SHAH ALAM, 8 OKTOBER (SK) - Kerajaan Selangor telah melantik Sembilan panel untuk mengkaji penyusunan semula bagi meneruskan pemberian air percuma kepada rakyat.
Menteri Besar, Khalid Ibrahim berkata penyusunan semula itu bertujuan supaya kerajaan Selangor dapat meneruskan usaha pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat dapat di teruskan.
Menurut Khalid, Kumpulan Darul Ehsan Berhad ( KDEB) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri sedang dalam peringkat perlaksanaan akhir bagi menstruktur semula serta bagi mengambil alih asset-aset beberapa syarikat yang berkaitan dengan industri air.
Antara syarikat-syarikat terbabit adalah Konsortium ABASS Sdn Bhd, Puncak Niaga SDN Bhd, Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holding Berhad (SPLASH) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd ( SYABAS).
“Setelah mengadakan satu siri perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, kita telah mengambil langkahuntuk membuat pemilaian terhadap asset-aset yang perlu diambil alih” Kata Khalid dalam siding media selepas tamat mesyuarat Exco petang tadi.
Menurut Khalid, Sembilan panel yang dilantik tersebut akan di ketuai oleh beliau. Manalaka lapan lagi terdiri dari pelbagai latar belakang.
Mereka adalah Azlan Hashim ( Pengerusi Proton Berhad), Dr Subramaniam Pillay,
Chales Santiago (Ahli Parlimen Klang), Fahda Nur Ahmad Kamar( peguam), Dr Dzulkifli Ahmad (Pengarah Penyelidikan PAS), Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara), William Leong (Ahli Parlimen Selayang ) dan Tan Yee Kew (aktivis sosial)
Menurut Khalid lagi, semua panel ini akan memulakan mesyuarat pertama esok dan akan memberikan pandangan mereka selepas dua minggu.
Turut serta dalam siding akhbar itu ialah Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari dan Exco Kerajaan Tempatan, kajian dan Penyelidikan, Ronie Liu.
Sumber: Suara Keadilan
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Percuma. Show all posts
Showing posts with label Percuma. Show all posts
Thursday, October 9, 2008
Thursday, July 31, 2008
Perak: Air Percuma!

19,139 penduduk dapat bekalan air percuma
IPOH, 30 Julai (Hrkh) - Pengumuman Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak sebelum ini akan memberikan air percuma untuk 20 meter padu pertama kepada golongan miskin tegar terbukti apabila 19,139 penduduk miskin tegar dan berpendapatan kurang RM700 akan dapat menikmatinya mulai Ogos ini.
Golongan miskin teger tersebut telah dikenal pasti daripada mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Majlis Agamma Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAMP).

Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Air Perak (LAP) di sini kelmarin.
Daripada 19,139 penduduk tersebut, 5,000 daripadanya adalah golongan miskin tegar yang akan dapat menikmati bekalan air percuma pada kadar 20 meter padu pertama.
"Kesan daripada pemberian air percuma itu, keuntungan LAP akan menurun sebanyak RM2 juta setahun," katanya.
Keputusan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak memberikan air percuma kepada golongan miskin tegar adalah kerana kerajaan negeri yang baru mahu berusaha mengurangkan bebanan mereka yang terbabit berikutan kenaikan inflasi, harga barang dan petrol dan sebagainya, katanya.
Menurut beliau lagi, pelaksanaan pemberian air percuma itu akan dijalankan mengikut beberapa fasa kerana ada kemungkinan golongan lain akan dimasukkan sebagai senarai yang layak termasuk mereka yang tinggal di rumah pangsa
"Pemberian air percuma akan disemak dari semasa ke semasa pada setiap enam bulan sekali, kerana itu orang ramai terutama mereka yang mendapat air percuma perlu menggunakan air secara berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran.
"Dalam masa sama LAP akan mengambil beberapa langkah perlu bagi mengurangkan kadar air tanpa hasil (NRM) di negeri ini yang dilihat agak tinggi sehingga mencecah 30 peratus," katanya. Hadir sama pada sidang media itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kewangan, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, Tenaga Air dan Hal Ehwal Bukan Islam, Dato' Nge Koo Ham dan Pengurus LAP Perak, Dato' Mohd Yusof Mohd Isa. - mns_
Sumber: HarakahDaily
Tuesday, July 8, 2008
Perak beri air percuma, ganjaran ke IPTA

Harakahdaily
Mon Jul 07, 08 6:37:13 pm MYT
IPOH, 7 Julai (Hrkh) - Kerajaan Negeri Perak akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini, kata Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Bernama melaporkan bahawa, kerajaan negeri telah mengenal pasti seramai 15,000 penduduk miskin di negeri ini untuk menerima kemudahan itu dengan anggaran kos perbelanjaan yang ditanggung Lembaga Air Perak (LAP) sebanyak RM2 juta sebulan.
"Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing.
Perak kini merupakan negeri kedua selepas Selangor yang membekalkan 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun lepas sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum Mac lepas.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Katanya bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA.
"Hanya segelintir sahaja pelajar yang datang ke pejabat ini untuk meminta bantuan melanjutkan pelajaran ke IPTA setakat ini atau mungkin mereka tidak mengetahui adanya sumbangan seperti itu," katanya.
Beliau turut memaklumkan permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Perak untuk mereka yang melanjutkan pengajian ke IPTA telah ditutup pada 30 Jun lepas. - mks._
Sumber: Harakahdaily.net
Wednesday, June 18, 2008
S'gor Bagi Beras Percuma Jumaat Ini
Jimadie Shah Othman Jun 18, 08 3:56pm
Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor akan membahagi-bahagikan beras, susu dan gula secara percuma mulai Jumaat kepada rakyat Selangor yang berpendapat di bawah RM1,500 sebulan, sempena sambutan 100 hari pentadbirannya.
Exco Kebajikan Negeri, Dr A Xavier Jayakumar berkata, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bahan-bahan tersebut akan dibahagi-bahagikan melalui seluruh Dewan Undangan Negeri di Selangor.
Katanya, bagi kawasan yang dimenangi Pakatan, bahan-bahan tersebut akan diedarkan melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
Manakala di 20 kawasan yang dikuasai Barisan Nasional (BN), ia akan dibahagi-bahagian melalui exco kerajaan negeri.
Beliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata, 800 beg pertama yang masing-masing berisi lima kilogram beras, setin susu dan sekilo gula akan diedarkan mulai Jumaat ini manakala bakinya akan diedarkan secara berperingkat-peringkat.
Bulan lalu, Dr Xavier dilaporkan berkata, golongan miskin di Selangor akan mendapat bantuan beras bagi menampung kenaikan harga makanan ruji itu.
Untuk itu, beliau dilaporkan berkata, kerajaan negeri akan membelanjakan RM500,000 untuk membeli beras untuk dibahagikan kepada golongan miskin di Selangor.
Sumber: Malaysiakini
http://www.malaysiakini.com/news/84662

Subscribe to:
Posts (Atom)