Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts
Showing posts with label Lim Guan Eng. Show all posts

Monday, February 15, 2010

Isu Maulidur Rasul: LGE kecam Utusan, KJ - Malaysiakini

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng hari ini mengecam segelintir mereka yang bersikap 'rasis' yang didakwanya secara 'terpilih' mendedahkan dokumen yang mendakwa kerajaan negeri pimpinannya telah membatalkan perarakan Maulidur Rasul.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis Tahun Baru Cina anjuran kerajaan negeri di Komplek Tun Razak (Komtar) di Georgetown, Lim mensasarkan akhbar Utusan Malaysia dan ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang didakwanya telah mencetuskan ketegangan antara kaum berhubung perkara tersebut.

"Saya berharap semua orang menyambut Tahun Baru Cina dalam suasana harmoni. Namun ada segelintir yang memainkan sentimen perkauman," kata Lim yang juga setiausaha agung DAP.

Utusan dan Bernama masing-masing melaporkan minggu ini dakwaan bahawa perarakan Maulidur Rasul untuk mengingatkan keputeraan Nabi Muhammad SAW telah dibatalkan oleh kerajaan negeri.

Malah, mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga pengerusi Insitut Kefahaman Islam (Ikim), turut mengulas perkara itu.

Dalam reaksinya terhadap laporan tersebut, Lim menafikan perarakan tersebut telah dibatalkan dan menyifatkan laporan itu satu pembohongan, dan berkata perarakan tahun ini akan diteruskan seperti yang dirancangkannya.

Lim juga berkata para menteri dari BN juga dijemput mengambil bahagian.

Bagaimanapun, dalam blognya, Khairy menyiarkan imej sepucuk surat - dari satu lagi blog pro-Umno - yang menyatakan perarakan itu telah dibatalkan.

Surat bertarikh 5 Februari 2010 itu dikatakan telah dihantar dari pejabat setiausaha kerajaan negeri, kepda semua ketua jabatan negeri dan pusat, badan berkanun serta presiden majlis perbandaran di Pulau Pinang.

Jawatankuasa negeri Pulau Pinang yang mengendalikan sambutan Maulidur Rasul di peringkat negeri itu, telah mengadakan satu mesyuarat pada 3 Februari lalu, dan memutuskan perarakan telah dibatalkan, menurut surat tersebut.

Sebaliknya, menurut surat itu lagi, satu perhimpunan akan diadakan pada 26 Februari di mana kesemua ketua jabatan dan badan kerajaan diminta hadir.

Sehubungan itu, Khairy berkata, Lim perlu menjelaskan perkara itu secara ikhlas dan jujur, selaras dengan aspirasi pentadbirannya yang cekap, berakauntabiliti dan telus.

Khairy juga menegaskan mengenai lamanweb jabatan halehwal agama Islam Pulau Pinang telah mengumumkan mengenai perhimpunan pada 26 Februari itu, tetapi tiada mengenai perarakan.

Tiga surat

Di Komtar hari ini, Lim sekai lagi menafikan perarakan Maulidur Rasul telah dibatalkan dan sebaliknya menuduh ada pihak yang cuba membesar-besarkan perkara itu.

Kerajaan Pulau Pinang, kata Lim, telah mengeluarkan tiga pucuk surat mengenai perarakan tersebut, dan tiada satupun yang mengandungi 'keputusan muktamad' mengenainya.

Surat pertama bertarikh 13 Januari, membincangkan mengenai perarakan dan meminta mereka yang dihantar surat itu, supaya menjawabnya pada 19 Februari, kata Lim.

Surat kedua - yang menurut Lim yang dirujuk oleh Khairyu dan pihak lain - dikeluarkan pada 15 Januari kepada semua masjid dan pertubuhan Islam - meminta maklumbalas mengenai perhimpunan dalaman Maulidur Rasul.

Manakala dalam surat ketiga bertarikh 12 Februari, kata Lim, dengan jelas menyatakan bahawa kedua-dua perhimpunan dan perarakan itu akan diadakan.

Sehubungan itu, Lim mendakwa, ada segelintir orang yang cuba memainkan sentiman perkauman dengan secara salah mentafsirkan perkara tersebut.

"Kita telah mengeluarkan tiga pucuk surat, tetapi mereka tidak membaca kesemuanya. Kemudian mereka membuat kenyataan palsu mengenainya," katanya.

Lim juga membidaskan sesetengah media Melayu dan Inggeris yang tidak menyiarkan kenyataan kerajaan Pulau Pinang mengenai perkara itu.

Malaysiakini

Sunday, February 14, 2010

Lim: Tindakan Zahrain atas kepentingan peribadi - Malaysiakini

Perletakan jawatan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim disebabkan "kepentingan peribadinya" dalam sebuah anak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ditolak, kata ketua menteri Pulau Pinang.

"Pengunduran Zahrain jelas ekoran kepentingan peribadinya, yang diakui sendiri tidak gembira dengan penolakan saya terhadap permintaannya dalam Island Golf Properties Sdn Bhd (IGP)," kata Lim Guan Eng.

Zahrain menamatkan teka-teki kedudukannya dalam PKR dengan meletakkan semua jawatan dalam parti ekoran tidak puas hati dengan pendadbiran kerajaan negeri oleh Lim dan hilang kepercayaan terhadap parti.

Beliau dilaporkan berkata, dakwaan cauvinis, diktatorial dan berfikiran alakomunis yang diberikannya kepada Lim baru-baru ini dibuktikan dengan "usaha pengyingkirannya sebagai pengerusi IGP".

Dalam satu kenyatannnya hari ini, Lim berkata, beliau pernah menolak cadangan Zahrain untuk menerima 'syarikat RM2' bagi menguruskan operasi dan kerja-kerja penjagaan di Bukit Jambul Golf & Country Club (BGCC) pada Februari tahun lalu.

"Malah, lembaga pengarah PDC bersetuju degan cadangan saya supaya tender terbuka dijalankan," katanya yang juga Setiausaha Agung DAP.

Lim juga berkata, tidak benar sama sekali Zahrain disingkirkan daripada IGP seperti yang diulang dakwanya semalam.

"PDC memaklumkan saya tiada surat dihantar sama ada daripada PDC atau IGP atau mana-mana pengarah IGP, termasuk Zahrain berhubung sebarang perubahan," katanya.

Justeru, Lim mempersoalkan kredibilit Zahrain yang terus menerajui GLC tersebut memandangkan pelantikan pada 9 Julai 2008 sebelum ini dibuat berdasarkan kapasitinya sebagai ahli parlimen PKR.

"Jika beliau boleh berhenti daripada PKR, kenapa beliau tidak melakukan perkara yang terhormat dengan turut berhenti daripada IGP?" soal Lim lagi.

Malaysiakini

Tuesday, December 1, 2009

Tiada penyelewengan isu jual tanah: Lim - Malaysiakini

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata tidak ada penyelewengan yang berlaku berkaitan jualan sebidang tanah seluas 1.4 hektar di Georgetown.

Lim berkata dakwaan terhadap kerajaan negeri yang mengenakan bayaran premium yang rendah kepada PDC Heritage Hotel Sdn Bhd (PHH) bagi tanah itu satu dakwaan yang dibuat tanpa kajian teperinci.

Beliau berkata permohonan pembelian tanah itu melibatkan dua permohonan yang dibuat secara serentak iaitu pindah syarat dan menukar jenis pegangan tanah.

"Memang benar tanah ini mempunyai nilaian yang sangat tinggi di mana ia dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada harga RM2,7000 semeter persegi atau RM270 sekaki persegi," katanya kepada pemberita di Pulau Pinang hari ini.

Beliau menjawab dakwaan bendahari Pemuda Umno negeri Aziaan Ariffin yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kerajaan negeri yang didakwanya mengenakan premium berjumlah lebih kurang RM45 sekaki persegi sahaja kepada PHH sungguhpun harga pasaran lebih kurang RM250 sekaki persegi.

Mengulas lanjut, Lim berkata tanah tersebut telah dinilai oleh JPPH melalui surat bertarikh 19 Jun, 2008 dengan nilai hak milik kekal lebih kurang RM37 juta dan hak milik pajakan 99 tahun bernilai RM31 juta.

"Memandangkan tanah ini adalah tanah persendirian milikan PDC Heritage Sdn Bhd yang mana hak milik dipegang selama 99 tahun dan permohonan ini bukan permohonan beri milik tanah," katanya.

Justeru itu, beliau berkata kerajaan negeri hanya boleh mengenakan premium berdasarkan kepada perbezaan hari antara pegangan kekal dengan harga tanah pajakan.

Lim juga menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak memberi atau meluluskan apa-apa diskaun ke atas kelulusan tersebut dan PHH perlu membayar semua jumlah premium yang dikenakan sebanyak kira-kira RM8.3 juta.

Lim menjelaskan pengiraan premium bagi tujuan permohonan hak milik kekal adalah berdasarkan kepada perbezaan harga di antara nilaian tanah atas pegangan kekal ditolak nilai tanah atas baki pajakan.

"Manakala, formula perkiraan premium tambahan untuk tukar syarat nyata adalah lima peratus daripada nilaian tanah," katanya. BERNAMA

Malaysiakini

Thursday, October 1, 2009

Tsu Koon sambut cabaran berdebat dengan Guan Eng - Malaysiakini

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menyambut cabaran untuk berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melalui siaran langsung di televisyen, mengenai sama ada Lim dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat telah mengelirukan rakyat negeri itu berhubung beberapa isu, termasuk kes tanah Kampung Buah Pala (KBP).

Bagaimanapun, bagi memastikan ianya satu debat yang adil, Dr Koh berkata, dua syarat perlu dipenuhi terlebih dahulu, iaitu Lim mendedahkan semua dokumen yang berkaitan dan menjawab sepenuhnya dan dengan jujur tiga soalan mudah mengenai kes KBP. Tiga persoalan tersebut ialah:

Pertama, adakah pemimpin Pakatan, terutama DAP, berjanji kepada penduduk KBP, sebelum, sewaktu pilihanraya umum 2008, bahawa mereka boleh memiliki dan tinggal di tanah tersebut yang tidak akan dibenar dimajukan, jika DAP dan rakan-rakannya menang.

Kedua, apakah status perundangan sebenarnya tanah tempat KPB terletak? Iaitu sebelum meluluskannya kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Pulau Pinang, adakah tanah tersebut sebenarnya milik kerajaan negeri atau penduduk?

Ketiga, Lim perlu menjawab mengapa beliau membenarkan pemindahan hak milik tanah KBP, untuk berkuatkuasa pada 27 Mac 2008, hampir tiga minggu selepas menang pilihanraya umum pada 8 Mac dan selepas penduduk KBP menemuinya (Lim) pada 12 Mac 2008.

“Hanya jika beliau bersetuju untuk mendedahkan sepenuhnya semua dokumen yang berkaitan, dan dengan jujur menjawab tiga soalan mudah tersebut, barulah bermakna untuk saya menyertai debat tersebut,” kata Dr Koh dalam satu kenyataan hari ini.

Malaysiakini

Tuesday, July 28, 2009

Guan Eng: Pakatan will not break apart - SK

SINGAPORE, July 28 — Penang Chief Minister Lim Guan Eng expressed confidence yesterday that the three-party Pakatan Rakyat (PR) alliance will not break up despite the pressures of “growing under a magnifying glass” of its political enemies.

He said that even if opposition leader Anwar Ibrahim, the glue of the disparate opposition alliance, is somehow removed from the political scene, PR is unlikely to come apart.

“Nothing can be further from the truth than to say that the political obituary of Pakatan Rakyat can be written,” he said.

Lim was speaking to journalists from Singapore Press Holdings, at its auditorium, on the topic Winds Of Political Change In Malaysia: Can The Opposition Alliance Hold? He spoke on a wide range of topics in the two-hour session that included questions from the floor.

PR won the state assemblies of five of Malaysia’s 13 states in last year’s general elections, the best-ever showing by the opposition parties. The alliance comprises the multiracial Parti Keadilan Rakyat, the Chinese-based DAP, and PAS.

Several questions from the floor were about the state of the opposition alliance after a series of intra-party and inter-party disputes in recent months.

Lim, DAP’s secretary-general, said that differences in opinions were normal in any political organisation and did not portend a break-up as predicted by leaders of the ruling Barisan Nasional (BN).

He was also asked whether PAS will stay loyal as some of its top leaders seem keen to get close to Umno. Lim predicted that a firm move by this group towards ethnic-based politics would cause a break-up of PAS because a “significant” number of its other leaders and members want to stay with PR.

There have also been questions on what would happen to PR if Anwar, who is facing a sodomy trial, is found guilty and thrown into jail.

Lim’s reply: “The legacy of Anwar will be that even without him we can go on. We have gone past the initial stage of fragmentation.”

Lim also explained the strength of the opposition alliance in another way: “We are growing under a magnifying glass (of BN). Any shred of suspicion (of wrongdoing) and they will throw the whole kitchen cabinet at you, yet nothing has stuck.”

He said that in the end, the administration of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak would have to accept that a two-party system has emerged in the country.

Chief Minister Lim said PR wants to replace the concept of Ketuanan Melayu (Malay supremacy) promoted by Umno, with its own Ketuanan Rakyat (people’s supremacy), in which leaders help the public without looking at ethnicity.

The Umno model, he claimed, merely distributed wealth and shares among its members, not among the Malay masses.

Asked whether a state run by a non-BN government, like Penang, could expect much help from the federal government, Lim said the Najib administration knows that it cannot allow Penang to fail.

Penang is the second most industrialised state in Malaysia, after Selangor, which is also controlled by a PR state government. Some of the biggest industries in Malaysia are located in these two states.

“There is a realisation that you cannot play politics in these types of national issues. We have to work together,” he said.

— The Straits Times

SK

Thursday, April 30, 2009

Mansor Timbalan Ketua Menteri jika tawan Penanti - Guan Eng (mStar)

GEORGE TOWN: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Mansor Othman, akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I jika memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Penanti bulan depan.

Ia diumumkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebentar tadi.

Lim berkata kata putus itu dicapai dalam perbincangan yang diadakan semasa mesyuarat exco semalam.

"Exco menerima sebulat suara cadangan itu sekiranya Mansor menang dan menjadi anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti pada pilihan raya kecil itu nanti," katanya.

Bagaimanapun katanya, pada dasarnya beliau tiada bantahan berhubung cadangan itu bagaimanapun perbincangan bersama exconya perlu diadakan terlebih dahulu.

"Berilah peluang untuk kami berbincang dahulu dan saya berjanji esok akan umumkan keputusan berhubung isu itu," katanya.

Jawatan itu telah dikosongkan oleh penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin pada 8 April lepas kerana mahu melanjutkan pengajian ke peringkat pascaijazah.

Mansor, 56, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti 31 Mei ini, kelmarin.

mStar

Friday, December 5, 2008

Al-Quran sumber perundangan utama - Lim Guan Eng

GEORGETOWN, 5 Dis (Hrkh) - Al-Quran penting sebagai sumber perundangan utama dan mampu melahirkan masyarakat madani yang berakhlak tinggi, berintergriti yang bersesuaian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Demikian antara ucapan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam majlis penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Kerajaan Pulau Pinang dalam majlis tersebut memberikan sumbangan Rm300.00 seorang dan sijil penghargaan kepada 102 orang penghafal dan pengajar Al-Quran yang memberi khidmat di negeri itu baru-baru ini.

Program yang diadakan di Dewan Seminar Komplek Penyayang itu menyaksikan Lim mengotakan janjinya supaya pengajian al-Quran dimajukan supaya masyarakat dapat diselamatkan apabila kandungan al-Quran dihayati bukan diketepikan sebagaimana sebelum ini.

Turut serta dalam program yang dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Tun Dato' Seri Utama, Dr Haji Abdul Rahman Abbas itu ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohamad Fairus Khairudin, Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malek Kasim dan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir Negeri, Law Choo Kiang, Timbalan Mufti Negeri, Haji Suleh Wan Kurdi Jalaludin dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Haji Sazali Hussein.

Kelihatan sama ialah pimpinan PAS yag diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man; Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Soid Mohd Amin; Bendahari PAS Negeri, Ustaz Khalid Man; Penolong Setiausaha PAS Negeri, Haji Jamil Abdul Rahman dan Yang Dipertua PAS Tanjung, Yaacob Omar.

Menurut beliau lagi, nilai keharmonian lebih terserlah seandainya setiap agama mematuhi ajaran yang diamalkan begitu juga Islam jika dilengkapi dengan pengetahuan yang tinggi tentunya melahirkan sebuah masyarakat yang sempurna jauh daripada ketidak tamadhunan.

"Saya tidak menafikan golongan penghafal al-Quran begitu penting bagi Umat Islam khususnya dalam memastikan al-Quran yang menjadi sumber perundangan utama tetap terpelihara, " ujarnya ketika berucap dalam majlis penyampaian sumbangan ikhlas kepada 102 para Huffaz.

Tegasnya, hanya mereka yang tabah sahaja dapat mencapai tahap tersebut kerana tanpa displin, kuat dan sabar seseorang itu mustahil boleh melakukan kerja berkenaan.

Lim percaya melalui al-Quran masyarakat Madani yang berakhlak tinggi, berintegriti bersesuai dengan pronsip 'Amar Ma'ruf, Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) akan menjadi kenyataan.

"Usaha Kerajaan Pakatan Rakyat berlainan dengan usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) iaitu mahu membentuk insan yang bermutu berguna pada semua keadaan, " katanya.

Justeru itu, kemunculan lebih ramai Hafiz secara langsung dapat membantu merealisasikan impian matlamat Kerajaan Negeri mengwujudkan modal insan kelas pertama yang boleh menyelamatkan masyarakat daripada terus hanyut dengan masalah yang melanda.

Bagi menjayakan impian sesetengah pihak Hufaz semestinya menonjolkan bakal yang ada untuk menerokai alam profesional selain keusahawanan dan politik yang baik dan jauh daripada sikap menipu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Fairuz Khairudin pula bercadang menubuhkan Jawatankuasa Khas Tahfiz Pulau Pinang di mana jawatankuasa ini akan menjemput panel penguji antaranya Dato' Haji Abu Hasan Din Al-Hafiz.

Jawatankuasa ini bertindak mengiftiraf para Huffaz untuk menjadi imam di samping mengajar di serata pelusuk negeri ini selari dengan sasaran melahirkan 'satu keluarga Islam satu hafiz'.

"Kita letakkan sasaran ini kerana saya tahu tiada yang lebih baik melainkan mereka yang meghafalkan isi al-Quran dan melaksana dalam kehidupan. Apabila kita mahu melahirkan para hafiz bukan beliau seorang sahaja yang bertanggungjawab sebaliknya seluruh keluarganya perlu bersiap untuk penyediaan suasana terebut, " terang beliau. - mks._

Sumber: HarakahDaily

Monday, November 24, 2008

Harga minyak sepatutnya RM1.52!

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Hrkh) -Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng menyeru Menteri Kewangan, Dato' Seri Najib Tun Razak agar menurunkan harga petrol kepada RM1.52 seliter memandangkan harga minyak dunia ketika ini adalah AS$50 setong.

"Ini ialah harga di pam apabila harga minyak berada berada di bawah AS$50 setong pada tahun 2005,"kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, penurunan ini wajar,adil dan bertanggungjawab daripada menunggu dua minggu lagi untuk melaksanakannya.

"Selain daripada membayar subsidi kerajaan juga akan dapat jimat lebih RM10 bilion jika harga kekal stabil,"dakwanya.

Tambahnya, kegagalan untuk menurunkan harga minyak hanya akan menimbulkan persoalan iaitu kenapakah kerajaan boleh bertindak cepat untuk menaikkannya tetapi agar sukar untuk menurunkannya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Shahrir Samad semalam berkata, harga minyak mungkin akan turun 15 sen lagi menjelang akhir bulan ini berikutan dengan penurunan harga minyak dunia. - mks._

Sumber:
HarakahDaily

Monday, November 17, 2008

Heboh Pasai Lawatan Guan Eng ke Korea Selatan

Aku ingatkan, Umno saja yang pandai ‘main bil’, rupanya Gerakan pun serupa. Hari tu, heboh orang Umno Pulau Pinang buat bising pasai lawatan Lim Guan Eng ke Korea Selatan.

Kalau nak dikirakan..lawatan ke Korea Selatan memakan belanja yang lebih tinggi berbanding lawatan ke India. Tapi..jumlah yang dibelanjakan oleh Koh Tsu Koon…phew!!! boleh beli satu banglo kat Parit Buntar.

Hangpa tafsir la sendiri. Pasai apa Umno Pulau Pinang bising bila Guan Eng pi Korea Selatan, tapi diam bila Koh Tsu Koon pi India?Mungkin depa pun sama-sama pekena Indian-desi-masala kot. Tu pasai semua diam.

Gambar dari blog
asidburn.

Sumber:
Perak Express

Sunday, October 19, 2008

'Tok Guru' berjiwa rakyat - Guan Eng

MARANG, 18 Okt (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui hubungan yang baik antara parti PAS dan DAP dalam kerjasama Pakatan Rakyat adalah akrab.

Berikutan itu, katanya pemimpin DAP mengambil kesempatan berkunjung ke rumah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai tanda sebuah hubungan yang akrab.

"Kita (DAP) ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat ini dan saya juga mengambil kesempatan ini (berkunjung) bertemu 'Tok Guru' dan bukan sahaja berjumpa di Parlimen.

"Saya ke sini (Terengganu) untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 dan langsung berkunjung ke rumah Dato' Seri Abdul Hadi,"ujarnya ketika ditemui di Rusila, Marang, kelmarin.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut melahirkan rasa kagum dengan sifat kesederhanaan mantan Menteri Besar Terengganu menjalani kehidupannya.

"Di sini kita (rakyat) boleh lihat 'Tok Guru' pernah jadi Menteri Besar sebuah negeri tetapi masih hidup dalam keadaan yang sederhana.

"Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan yang berjiwa rakyat dan hanya berkhidmat untuk rakyat,"jelasnya. - mks.

(Ikuti berita sepenuhnya dalam Harakah terbaru edisi Isnin yang akan berada di pasaran mulai esok) _


Sumber: HarakahDaily

Tuesday, October 7, 2008

Bertemu dengan Lim Guan Eng di Dubai

Antara ketuan kerajaan negeri baru dari Pakatan Rakyar yang paling menonjol ialah Lim Guan Eng (LGE), KM Pulau Pinang. Barangkali juga satu-satunya Ketua Menteri dari DAP ini juga memberikan imej baru kepada corak pemerintahan peringkat negeri.

Bukan sahaja kerana LGE masih muda, tetapi rekod beliau boleh dianggap cemerlang dalam memperjuangkan hak asasi manusia dalam kes rogol yang membabitkan seorang gadis Melayu bawah umur dengan seorang ahli politik Umno. LGE juga pernah ditahan dibawah ISA sewaktu Tun Mahathir berkuasa.

Pertemuan dengan LGE dan ahli rombongan kerajaan PP di vila Sdra Ariffin di Arabian Ranches membawa peluang buat ramai penyokong tegar PR bersemuka dengan LGE dam YB Jeff Ooi. Kalau tidak kerana hari bekerja, tentunya lebih ramai yang akan hadir.

Dengan membawa slogan CAT (competency, accountability and transparency), LGE mahu membawa PP ke satu peringkat yang lebih baik dari apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN sebelumnya. Saya percaya yang usaha ini tidak mudah tetapi tidak mustahil. Mendengar misi dan visi beliau, tentunya jalan masih berliku.

Sesi yang dibuat secara santai dan interaktif memberi peluang bukan sahaja berkenalan, malah bertanya mengenai situasi politik semasa. Terutama mengenai peralihan kuasa dalam Umno dari perspektif DAP. LGE memang mempunyai karisma dan sentuhan sebagai pemidato yang baik.

Saya sempat mencelah beberapa kali, salah satu membetulkan perkataan 'clean' yang digunakan apabila membandingkan Pak Lah dengan Najib. Bagi saya perkataan yang betul ialah 'less corrupt' sebab kesemua pemimpin Umno tidak 'clean'.

Apa yang paling menarik buat saya ialah prioriti untuk menghapuskan kemiskinan tegar di PP, yang menurut LGE, 90 peratus adalah terdiri dari orang Melayu.

Setelah 51 tahun di bawah Umno, termasuk Perdana Menteri sekarang dan mantan Timbalan PM sendiri berasal dari Pulau Pinang, kemiskinan tegar masih menjadi sebahagian dari warisan 'cemerlang, gemilang, terbilang' yang ternyata kronik.

Secara peribadi, saya melihat LGE sebagai seorang pemimpin yang boleh dipercayai. Sesuatu yang janggal setelah bertahun minda dipengaruhi oleh dakyah Umno/BN terhadap musuh-musuh politik. Begitu berhasilnya jarum-jarum propaganda yang menanam suntikan prasangka dan persepsi perkauman yang terlalu buruk dan hodoh.

Berbanding dengan ramai pemimpin Umno yang korup walau mengakui sebagai orang Islam, LGE masih belum tercemar.

Untuk Malaysia yang lebih baik dan cemerlang, gemilang, terbilang, semestinya ruang lingkup minda mesti dianjak untuk melihat sesuatu melalui ruang yang lebih bebas, terbuka dan adil. Dengan itu, perubahan bukan sesuatu untuk datang bergolek, kita mesti berani untuk menilai dan mengambil langkah yang positif.

Lebih 50 peratus pengundi di semenanjung telah bersuara untuk perubahan, tentunya kita mengharapkan pemimpin seperti LGE, juga Khalid, Nizar, Azizan, selain TG Nik Aziz akan menjadi pemangkin dan contoh. Kita sudah muak, jelak dan menyampah dengan barisan pemimpin Umno yang walau apapun wajah baru, masih sahaja sama acuan dan warna perjuangan perut mereka.

Kalau tiada peralihan kuasa dari BN ke PR melalui lompatan dalam waktu terdekat, tentunya pilihanraya akan datang rakyat menjadi hakim untuk perubahan yang lebih besar di peringkat nasional. PR boleh menunaikan janji dan tanggungjawab yang diharapkan rakyat.

Kesimpulannya, pertemuan dengan LGE memberikan kami maklumat berguna mengenai kepimpinan PR/DAP di PP dan LGE sebagai individu secara peribadi. - mr _


Sumber: HarakahDaily

Saturday, October 4, 2008

Guan Eng harap Islam jadi teras rapatkan silaturrahim

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berharap Islam akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini.

"Seperti mana yang saya faham, Islam sebagai agama yang syumul atau universal adalah Ad-Din atau cara hidup menyeluruh yang mencakupi semua aspek kehidupan manusia sama ada ekonomi, politik mahupun sosial.

"Ia tidak bersifat perkauman kerana Ad-Din adalah berteraskan sistem keadilan tanpa mengira kaum dan agama.

"Sememangnya, saya amat menghormatinya dan berharap ia akan menjadi teras kepada usaha merapatkan silaturahim antara kaum di negara ini," kata Setiausaha Agung DAP itu dalam perutusan Eidulfitrinya.

Beliau percaya bahawa semua agama di dunia ini turut mengajak para umatnya melakukan kebaikan termasuk agama Islam itu sendiri.

"Melalui kitab suci Al-Quran ada disebut mengenai Amar Ma?ruf Nahi Mungkar, iaitu menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah melakukan kejahatan. Ia merupakan puncak tertinggi dalam agama Islam itu sendiri.

"Saya yakin umat Islam yang beriman dan bertakwa pastinya menerima prinsip keadilan tulen untuk semua," kata beliau.

Bagi pihak DAP, beliau percaya kepelbagaian kaum, agama, adat, budaya dan bahasa, tidak pernah menjadi penghalang atau membatasi kemajuan Malaysia.

Aspek kepelbagaian tersebut harus menjadi kekuatan rakyat Malaysia untuk berganding bahu serta saling percaya antara satu sama lain, kata beliau.

"Tuhan tidak membezakan kita di antara warna kulit ataupun fahaman politik malah kepercayaan agama terjamin di kalangan semua agama, termasuk Islam.

"Oleh itu adalah tidak betul dan tidak patut insan dalam parti politik tertentu cuba memecah belahkan rakyat dan menggugat perpaduan nasional dengan menggunakan isu perkauman, menabur fitnah dan menggalakkan penggunaan kekerasan.

"Namun kumpulan ekstremis ini cuba menggunakan isu bahasa sungguhpun semua bahasa di dunia baik Inggeris, Melayu, Mandarin, Tamil, Hindi, Urdu, Thai dicipta oleh Tuhan," kata Guan Eng.

Beliau mengajak rakyat Malaysia menolak politik jahat tersebut yang hanya mementingkan golongan kecil yang amalkan kemungkaran.

Sebaliknya, kata beliau, semua mestilah besatu di bawah panji nilai-nilai teras universal yang diterima semua iaitu, kebebasan, keadilan, kebenaran, keluhuran undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan dan ketakwaan kepada Tuhan.

"Barulah kita boleh dirikan sebuah kerajaan bercorak demokrasi, ketuanan rakyat dan kepimpinan beretika mencontohi pemimpin agung Islam Khalifah Umar Abdul Aziz," katanya.

Rakyat Malaysia, kata beliau, tidak patut benci-membenci semata-mata kerana warna kulit atau fahaman agama yang berbeza.

"Jangan jadikan kepelbagaian kaum dan agama sebagai alasan untuk bertindak ganas atau menuju ke arah jenayah. Yang penting, tali silaturahim antara kita harus diikat erat.

"Jangan kita biar pihak tertentu mengadu domba persahabatan kita sesama kaum semata-mata kepentingan politik perkauman sempit mereka.

"Semoga hari lebaran ini disambut dengan penuh keinsafan, kesyukuran dan kegembiraan. Amar Ma?ruf Nahi Mungkar . Maaf zahir batin," kata beliau mengakhiri perutusannya._


Sumber: HarakahDaily

Monday, September 8, 2008

Guan Eng jawab Hisham

Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini menjawab pertanyaan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengenai tapak untuk membina Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Cina, Tamil dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang kerajaan negeri janjikan.

Lim berkata, kerajaan negeri Pulau Pinang telah mengenalpasti lapan tapak untuk pembinaan cawangan sekolah-sekolah berkenaan.

Ketika ini, katanya, kerajaan negeri masih menunggu jawapan kerajaan pusat berhubung permohonan untuk kelulusan dan peruntukan kewangan bagi pembinaannya, demikian menurut laporan Bernama.

"Ini adalah jawapan bagi kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bertanya di mana tanah untuk bina cawangan sekolah yang kerajaan negeri janjikan," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Lim berkata SMJK (C), SMJK (T) dan SAR akan dibina di kawasan pulau dan juga di daerah Seberang Perai.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan secara tepat kawasan yang telah dikenalpasti itu.

"Kita berharap kerajaan pusat akan segera memberi jawapan berhubung permohonan yang telah dikemukakan.

"Kerajaan negeri akan putuskan di mana sekolah itu akan dibina kelak," katanya.

Beliau berkata, pembinaan cawangan sekolah itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terhadap keperluan pendidikan rakyat di negeri ini.

"Kerajaan negeri akan bina sekolah itu di beberapa tempat dan tidak tertumpu hanya di satu-satu kawasan sahaja, kita mahu semua rakyat dapat menikmati kemudahan pendidikan," katanya.


Sumber: Malaysiakini

Tuesday, September 2, 2008

Hanya 'Amar Makruf Nahi Mungkar' boleh cegah jenayah - Guan Eng

PERMATANG PAUH, 1 Sept (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyeru semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, keturunan atau bangsa mengamalkan 'Amar Makruf Nahi Mungkar' jika mahu segala masalah seperti kadar jenayah, kecurian, rasuah dan penyelewengan dapat dikurangkan.

Ujar beliau, hanya dengan mengamalkan kebaikan sambil menghindarkan perkara yang boleh menghampiri perbuatan terkutuk negara dapat diselamatkan daripada hancur.

"Sempena bulan puasa ini saya menyeru semua pihak tidak kira apa bangsa dan agama sekali pun marilah kita bersama-sama mengamal ' Amal Makruf Nahi Mungkar' sebagai jalan terbaik untuk atasi gejala moral di negara ini, " tegasnya sewaktu memberikan ucapan sempena Makan Malam Pakatan Rakyat Pulau Pinang meraikan kemenangan Dato' Seri Anwar Ibrahim di tapak Ekspo Seberang Jaya semalam.

Beliau percaya, semua agama mengamalkan kebaikan maka tidak menjadi kesalahan sekiranya rakyat yang cintakan keharmonian, kesejaheraaan, keadilan dan ketamadunan sejagat.

Menurutnya, negara akan terus maju dengan sikap atau amalan tersebut kerana ia terbukti dengan pemerintahan secara Islam yang mementingkan kaedah berkenaan.

Guan Eng berkata, setelah mencapai kemenangan dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh semua petugas jangan bersikap sombong dan bongkak kerana sikap sebegitu boleh mengundang kemarahan orang ramai yang akhirnya menggagalkan matlamat Pakatan Rakyat. (Gambar - Lim Guan Eng berucap, hadir sama Dato' Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Dato' Zaharin Hashim dan Ustaz Salleh Man).

Katanya, petugas atau pun ahli parti di parlimen Permatang Pauh hendaklah mengerakkan semua organisasi seperti biasa serta senantiasa bersiap sedia membantu masyarakat.

"Kita dah menang dan untuk menjagai kemenangan satu tugasan yang amat berat. Maka, ia perlu kerjasama yang baik daripada semua parti dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Kerajaan negeri katanya, mengemukakan lima prinsip yang patut diikuti untuk mengujudkan situasi yang aman dan makmur dalam urus tadbir pemerinthan.

Pertamanya, pemerintahan mesti bersih. Kedua, cekap dalam segala bidang urus tadbir yang membabitkan kakitangan kerajaan ataupun swasta.

Ketiganya,pemerintahan berlandaskan demokrasi yang betul,

Keempatnya pula, mengwujudkan perpaduan dengan lebih sistematik serta memperkasakan rakyat berbilang bangsa dan ke lima, perlu menegakan sifat keharmonian, rendah diri dan merdeka secara hakiki. - mr _

Gambar di HarakahDaily

Sumber:
Harakah Daily

Wednesday, August 20, 2008

Jangan Lupa Malam Ini!


Siaran langsung di TV9 dan NTV7 jam 9 malam ini ...siaran tertunda di TV3 12.30 malam.

Jangan lupa malam ini program Siri Debat Agendadaily yang mempertemukan dua orang kuat Pulau Pinang,Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan bekas Ketua Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon.Debat dibawah tanjuk "Kisah Benar Disebalik Kontroversi Tanah di Pulau Pinang" itu akan berlangsung pada jam 9 malam 20 Ogos ini bertempat di Balai Budaya Tun Syed Nasir,Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.Ia akan disiarkan secara langsung pada jam 9 malam ini menerusi TV9 dan NTV7 manakala siaran tertunda pada jam 12.30 malam di TV3.Ini adalah debat kedua dianjurkan oleh Agendadaily. Debat pertama antara Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai lalu- 20/8/2008

Sumber: Agenda Daily

Wednesday, July 16, 2008

DAP: Tangkapan tidak perlu

Tangkapan mendadak Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh sekumpulan unit khas bahagian siasatan jenayah polis "tidak perlu" selepas penasihat PKR rela disiasat tengah hari ini, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

"Apa yang rakyat Malaysia mahu lihat kedaulatan undang-undang dan bukannya huru-hara dan demokrasi, bukannya tindakan polis," katanya dalam satu kenyataan ringkas tidak lama selepas Anwar ditahan dekat rumahnya di Segambut Dalam.

"DAP mendesak Anwar dibebaskan segera."

Sumber: Malaysiakini