Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Thursday, October 9, 2008

9 Panel dilantik kaji pemberian air percuma di teruskan – MB Selangor

SHAH ALAM, 8 OKTOBER (SK) - Kerajaan Selangor telah melantik Sembilan panel untuk mengkaji penyusunan semula bagi meneruskan pemberian air percuma kepada rakyat.

Menteri Besar, Khalid Ibrahim berkata penyusunan semula itu bertujuan supaya kerajaan Selangor dapat meneruskan usaha pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat dapat di teruskan.

Menurut Khalid, Kumpulan Darul Ehsan Berhad ( KDEB) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri sedang dalam peringkat perlaksanaan akhir bagi menstruktur semula serta bagi mengambil alih asset-aset beberapa syarikat yang berkaitan dengan industri air.

Antara syarikat-syarikat terbabit adalah Konsortium ABASS Sdn Bhd, Puncak Niaga SDN Bhd, Syarikat Pengeluaran Air Selangor Holding Berhad (SPLASH) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd ( SYABAS).

“Setelah mengadakan satu siri perbincangan dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, kita telah mengambil langkahuntuk membuat pemilaian terhadap asset-aset yang perlu diambil alih” Kata Khalid dalam siding media selepas tamat mesyuarat Exco petang tadi.

Menurut Khalid, Sembilan panel yang dilantik tersebut akan di ketuai oleh beliau. Manalaka lapan lagi terdiri dari pelbagai latar belakang.

Mereka adalah Azlan Hashim ( Pengerusi Proton Berhad), Dr Subramaniam Pillay,
Chales Santiago (Ahli Parlimen Klang), Fahda Nur Ahmad Kamar( peguam), Dr Dzulkifli Ahmad (Pengarah Penyelidikan PAS), Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara), William Leong (Ahli Parlimen Selayang ) dan Tan Yee Kew (aktivis sosial)


Menurut Khalid lagi, semua panel ini akan memulakan mesyuarat pertama esok dan akan memberikan pandangan mereka selepas dua minggu.

Turut serta dalam siding akhbar itu ialah Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam Sekitar dan Pembangunan Usahawan Yaakob Sapari dan Exco Kerajaan Tempatan, kajian dan Penyelidikan, Ronie Liu.

Sumber: Suara Keadilan

No comments: