Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Sunday, May 17, 2009

Jasin: Susulan Kontroversi Pembinaan Tanah Perkuburan Cina & Tempat Pembakaran Mayat


Jasin (17 Mei 2009) - Susulan kontroversi yang timbul akibat daripada kelulusan yang diberikan kepada pembinaan tanah perkuburan Cina dan tempat pembakaran mayat di Kg. Pondok Kempas, penduduk kampung telah mengadakan Demo aman membantah pembinaan tanah perkuburan dan tempat pembakaran mayat tersebut pada pukul 2.30 petang tadi.

Kira-kira 50 orang penduduk kampung telah berhimpun secara aman berhadapan dengan tapak tanah perkuburan tersebut. Penduduk kampung juga telah mengadakan kenyataan media dan soal jawab dengan media yang datang membuat liputan. Dalam masa yang sama ahli serta kepimpinan Parti KeADILan Rakyat Bahagian Jasin, Parti KeADILan Rakyat negeri Melaka, Angkatan Muda KeADILan Bahagian Jasin dan negeri Melaka telah turut serta memberi sokongan kepada penduduk kampung.

Berikut adalah alasan-alasan kukuh yang diberikan penduduk Kg. Pondok Kempas yang membantah pembinaan tanah perkuburan dan tempat pembakaran mayat di kampung tersebut

1) Pembinaan tersebut tidak langsung mengambil kira sensitiviti penduduk kampung ini yang hampir 100% adalah orang Melayu / Islam.

2) Akan menyebabkan pencemaran alam sekitar melalui pembakaran secara terbuka terhadap upacara pembakaran mayat. Malahan kami penduduk sudah cukup derita akibat pencemaran lalat dan kesan sampingan serangan unggas lain daripada kewujudan 9 buah ladan ternakan ayam di sekitar kampung ini.

3) Kenapakah cadangan pembinaan tersebut dibuat kampung kami, sedangkan masih ada kampung lain yang penduduknya majoriti orang Cina sperti di Machap atau Asahan tidak terpilih untuk tujuan pembinaan tersebut?

4) Kami juga bimbang nilai hartanah di kampung ini akan turut jatuh merundum akibat wujudnya tanah perkuburan itu nanti.

Penduduk kampung juga telah mendapat kerjasama yang baik dari pihak Polis. Perhimpunan telah bersurai kira-kira jam 3.30 petang.

No comments: