Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label BPR. Show all posts
Showing posts with label BPR. Show all posts

Tuesday, November 4, 2008

Kes Eurocopter & Anwar, BPR digesa bertindak segera

Sumber: HarakahDaily.Net Nov 04, 08 7:12:46 am MYT Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk meneruskan siasatan ke atas pembelian Eurocopter yang dilakukan oleh kerajaan pada September lepas walaupun Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merangkap Menteri Pertahanan menangguhkan pembelian tersebut.

Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah sangat mendukacitakan apabila Abdullah membuat ralat bahawa berlaku kesilapan sebutan harga, di mana harga Eurocopter tersebut adalah sebanyak RM1.604 billion sedangkan beliau sebelum ini membundarkannya kepada RM1.7 billion.


"Ini adalah sangat memalukan dalam keadaan perkara yang menghanguskan wang rakyat sewenang-wenangnya diambil mudah oleh beliau. Harga rasmi seperti yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Wira Abu Seman Yusop ialah sebanyak Euro 323.7 juta bersamaan RM1.604 bilion," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakah baru-baru ini.

Dalam pada itu AMK menegaskan, bahawa tidak ada keperluan bagi BPR untuk menghentikan siasatan dalam keadaan sekarang memandangkan kecelaruan angka dan fakta di sebalik proses pembelian Eurocopter ini jelas membuktikan ia satu pembelian yang terdesak,dan hanya dihentikan disebabkan oleh desakan bertubi-tubi oleh Pakatan Rakyat.

AMK juga turut menggesa agar BPR mempercepatkan proses pendakwaan ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail setelah Ketua Pengarah BPR mendedahkan bahawa siasatan kes insiden "mata lebam" Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan 10 tahun lalu telahpun selesai.

"BPR tidak boleh melengah-lengahkan sama sekali pendakwaan kes ini memandangkan keadaan ini tidak diadili sewajarnya dalam keadaan ia akan membiarkan individu-individu tertentu terus berkeliaran dan memungkinkan penyalahgunaan kuasa yang lebih besar berlaku," katanya.

Dalam hal ini, AMK mahu Perdana Menteri lebih serius dengan komitmen beliau membersihkan sistem keadilan di Malaysia, dengan menggantung tugas Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar memudahkan BPR meneruskan pendakwaan ke atas mereka.

"Wang rakyat dan sistem keadilan negara adalah amanah dan tidak boleh diseleweng demi memuaskan nafsu dan tembolok politikus rakus. Justeru BPR wajar meneruskan siasatan tanpa kompromi demi mempertahankan kebenaran untuk rakyat terbanyak," katanya. - mks. _

Tuesday, October 21, 2008

Pengarah BPR Perak ditukar keSarawak

Ingat lagi kepada Pengarah BPR Perak,Shamsiah Abu Bakar? Wanita pertama yang dipilih menjadi Pengarah BPR Negeri.

Masa mula-mula menjawat Pengarah BPR negeri dulu, dia ada buat kenyataan yang begitu meyakinkan, sehingga hampir satu muka penuh akhbar Utusan Malaysia menyiarkan temuramah dengan beliau. Tapi lepas tu…sunyi sepi.

Sehinggalah kes Hakim Mahkamah Syariah yang ditangkap kerana rasuah. Kes ini melibatkan BPR Putrajaya dimana ejen yang digunakan ialah Mohd. Imran Abdullah, yang juga terlibat dalam kes dua EXCO Perak. Dalam kes ini, Pengarah BPR Perak hanya menjadi kuda tunggangan kepada BPR Putrajaya keran beliau sendiri tidak tahu akan perancangan BPR Putrajaya yang diketuai oleh Dato Ahmad Said Hamdan.

Shamsiah Abu Bakar diperkudakan buat kali kedua dalam kes dua EXCO Perak. Beliau tidak tahu menahu tentang konspirasi yang dilakukan oleh BPR Putrajaya, dan apabila kes ini meletup, beliau diminta oleh BPR Putrajaya untuk mengeluarkan kenyataan.

Mengapa kenyataan BPR Putrajaya bercanggah dengan kejadian sebenar? Dalam kenyataan tersebut, kelima-lima yang ditahan telah ditangkap disebuah bilik hotel sedangkan apa yang berlaku berlainan sama sekali?

Ini kerana kenyataan tersebut telah disediakan sebelum penangkapan bermula. itu lah skrip asal yang dirancang oleh BPR Putrajaya tetapi apa yang berlaku tidak mengikut skrip asal!

Bila tangkapan dibuat, Shamsiah telah diminta oleh Pengarah BPR Putrajaya untuk membaca kenyataan tersebut sedangkan beliau (Shamsiah) sendiri tidak mengetahui operasi yang dijalankan. Akibatnya, beliau menanggung malu dan kini disaman oleh kedua-dua EXCO yang terlibat.

Shamsiah naik berang dan telah bersemuka dengan Dato Ahmad Said Hamdan dan berlakulah ‘peperangan’ diantara mereka. Shamsiah juga marah setelah mendapat tahu, ada beberapa lagi konspirasi yang sedang dirancang oleh BPR Putrajaya untuk memerangkap ramai Ahli Majlis dari Pakatan Rakyat, untuk memburukkan imej kerajaan Negeri Perak.

Beberapa maklumat kini telah bocor dari BPR, tentang perancangan itu. Diantaranya ialah tentang 31 Ahli Majlis yang sedang diperhatikan, seorang Setiausaha Politik dan dua ADUN Pas.

Berikutan ‘kebocoran’ beberapa maklumat ini, Shamsiah sudah tidak lagi boleh di’harapkan’ oleh BPR Putrajaya, dan untuk menghalang ‘kebocoran’ ini, maka Shamsiah telah ditukarkan ke Sarawak.

Mungkin bagi kebanyakan orang, pertukaran Shamsiah ke Sarawak hanyalah pertukaran biasa kakitangan kerajaan, tetapi bagi kerajaan Negeri Perak, bersedialah menghadapi beberapa lagi isu-isu panas yang akan membabitkan BPR Putrajaya.


Sumber: PerakExpress