Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, December 1, 2009

Tiada penyelewengan isu jual tanah: Lim - Malaysiakini

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata tidak ada penyelewengan yang berlaku berkaitan jualan sebidang tanah seluas 1.4 hektar di Georgetown.

Lim berkata dakwaan terhadap kerajaan negeri yang mengenakan bayaran premium yang rendah kepada PDC Heritage Hotel Sdn Bhd (PHH) bagi tanah itu satu dakwaan yang dibuat tanpa kajian teperinci.

Beliau berkata permohonan pembelian tanah itu melibatkan dua permohonan yang dibuat secara serentak iaitu pindah syarat dan menukar jenis pegangan tanah.

"Memang benar tanah ini mempunyai nilaian yang sangat tinggi di mana ia dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada harga RM2,7000 semeter persegi atau RM270 sekaki persegi," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Beliau menjawab dakwaan bendahari Pemuda Umno negeri Aziaan Ariffin yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kerajaan negeri yang didakwanya mengenakan premium berjumlah lebih kurang RM45 sekaki persegi sahaja kepada PHH sungguhpun harga pasaran lebih kurang RM250 sekaki persegi.

Mengulas lanjut, Lim berkata tanah tersebut telah dinilai oleh JPPH melalui surat bertarikh 19 Jun, 2008 dengan nilai hak milik kekal lebih kurang RM37 juta dan hak milik pajakan 99 tahun bernilai RM31 juta.

"Memandangkan tanah ini adalah tanah persendirian milikan PDC Heritage Sdn Bhd yang mana hak milik dipegang selama 99 tahun dan permohonan ini bukan permohonan beri milik tanah," katanya.

Justeru itu, beliau berkata kerajaan negeri hanya boleh mengenakan premium berdasarkan kepada perbezaan hari antara pegangan kekal dengan harga tanah pajakan.

Lim juga menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak memberi atau meluluskan apa-apa diskaun ke atas kelulusan tersebut dan PHH perlu membayar semua jumlah premium yang dikenakan sebanyak kira-kira RM8.3 juta.

Lim menjelaskan pengiraan premium bagi tujuan permohonan hak milik kekal adalah berdasarkan kepada perbezaan harga di antara nilaian tanah atas pegangan kekal ditolak nilai tanah atas baki pajakan.

"Manakala, formula perkiraan premium tambahan untuk tukar syarat nyata adalah lima peratus daripada nilaian tanah," katanya. BERNAMA

Malaysiakini

No comments: