opposition.

He has accused High Court judge Mohamad Zabidin Diah of refusing to rein in "biased" media coverage of the much-delayed trial, which began last week.

Anwar was arrested in 1998 on sodomy and corruption charges but made a stunning comeback after being freed from prison in 2004. His sexual misconduct charge was overturned after six years behind bars.

Yahoo

Isu Maulidur Rasul: LGE kecam Utusan, KJ - Malaysiakini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengecam segelintir mereka yang bersikap 'rasis' yang didakwanya secara 'terpilih' mendedahkan dokumen yang mendakwa kerajaan negeri pimpinannya telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina anjuran kerajaan negeri di Komplek Tun Razak (Komtar) di Georgetown, Lim mensasarkan akhbar Utusan Malaysia dan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didakwanya telah mencetuskan ketegangan antara kaum berhubung perkara tersebut.

"Saya berharap semua orang menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana harmoni. Namun ada segelintir yang memainkan sentimen perkauman," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Utusan dan Bernama masing-masing melaporkan minggu ini dakwaan bahawa perarakan Maulidur Rasul untuk mengingatkan keputeraan Nabi Muhammad SAW telah dibatalkan oleh kerajaan negeri.

Malah, mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi Insitut Kefahaman Islam (Ikim), turut mengulas perkara itu.

Dalam reaksinya terhadap laporan tersebut, Lim menafikan perarakan tersebut telah dibatalkan dan menyifatkan laporan itu satu pembohongan, dan berkata perarakan tahun ini akan diteruskan seperti yang dirancangkannya.

Lim juga berkata para menteri dari BN juga dijemput mengambil bahagian.

Bagaimanapun, dalam blognya, Khairy menyiarkan imej sepucuk surat - dari satu lagi blog pro-Umno - yang menyatakan perarakan itu telah dibatalkan.

Surat bertarikh 5 Februari 2010 itu dikatakan telah dihantar dari pejabat setiausaha kerajaan negeri, kepda semua ketua jabatan negeri dan pusat, badan berkanun serta presiden majlis perbandaran di Pulau Pinang.

Jawatankuasa negeri Pulau Pinang yang mengendalikan sambutan Maulidur Rasul di peringkat negeri itu, telah mengadakan satu mesyuarat pada 3 Februari lalu, dan memutuskan perarakan telah dibatalkan, menurut surat tersebut.

Sebaliknya, menurut surat itu lagi, satu perhimpunan akan diadakan pada 26 Februari di mana kesemua ketua jabatan dan badan kerajaan diminta hadir.

Sehubungan itu, Khairy berkata, Lim perlu menjelaskan perkara itu secara ikhlas dan jujur, selaras dengan aspirasi pentadbirannya yang cekap, berakauntabiliti dan telus.

Khairy juga menegaskan mengenai lamanweb jabatan halehwal agama Islam Pulau Pinang telah mengumumkan mengenai perhimpunan pada 26 Februari itu, tetapi tiada mengenai perarakan.

Tiga surat

Di Komtar hari ini, Lim sekai lagi menafikan perarakan Maulidur Rasul telah dibatalkan dan sebaliknya menuduh ada pihak yang cuba membesar-besarkan perkara itu.

Kerajaan Pulau Pinang, kata Lim, telah mengeluarkan tiga pucuk surat mengenai perarakan tersebut, dan tiada satupun yang mengandungi 'keputusan muktamad' mengenainya.

Surat pertama bertarikh 13 Januari, membincangkan mengenai perarakan dan meminta mereka yang dihantar surat itu, supaya menjawabnya pada 19 Februari, kata Lim.

Surat kedua - yang menurut Lim yang dirujuk oleh Khairyu dan pihak lain - dikeluarkan pada 15 Januari kepada semua masjid dan pertubuhan Islam - meminta maklumbalas mengenai perhimpunan dalaman Maulidur Rasul.

Manakala dalam surat ketiga bertarikh 12 Februari, kata Lim, dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua perhimpunan dan perarakan itu akan diadakan.

Sehubungan itu, Lim mendakwa, ada segelintir orang yang cuba memainkan sentiman perkauman dengan secara salah mentafsirkan perkara tersebut.

"Kita telah mengeluarkan tiga pucuk surat, tetapi mereka tidak membaca kesemuanya. Kemudian mereka membuat kenyataan palsu mengenainya," katanya.

Lim juga membidaskan sesetengah media Melayu dan Inggeris yang tidak menyiarkan kenyataan kerajaan Pulau Pinang mengenai perkara itu.

Malaysiakini