Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Banjir. Show all posts
Showing posts with label Banjir. Show all posts

Tuesday, December 9, 2008

AMK Melaka: Lawat & Bantu Mangsa Banjir di Rembia & Simpang Bekoh

Isnin (08/12/08) - Angkatan Muda KeADILan Melaka telah berkesempatan melawat dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Taman Awan Biru di Rembia dan Simpang Bekoh yang terjejas teruk dalam bencana banjir semalam.

Rakan-rakan dari Angkatan Muda KeADILan Melaka seperti Sdr. Hairiz (Timb.), Sdr. Zamzizul (Naib), Sdr. Lokman (Setiausaha), dan yang lain-lain telah sampai di Taman Awan Biru tepat jam 1.00 Tengahari. Turut tidak ketinggalan pada hari tersebut Sdr. Yusof Abdullah bekas calon DUN Rembia.

Mangsa di Taman Awan Biru, Rembia yang rata-rata tidak berada di rumah kerana pulang berhari raya, tidak menyangka banjir yang berlaku semalam adalah antara banjir terburuk yang pernah mereka alami sejak tinggal di taman perumahan tersebut. Ada mangsa menyatakan kekesalan mereka kerana terpaksa berhadapan dengan keadaan tersebut sekurang-kurangnya 5 kali sejak mendiami taman perumahan tersebut 2 tahun yang lalu.

Keluhan yang diutarakan kepada pihak berkuasa tempatan seakan-akan tidak endahkan. Tiada tindakan yang benar-benar melegakan penduduk taman perumahan tersebut diambil. Banjir yang berlaku telah meninggalkan lumpur separas buku lali. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk membersihkan rumah mereka.

Melalui tinjauan yang dilakukan sistem peparitan yang sempit dan tidak teratur adalah antara punca kejadian tersebut. Pembangunan di kawasan perindustrian berhampiran juga antara punca yang dikenal pasti.

Pada sebelah petang di Simpang Bekoh, Angkatan Muda KeADILan Bahagian Jasin adalah antara kumpulan terawal yang bersama-sama pasukan keselamatan membantu menyelamatkan penduduk setempat. Diketuai Sdr. Zamzizul Nordin, Angkatan Muda KeADILan Bahagian Jasin terpaksa mengharungi air separas pinggang untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Dalam keadaan yang cemas masih ada lagi mangsa yang tidak ingin meninggalkan kediaman mereka. Namun begitu dengan kerjasama yang baik dengan pasukan keselamatan mangsa-mangsa yang berada di kawasan terjejas teruk telah berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir Sek. Men. Keb. Simpang Bekoh.

Usaha Angkatan Muda KeADILan Bahagian Jasin tidak terhenti disitu. Sebaik sahaja semua mangsa selamat dipindahkan, Angkatan Muda KeADILan Bahagian Jasin dan PKR Bahagian Jasin telah mengeluarkan duit belanja mereka sendiri untuk membeli makanan dan barang keperluan harian untuk dihulurkan kepada mangsa banjir.

Menjelang jam 9.00 Malam, Angkatan Muda KeADILan Melaka telah sempat bersama-sama Ket. Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar serta Angkatan Muda KeADILan Jasin melawat mangsa banjir di pusat perpindahan. Di samping memberi sokongan moral, makanan dan barang keperluan harian telah sempat diagihkan kepada mangsa banjir.

Gambar bakal menyusul kemudian...

Moderator

Monday, September 8, 2008

Bekerja Untuk Selesaikan Masalah, Bukan Sekadar ‘Tunjuk Muka’ - MB

KLANG, 6 SEPTEMBER- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi rakyat ialah dengan membuat kerja untuk mengatasi masalah itu bukan hanya menunjukkan muka kepada mereka sebagai tanda sudah turun padang.

“Kematangan kita ialah menyelesaikan masalah, bukan turun (padang) dan tengok-tengok muka, bukan (caranya).

“Cara yang kita buat ialah melalui cara bekerja dan bila kita datang, kita adakan program-program yang tertentu,” katanya ketika mengulas dakwaan yang beliau tidak turun padang menjenguk mangsa ribut di sekitar Selat Klang dan Rantau Panjang Isnin lalu.

Menurut beliau, sumbangan bantuan yang hendak diberi kepada penduduk tidak harus dinilai melalui berapa ramai, berapa wang mahupun berapa jam yang telah digunakan untuk membantu.

“Banyak cakap saja tidak guna, (kerana) buat kerja lebih baik,” katanya.

Beliau berkata kehadiran beliau selepas kejadian itu tidak diperlukan memandangkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu (Selat Klang), Dr Halimah Ali sudah ada dan sangat aktif membantu.

“Kami berkomunikasi melalui sms dan telefon bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang dihadapi mangsa,” katanya.

Abdul Khalid ketika ditanya sama ada jika beliau menjenguk penduduk pada masa itu akan dapat memberikan sokongan moral, beliau berkata ia tidak diperlukan orang yang dalam kecemasan.

“Mereka hendakkan pertolongan. Itu sebab saya hendak tukar konsep (sokongan moral) itu, ada ahli politik yang suka ‘bergaya’, tetapi saya bukan datang dari kumpulan seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa kejadian ribut di Dewan Orang Ramai Teluk Pulai pagi tadi.

Kehadiran beliau bersama-sama dengan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail dan Dr Halimah menafikan andaian sesetengah pihak yang Abdul Khalid tidak prihatin dengan nasib mangsa.

Sementara itu menurut Rodziah, jawatankuasa gerak kerja yang telah dibentuk akan membuat penilaian kerosakan bagi setiap rumah dan menggalakkan semangat gotong royong di kalangan penduduk.

Menurut beliau, kerajaan negeri sudah menyediakan peruntukan untuk membantu mangsa ribut berkenaan melalui Tabung Bencana Negeri.

“Kita juga telah menambah peruntukan dalam tabung itu tambahan kepada peruntukan sedia ada program kerajaan prihatin yang disumbangkan setiap anak syarikat kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata dianggarkan sebanyak 20 kediaman yang ranap akan dipastikan dibina semula.

“Kita bagi pada pihak kontraktor yang betul untuk memastikan rumah mereka dapat didirikan dengan baik,” katanya.

Beliau menganggarkan sejumlah RM25,000 bagi sebuah rumah diperuntukkan bagi tujuan itu.

Rodziah berharap nasib yang menimpa penduduk di kawasan terbabit akan mendapat perhatian kerajaan persekutuan.

“Jangan lihat ini kerajaan negeri Selangor sahaja punya masalah, sepatutnya kerajaan persekutuan patut turun padang dan sama-sama menyelesaikan masalah rakyat.

“Saya memohon kerajaan persekutuan tidak memandang ini sebagai hal ehwal politik tetapi isu kemanusiaan,” katanya.

Beliau juga berharap Dato’ Menteri Besar seorang tidak harus dibebankan dengan masalah itu sedangkan ada kepimpinan lain yang boleh turun padang.

Kejadian ribut yang berlaku Isnin lalu menjejaskan kediaman 1,107 penduduk di Selat Klang dan hampir 500 penduduk di Rantau Panjang. - NOOR ALLIA KASSIM

Sumber: Suara Keadilan

Tuesday, July 22, 2008

KERAJAAN NEGERI SIBUK NAK BERPESTA, RAKYAT SENGSARA DILANDA BANJIR

Sewaktu kerajaan negeri sibuk untuk berpesta menyambut pengisytiharan Melaka Bandar Warisan Dunia; sibuk nak adakan florathon; sibuk buat projek sana projek sini, rakyat terus menderita dilanda banjir.

Hujan lebat Sabtu lepas sekali lagi 'membuka pekung' kerajaan negeri yang gagal menangani masalah banjir kilat apabila beberapa kampung di Daerah Melaka Tengah digenangi air. Antara kampung yang sering dilanda banjir itu ialah Kampung Durian Daun Dalam, Kampung Peringgit dan sekitarnya. Jalan-jalan di hadapan Bangunan SIRIM Melaka dan Kilang Infineon juga ditenggelami air menyebab kesesakan jalanraya yang teruk.

Pada setiap kali banjir sudah tentu rakyat di kawasan terbabit akan mengalami kerosakan harta benda, mengangkat barangan untuk diselamatkan dan juga terpaksa membasuh rumah akibat kekotoran selut. Malah mereka juga terdedahkan kepada bahaya 'tetamu-tetamu' yang tidak diundang seperti ular dan sebagainya.

Kampung Durian Daun Dalam yang paling teruk dilanda banjir sebenarnya terletak didalam DUN Duyong yang diwakili oleh YB Gan Tian Loo, Pengerusi Jawatankuasa Negeri (Exco) Kerja Raya dan kemudahan Awam . Sungguh memalukan apabila kawasan Exco yang menjaga Kerja raya dan kemudahan awam sendiri dilanda banjir. Masalah ini sudah berlarutan bertahun-tahun lamanya malah lebih teruk lagi semenjak beberapa projek pembangunan di laksanakan di persekitaran kampung ini.

Mengapa banjir ini terus berlaku sedangkan Kerajaan Negeri Melaka mendakwa Melaka Maju 2010?


1) Apakah tidak ada tindakan dilakukan oleh Wakil Rakyat Duyong dan kerajaan negeri bagi mengatasi masalah ini? Mengapa ia dibiarkan bertahun-tahun lamanya?

2) Apakah projek pembangunan yang dilaksanakan di sekitar kawasan ini tidak mengambil kira masalah perparitan dan saliran sehingga rakyat menjadi mangsa?

3) Apakah ada unsur-unsur rasuah sehingga menyebabkan projek yang dilaksanakan tidak dijalankan dengan sempurna sehingga menyebabkan banjir berlaku?

Syabas diucapkan kepada Damian Yeo dan YB Sim Tong Him yang pantas membantu rakyat di kawasan tersebut yang dilanda banjir.

Gambar dari Blog Damian.

Sumber:
Sofi Wahab