Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label AMK Jasin. Show all posts
Showing posts with label AMK Jasin. Show all posts

Thursday, September 3, 2009

Aktiviti: AMK Melaka Teruskan Program Jejak Fakir




Melaka (Ahad, 30 Ogos 2009) - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Melaka meneruskan program amal Jejak Fakir buat kesekelian kalinya. Berbeza dengan program-program Jejak fakir yang lepas, program pada kali ini melibatkan kerjasama yang lebih menyeluruh di setiap AMK Cabang.

Program Jejak Fakir 2009 telah pun dimulakan di Cabang Kota Melaka pada 29 Ogos 2009 dan telah pun diteruskan pada 30 Ogos 2009 di Cabang Masjid Tanah. Kemudian program ini bakal berlangsung di Cabang Alor Gajah (5 September 2009), Cabang Jasin (6 September 2009) dan Cabang Bukit Katil (13 September 2009). Manakala AMK Cabang Tangga Batu bakal bekerjasama dengan Cabang Tangga Batu dalam menjayakan program pada kali ini (13 September 2009).

Pada tahun ini juga, AMK Melaka telah mendapat kerjasama dari Wanita PKR Melaka dan setiap Cabang PKR Melaka. Sebagaimana pada tahun-tahun yang lepas, AMK Melaka telah menerima sumbangan dari orang perseorangan yang prihatin dengan permasalahan rakyat dan dalam masa yang sama ahli-ahli AMK Melaka turut sudi menyumbangkan wang ringgit dalam menyediakan sumbangan barangan harian untuk rakyat yang tidak bernasib baik yang telah dikenal pasti.

Walau pun, sumbangan yang diberikan tidak seberapa, diharap dengan sumbangan yang diberikan dapat membantu keluarga-keluarga tersebut dalam menghadapi bulan Ramadhan dan Aidilfitri yang bakal menjelma. AMK Melaka juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi menghulurkan bantuan wang ringgit dan sebagainya.

Biro Penerangan,
Angkatan Muda Keadilan Melaka.

Sunday, May 17, 2009

Rakaman Video Temuramah Di Kg Pondok Kempas

Kg. Pondok Kempas 2

Kg. Pondok Kempas 1

Lagi Gambar Sekitar Demo Aman Penduduk Kg. Pondok Kempas










Jasin: Susulan Kontroversi Pembinaan Tanah Perkuburan Cina & Tempat Pembakaran Mayat


Jasin (17 Mei 2009) - Susulan kontroversi yang timbul akibat daripada kelulusan yang diberikan kepada pembinaan tanah perkuburan Cina dan tempat pembakaran mayat di Kg. Pondok Kempas, penduduk kampung telah mengadakan Demo aman membantah pembinaan tanah perkuburan dan tempat pembakaran mayat tersebut pada pukul 2.30 petang tadi.

Kira-kira 50 orang penduduk kampung telah berhimpun secara aman berhadapan dengan tapak tanah perkuburan tersebut. Penduduk kampung juga telah mengadakan kenyataan media dan soal jawab dengan media yang datang membuat liputan. Dalam masa yang sama ahli serta kepimpinan Parti KeADILan Rakyat Bahagian Jasin, Parti KeADILan Rakyat negeri Melaka, Angkatan Muda KeADILan Bahagian Jasin dan negeri Melaka telah turut serta memberi sokongan kepada penduduk kampung.

Berikut adalah alasan-alasan kukuh yang diberikan penduduk Kg. Pondok Kempas yang membantah pembinaan tanah perkuburan dan tempat pembakaran mayat di kampung tersebut

1) Pembinaan tersebut tidak langsung mengambil kira sensitiviti penduduk kampung ini yang hampir 100% adalah orang Melayu / Islam.

2) Akan menyebabkan pencemaran alam sekitar melalui pembakaran secara terbuka terhadap upacara pembakaran mayat. Malahan kami penduduk sudah cukup derita akibat pencemaran lalat dan kesan sampingan serangan unggas lain daripada kewujudan 9 buah ladan ternakan ayam di sekitar kampung ini.

3) Kenapakah cadangan pembinaan tersebut dibuat kampung kami, sedangkan masih ada kampung lain yang penduduknya majoriti orang Cina sperti di Machap atau Asahan tidak terpilih untuk tujuan pembinaan tersebut?

4) Kami juga bimbang nilai hartanah di kampung ini akan turut jatuh merundum akibat wujudnya tanah perkuburan itu nanti.

Penduduk kampung juga telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Polis. Perhimpunan telah bersurai kira-kira jam 3.30 petang.

Thursday, May 14, 2009

Jasin: Kontroversi Pembinaan Tanah Perkuburan Cina

Jasin: Kerajaan Negeri Melaka mengundang kontroversi apabila meluluskan pembinaan Tanah Perkuburan Cina yang melibatkan kawasan seluas 77 ekar di Kampung Pondok Kempas iaitu di kawasan DUN Bemban, di bawah Parlimen Jasin. Kampung Pondok Kempas mempunyai penduduk yang majoritinya Melayu (99%) . Ketika laporan ini ditulis, kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan.

Baru-baru ini, Angkatan Muda KeADILan Jasin, Melaka telah berkesempatan melawat ke tempat kejadian. Dikhuatiri pembinaan tanah perkuburan Cina tersebut bakal memberikan kesan secara langsung kepada penduduk sekitar. Pembinaan tanah perkuburan ini juga dilihat tidak mengambil kira sensitiviti penduduk kampung.

Laporan lanjut bakal menyusul.


Antara jentera berat yang terlibat dengan kerja pembinaan.

Kerja-kerja sedang giat dijalankan

Pejabat pentadbiran kontraktor yang terlibat.



Thursday, April 30, 2009

Hi-Tea bersama YB Bukit Selambau



Jemput hadir beramai-ramai ke Hi-Tea anjuran AMK Jasin pada petang ini. Sila hubungi Sdr. Zam (019-6552646) untuk lebih informasi. Terima kasih :)

Friday, January 16, 2009

Kejohanan Tarik Tali

Angkatan Muda Keadilan Bahagian Jasin akan mengadakan kejohanan tarik talu tetutup seperti berikut:

Sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan Saudara Zamzizul di 019-6552346. Semua dijemput hadir.
Sekian.

Wednesday, December 10, 2008

Tuesday, November 11, 2008

Jasin: Suatu Kehilangan (Al-Fatihah)

Moderator Blog AMK Melaka mewakili warga AMK Melaka keseluruhannya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abd. Aziz Madon iaitu AJK KeADILan Bahagian Jasin yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Ahad 9 Nov. 2008 yang lepas.

Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan yang besar untuk PKR Bahagian Jasin khasnya. Jasa, idea dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang sehingga ke akhir hayat Allahyarham.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T.

AL-FATIHAH

AMK Melaka.

Sunday, July 13, 2008

Kilang Ayam Punca Lalat


Sdr. Zamzizul Nordin, Naib AMK Melaka telah menyatakan akibat daripada kilang-kilang ayam yang diusahakan secara terbuka, penduduk setempat di Kesang terpaksa menghadapi pelbagai masalah terutama kehadiran ribuan lalat dan pencemaran bau. Kata-kata Sdr. Zamzizul mendapat perhatian akhbar Sinar Harian yang bertarikh 13 Julai 2008 (Ahad).

Selain itu, Sdr. Zamzizul turut menyatakan pihaknya pernah menghantar surat bantahan kepada pihak terbabit namun sehingga kini tiada sebarang tindakan dikenakan terhadap pengusaha-pengusaha kilang tersebut. Kewujudan 7 kilang ayam ini menimbulkan rasa tidak senang penduduk setempat. Malah penduduk setempat juga hairan dan bimbang bagaimana kilang ayam tumbuh bagai cendawan di kawasan tersebut.

Keadaan ini juga menjejaskan perniagaan pengusaha restoran dan gerai makanan di kawasan terbabit. Kewujudan lalat yang banyak menimbulkan rasa jijik dan tidak selesa sehingga menyebabkan pengunjung tidak ingin mengunjungi restoran dan gerai makanan di kawasan tersebut.

Admin

Friday, July 4, 2008

Sekitar Kenyataan Media AMK Melaka Dan PR Melaka

AMK Melaka khasnya telah sekali lagi mendapat liputan media. Liputan yang telah disiarkan pada 1 Julai 2008 di akhbar Sinar Harian telah menunjukkan sikap pro aktif AMK Melaka dalam menyatakan ketegasan dalam isu tuduhan tidak berasas terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kenyataan tersebut telah dibuat oleh Sdr. Hairiz Nordin (Timb. Ketua AMK Melaka) di Pejabat Keadilan, Malim. Turut serta Sdr. Ong Teck Chuan (Ketua Penerangan AMK Melaka) di samping Sdr. Lokman, Sdr. Zamzizul dan beberapa ahli AMK Melaka yang lain. Kenyataan media ini adalah sebagai tanda sokongan dan pendirian AMK Melaka yang sentiasa berdiri teguh di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam sidang media tersebut Sdr. Hairiz Nordin juga telah menunjukkan sekeping gambar petuduh Saiful Bukhari Azlan di samping beberapa Menteri dan kakitangan atasan kerajaan. Gambar tersebut telah menunjukkan pertuduhan yang dibuat Saiful Bukhari Azlan boleh diragui dan mempunyai konspirasi jahat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Dalam masa yang sama akhbar Sinar Harian juga telah memuatkan kenyataan media Pakatan Rakyat yang menyatakan akan berdiri teguh di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Naib Ketua Parti Keadilan Rakyat Bhgn. Jasin, Sdr. Manan Ismail telah mengutuk sekeras-kerasnya terhadap tuduhan tidak berasas tersebut. Sdr. Manan Ismail menyifatkan tuduhan tersebut adalah bermotif jahat. Sdr. Zamzizul (Ketua AMK Bhgn jasin) juga telah mengutuk sekeras-kerasnya terhadap kenyataan tersebut dan yakin isu tersebut sengaja diadakan. Sidang akhbar yang diadakan turut disertai Pengerusi DAP Caw. Jasin, Sdr. Ramu Krisnan Kutty, Pengasas Hindraf Jasin, Sdr. K Krishnan, Ketua Wanita PKR Melaka, Pn. Mahani Misban dan beberapa ahli jawatankuasa PKR Caw. jasin.

Admin

Wednesday, June 18, 2008

Penghargaan Dan Liputan Protes Jasin

Syabas dan tahniah buat AMK Jasin dan Melaka!

Protes yang telah dijalankan pada 14 jun 2008 yang lepas telah mendapat liputan dari akhbar Sinar Harian dan tidak ketinggalan Gerakan Rakyat Anti Manipulasi Minyak atau dikenali sebagai GERAMM. Liputan tersebut membuktikan AMK Melaka prihatin terhadap permasalahan yang sedang dihadapi rakyat.

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin pula telah menyampaikan ucapan tahniah melalui blog beliau http://shamsuliskandar.wordpress.com.



Oleh itu, diharap dengan liputan dan pujian yang diterima akan menjadi pemangkin ahli AMK Melaka untuk bergerak aktif dalam menyumbangkan tenaga dan idea kepada Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat. Kerjasama daripada rakan Pakatan Rakyat iaitu PAS dan DAP juga amat dihargai.

Semoga aktiviti yang bakal dijalankan di masa akan datang mendapat sambutan dan kerjasama yang terjalin antara Keadilan, PAS dan DAP di negeri Melaka dapat dieratkan lagi dan diteruskan.


Tuesday, June 17, 2008

Lagi Sekitar Protes Di Jasin Pada 14 Jun


Protes dimulakan oleh Sdr. Hairiz Nordin
Sekurang-kurangnya 200 orang telah hadir memberikan sokongan.

Hon dibunyikan sebagai tanda sokongan.

Protes mendapat sambutan masyarakat setempat.


Sdr. Steven Ho Kian Kim mewakili DAP

Pelbagai kain rentang dan poster membantah kenaikan harga minyak.

Ust. Kamaruddin Sidek mewakili PAS meneruskan Protes.

Protes diakhir dengan kata-kata semangat dari Sdr. Md. Yusof Abdullah.