Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, December 4, 2009

29 Jan untuk tetap tarikh rayuan Tian Chua - Malaysiakini

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 29 Januari ini untuk menetapkan tarikh bagi mendengar rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua terhadap hukuman ke atasnya dalam kes menggigitkan seorang anggota polis.

Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada 22 Oktober kerana menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Hukuman tersebut boleh membatalkan kelyakan Tian Chua daripada menjadi wakil rakyat, sementara menunggu rayuannya didengar.

Mahkamah dijadual menetapkan pagi ini tarikh rayuan itu didengar tetapi terpaksa menangguhkannya kepada 29 Januari kerana nota prosiding dari mahkamah rendah itu, belum siap.

Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi adalah dari bahagian narkotik kontinjen polis Kuala Lumpur.

Pada 18 Mei, mahkamah mengarahkan Chua membela diri selepas majistret Mohd Faizi memutuskan pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen itu.

Chua didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya dijatuhkan hukuman penjara melebihi setahun atau jika dendanya melebihi RM2,000 maka beliau akan hilang kelayakan untuk menjadi ahli parlimen, jika gagal dalam semua rayuannya.

Chua yang merupakan pengarah strategi PKR, ditahan sewaktu perhimpunan Bersih yang membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, dari 65 kepada 66 tahun.

Malaysiakini

No comments: