Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Protes. Show all posts
Showing posts with label Protes. Show all posts

Thursday, July 10, 2008

Susulan artikel “Petugas PKR dituduh pukul penyanyi”

8 Julai - Setelah 3 hari insiden tayang punggung berlaku ianya masih lagi mendapat perhatian dan isu ini semakin menarik dengan pelbagai pihak tampil menuding jari antara satu sama lain mencari siapakah yang perlu dipersalahkan. Tertarik dengan artikel Malaysiakini.com, “Petugas PKR dituduh pukul penyanyi” tulisan oleh Jimadie Shah Othman. Saya tidak mahu mengulas tentang petugas PKR yang memukul penyanyi tersebut, tetapi saya memberi sedikit pendapat saya tentang isu kekasaran ke atas petugas media yang turut menjadi intipati di dalam artikel tersebut.
…………………………………………………………………………………


Belum sempat penat akibat tugas di PROTES hilang, kini penat lain pula timbul untuk menjelaskan satu per satu setelah diasak dari segenap sudut akibat dari insiden ketika PROTES 678.

Situasi yang berlaku adalah pengajaran mahupun pengalaman buat semua Skuad AMK. Kita sekarang berada dalam suasana dihentam oleh pengamal media. Itu juga merupakan latihan kepada kita bagaimana untuk menghadam isu ini dan berlapang dada dengan kritikan yang dilemparkan.

Dalam keadaan Unit Amal PAS meninggalkan Skuad AMK terkontang kanting mengawal perjalanan program, saya memuji kesabaran dan ketahanan mental dan fizikal terhadap semua ahli Skuad AMK. Kita sepatutnya berkongsi pengalaman dan dibimbing oleh Unit Amal PAS dalam program seperti ini, namun Unit Amal PAS menarik diri di tengah jalan.

Bayangkan, Skuad AMK berada di Stadium Kelana Jaya seawal jam 12 tgh malam untuk membantu persiapan program. Tidur, mandi dan makan yang tidak teratur demi menjayakan program tersebut dan akhirnya Skuad AMK menjadi medan melempiaskan kemarahan banyak pihak.

Insiden tayang punggung (tayang boxer sebenarnya) betul - betul menguji ketahanan mental dan fizikal Skuad AMK. Sisa - sisa kudrat yang ada setelah memerah keringat sejak malam sebelumnya digunakan sebaiknya untuk menangani amukan orang ramai terhadap Alak dan Carburator Dung. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Skuad AMK kekal komited dalam melaksanakan tugas. Namun, dalam kegigihan Skuad AMK sebegitu, masih tidak mampu mengalih perhatian orang ramai untuk menuding jari kepada penganjur. Apa nak buat, dah nasib badan… Mujur Skuad AMK bertindak pantas untuk meyelamatkan Alak dan kawan - kawan. Kalau tidak, entahlah.

Ada pihak yang senyum lebar kerana melihat Skuad AMK dihentam. Mereka bersikap lepas tangan dalam hal ini. Sabarlah teman - teman skuad AMK. Kita belajar dan terus belajar. Ini bukan masanya kita membalas balik nafsu amarah mereka. Ini adalah masanya untuk kita menjelaskan isu ini sebaik mungkin seumpama menarik rambut di dalam tepung.

Dalam isu kekasaran ke atas petugas media pula, saya mengambil pendekatan berlapang dada. Saya amat memahami peri pentingnya peranan media dalam mendewasakan masyarakat apatah lagi dalam hal - hal politik ini. Mungkin dalam keadaan kepenatan dan tertekan ketika program, ada segelintir Skuad AMK yang agak kasar melayan tuntutan petugas media. Sepanjang bertugas ketika program, saya sering mengingatkan semua Skuad AMK yang saya temui untuk memberi kerjasama kepada petugas media.

Mengulas kekasaran kepada petugas media yang berlaku ketika insiden tayang punggung tersebut, perlulah difahami bahawa keadaan kekecohan seperti itu boleh menjadi lebih buruk sekiranya tindakan segera tidak diambil. Mungkin dalam kekecohan menghalang orang ramai menyerang penyanyi tersebut, Skuad AMK terpaksa menggunakan pendekatan agak keras bagi mengelakkan kejadian lebih buruk berlaku. Ini kerana ada pihak yang berada berdekatan penyanyi tersebut untuk mengambil gambar turut menendang penyanyi tersebut. Mungkin beliau bukan petugas media, tetapi Skuad AMK perlu berhati - hati dalam mengawal keadaan tersebut.

Dengan ini, saya juga memohon maaf kepada para petugas media yang terlibat dengan insiden kekasaran tersebut. Semoga insiden ini akan menjadi pengalaman yang cukup berharga kepada keseluruhan Skuad AMK.

Akhir kata, sekalung TAHNIAH dan SYABAS buat semua Skuad AMK yang terlibat melancarkan PROTES 678.

Muhamad Khairul Anwar Bin Mat Azidin
Penolong Ketua Unit 5,
Skuad AMK - PROTES 678.

Wednesday, July 9, 2008

Isu Himpunan Protes, Dr Hatta beri penjelasan

KUALA LUMPUR,9 Julai (Hrkh) -Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Protes Turun Sejuta Rakyat, Dr Hatta Ramli menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada semua penyokong Pakatan Rakyat atas insiden yang berlaku dalam himpunan tersebut.

"Sebagai penganjur, saya memohon maaf kiranya ada yang tidak menepati kehendak dan selera peserta Himpunan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di lobi parlimen semalam.

Sungguhpun begitu, beliau menjelaskan bahawa pihak Protes telah pun menyediakan garis panduan bagi memastikan program tersebut dijalankan secara tertib serta mencapai matlamat.

Mengulas mengenai insiden penyanyi kumpulan Carburator Dung, Alak, Hatta berkata pengerusi program persembahan, Hishamuddin Rais telah memohon maaf secara terbuka sebaik sahaja situasi tersebut berakhir.

"Kita telah berjaya mengawal rasa tidak senang yang timbul apabila Hishamudin mengambil tanggungjawab menyatakan permohonan maaf atas apa yang berlaku," katanya.

Apa yang penting ujarnya, Protes dianjurkan meliputi seluruh lapisan rakyat yang mencakupi pelbagai latar belakang bangsa, agama dan minat.

"Ini isu rakyat, dengan sebab itu kita menyediakan pelbagai program seperti tarian singa, tarian gendang, dikir barat dan sebagainya.

"Tetapi kumpulan dikir barat dan nasyid telah menarik diri pada saat akhir dengan alasan pengumuman kerajaan bahawa perhimpunan tersebut dianggap sebagai tidak mendapat permit," ujarnya lagi.

Sungguhpun begitu, Hatta yang juga merupakan Bendahari PAS menegaskan bahawa agenda lain berjalan lancar setelah keadaan kembali tenang terutamanya acara kemuncak Himpunan iaitu Ceramah Perdana pemimpin Pakatan Rakyat pada sebelah malam.

Beliau turut melahirkan kekesalan serta kecewa dengan tindakan pihak berkuasa iaitu polis dan tentera yang melancarkan kempen antimidasi (gangguan).

"Mereka membuat pengumuman tentang latihan bersama antara tentera dan polis di premis perhimpunan dirancangkan, serta mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di seluruh jalan menuju ke lokasi perhimpunan.

"Ia secara tidak langsung telah menjejaskan kehadiran pengunjung yang berhasrat mahu menunjukkan rasa protes pada isu kenaikan harga minyak.

"Inilah perhimpunan yang terbesar berjaya dianjurkan Protes selepas siri-siri perhimpunan Protes sebelum ini dibuat di beberapa premis," katanya.

Hatta juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan terlibat dalam menjayakan program tersebut. - mks._

Sumber: HarakahDaily

Tuesday, July 8, 2008

Protes Gagal? Yer ke?


Sumber (Gambar): mob's cribb

Kurang sambutan, band rock jadi isu

Mesyuarat menilai kelemahan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak semalam diadakan esok, antaranya membincangkan isu sambutan orang ramai dan kontroversi persembahan kumpulan punk rock Carburetor Dung.

Pertemuan penganjurnya Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), yang dianggotai parti-parti pembangkang dan badan bukan kerajaan, dijadual di pejabat agung PAS, Kuala Lumpur petang esok.

Menurut satu sumber Protes, isu-isu lain yang dijangka berbangkit termasuk pemulauan Unit Amal PAS yang ditugaskan untuk mengawal kumpulan orang ramai dan lalu lintas.S

ementara itu setiausaha penaja PSM, yang juga ahli jawatankuasa Protes, S Arutchelvan memberitahu Malaysiakini, mesyuarat penilaian itu akan membincangkan punca-punca perhimpunan di stadium Kelana Jaya "kurang daripada sasaran".

"Perhimpunan itu kurang daripada sasaran kita. Mungkin disebabkan pertukaran tempat dan gangguan daripada polis," katanya hari ini.

"Saya dapat banyak SMS yang kata mereka tidak gembira dengan tindakan Protes mengadakan perhimpunan di dalam stadium."

Bagaimanapun, menurut Arutchelvan, jumlah peserta yang hadir "agak besar".

"Kita merasakan boleh sampai sehingga 60,000 orang kerana hadirin yang datang bertukar-tukar. Bukan datang serentak."

Mengulas dakwaan bahawa perhimpunan itu hanya seperti karnival, setiausa agung PSM itu berkata, terdapat banyak cara memprotes.

"Banyak cara protes, bukan hanya satu cara saja. Semua berkait antara satu sama lain."

Vokalis kumpulan Carburetor Dung, yang mengadakan persembahan kontroversi di perhimpunan itu, percaya kekecohan terjadi akibat provokasi pihak yang tidak dikenali.

"Saya rasa kejadian ini berpunca daripada provokasi tiga orang yang menghalang itu.

"Tetapi saya tidak rasa mereka ini kumpulan penyokong (pembangkang) yang hadir itu. Tidak tahulah siapa (mereka)," kata Alak kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum kejadian membaling objek dan menyerbu pentas sehingga mencederakan beliau, Alak waktu itu sedang menyanyikan Mari nyanyi menjilat.

Tiga orang itu pada mula melahirkan rasa tidak senang dengan lagu tersebut di depan pentas apabila penyanyi ini menunjukkan punggungnya, sehingga ternampak seluar dalam, kepada penonton.

Mereka kemudian naik ke pentas dan diikuti serbuan penonton ke depan, sambil marah-marah kepada Alak dan kumpulannya.

Sumber: Malaysiakini

Tindakan provokasi, bukan pembangkang

kemaskini 2:53pm Vokalis kumpulan Carburetor Dung, yang mengadakan persembahan kontroversi di perhimpunan membantah harga minyak semalam, percaya kekecohan terjadi akibat provokasi pihak yang tidak dikenali.

"Saya rasa kejadian ini berpunca daripada provokasi tiga orang yang menghalang itu.

"Tetapi saya tidak rasa mereka ini kumpulan penyokong (pembangkang) yang hadir itu. Tidak tahulah siapa (mereka)," kata Alak kepada Malaysiakini hari ini.

Sebelum kejadian membaling objek dan menyerbu pentas sehingga mencederakan beliau, Alak waktu itu sedang menyanyikan Mari nyanyi menjilat.

Tiga orang itu pada mula melahirkan rasa tidak senang dengan lagu tersebut di depan pentas apabila penyanyi ini menunjukkan punggungnya, sehingga ternampak seluar dalam, kepada penonton.

Mereka kemudian naik ke pentas dan diikuti serbuan penonton ke depan, sambil marah-marah kepada Alak dan kumpulannya.

Kumpulan penyokong itu juga membaling botol minuman dan batu bata.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 petang semalam sewaktu majlis perhimpunan anjuran Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) di stadium Kelana Jaya.

Kira-kira 2,000 penonton berada di depan pentas dan tempat duduk menyaksikan konsert ringkas selama 15 minit.

Ekoran itu, skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan itu menyampaikan tiga buah lagu - sebuah lagu Inggeris, dan dua buah lagu Melayu, Tak boleh dan Hanturaya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.

Penulis kolum terkenal Hishamuddin Rais, yang turut terlibat menganjurkan segmen muzik dalam perhimpunan sehari suntuk semalam, kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Hishamuddin juga menjelaskan beliau yang membawa kumpulan tersebut dan mereka tiada kena-mengena dengan mana-mana parti politik.

Hishamuddin juga kelihatan terlalu sedih dengan insiden tersebut sehingga mengalirkan air mata.

Menurut Alak lagi, ketika tiga lelaki tersebut menegurnya, beliau tidak perasan dengan teguran itu kerana sedang asyik dengan lagu yang dibawanya.

"Saya tidak sedar, saya tengah asyik (feel) dengan lagu," jelasnya.

"Saya sebenarnya tidak melondehkan seluar seperti yang ditulis oleh beberapa media hari ini.

"Ketika membuat persembahan itu, tambah Alak, beliau tidak berniat menimbulkan ketidakpuasan hati penonton.

Sehubungan itu, beliau meminta maaf sekiranya tindakannnya itu menimbulkan kemarahan penonton.

"Saya minta maaf kalau buat penonton marah. Bukan niat saya untuk membuatkan orang marah," katanya.

"Mungkin kami salah khalayak.

"Carburetor Dung merupakan kumpulan punk rock terkenal yang ditubuhkan pada 1991 di Kuala Lumpur. Kumpulan ini diasaskan oleh pemain bes Fendi dengan nama Stormfish pada mulanya.

Nama itu ditukar kepada Carburetor Dung apabila Joe Kidd - seorang nama besar dalam perkembangan muzik indie - menyertai kumpulan itu.

Nama kumpulan ini diambil daripada sebuah buku tulisan wartawan muzik Lester Bangs berjudul Psychotic Reactions and Carburetor Dung.

Carburetor Dung setakat ini mempunyai dua album, satu EP dan album bersama serta enam album kompilasi. Kumpulan ini sangat sinonim dengan dunia muzik indie tempatan dan bermain dalam pelbagai konsert dan gig di Malaysia mahupun luar negara.

Mengulas cara bantahan itu dibuat, vokalis kumpulan punk rock itu berkata:

"Beliau tidak puas hati dengan cara bantahan di buat. Sepatutnya mereka (penonton) bertenang dan bawa berbincang, bukan (guna) kekerasan.

"Sebelum persembahan, Alak berkata, Carburetor Dung tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku memandangkan mereka "berjuang untuk perkara yang sama".

Sebelum itu, mereka juga diminta berpakaian kemas dan permintaan itu dipatuhi, kata Alak.

Menurut beliau, lagu Mari nyanyi menjilat ciptaan 2004 sebuah satira, yang dimuatkan dalam EP Macam celaka/hanturaya Putrajaya kumpulan tersebut, tentang orang yang suka membodek, antaranya untuk mendapatkan kontrak.

Tambahnya, persembahan mereka semalam dibuat secara percuma dan kehadiran mereka "demi rakyat."

"Kami bukan dari (mewakili) mana-mana parti politik, tetapi (kumpulan) yang terasa dengan penindasan yang berlaku terhadap rakyat," kata Alak.

Ketua kumpulan itu Joe Kidd pula menyifatkan bantahan itu terjadi berpunca daripada salah faham penonton terhadap satira dan insiden ini tidak patut berlaku."

Ini semua salah faham, tak boleh faham satira. Perkara ini tidak patut berlaku," katanya kepada Malaysiakini.

Persembahan pentas merupakan sebahagian daripada kebudayaan dan pemuzik seperti mereka mempunyai cara tersendiri menyampaikan pandangan mereka, kata pemain gitar itu yang turut berada di pentas sewaktu kejadian.

"Ini merupakan sebahagian daripada kebudayaan. Kami ada cara tersendiri meluahkan pandangan. Mungkin kami terlupa, situasi berbeza," kata beliau.

Menurut Joe , mereka tidak perlu meminta maaf kerana lagu-lagu mereka membicarakan soal rasuah dan integriti.

"Tidak perlu meminta maaf kerana kami bercakap soal rasuah dan integriti dalam lagu. (Lagipun) bantahan itu lebih kepada emosional," katanya.

Lagu terakhir mereka dalam perhimpunan semalam, menurutnya disampaikan berdasarkan lirik asal tanpa ad lib dan penambahan.

Kedua-dua ahli kumpulan itu menyatakan kesediaan mereka untuk terus membuat persembahan sekiranya diundang lagi di masa akan datang.

Sumber: Malaysiakini

Gambar Protes 060708 di MBPJ


Gambar-gambar sekitar Protes 060708 boleh dilihat di
ATAU
Anda hanya perlu pergi ke menu sisi kanan dan klik pada gambar seperti di atas

Admin

Monday, July 7, 2008

"Bersumpah...saya akan lakukan" - Anwar


Harakahdaily Mon Jul 07, 08 7:10:58 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Julai (Hrkh) - "Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan,"demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan oleh Malaysiakini sewaktu berceramah di hadapan lebih 30,000 orang di Stadium MPPJ, Kelana Jaya malam tadi.

Menurutnya, beliau sanggup bersumpah dan dibicarakan di mahkamah syariah terhadap tuduhan liwat terhadapnya, dengan syarat ia mengikut undang-undang syariah sepenuhnya.

"Saya mencabar mereka memberikan bukti-bukti sebelum menuduh dan mengaitkan saya.

"Saya sedia menerima apa sahaja hukuman jika dibuat mengikut undang-undang yang adil.

"Saya akan tunduk jika mereka boleh memberikan bukti tuduhan terhadap saya.

"Jika mahu saya bersumpah dengan nama Allah, insya-Allah saya akan lakukan," tegasnya diikuti tepukan gemuruh para hadirin.

Malaysia mesti diselamatkan

Ucapan beliau malam tadi merupakan acara kemuncak perhimpunan rakyat membantah kenaikan harga minyak semalam.

Menurut Anwar lagi, pada 1998, katanya, beliau dituduh dengan kes yang hampir sama.

"Saya telah bertanya kepada ulama-ulama, mereka melarang saya bersumpah.

"Tetapi saya tetap bersumpah, namun saya dipukul dan dipenjarakan.

"Mengapa kes ini dibangkitkan sekarang? Kerana kita maju ke depan. Kamu main drama 'Sivaji The Boss', kita main drama 'Sivaji The Boss'.

"Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan, Malaysia mesti diselamatkan," ulang Anwar sambil disambut temukan gemuruh dan laungan reformasi.

Pada 28 Jun lalu, pembantu khas Anwar, Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis mendakwa mantan timbalan perdana menteri itu meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, beberapa kali sekitar bulan Jun lalu.

Sebelum ini, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan supaya isu liwat yang mengaibkan itu diselesaikan secara mubahalah atau "sumpah" sekiranya ia tidak dapat diselesaikan secara perundangan dunia.

Manakala, Pergerakan Pemuda Umno Terengganu meminta mufti Perlis itu tampil sebagai orang tengah bagi membawa mereka yang terbabit dalam mubahalah dengan alasan Dr Mohd Asri tidak dipengaruhi mana-mana badan politik.

Dan semalam, Dr Mohd Asri mencadangkan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi orang tengah yang akan membawa Anwar dan Saiful untuk "mubahalah" atau 'bersumpah' sebagai jalan penyelesaian isu liwat yang kini menjadi tumpuan nasional.
Saya akan bongkar habis-habisan.

Dalam ceramahnya juga, Anwar mendakwa beliau tidak mahu isu tuduhan liwat ini menjadi isu peribadi beliau.

"Tetapi (ia) diulang dengan jahat dan (dengan) fitnah yang kejam. Kita tidak terima ini. "

"Saya akan bongkar habis-habisan.Siasatan polis tidak seteruk tahun 1998-1999 tetapi akan beri kerjasama penuh untuk siasatan," kata Anwar lagi.

Anwar berkata, jika beliau dipukul, ditangkap dan dipenjarakan lagi, ia tidak akan menyelesaikan masalah.

Beliau bertanya selama enam tahun beliau di dalam penjara, adakah politik baik, rasuah turun dan harga minyak turun?

Anwar menambah, politik sudah tidak terkawal dan kerajaan Pakatan Rakyat mahu memulihkan keyakinan pelabur.

Mengenai dakwaan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hamid Albar bahawa beliau memberi maklumat kepada Amerika Syarikat, Anwar berkata:

"Kalau ada bukti saya telefon dan surat yang saya hantar kepada Amerika Syarikat, saya boleh diambil tindakan. "Jika tidak saya akan saman kamu," katanya disambut tepukan gemuruh pada hadirin.

Anwar juga berkata, beliau sedia berdebat dengan Menteri Penerangan, Dato' Ahmad Shabery Cheek pada 15 Julai ini berhubung isu kenaikan harga minyak.

Bagaimanapun, katanya, lebih baik debat itu dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak. - mks._

Sumber:
HarakahDaily.net

Rakyat Turun Protes Kenaikan Harga Minyak!

Petaling Jaya (6 Julai 2008) - Protes Kenaikan Harga Minyak yang diadakan pada hari ini di stadium MBPJ telah dihadiri ribuan rakyat berbilang agama dan kaum. Protes yang dimulakan pada pukul 9.00 pagi telah mendapat sambutan dari seluruh Malaysia yang silih berganti datang dari pagi hingga ke jam 11.00 malam. Ada di antara peserta himpunan Protes pada hari ini telah berada di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sejak semalam lagi.



Pada awal pagi Unit AMAL PAS dan Skuad AMK telah bersedia menjaga keselamatan di stadium tersebut. Secara keseluruhannya Protes yang diadakan di Stadium ini tidak berhadapan dengan tindakan pihak keselamatan walaupun kelihatan helikopter berlegar di udara sepanjang hari Protes dijalankan.



Protes yang berlansung seharian ini telah menampilkan beberapa Ahli Parlimen, tokoh politik, wakil pelajar dan NGO dalam menyatakan bantahan terhadap kenaikan harga minyak yang berlaku pada awal tahun ini. Protes juga diselang-selikan dengan persembahan kebudayaan dan kesenian.


Kemuncaknya apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan beliau berkenaan pelbagai isu semasa. Pada ketika ini sekurang-kurangnya 30,000 orang telah membanjiri Stadium MBPJ.



Admin

Saturday, July 5, 2008

Ketua AMK: Pindah Atas Sebab Keselamatan

Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad ini yang dijadual diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar ke Stadium Kelana Jaya. Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Muka PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin. Menurut Shamsul, perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam. Ianya disebabkan oleh soal-soal keselamatan dan Perhimpunan Ini Mendapat Kelulusan Polis.

Tarikh: 6 Julai 2008
Bertempat : Stadium Kelana Jaya
Masa: 10 Pagi

Datanglah BERAMAI-RAMAI DAN SEBARKAN MESEJ INI!!!

Ubah Sebelum Parah

Sumber: Geramm
http://www.geramm.org/v1/?p=218

Jangan Lupa Esok Stadium MPPJ @ Stadium Kelana Jaya!



Friday, July 4, 2008

Terkini! Perhimpunan berpindah ke Stadium Kelana Jaya

Perhimpunan aman Protes Sejuta Rakyat Ahad ini yang dijadual diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya telah ditukar ke Stadium Kelana Jaya.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Angkatan Muka PKR (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Menurut Shamsul, perubahan tempat ini diputuskan dalam mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat semalam.


Difahamkan mesyuarat tersebut diadakan di rumah ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut.

Stadium Kelana Jaya boleh memuatkan 50,000 tempat duduk. Manakala padangnya pula boleh memuatkan jumlah hadirin yang sama.

Penyelaras Protes Dr. Hatta Ramli ketika dihubungi mengesahkan pertukaran tempat itu tetapi belum mahu menjelaskan butiran lanjut perkara itu.

Semalam, Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan tersebut.

Katanya, beliau telah menasihatkan menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya tidak membenarkan perhimpunan itu diadakan.Menurutnya lagi, jika masih ingin meneruskannya, ia boleh dipindahkan ke lokasi lebih sesuai seperti Stadium Shah Alam atau Stadium Malawati, juga di Shah Alam.

Sumber: Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/85555


Admin: Maklumat lanjut akan dikemasikini secepat mungkin.

Thursday, July 3, 2008

Peta Ke Demo @ Himpunan Protes 6 Julai ini



Jangan Lupa 6 Jul 2008 (Ahad) ini!!

Turun ramai-ramai! Nyatakan sokongan anda!!

Wednesday, June 25, 2008

Terkini! Demo Kenaikkan Harga Minyak (28 Jun 2008)

Satu Demo kenaikkan harga minyak bakal diadakan pada hujung minggu ini. Sekali lagi rakyat Melaka berpeluang untuk menyatakan bantahan terhadap kenaikkan harga minyak yang melampau baru-baru ini.

Jom, sama-sama kita jayakan demo pada 28 Jun 2008 ini! Semua dijemput hadir! Harapan baru untuk Malaysia!

Tarikh: 28 Jun 2008 (Sabtu)
Tempat: Dataran Pahlawan, Melaka Megamall (Hadapan Pintu Masuk)
Masa: 3.00 ptg
Tema: Baju Berwarna Merah

Thursday, June 19, 2008

Terkini! Demo Rakyat Di Dataran MBMB (21 Jun)

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil (DPPBK) akan mengadakan demonstrasi membantah kenaikan harga minyak pada 21 Jun, hari Sabtu bermula pada jam 3.00 petang di Air Terjun Bukit Sebukor. Para peserta demo kemudiannya akan bergerak ke Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Seluruh rakyat Melaka dijemput untuk sama-sama menyertai Demo ini bagi membuktikan bahawa rakyat membantah kezaliman dan ketidakprihatinan kerajaan dalam isu ini.AYUH MARI KITA TUNJUKKAN KUASA RAKYAT.

Tempat: Air Terjun Bkt Sebukor ke Dataran MBMB
Tarikh: 21 Jun 2008
Masa: 3.00 ptg

Protes 5 Jul Ditunda Ke 6 Jul?


Hari ini Protes akan mengadakan sidang akhbar di Pejabat PAS Pusat, Jalan Raja Laut pada pukul 3.00 petang.

Sidang akhbar ini bertujuan untuk mengumumkan "Protes Sejuta Rakyat TURUN" yang dirancang pada 5 Jul 2008 akan ditunda ke tarikh 6 Jul 2008. Tempat asal Protes yang bakal berlansung juga turut berubah ke Padang Timur (Hadapan AMCORP Mall), Petaling Jaya, Selangor.

Protes juga menjemput media dan bloggers untuk menghadiri sidang akhbar pada petang ini.

Maklumat lanjut boleh diperolehi di http://protes2008.blogspot.com



Wednesday, June 18, 2008

Penghargaan Dan Liputan Protes Jasin

Syabas dan tahniah buat AMK Jasin dan Melaka!

Protes yang telah dijalankan pada 14 jun 2008 yang lepas telah mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian dan tidak ketinggalan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak atau dikenali sebagai GERAMM. Liputan tersebut membuktikan AMK Melaka prihatin terhadap permasalahan yang sedang dihadapi rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin pula telah menyampaikan ucapan tahniah melalui blog beliau http://shamsuliskandar.wordpress.com.



Oleh itu, diharap dengan liputan dan pujian yang diterima akan menjadi pemangkin ahli AMK Melaka untuk bergerak aktif dalam menyumbangkan tenaga dan idea kepada Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Kerjasama daripada rakan Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP juga amat dihargai.

Semoga aktiviti yang bakal dijalankan di masa akan datang mendapat sambutan dan kerjasama yang terjalin antara Keadilan, PAS dan DAP di negeri Melaka dapat dieratkan lagi dan diteruskan.


Tuesday, June 17, 2008

Lagi Sekitar Protes Di Jasin Pada 14 Jun


Protes dimulakan oleh Sdr. Hairiz Nordin
Sekurang-kurangnya 200 orang telah hadir memberikan sokongan.

Hon dibunyikan sebagai tanda sokongan.

Protes mendapat sambutan masyarakat setempat.


Sdr. Steven Ho Kian Kim mewakili DAP

Pelbagai kain rentang dan poster membantah kenaikan harga minyak.

Ust. Kamaruddin Sidek mewakili PAS meneruskan Protes.

Protes diakhir dengan kata-kata semangat dari Sdr. Md. Yusof Abdullah.

Sunday, June 15, 2008

Sekitar Protes Kenaikan Harga Minyak Di Jasin

Jasin 14 Jun - Protes yang bermula pada pukul 3.30ptg telah berlangsung seperti yang dirancangkan. Sekitar 200-300 orang telah berhimpun bersebelahan Shell Bandar Jasin. Wakil-wakil daripada pimpinan Pakatan Rakyat (KeADilan-PAS-DAP) telah komited dalam memberikan kata-kata semangat antaranya Timbalan AMK Melaka (Sdr. Hairiz Nordin), Ketua Pemuda PAS Melaka (Ustaz Kamaruddin Sidek) dan wakil dari DAP (Sdr. Steven Ho). Kata-kata seperti "Undur Pak Lah Undur" telah bergema dan dilaungkan dengan bersemangat sekali. Dalam masa yang sama pihak polis juga telah memberikan kerjasama dan protes telah mendapat perhatian daripada masyarakat setempat. Kenderaan yang lalu lalang telah mebunyikan hon sebagai tanda sokongan protes yang dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada yang terlibat dan menyokong Protes Kenaikan Harga Minyak di Jasin!


Friday, June 13, 2008

Demo Protes Dicepat Kepada 5 Julai


Tarikh perhimpunan besar-besaran membantah kenaikan harga minyak yang dirancang di ibu negara telah dipercepatkan kepada 5 Julai.

Sebelum ia dijadual diadakan di KLCC pada 12 Julai.

Menurut naib ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainudin, mesyuarat Gabungan Anti-Inflasi (Protes) petang ini memutuskan untuk mempercepatkannya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

"Protes akan mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan sebab-sebab tarikh baru itu dipilih," katanya ketika dihubungi Malaysiakini selepas mesyuarat tersebut.

Dalam satu sidang media di sebelah pagi anjuran satu gabungan baru Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak (Geramm), Khairul Anuar berkata, tarikh 12 Julai yang dicadangkan Protes bukan tarikh muktamad.

Di sidang media itu, ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin mengumumkan satu siri jelajah seluruh negara dalam bentuk ceramah dan demonstrasi kecil diadakan untuk bantahan yang sama.

Geramm ditubuhkan oleh AMK pada 9 Jun bersama beberapa kumpulan bukan kerajaan termasuk Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Jelajah itu akan berlangsung selama dua minggu, bermula dari 14 Jun di Pahang hingga 29 Jun di Selangor, Johor dan Sabah.Selain Lembah Kelang, siri bantahan Geramm meliputi Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka, tambahnya.

Geramm juga mengadakan kempen 'petisyen rakyat' untuk mendapatkan sejuta tandatangan orang ramai terutama kelompok muda yang begitu terjejas dengan keputusan tiba-tiba kerajaan ini yang dianggap kadar kenaikan petrol dan diesel paling besar serta mengejutkan."Petisyen itu juga boleh didapati secara dalam talian di laman web www.geramm.org," kata Shamsul Iskandar.

Dipetik dari;

http://www.malaysiakini.com/news/84414