Dewan Negeri Selangor hari ini mencalonkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Syed Husin Ali, 73, sebagai senator mewakili negeri tersebut.
Pemilihan Syed Husin diluluskan melalui undian di mana 32 ADUN menyokong, tiga ADUN berkecuali manakala 20 ADUN lagi tidak hadir.
Nama beliau dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan disokong oleh Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Ali yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.
Dewan turut mencalon dan meluluskan S Ramakrishnan sebagai seorang lagi calon senator.
Nama Ramakrishnan, 53, dicadangkan oleh Exco kanan negeri, Teresa Kok dan disokong oleh Exco Yaakob Sapari. Ramakrishnan menjadi ahli DAP sejak 2000.
Tiga puluh dua ADUN menyokong pencalonan beliau manakala dua ADUN membantah dan seorang ADUN berkecuali. Manakala 20 ADUN lagi tidak hadir.
TVS
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Senator. Show all posts
Showing posts with label Senator. Show all posts
Tuesday, November 17, 2009
Thursday, August 27, 2009
Senator Ismail Salleh kembali kerahmatullah - Harakah
KUALA LUMPUR, 27 OGOS: Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura.Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.
Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.
Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.
Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.
Jenazah beliau akan dikebumikan petang ini di Kajang. _
Harakah
Subscribe to:
Posts (Atom)