Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Saturday, May 2, 2009

MB Selangor kenang jasa pekerja - Harakah

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Hrkh) - Sempena hari Pekerja, kerajaan negeri Selangor mengucapkan syabas dan Selamat Hari Pekerja kepada semua golongan pekerja khususnya di negeri Selangor kerana sumbangan mereka dalam pembinaan negeri selama ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah memperkenalkan dasar baharu bagi menambah baik syarat dan faedah dalam perkhidmatan pekerja bagi memastikan kebajikan mereka tidak diabaikan.

Menurut beliau, kerajaan negeri telah menaikkan garis kemiskinan daripada RM800 kepada RM1500 bagi setiap keluarga bagi tujuan memastikan golongan pekerja berpendapatan rendah dapat menikmati pelbagai program kebajikan dan bantuan.

Kerajaan negeri juga telah menambah kelayakan cuti bersalin daripada 60 hari pada 90 hari manakala suami yang isterinya bersalin dapat menikmati cuti sebanyak 14 hari.

"Bagi isteri yang kematian suami dapat menikmati cuti kecemasan sehingga 30 hari dan bergaji penuh berbanding kelayakan cuti tiga hari sebelum ini," katanya.

Beliau berharap rakan-rakan majikan dalam sektor swasta bersedia memberi pertimbangan dalam hal mengubah dasar sebagaimana yang kerajaan amalkan dimana dasar kerajaan negeri sekarang selari dengan amalan di negara maju.

Menurut beliau ekoran negara dilanda kemelesetan ekonomi mungkin akan memberi kesan kepada pasaran pekerjaan.

Bagaimanapun, katanya, negeri Selangor mampu mengharungi keadaan ekonomi ini lantaran asas ekonomi negeri Selangor masih kuat dan pentadbiran Pakatan Rakyat cepat memberikan tindak balas terhadap pelbagai cabaran menerusi Jawatankuasa Menangani Masalah Pemberhentian Pekerja.

Menurut beliau, selagi dunia menghadapi kemelesetan ekonomi kerajaan perlu meneruskan usaha-usaha membina kumpulan tenaga pekerja yang berdaya saing.

"Kita mesti sama-sama bekerja untuk memperkukuhkan kekuatan ekonomi negeri kita, dalam masa yang sama meningkatkan kemahiran tenaga pekerja, daya pengeluaran dan menyeimbangi ketahanan dalaman," tegasnya.

Beliau berkata, usaha seumpama itu penting dilakukan supaya negeri Selangor bukan sahaja dapat bertahan dalam keadaan kegawatan ekonomi tetapi terus kukuh semasa peningkatan ekonomi global kelak./SH _

Harakah

3 comments:

Bujang Susah said...

SALAM BRO... LU X UPDATE KE LU PUNYA BLOG NI BRO.. MANA CERITA tentang tanah org melayu yang kena gadai pada org asing tu? jgn just copy posting tentang seluruh malaysia bro. tekankan sikit tentang negeri sendiri. Banyakan berita2 terkini tentang negeri melaka. x payah kecoh sgt pasal negeri org lain. sentiasa peka dgn perkembangan politik dan sosial dlm melaka. line mau kasi panas sikit. baru la org boleh tengok dan boleh komen. Untuk peringkat pusat, just ambil tajuk2 posting tu dan isinya kena olah sendiri. paling tidak pun pada setiap posting yg lu copy tu hujungnya lu kasi komen skit laa. Barulah mantap.

AMK Melaka said...

Salam sdr. kehadiran blog ini adalah atas inisiatif kami dan kami juga mempunyai komitmen lain serta tanggungjawab lain. Sdr. harus fahami, tidak seorang pun dari kami 100% fokus kepada blog ini.

Maklumat dari negeri lain terutamanya dari negeri Pakatan Rakyat seharusnya kami kemaskini. Artikel dari laman web lain juga perlu ada kerana bukan semua org seperti sdr. mempunyai masa untuk melayari ke semua laman web.

Isu di negeri Melaka tidak pernah kami pinggirkan. Cuma dalam isu rakyat Melaka kami perlu menghormati mereka kerana majoriti daripada mereka tidak mahu campur tangan politik dalam masalah mereka. Lebih-lebih lagi dari parti komponen Pakatan Rakyat.

Kalau sdr. mempunyai maklumat dan ingin mengutarakan permasalahan rakyat Melaka sdr. boleh e-mail kepada kami.

Terima kasih..

Bujang Susah said...

Salam bro... nak tnya sikit.. masalah rakyat bukan masalah kita semua ke? so apa yg nak kita tegakkan? politik ni kena pisahkan dari rakyat ke bro? So tertubuhnya parti ni bukan untuk kepentingan suara rakyat ke? Bukan ke lahirnya PR ni untuk menuntut keadilan untuk rakyat? Adakah kita berpolitik untuk kepentingan satu2 individu saja? Adakah berpolitik itu semasa bermesuarat saja? Soal mereka xnak parti masuk campur dalam masalah mereka, biar jer laa.. kita disini kena la bagi tahu pada org lain berkenaan setiap ketidakadilan yg berlaku kepada rakyat. Klau tidak buat apa berpolitik?

Sorry bro klau terkasar bahasa.. tp kita kena fikir tanggungjawab kita. kita x mampu nak selesaikan semua masalah rakyat. Tapi sekurang2nya kita mampu tunjukan keprihatinan kita pada masyarakat. Sekurang2nya kita tunjukan kepada mereka2 yg x tahu tentang ketidakadilan yg berlaku. Kita berdiri atas kekuatan rakyat. Kita bertanggung jawab membela nasib rakyat. Wallahualam.