Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Ahli Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Ahli Parlimen. Show all posts

Tuesday, June 8, 2010

JK hak, kebebasan mula bermesyuarat - Malaysiakini

Jawatankuasa hak dan kebebasan, Parlimen memulakan mesyuaratnya bagi menentukan sama ada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenakan tindakan kerana kenyataannya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

Anwar tiba pada jam 12.35 tengah hari, sejam selepas jawatankuasa itu bermesyuarat tetapi diarahkan meninggalkan bilik itu.

Ini kerana jawatankuasa yang bersidang belum membuat keputusan berhubung permintaannya supaya perbicaraan diadakan secara terbuka dan dia dibenarkan diwakili oleh peguam.

Beberapa ahli parlimen - Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Loh Gwo-Burne (PKR-Kelana Jaya) cuba memasuki bilik mesyaurat sebagai pemerhati tetapi juga diarahkan keluar.

"Ia adalah jelas. Menurut peraturan, hanya ahli parlimen dibenarkan masuk, tetapi apabila kita membuat bantahan, mereka sedang mempertimbangkannya,” kata Gobind.

Jawatankuasa berkenaan kemudiannya memutuskan bahawa peguam anwar yang juga bekas ketua Majlis Peguam - S Ambiga dibenarkan hadir sebagai pemerhati tetapi beliau tidak benarkan mengambil bahagian.

Pada perbicaraan ini, Anwar akan diminta mengemukakan bukti-buktinya yang mengaitkan 1Malaysia dengan konsep One Israel.

Beliau yang juga ketua umum PKR sebelum ini berkata Apco Worldwide adalah firma yang bertanggungjawab mencetuskan kedua-dua idea 1Malaysia dan One Israel.

Malaysiakini

Monday, June 7, 2010

Kamalanathan, Ho Leng angkat sumpah - Malaysiakini

Dua ahli parlimen baru hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat di hadapan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini.

Mereka adalah MP Hulu Selangor P Kalamanathan (BN) dan MP Sibu Wong Ho Leng (DAP).

Acara mengangkat sumpah Kamalanathan dan Wong diadakan sebelum sesi soal jawab lisan bermula pagi ini.

Kamalathan, 44, seorang perunding perhubungan awam swasta mengalahkan calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil April lalu.

Ditemui wartawan di lobi parlimen, Kamalanathan yang ditemani oleh isterinya, S Shobana, berkata beliau bersedia menghadapi cabaran barunya itu.

"Saya telah mengemukakan 10 soalan kepada Parlimen. Soalan pertama akan dimasukkan ke dalam kertas perintah esok berhubung kebajikan pekerja di sektor perladangan,” katnya.

Wong, 51, adalah ahli dewan undangan negeri Sarawak bagi kawasan Bukit Assek dan juga pengerusi DAP Sarawak.

Ketua pembangkang sarawak itu mengalahkan calon BN Robert Lau Hui Yew dengan majoriti tipis 398 undi pada 16 Mei lalu.

Pandikar Amin berharap kedua-dua anggota Parlimen baru itu dapat memainkan peranan dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Malaysiakini

Monday, May 31, 2010

Anwar Tidak Gentar, Cabar Wakil Rakyat Melompat Nafi Terima Sogokan - TVS

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bimbang jika pihak tertentu menuduhnya berbohong mengenai pendedahan tawaran jutaan ringgit kepada Ahli Parlimen dan ADUN PKR untuk belot.

Sambil menyifatkan mereka sebagai khianat kepada amanah rakyat, beliau berkata rakyat akan lebih bijak menilai dan mengetahui hal sebenar apabila pendedahan dibuat.

Anwar yakin ada hikmah di sebalik insiden 'lompat katak' kerana rakyat dapat melihat sendiri kerakusan yang Umno sanggup berbuat apa sahaja termasuk rasuah demi kuasa.

"Tapi ada baiknya, pengajaran maknanya bukti yang nyata. Umno ini caranya rasuah orang, ugut. Tak boleh ugut, beli. Ini dia kekuatan dia. Zahir kekuatan dia nampak hebat tapi dia kosong. Percayalah saudara. Saya lama dalam Umno ni. Saya ada pengalaman. Orang Umno ni, katalah kalau wang dia dah kuran, kuasa tak ada, ranap. Termasuk Umno Kelantan. Dia tak ada kekuatan, semangat juang tidak ada," kata Anwar.

Ketua Pembangkang berkata demikian depan hampir 10 ribu hadirin di ceramah perdana, di Padang Perdana Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) di Kelantan.

Anwar hadir sempena Kongres nasional PKR ke 6 yang berlangsung di Kota Bharu dari 28 hingga 30 Mei

"Sekarang saya ada maklumat baru. Apa dia maklumat? Saya tau ni katak-katak yang melompat ni, dapat sekurang-kurangnya 2 juta ringgit. dan kontrak. Saya bagitau malam ni, saya ada keterangan yang cukup untuk mengesahkan orang yang lompat knianat ini terima dari ejen Umno 2 juta ringgit," kata Anwar.

Anwar setakat ini belum membuat pendedahan itu kerana menunggu masa yang sesuai, selain ternanti-nanti sebarang penafian Ahli parlimen yang melompat berkaitan tawaran rasuah itu.

Dalam hal ini, Beliau sempat berseloroh dengan para hadirin

"Pertama saya nak orang-orang Umno dan Najib tuduh saya bohong. Nak bagitau Anwar ni berlawak. Dan saya nak dengar orang-orang yang melompat ni nafi. Kemudian saya bagi macam drama hindustan tiga babak. Biar dia terkejut sedikit. Jangan bimbang saya kata ada, ada. Di mana? saya terlupa di mana tapi ada. Kerana puak penyamun ni akan curi habis bukti jadi tak ada," tegas Anwar.

TVS

Tuesday, May 18, 2010

MP Kapar: Jangan buang masa telefon saya - Malaysiakini

Ahli parlimen Kapar S Manikavagam mendakwa telah dilaga-lagakan dengan kepimpinan PKR dan kerajaan Selangor ekoran dakwaannya terdapat penyelewengan dalam syarikat kerajaan negeri, Kuala Semesta Sdn Bhd (KSSB).

"Sejak kebelakangan ini ada pihak yang cuba mengambil kesempatan terhadap isu (KSSB) ini untuk melaga-lagakan saya dengan kepimpinan parti dan kerajaan Selangor.

"Nasihat saya kepada mereka, jangan membuang masa dengan menelefon atau berjumpa dengan saya berhubung isu ini," kata Manikavasagam (kiri).

Wakil rakyat PKR itu bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas siapakah pihak yang dimaksudkannya itu.

Selepas membuat pendedahan minggu lalu, berlaku cabar-mencabar antara beliau dan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim sehingga mendorong 11 ahli parlimen PKR tampil mencadangkan badan bebas bagi menyiasat dakwaan itu.

Kes KSSB itu juga dijadikan salah satu alasan bagi ahli parlimen Wangsa Maju Wee Cho Keong yang mengumum keluar PKR dan menjadi ahli bebas Jumaat lalu.

Selepas dikaitkan dengan tindakan Wee itu, Manikavasagam - dalam satu kenyataan hari ini - sekali lagi menegaskan kesetiaannya kepada PKR.

"Pendirian saya adalah sama dengan pendirian parti untuk menghapuskan segala bentuk gejala rasuah," katanya.

Beliau juga berkata, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibraim telah memberikan jaminan kepadanya bahawa aduannya akan disiasat dengan telus dan terperinci.

"Justeru saya membuat keputusan untuk menyerahkan isu ini kepada ketua umum parti untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dakwaan Manikavasagam itu kini dirujuk kepada Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT), di bawah DUN Selangor.
Malaysiakini

Tuesday, May 11, 2010

Ghafur Letak Jawatan Ahli Parlimen, Angkara Pengumuman Zahrain - TVS

KUALA LUMPUR 11 MEI: Datuk Abdul Ghapur Salleh didakwa Datuk Seri Zahrain Hashim sebagai antara lapan wakil rakyat Barisan Nasional yang menyertai rancangan projek 16 September, bertekad melepaskan kerusi Parlimen.

Mengikut Malaysian Insider, Ahli Parlimen Kalabakan itu mahu mengosongkan kerusinya akhir Mac lalu, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan menolak surat peletakan jawatan itu.

Tindakan Ghafur itu berikutan mahu menjaga maruahnya apabila ada segelintir pemimpin BN peringkat nasional dan negeri melabelkan beliau sebagai “orang Anwar”.

Ghapur dikatakan menghantar surat peletakan jawatan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kira-kira dua minggu selepas pengumuman Zahrain berkaitan projek 16 September.

Ahli Parlimen Kalabakan ini yang dihubungi Malaysian Insider bagaimanapun enggan mengulas isu berkenaan.

TVS

Thursday, April 22, 2010

Ibrahim, Saifuddin bertikam lidah isu saham judi - Malaysiakini

Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali mencabar Saifuddin Nasution (PKR-Machang) mengulangi tuduhan di luar dewan bahawa beliau memiliki saham dalam syarikat judi, Ascot Sports.

"Boleh buat tuduhan di Masjid Pasir Mas, saya tunggu Jumaat ini, atau saya boleh pergi ke Machang atau boleh juga dibuat di luar dewan ini. Kalau dia anak jantan dan bertangunggjawab sebagai pejuang," katanya.

Ibrahim (kanan) berkata sekiranya Saifuddin gagal berbuat demikian, beliau adalah umpama "pemimpin tahi minyak."

Ibrahim membuat cabaran itu berhubung tuduhan yang beliau memiliki saham dalam syarikat judi itu atau syarikat lain berkaitan Tan Sri Vincent Tan; hingga dua Ahli Parlimen itu bertikam lidah ketika mencelah perbahasanrang undang-undang Suruhanjaya Persaingan 2010 di sidang Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin yang juga setiausaha agung PKR dikatakan membuat dakwaan itu ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat akhir Mac lalu.

Berikutan dakwaan itu, Ibrahim telah menghantar satu notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk mengemukakan usul merujuk Saifuddin ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

Bagaimanapun, notis beliau itu ditolak di dalam kamar.

Memperjelaskan kenyataanya, Saifuddin (kiri) menafikan ada mengaitkan Ibrahim dengan syarikat itu atau mana-mana syarikat milik Vincent Tan.

"Yang mendorong Pasir Mas kaitkan saya menuduh beliau ada saham dalam syarikat judi ialah apabila beliau merujuk kepada kenyataan," katanya.

Meminta Ibrahim merujuk kepada handsard Dewan Rakyat, Saifuddin berkali-kali menegaskan bahawa kenyataannya hanya terhenti pada "Pasir Mas pun ada saham juga".

Katanya beliau tidak pula melanjutkan ayat itu dengan mendakwa Ahli Parlimen itu mempunyai saham di dalam syarikat judi.

Sebaliknya Saifuddin berkata, beliau maklum bahawa ahli parlimen Pasir Mas itu pernah memiliki saham di dalam Mara Holdings bernilai RM25 juta sebelum RM5 juta daripada jumlah itu dicairkan.

"RM1 juta diberikan untuk isteri, RM1 juta diberi kepada anak beliau dan RM3 juta lagi beliau buat main politik.

"RM20 juta lagi disimpan dan sekarang saham itu tidak lagi bernilai RM20 juta kerana paper loss, barang kali tinggal RM10 juta," katanya.

Tidak berpuas hati dengan penjelasan Saifuddin yang disifatkan hanya ''putarbelit'', Ibrahim kemudiannya membuat kenyataan untuk membersihkan namanya sendiri.

"Saya nak 'clearkan' perkara ini...saya tidak ada saham ini (Ascot Sport). Kalau Machang kata tersasul, tersilap cakap, saya boleh terima, tetapi kalau tidak, saya tidak akan maafkannya sampai Padang Mahsyar," katanya.

Menamatkan pertelingkahan itu, Pandikar Amin (atas, kanan) menegur semua media massa untuk membuat laporan berdasarkan fakta yang betul.

"Media massa sama ada konvensional atau online atau mana-mana media sekarang ini yang canggih dalam internet itu, tolonglah perbetulkan fakta, jangan sama sekali menyiarkan perkara yang akan mengaibkan seseorang yang tidak bersalah.

"Setiap kita ini perlu bertanggungjawab, saya sebagai speaker, Machang dan Pasir Mas sebagai Ahli Parlimen, begitu juga bloggers, twitters, Facebookowners all this kini-kini, MalaysiaKini ke apa kini, masing-masing punya tanggungjawab terkini juga," katanya.

- Bernama

Malaysiakini

Thursday, April 8, 2010

Pasir Salak Ugut Pukul Ipoh Barat - SK

KUALA LUMPUR 8 Apr - Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran mendakwa Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mengugut untuk memukul beliau di lobi Parlimen pagi tadi.

Semasa sesi perbahasan dalam Dewan, Kulasegaran bangun membangkitkan Peraturan Mesyuarat 26(1P) meminta Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia memanggil Tajuddin memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

"Menggunakan Peraturan Mesyuarat 26(1P), saya minta Tuan Speaker untuk memanggil Pasir Salak kerana menggugut saya di luar Dewan sebentar tadi,

"Beliau juga mengugut untuk memukul saya dan akan menggunakan orang-orangnya untuk pergi ke kawasan untuk memukul saya jika saya tidak tutup mulut.

"Saya minta Tuan Speaker untuk menyiasat perkara ini kerana perbuatan seperti ini tidak seharusnya berlaku di kawasan Parlimen," ulas beliau.

Pandikar berkata beliau akan memanggil Tajuddin untuk meminta penjelasan berkenaan dakwaan Ahli Parlimen Ipoh Barat itu.

SK

Wednesday, March 31, 2010

Nota Ucapan Anwar Ibrahim Di Parlimen Berkenaan Skandal APCO – 30 Mac 2010Nota Ucapan Anwar Ibrahim Di Parlimen Berkenaan Skandal APCO – 30 Mac 2010

MUKADIMAH

Terima kasih kepada Tan Sri Speaker kerana memberi ruang kepada saya untuk memberi penjelasan mengenai peranan dan skop penglibatan firma perhubungan awam bernama APCO. Isu ini wajar diberi perhatian khusus kerana ianya bukan sekadar isu 1Malaysia atau 1Israel atau tohmahan yang dilemparkan kepada saya sebagai seorang agen Yahudi. Namun demikian, isu-isu terbabit ditenggelami jika hendak dibandingkan dengan skandal dahsyat yang bakal didedahkan hari ini; yang tidak bersangkutan dengan kedudukan mahupun reputasi saya atau pun reputasi rakan-rakan saya. Sesungguhnya keselamatan negara kita dalam bahaya. Isu ini membongkar politik kronisme yang membarah serta rundingan sulit pihak tertentu sehingga membelakangkan kepentingan rakyat dan negara. Tidak dapat dinafikan lagi kini wujud ancaman terhadap keselamatan nasional, maklumat strategik negara terdedah kepada agensi perisikan asing dan tercalarnya maruah umat.

Bagi mengelak sebarang keraguan penjelasan saya hari ini bukan sekadar muslihat politik atau tuduhan tidak berasas, Insya Allah, setiap kenyataan saya hari ini akan disokong dengan dokumen, rencana malah salinan perjanjian yang ditandatangani oleh pihak-pihak terbabit.

Sehingga kini Perdana Menteri belumpun memberi sebarang maklum balas terhadap gesaan saya agar segera mendedahkan serta memperincikan bentuk hubungan di antara kerajaan dan APCO, apa skop tugasannya, jumlah peruntukannya, setiap penasihat yang terbabit; peranan serta pengaruh mereka dalam kerajaan.

Selama ini kita hanya dimaklumkan bahawa penglibatan APCO adalah terhad, tetapi kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan kebelakangan ini menunjukkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan membimbangkan.

Ini berdasarkan kepada jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri yang menyatakan:
“Kerajaan ada melantik Syarikat APCO Worldwide Sdn Bhd untuk melaksanakan perkhidmatan berkaitan komunikasi kepada Kerajaan Persekutuan secara menyeluruh…APCO Worldwide juga disarankan menjayakan program untuk mempromosi dan meningkatkan imej Malaysia di luar negara. ”

Manakala bagi pihak APCO sendiri, mereka merumuskan penglibatan mereka seperti berikut:

“APCO’s work has included communication support for a broad range of reform initiatives undertaken by the government of Malaysia, especially in the areas of creating jobs, promoting education, and strengthening delivery of services to the people.”

Kenyataan tersebut sebenarnya membuka pekung serta memunculkan lebih banyak persoalan. Ini bukan syarikat perhubungan awam biasa yang sekadar menulis ucapan mahupun kenyataan akhbar ataupun bertindak melonjakkan imej Perdana Menteri walau itupun amat dikesalkan kerana ianya dilakukan menggunakan dana rakyat. Dilaporkan usaha ini menelan belanja sekitar RM 20 juta. Secara sedar atau tidak kenyataan APCO mengakui bahawa lantikannya adalah untuk membantu strategi komunikasi yang menyeluruh, bermakna firma tersebut terlibat secara langsung memberi bantuan komunikasi di dalam pelbagai inisiatif dan dasar kerajaan. Ini bermakna, APCO terlibat secara langsung dalam mempengaruhi mesej yang disampaikan kepada rakyat dan saya akan terangkan dengan mendalam kenapa perkara ini sangat membahayakan kepada rakyat dan negara.

Pada 18hb Mac 2010, APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan mereka dengan gagasan 1Malaysia, kononnya konsep itu wujud sebelum APCO dilantik sebagai firma perunding.

Penafian yang dibuat oleh APCO itu merupakan usaha mereka untuk mengelirukan kita akan tarikh sebenar firma tersebut terbabit dengan pentadbiran Perdana Menteri sekarang. Penafian tersebut menggambarkan bahawa ianya tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pentadbiran Dato’ Sri Najib Razak, atau Dato’ Sri Najib sendiri, pembantunya atau para penasihatnya.

Sebuah portal berita telah melaporkan pada 28 Julai 2009 setakat mana penglibatan APCO dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato’ Seri Najib.

Antara lain, dilaporkan bahawa perkhidmatan APCO ini diperkenalkan kepada Perdana Menteri oleh Omar Mustapha, penasihat Perdana Menteri yang juga teman lama YB Rembau dan rakan kongsi firma perunding Ethos Consultancy. Saya akan buktikan selepas ini bagaimana perkaitan di antara Omar Mustapha dan APCO sebelum pun APCO dilantik secara rasmi sebagai perunding kerajaan.

Walaupun yang diumumkan kepada negara dan rakyat bahawa 1Malaysia dicetuskan sendiri oleh Perdana Menteri peranan Ethos Consultancy tidak boleh diremehkan. Ternyata kebanyakan dari kita tidak menyedari hubungan akrab eksekutif Ethos dan APCO yang masih berterusan.

Sebab itu kita tidak hairan, sebaik sahaja Dato’ Seri Najib menjadi Perdana Menteri, Omar Mustapha dikhabarkan membawa masuk APCO menjadi perunding komunikasi kerajaan.

Malah, laporan berita tersebut dengan jelas menyatakan bahawa seorang penasihat dari APCO telah pun ditempatkan di pejabat Perdana Menteri sejak dari awal Perdana Menteri mengambil alih.

APCO juga dilaporkan terlibat secara langsung dalam menentukan strategi 100 hari pentadbirannya, termasuklah mesej dan dasar utama seperti 1Malaysia dan inisiatif yang lain.

Berdasarkan laporan tersebut juga pegawai-pegawai kanan kerajaan dikatakan tidak selesa apabila Perdana Menteri ingin menganugerahkan kontrak bernilai RM20 juta kepada APCO untuk meneruskan kerja-kerja rundingan kepada kerajaan. Kontrak itu dijangka dianugerahkan antara bulan Julai dan September 2009; iaitu selepas penglibatan individu dari APCO yang dibawa masuk pada tempoh awal Perdana Menteri mengambil alih.

Semua ini bukan saya yang kata, bukan Pakatan Rakyat yang cipta – semuanya telah pun dilaporkan sejak tahun lalu dan ianya belum pun dinafikan pihak yang dikatakan terlibat.

Sebab itu mengambil kira beberapa peristiwa atau contoh yang berlaku apabila kerajaan ditipu oleh penasihat-penasihat asing sehingga menyebabkan kerugian berbillion ringgit; atau diaibkan di peringkat antarabangsa; saya melihat episod perlantikan APCO ini sebagai satu lagi kelalaian yang boleh merugikan dan membahayakan negara.

Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mengingatkan Perdana Menteri dan kerajaan untuk tidak mengulangi kesilapan dan kelalaian lepas apabila terlalu percayakan penasihat asing sehingga kita tidak memeriksa dengan tepat reputasi mereka serta penglibatan mereka sebelum ini. Apatah lagi perlantikan tersebut diselubungi misteri dan tanpa penelitian.

Dulu, mantan Perdana Menteri mengizinkan kerajaan melantik David Zaidner dari firma Marc Rich untuk menasihati agensi kerajaan dan Bank Bumiputra cuba memanipulasi pasaran timah sedunia sehingga kita kerugian besar. Tidak sewajarnya kita lupa skandal Maminco itu. Mantan Perdana Menteri ketika itu seolah-olah tidak meneliti dahulu rekod David Zaidner, yang diketahui umum tidak suka mengikut peraturan dan undang-undang di dalam amalannya.

Kemudian, episod yang membabitkan Jack Abramoff hanya untuk mendapatkan satu temujanji dengan Presiden Bush dalam tahun 2002 dengan membayar USD$1.2 juta tanpa memeriksa dahulu latar belakang Jack Abramoff. Dalam tahun 2006, kerajaan Malaysia dimalukan apabila Jack Abramoff didapati bersalah menipu dalam satu transaksi kewangan sehingga dipenjarakan dan pada masa itulah semua penglibatan kerajaan Malaysia didedahkan. Abramoff juga merupakan seorang pelobi yang terlibat dalam penipuan tanah kaum peribumi Amerika Syarikat(Red Indian) untuk tujuan pembinaan kasino. Perlantikan Abramoff juga dibuat dengan penuh kerahsiaan dan pasti tidak diketahui umum sekiranya Abramoff tidak diheret ke muka pengadilan di Amerika Syarikat.

Walaubagaimanapun, mantan Perdana Menteri tersebut hanya memberikan tugasan yang spesifik kepada firma Marc Rich dan Jack Abramoff dan tidak melibatkan perjalanan jentera kerajaan yang menyeluruh.

Dalam konteks inilah, kita melahirkan kebimbangan kerana kenyataan keraajaan sendiri menjelaskan bahawa mereka memainkan peranan penting membentuk strategi komunikasi kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya yang melibatkan rakyat. Kenyataan APCO menyatakan:

“will work to assist in strengthening the government’s online and other strategic communication capabilities to speed the delivery of accurate information to the media and public.”

Sekarang, kebimbangan kita bukan sahaja latar belakang APCO, tetapi bentuk penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia dan apakah maklumat yang telah dikongsi oleh kerajaan dengan APCO.

APCO DAN MODUS OPERANDI

Tetapi sebelum kita meneliti dengan lebih dalam kenapa penglibatan APCO secara rapat dengan kerajaan merupakan satu risiko yang wajar kita elakkan, kita perlu meneliti dahulu modus operandi firma-firma seperti APCO.

Hanya dengan memahami modus operandi yang digunakan oleh APCO, baru kita boleh memahami kenapa penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia diselubungi misteri dan rahsia.

APCO memanglah sebuah firma hubungan awam bertaraf antarabangsa. Reputasinya digilap kerana penglibatan tokoh-tokoh yang ada kaitan dengan pentadbiran Amerika Syarikat atau pun ahli-ahli politik di Capitol Hill.

Pada masa yang sama, APCO juga menggunakan khidmat mereka yang mempunyai pengaruh di dalam bidang atau kerajaan masing-masing. Kalau kita lihat senarai Panel Penasihat Antarabangsanya, ahli penasihat APCO termasuklah beberapa tokoh diplomatik dan tokoh perisikan Israel.

Oleh itu, adalah penting untuk Dewan dan rakyat memahami bahawa reputasi APCO adalah sebagai sebuah firma pelobi. Apa fungsi firma pelobi di Washington?

Selalunya mereka akan mengaturkan perjumpaan atau seminar untuk membaiki imej sesebuah organisasi; terutamanya pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi atau rasuah yang buruk di mata dunia.

Jadi, fungsi utama mereka adalah untuk membaiki imej pemimpin-pemimpin (atau badan-badan) yang mempunyai rekod yang tidak baik. Saya akan senaraikan selepas ini contoh-contoh pemimpin sebegini; yang secara tidak langsung kini Perdana Menteri Dato’ Seri Najib telah mendapat penghormatan kerana tergolong dengan pemimpin-pemimpin sebegini.

Untuk menjalankan tugas ini, mereka juga perlu menjaga nama dan reputasi mereka sebagai firma perhubungan awam. Sebab itu ada beberapa perkara penting di dalam modus operandi mereka yang perlu kita fahami.

Pertama – mana-mana pihak yang mengambil APCO sebagai perunding akan menandatangani perjanjian. Salah satu bahagian utama di dalam perjanjian ini adalah mengenai perkara-perkara rahsia; dengan izin “Confidentiality” atau “non-disclosure”.

Reputasi APCO sebagai firma pelobi banyak bergantung kepada kemampuannya menangkis soalan-soalan mengenai peranan dan penglibatannya dengan badan yang melantiknya, terutamanya pemimpin-pemimpin yang berimej buruk ini.

Sebab itu, tidaklah sukar untuk Barisan Nasional ingin mengabui mata rakyat dengan meminta APCO mengeluarkan kenyataan menafikan penglibatan dalam 1Malaysia, atau peranan sebenar dengan kerajaan Malaysia. Biar saya ingatkan rakyat Malaysia tidak mudah untuk diputarbelitkan.

Mereka faham bahawa adalah menjadi sebahagian dari tugas APCO, seperti yang termaktub di dalam perjanjian lantikan bersabit perkara-perkara sulit dan rahsia; untuk melindungi klien mereka dan secara langsung menafikan penglibatan.

Saya ambil contoh dua perjanjian lantikan yang melibatkan APCO. Satu yang ditandatangani oleh kerajaan Malaysia dengan APCO bertarikh 4hb Ogos 2009 yang secara khusus memberi tugasan kepada APCO untuk membaikpulih imej kerajaan Malaysia. Ini mempunyai tandatangan Setiausaha Akhbar Perdana Menteri sendiri, iaitu Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad yang menunjukkan betapa dekatnya APCO dengan Perdana Menteri – sedangkan pada kebiasaannya perjanjian kerajaan hanyalah ditandatangani oleh pegawai-pegawai kerajaan sahaja.

Satu lagi contoh adalah perjanjian lantikan oleh Kerajaan Israel yang melantik APCO untuk menjalankan tugasan yang sama, bertarikh 9hb Januari 1992. Pada jangka waktu yang sama, Ehud Barak masih berkhidmat sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera Negara Israel.

Kedua-dua perjanjian ini dengan jelas menghuraikan peranan APCO sebagai pelobi; yang antara lain perlu menyimpan rahsia-rahsia kerajaan yang diberikan kepada APCO dalam menjalankan tugasan. APCO juga tidak boleh mendedahkan maklumat kecuali diberi keizinan oleh kerajaan Malaysia. APCO malahan terlibat dengan apa yang dipanggil sebagai komunikasi strategik yang menyeluruh.

Kita berhak menuntut kerajaan dan Perdana Menteri datang ke Dewan Rakyat dan berterus terang mengenai perjanjian yang telah ditandatangani dengan APCO – terutamanya semua soalan-soalan yang telah saya timbulkan minggu lalu mengenai tugasan, bayaran, penasihat-penasihat yang terbabit dan pengaruh mereka setakat ini.

Berbalik kepada modus operandi yang kita tekankan tadi. APCO dalam operasinya membentuk pertalian dengan kerajaan-kerajaan yang melantiknya menggunakan firma bersekutu (dengan izin “associates”) di seluruh dunia. Selain Asero, firma bersekutu lainnya adalah Global Political Strategies.

Di Israel, salah satu firma bersekutu adalah Asero Worldwide10 yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel dengan berpangkat Mejar Jeneral. Beliau juga adalah salah seorang penasihat antarabangsa kepada APCO.

Jadi kontrak-kontrak yang melantik APCO tidak semestinya di antara APCO dan kerajaan semata-mata. Kerajaan boleh sahaja melantik firma bersekutu APCO tetapi tenaga pakar dan jaringan penasihatnya serta jaringan sekutunya adalah dari APCO.

Kalau di Israel, lantikan dibuat melalui Asero Worldwide. Contohnya, kontrak lantikan bertarikh 9hb Januari 1992 itu adalah di antara kerajaan Israel dan sebuah firma bersekutu bernama GCI International. Tetapi apabila kita meneliti kandungan perjanjian tersebut termasuk tenaga utama yang akan menjalankan tugas-tugas melobi, salah seorang pengurus kanannya adalah Margery Kraus yang kini merupakan CEO APCO.

Oleh sebab itu, kita perlu berhati-hati dengan penafian oleh APCO bahawa ianya tidak terlibat. APCO sebagai sebuah firma mungkin tidak terlibat dengan idea gagasan 1Malaysia – Apa mungkin Perdana Menteri hadir ke Dewan Rakyat dan menyatakan secara tegas bahawa tidak ada mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO atau firma bersekutu dengan APCO atau penasihatnya yang terlibat dengan gagasan 1Malaysia? Kita pertikai gagasan penting bagi pentadbiran sekarang tidak tergolong dengan apa yang dikira sebahagian dari komunikasi yang menyeluruh.

Bolehkah Perdana Menteri menerangkan adakah sebelum Ethos atau Omar Mustapha; yang dikatakan bertanggungjawab membawa gagasan 1Malaysia bagi pertimbangan Perdana Menteri; Omar Mustapha atau mana-mana eksekutif Ethos tidak mempunyai apa-apa hubungan langsung dengan mana-mana individu yang ada kaitan dengan APCO? Perdana Menteri perlu menerangkan adakah kerajaan atau Ethos atau mana-mana firma yang dilantik kerajaan; pernah melantik Mind Teams Sdn Bhd iaitu nama syarikat sebelum APCO secara rasmi bertapak di Kuala Lumpur. Paul Stadlen yang kini mengetuai APCO di Kuala Lumpur merupakan individu sama yang menandatangani perjanjian bagi pihak Mind Teams Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia. Antara pengarahnya juga adalah Margery Kraus; CEO APCO dan invidu penting yang terlibat dengan akaun di Israel.

Perdana Menteri juga perlu menerangkan kepada Dewan; kenapa Omar Mustapha penasihat yang dipercayai Perdana Menteri dilaporkan membawa APCO untuk menasihati kerajaan dalam dasar-dasar penting terutamanya 1Malaysia? Tidakkah ini menimbulkan persoalan mengenai perkaitan di antara Ethos, APCO dan 1Malaysia? Manakala itu Perdana Menteri beria-ia menonjolkan Omar Musthapa sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah Petronas walaupun ditolak pada mulanya oleh Lembaga Pengarah atas alasan gagal membayar biasiswanya.

Soalan-soalan ini perlu dijawab oleh Perdana Menteri, kerana kita tahu modus operandi APCO yang diselubungi degan rahsia dan melibatkan banyak individu yang bernaung dengannya tetapi menggunakan firma-firma yang berlainan.

REKOD APCO

Kebimbangan kita mengenai penglibatan APCO dengan kerajaan Malaysia banyak bersabit dengan rekod APCO dengan pemimpin-pemimpin yang mempunyai rekod hak asasi manusia atau penyelewengan harta rakyat di seluruh dunia.

Ada dua aspek yang membimbangkan kita – pertama; APCO banyak memberi khidmat untuk memulihkan imej pemimpin-pemimpin sebegini yang menindas rakyat di negara masing-masing. Sehinggakan akhbar The Times of India menulis bagaimana APCO mempunyai diktator-diktator di dalam senarai pelanggannya. Rencana tersebut menyenaraikan antaranya:

“Adolf Hitler was a brilliant propagandist. Narendra Modi too believes in the power of image.

Which is probably why the chief minister hired a US lobbying firm which has serviced clients like former Nigerian dictator Sani Abacha and President-for-life of Kazakhstan Nursultan Abishuly Nazarbayev.

This Washington-based firm, Apco Worldwide, was hired by Modi sometime in August this year, in the run-up to an important Assembly election, to improve his image before the world community. Among its recent clients are Mikhail Khodorkovsky, a former Communist youth leader-turned-Russian billionaire with mafia links.”

Keduanya; mereka yang terlibat dengan APCO mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Israel serta ahli politik Amerika Syarikat yang mempunyai pandangan yang serong terhadap umat Islam.

Soalan saya kepada Perdana Menteri – jika ini reputasi dan rekod APCO yang diketahui umum; apakah mesej yang ingin disampaikan kepada rakyat melalui perlantikan APCO sebagai perunding kerajaan?

Apakah pentadbiran Perdana Menteri mengakui bahawa Perdana Menteri dan partinya Umno adalah setaraf dengan rejim-rejim diktator di dunia; sehinggakan khidmat APCO yang selama ini membaiki imej diktator perlu digunapakai?

Saya ingin kupas kedua-dua aspek dan memberikan bukti bahawa berdasarkan rekod APCO selama ini, sewajarnya kerajaan tidak melantik mereka kecualilah kepakaran yang diperlukan kerajaan adalah kepakaran menggunakan wang untuk membeli pengaruh di Washington.

Dalam tahun 2007, seorang wartawan penyiasat yang terkenal di Amerika Syarikat bernama Ken Silverstein telah menyamar untuk melantik APCO mewakili kerajaan Turkmenistan. Beliau telah melaporkan hasil siasatannya mengenai peranan dan pendekatan APCO membantu membersihkan imej diktator-diktator dunia di dalam sebuah rencana yang disiarkan di dalam Majalah Harper’s. Berikut antara pendedahan majalah tersebut:

“Apco was the first firm I contacted, because it was a natural candidate to represent Turkmenistan: it has experience working not just on behalf of authoritharian regimes in general-the dictatorship of General Sani Abacha in Nigeria, for example, which employed the firm in 1995, the same year it hanged 9 democracy activists.”

Pendedahan Ken Silverstein itu jelas menunjukkan peranan yang dimainkan oleh APCO dalam membantu pemimpin-pemimpin yang begitu buruk rekodnya. Nama-nama yang disebut di dalam pendedahan tersebut termasuklah Barry Schumacher yang juga pernah terlibat di dalam tugasan lantikan kerajaan Israel pada tahun 1992 dan Jennifer Millerwise Dyck, bekas jurucakap CIA dan jurucakap Naib Presiden Dick Cheney; yang rekodnya di dalam perang di Afghanistan dan Iraq kita semua sedia maklum.

Sekiranya YB meneliti laporan tersebut, lebih membimbangkan adalah pendekatan yang diambil oleh APCO dalam menjalankan assignment itu.

Kepada kerajaan yang melantiknya, mereka dijanjikan pertemuan-pertemuan dengan pemimpin Kongres, dialog atau seminar dengan pelbagai institusi untuk memberi imej yang amat berlainan dengan apa yang berlaku.

Kepada pemimpin Kongres dan kerajaan Amerika Syarikat, mereka akan menjaja pertemuan-pertemuan ini sebagai peluang untuk mempengaruhi kepimpinan kerajaan yang melantik mereka sebagai perunding. Tidakkan ini satu amalan yang kurang beretika kerana ia seolah-olah mengambil untung di kedua-dua belah pihak? Bukankah ini satu isu yang besar apabila ada risiko campur tangan semata-mata untuk mendapatkan pertemuan-pertemuan di Washington?

Sebab itu saya akan terangkan selepas ini risiko-risiko yang telah ditanggung oleh negara apabila Perdana Menteri dicucuk hidung oleh Omar Mustapha dan juak-juak dari Ethos untuk melantik APCO.

Senarai pemimpin-pemimpin yang menggunakan khidmat APCO untuk membaikpulih imej diktator adalah panjang dan mengejutkan.

Selain Turkmenistan, Kazakhstan dan Azerbaijan; salah seorang klien APCO yang paling terkenal adalah bekas diktator Nigeria iaitu General Sani Abacha. Mengikut laporan-laporan BBC General Sani Abacha merupakan pemimpin berkedudukan No. 4 yang paling korup di dunia. Semasa pemerintahannya, berbillion-billion dollar dilesapkan. Wang yang dilesapkan oleh orang kanannya sahaja berjumlah USD$2.5 billion.

APCO sebagai firma perhubungan awam yang terlibat dengan komunikasi strategi mempunyai misi untuk melunakkan imej Sani Abacha yang melesapkan wang negara.

Aspek kedua yang membimbangkan kita adalah kehadiran ramainya tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan kerajaan Israel dan organisasi pertahanan negara itu termasuklah agensi perisikan sebagai perunding atau penasihat APCO.

Tidakkah tindakan Perdana Menteri melantik APCO, yang umum diketahui rapat dengan tokoh-tokoh kanan rejim Zionis, merupakan sikap kepura-puraan? Di depan rakyat, kerajaan Barisan Nasional bercakap mengenai perjuangan Palestin, mengutuk rejim Zionist malah merotan pesalah-pesalah rakyat marhaen yang lemah untuk membuktikan ia sebuah kerajaan yang menegakkan Islam – adil atau tidak itu belakang kira.

Tetapi secara senyap di belakang, tanpa pengetahuan rakyat; Perdana Menteri dinasihati secara terus dan dekat oleh sebuah firma yang ditunjangi oleh tokoh-tokoh kanan rejim Zionis? Regim yang memenjarakan Gaza dan menindas baik umat Islam dan mereka yang beragama Kristian di Palestin.

Secara khususnya, saya ingin membawa perhatian Dewan kepada tiga tokoh utama Israel di dalam APCO iaitu Doron Bergerbest-Eilon, Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein14. Ketiga-tiga tokoh ini adalah tokoh kanan rejim Zionis.

Doron Bergerbest-Eilon adalah Ketua Bahagian Keselamatan dan Perlindungan, Agensi Keselamatan Israel. Apa itu Agensi Keselamatan Israel?( Israel Security Agency)

ISA adalah nama rasmi kepada satu organisasi yang cukup busuk namanya di kalangan umat Islam; iaitu Shin Bet. Apa ini Shin Bet? Shin Bet adalah adik kembar kepada Mossad; iaitu agensi perisikan Israel. Bezanya – Shin Bet adalah agensi perisikan dalam negara dan Mossad adalah agensi perisikan luar negara.

Siapa lagi tokoh-tokoh kanan rejim Zionis di dalam APCO? Antaranya Itamar Rabinovich; Duta Israel ke Amerika Syarikat, salah satu jawatan terpenting dalam rejim Zionis. Ini adalah jawatan diplomatik paling kanan dan hanya tokoh paling kanannya sahaja yang menjawat jawatan ini. Begitu juga dengan Shimon Stein iaitu mantan duta Israel ke Jerman. Kedua-dua ini merupakan jawatan diplomatik kanan buat Negara Israel. Kedudukan mereka yang kanan dalam lingkaran diplomatik memperlihatkan keupayaan mereka untuk mempengaruhi serta melobi bagi pihak APCO sekarang.

RISIKO KEPADA NEGARA

Sebab itu kita menimbulkan isu ini kerana ia melibatkan keselamatan dan reputasi negara serta maruah umat.

Kita jelas mengapa kita bangkitkan isu ini. Ianya kerana kita mempertikaikan tindakan kerajaan menganugerahkan kontrak perkhidmatan puluhan juta ringgit kepada sebuah syarikat yang mana ada dari kalangan eksekutif kanannya pernah memegang jawatan tinggi dalam organisasi seperti Shin Bet dan Kerajaan Israel. Kita khuatir kerana pentadbiran Dato’ Sri Najib seperti tidak runsing dan gundah mengambil sebuah firma yang tercemar dengan rekod berkhidmat untuk para diktator dan petindas. Sikap membisu Perdana Menteri pastinya mengundang pelbagai kemusykilan serta persoalan.

Membicarakan persoalan seperti komunikasi menyeluruh, pastinya ia berkait rapat dengan Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Penerangan dan banyak kementerian lainnya. Maknanya APCO mempunyai akses/terdedah kepada jaringan strategik serta penting dan pastinya memberi kesan kepada keselamatan negara. Melantik organisasi asing yang mempunyai rekod seperti APCO, lalu mengamanahkannya dengan tanggungjawab besar serta kemudahan sedemikan rupa pastinya menggadai kepentingan negara. Oleh kerana itu saya menggesa kerajaan agar segara membatalkan kontrak perkhidmatan dengan APCO dan menubuhkan sebuah Suruhanjaya DiRaja untuk menyiasat skandal yang memalukan ini.

———

*Ini bukan sebahagian dari ucapan. Sekadar penilaian dan perbandingan berhubung persamaan di antara 1Malaysia dan 1Israel:

- 1Israel adalah parti gabungan yang dipimpin oleh Ehud Barak yang menang pilihanraya Israel pada tahun 1999. Ia pada asalnya mengumpulkan Parti Buruh, Gesher dan Meimad dan kemudiannya bergabung dengan parti-parti agama Yahudi dan sayap kanan seperti Shas, Meretz dan beberapa parti lain.

- 1Israel menandakan beralihnya dasar Parti Buruh menjadi lebih keras dan bersayap kanan; dengan kemasukan parti-parti lain di dalam gabungan. Ia merupakan gabungan pilihanraya yang mengumpulkan parti-parti perkauman bersayap kanan yang berbeza ideologi dan kepentingannya.

- Sebab itu pendekatan yang diambil oleh Ehud Barak adalah dengan menumpukan kepada perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh 1Israel kepada rakyat untuk mengalih perhatian pengundi daripada perbezaan ideologi parti-parti di dalam 1Israel.

- Platform 1Israel menjanjikan perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik terutamanya di dalam pendidikan dan kesihatan yang terpampang di papan tanda besar.

- Mesej-mesej yang konsisten di papan tanda besar ini adalah tumpuan 1Israel untuk mendahulukan rakyat; dengan mendahulukan perkhidmatan seperti pendidikan dan kesihatan sebelum meluaskan kawasan penempatan Israel.

- Jadi mesej 1Israel adalah “rakyat didahulukan”, mesej 1Malaysia adalah “rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”.

-Satu lagi inisiatif utama kerajaan 1Israel adalah dengan merombak sistem kesihatan. Di bawah 1Israel, fungsi Kementerian Kesihatan diubah dengan menjadi perancang dan mengurangkan penekanan kepada rawatan wad dan hospital – sebaliknya rakyat digalakkan mendapatkan rawatan pencegahan sebelum ke hospital; sama ada di klinik atau dengan ubat-ubatan yang diberikan.

- Maka 1Israel penekanannya adalah klinik, di Malaysia kita ada Klinik 1Malaysia.

- Selain itu di bawah 1Israel pelbagai tabung, yayasan dan kempen dilancarkan secara bertubi-tubi; semuanya di bawah payung 1Israel. Begitulah juga di Malaysia tiap-tiap hari kita disuap dengan pelancaran, yayasan (contohnya Yayasan 1Malaysia), tabung, kampung dan pelbagai lagi – semuanya konsep 1Malaysia.

Anwar Ibrahim

Monday, March 29, 2010

Cikgu Jabar gesa wakil Bebas ‘lompat’ letak jawatan - Harakah

SEPANG, 28 Mac: Bekas wakil rakyat Bebas tiga penggal berturut-turut di Dun Batu Laut, Haji Mohd Jabar Mohd Yusof, 73, menggesa wakil Bebas yang lompat parti meletakkan jawatan dan menyerahkan semula kepada rakyat untuk pilihan raya semula.

Beliau ketika ditemui di kediamannya di Batu Laut, dekat sini berkata, amat tidak wajar mereka membawa kerusi itu kerana dipilih rakyat bukan berdasarkan nama peribadi tetapi atas nama parti, dalam hal ini tentulah kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat (PR).

Beliau memenangi kerusi Batu Laut pada tahun 1974, 1978 dan 1982 yang kini dikenali sebagai Tanjung Sepat dan diyakini merupakan rekod sejarah yang belum dapat dipecahkan oleh mana-mana pemimpin bebas di negara ini serta diakui banyak pihak, kemenangan calon Bebas selama tiga penggal berturut-turut adalah yang amat sukar dilakukan.

"Perbezaan antara saya sebagai wakil rakyat Bebas dengan wakil rakyat itu adalah kerana saya memang calon Bebas dalam pilihan raya dan menang manakala mereka pula menang atas nama PKR dan melompat parti untuk menjadi Bebas," tegasnya yang lebih dikenali dengan nama mesra Cikgu Jabar (gambar) kerana menjadi pendidik di situ lebih 20 tahun sejak tamat belajar.

Meskipun setiap wakil rakyat yang melompat itu, ujarnya, mempunyai agenda peribadi tersendiri adalah lebih baik kerusi itu dikembalikan kepada rakyat untuk mereka memilih wakil rakyat baru.

Dalam pertemuan itu, beliau banyak menceritakan pengalamannya semasa berkhidmat kepada rakyat dengan amanah tanpa mengira penduduk di kawasannya dari mana-mana parti, semuanya akan dilayan sama rata dan paling utama adalah keikhlasan setulusnya tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada mereka.

Cikgu Jabar menghimbau kembali detik-detik bersejarah bagaimana beliau menyaksikan sikap Adun-Adun Umno ketika isu pemecatan Datuk Harun Idris sebagai Menteri Besar Selangor ekoran beberapa isu yang menyelubungi suasana dan akhirnya Datuk Harun digugurkan begitu sahaja lantaran sikap dan penyakit bangsa Melayu yang dipusakai sejak zaman Hang Tuah iaitu hasad dengki dan khianat.

"Kerana tiga penyakit inilah kita dapat saksikan bagaimana keadaan orang Melayu sekarang ini jadi begini... Hang Tuah yang kuat membodek diagungkan, Hang Jebat yang membela kematian Hang Tuah pula yang menjadi mangsa konspirasi," jelasnya lagi serius.

Menurutnya, meskipun beliau Bebas tetapi kerana membela nasib Datok Harun di ketika itu, beliau telah didatangi oleh ketua siasatan dari cawangan khas polis setiap minggu selama setahun.

Malah beliau juga mengakui tidak terlepas dari menjadi mangsa ugutan 'kerat, gunikan dan humbankan ke laut, langgar dan diracun' selepas menang penggal pertama dan bersyukur kerana selamat dari semua ujian berat itu selama tiga penggal menjadi wakil rakyat Bebas.

Cikgu Jabar berharap semua rakyat khususnya orang Melayu akan segera menilai semula keadaan semasa dan perkembangan politik yang berlaku dalam negara dan melakukan pilihan terbaik bagi memastikan kesinambungan kejayaan dan keamanan sebenar dapat dijayakan selama-lamanya.

Harakah

Tuesday, March 23, 2010

Ahli Parlimen PR, BN Setuju '916' Bukan Lagi Isu - TVS

KUALA LUMPUR, 22 MAC - Wakil-wakil rakyat BN dan pembangkang menganggap pelan peralihan kuasa yang dibangkitkan oleh wakil rakyat bebas Zahrain Mohamed Hashim, bukan isu yang perlu dihebohkan atau mempunyai kesan langsung kepada politik negara hari ini.

“Tiada asas, apa yang berlaku pada waktu itu ialah satu gerakan dalaman Umno yang bergerak untuk menjatuhkan kepimpinan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) pada masa itu, itu satu benda yang tidak boleh dinafikan.

“Pertama sekali berdasarkan beberapa kenyataan-kenyataan tidak puashati terhadap kepimpinan Pak lah pada masa itu dan perbahasan di Parlimen oleh wakil-wakil dari Sabah, protes dari beberapa orang wakil Sabah yang dilantik untuk jawatan sekurang2nya Timbalan Menteri untuk menolak tawaran itu, itu protes terhadap PakLah dan Umno Barisan Nasional.

“Saya nak katakan apa yang berlaku untuk 16 September bukan dari pembangkang dan sebagainya tetapi daripada dalaman Umno yang cuba menjatuhkan kepimpinan Pak Lah pada waktu itu. Ia satu sejarah yang tidak boleh dinafikan ada dalam negara kita,”kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz omar.

“Nama-nama yang didedahkan merupakan nama-nama yang digunakan pihak berkenaan untuk menyakinkan, saya juga sempat berjumpa beberapa Ahli Parlimen, mereka katakan pernah diberi janji dan tuduhan contohnya Yang DiPertuan Agong telah perkenan..dikatakan beberapa Ahli Parlimen akan melompat dan mereka tolak bulat-bulat...dan kalau betul seperti apa itu berlaku dan mereka masih tidak melompat ke sebelah sana, saya kagum kerana ini menunjukkn kesetian mereka kepada Barisan Nasional,”kata Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Zahrain Rabu lalu mengemparkan semua pihak dengan mendedahkan nama-nama pemimpin Umno yang mahu melompat ke Pakatan Rakyat.

Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang), Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) diantara nama yang dipetik Zahrain dalam usahanya menyerang Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Parlimen sepanjang tiga hari berturut-turut.

Meskipun Umno mendapat peluru baru untuk menyerang gagasan pembangkang, namun pemerhati politik berpendapat impak tuduhan Zahrain tidak meninggalkan luka pada tubuh Anwar dan Pakatan Rakyat.

“Apa yang berlaku sekarang ini agak ganjil, sebab benda ini pun Umno buat kenapa sekarang kata orang lain tak boleh buat dan macam-macam lagi? Membabitkan Yang DiPertuan Agong dan angkatan Tentera dan sebagainya, mana ada bukti? Isu yang membuang masa, isu yang tidak logik dan tidak masuk akal sebenarnya, benada yang saya pelik dengan orang yang buat laporan polis dan Ibrahim Ali cadang hendak buat suruhanjaya sedangkan mereka pun buat. Menjatuhkan kerajaan lawan dia(Umno) kemudian membeli memujuk dan melompat..benda ini dibenarkan, apa salahnya ?,"kata Penganalisis Politik, Prof. Dr Abdul Aziz Bari.

TVS

Anwar sedia pertahan dakwaan 'One Israel' - Malaysiakini

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mempertahankan dakwaannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan slogan 'One Israel'.

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau juga akan mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai peranan Apco Worldwide - yang didakwanya menghasilkan 1Malaysia dan One Israel - dengan kerajaan pusat.

Katanya, dalam satu jawapan yang diberikan kepada Dewan Rakyat, ia menyatakan bahawa perkhidmatan Apco tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi.

Anwar merujuk kepada jawapan kerajaan terhadap soalan ahli parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani minggu lalu, yang turut mendakwa perkhidmatan firma itu turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.

Menurutnya, beliau mahu kerajaan mendedahkan peranan sebenar Apco, nilai kontrak dan syor-syor firma berkenaan kepada semua kementerian kerajaan.

Malaysiakini

Wednesday, March 3, 2010

Tee Beng dicabar letak jawatan ahli parlimen - Harakah

NIBONG TEBAL, 3 Mac: Para pendokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nibong Tebal mencabar ahli parlimen kawasan itu, Tan Tee Beng yang keluar parti kelmarin supaya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal.



Timbalan Ketua PKR Cabang Nibong Tebal, Mohd Kamil Abu Bakar berkata, ini kerana rakyat memilih PKR sebagai wakil rakyat dan bukan Tee Beng secara peribadi.

“Beliau juga telah mengkhianati amanah rakyat Nibong Tebal. Oleh itu, kami sekali lagi mencabar Tan Tee Beng, sekiranya beliau anak jantan dan tidak bacul, sila lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Nibong Tebal dengan serta merta bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan,” ujarnya.

Tambahnya, PKR Nibong Tebal bersedia menguburkan karier politik Tee Beng dalam pilihan raya akan datang.

Menurutnya lagi, pengumuman keluar parti oleh Tee Beng memang telah dijangkakan.

Ini kerana, katanya, sepanjang menjadi ahli parlimen, tindak tanduk Tee Beng sering menentang arus perjuangan parti dan semangat permuafakatan dalam Pakatan Rakyat.

“Beliau telah memulakan serangan terhadap Ketua KeADILan Cabang Nibong Tebal dengan berbagai fitnah dalam akhbar berbahasa Cina, begitu juga serangan terhadap Adun Jawi.

“Selepas itu beliau meneruskan pula serangannya terhadap Ahli-ahli Majlis MPSP, seolah-olah hanya beliau sahaja yang tahu menjalankan kerja,” ujarnya.

Untuk pengetahuan semua, kata Mohd Kamil, kehadiran Tee Beng sebenarnya telah memporak-perandakan keharmonian PKR Cabang Nibong Tebal.

Tambahnya lagi, Tee Beng cuba memecah-belahkan ahli parti dan cuba membentuk puak dalam parti, namun kelicikannya dapat dihidu dan dibendung oleh Jawatankuasa PKR Cabang Nibong Tebal.

“Kami pendokong parti bukanlah bodoh untuk diperkotak-katikkan oleh orang seperti Tee Beng. Kami sentiasa teguh di belakang pimpinan PKR Cabang Nibong Tebal.

“Kami mengalu-alukan kepergian Tee Beng kerana beliau langsung tidak memberi manfaat kepada parti. Malah sekiranya masih ada saki baki mereka yang mahu mengikut jejak Tee Beng, parti membuka pintu seluas-luasnya untuk mereka pergi,” katanya.

Harakah

12 lagi MP PKR nafi akan keluar parti - Malaysiakini

Dua belas ahli parlimen PKR yang tidak memegang sebarang jawatan parti itu, hari ini menafikan spekulasi yang mereka akan keluar parti.

Mereka turut menyatakan ikrar akan terus menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin Pakatan Rakyat.

Mereka menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Mereka ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah), Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Ab Aziz Ab Kadir (Ketereh), Yusmadi Yusoff (Balik Pulau), S Manikavasagam (Kapar), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Rashid Din (Merbok), Loh Gwo Burne (Kelana Jaya), Amran Ab Ghani (Tanah Merah) and Hee Loy Sian ( PJ Selatan).

Bagaimanapun, Loh dan Gobalakrishnan tidak hadir kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun, tiga lagi ahli parlimen PKR - Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Zulkeflee Nordin (Kulim-Bandar Baharu) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) tidak menandatangani kenyataan tersebut.

Mohsin telahpun mengumumkan keluar PKR pagi ini

Malaysiakini

MP Bagan Serai pula umum keluar PKR - Malaysiakini

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Mohsin (foto), 65, yang dilantik mewakili PKR di kerusi utara Perak adalah ahli parlimen ketiga parti itu yang bertindak keluar parti.

Dua yang lain itu ialah MP Bayan Baru, Zahrain Hashim dan MP Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Pada sidang media, pagi ini di Ampang, Moshin diiringi oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Salehuddin sebelum ini juga muncul pada dua sidang media di mana dua ahli parlimen PKR berkenaan mengumumkan tindakan keluar parti mereka.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Pada pilihan raya umum 2008 lalu, Mohsin yang pertama kali bertanding mengalahkan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin dari Umno dengan majoriti 3,413 undi.

Parlimen Bagan Serai mempunyai 47,111 pengundi berdaftar.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.

Jumlah itu adalah kurang daripada kerusi yang dimiliki oleh sekutunya dalam Pakatan Rakyat, DAP.

DAP mempunyai 28 kerusi, manakala PKR sekarang ini memiliki 27 dan PAS 23.

Bagaimanpun pemimpin DAP dan juga PAS semalam memaklumkan mereka akan terus memberi sokongan kepada ketua umum PKR untuk menjadi Ketua Pembangkang di parlimen.

Isnin lalu, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau bertindak keluar parti kerana tidak bersetuju dengan pendirian PKR berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.

Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

Malaysiakini

Wednesday, February 3, 2010

Wakil rakyat PKR nafi lagi paling tadah - Malaysiakini

Beberapa anggota parlimen PKR yang disebut-sebut bakal keluar parti dan berpaling tadah menyertai BN dan Parti Cinta Malaysia (PCM), hari ini menafikan khabar angin tersebut.

"(Khabar angin) itu semua bohong," kata ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim kepada Malaysiakini.

Zahrain - disebut-sebut antara yang paling berpotensi melompat - bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu dengan alasan sudah menjawabnya dalam satu wawancara baru-baru ini.

"Saya tidak mahu layan lagi (perkara tersebut)," katanya ketika diminta mengulas spekulasi berterusan terhadap kedudukannya setelah bertegang urat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini.

Sejak minggu lalu, khabar angin bertiup kencang, kononnya hampir sepuluh anggota parlimen PKR merancang menyertai Umno dan PCM setelah mengisytiharkan dirinya sebagai wakil rakyat bebas.

Selain Zahrain, nama lain yang disebut-sebut ialah Zulkifli Noordin (Kulim Bandar-Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Rashid Din (Merbok), Wee Choo Keong (Wangsa Maju), Loh Goh-Burn (Kelana Jaya), Azan Ismail (Indera Mahkota) dan Yusmadi Yusoff (Balik Pulau).

Wee tidak dapat dihubungi tetapi yang lainnya menafikan dakwaan tersebut. Manakala penafian bagi pihak Yusmadi dibuat oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri Ahad lalu.

Majoriti dua pertiga

Walaupun sebahagian nama yang disebut-sebut itu dilihat sukar dipercayai akan melompat parti, namun, sekiranya ia menjadi realiti, hasrat BN bagi mendapat majoriti dua pertiga di parlimen akan termakbul.

BN hanya memerlukan lapan kerusi tersebut bagi memperolehi penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Cakap-cakap tersebut semakin menjadi buah mulut apabila penulis kontroversi Raja Petra Kamaruddin pada 31 Januari menulis mendakwa, Zahrain dan sekumpulan lagi wakil rakyat PKR akan menyertai BN secara pakej.

Raja Petra mendakwa, antara mereka ialah dua daripadanya pemimpin Cina - seorang berhutang dengan ah long dan seorang lagi didakwa mempunyai perempuan simpanan di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Mengulas perkara itu, ahli parlimen Kelana Jaya Loh Gwo-Burne berkata, setahunya, tidak ada ahli parlimen berbangsa Cina yang bermasalah sepertimana yang didakwa oleh Raja Petra.

"Tiada ahli parlimen seperti yang digambarkan oleh Raja Petra itu. Ia tidak masuk akal," kata Loh kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Loh mempertahankan tindakan beberapa pemimpin PKR yang dianggap bermasalah kerana mengkritik terbuka pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat seperti Zulkifli, Zahrain dan Tan.

'Dihujani pertanyaan'

Zulkifli dan Zahrain kini dirujuk kepada jawatakuasa disiplin parti kerana bertelagah dengan dua lagi pemimpin popular dalam Pakatan - Guan Eng dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Memetik ahli falsafah Cina Sun Tzu, Loh berkata: "Rakyat yang setia adalah rakyat yang mengkitik pemimpinnya secara terbuka."

Sementara itu, Rashid pula ketika dihubungi berkata, sejak mendengar khabar angin tersebut dua hari lalu, beliau mengaku dihujani pertanyaan pelbagai pihak.

"Saya pun tidak tahu mana ekor, mana kepalanya (cerita ini). Tiba-tiba keluar cerita (melompat) ini," katanya.

Rashid juga menafikan mahu mengkhianati partinya. Tambahan lagi, katanya, beliau juga tidak pernah ditawarkan menyertai parti lain.

"Saya (sejak) dari dulu, kini dan selamanya dengan PKR," katanya secara berseloroh.

Pemimpin-pemimpin PKR lain yang dikaitkan dengan perkara itu tidak dapat dihubungi buat masa ini.

Sementara Yusmadi yang baru pulang dari luar negara pula berkata beliau tidak mengulasnya sekarang kerana tidak sihat.

Malaysiakini

Thursday, November 19, 2009

650 bantah Jais tidak beri tauliah - Malaysiakini

Lebih 650 ahli kariah di Shah Alam membantah tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang tidak memberikan tauliah mengajar agama kepada ahli parlimen kawasan tersebut Khalid Samad.

Bantahan tersebut disuarakan melalui kempen kutipan tandatangan yang digerakkan seorang pegawai khas Khalid sejak seminggu lalu.

Mohd Jamil Abd Rahim, yang juga ahli kariah di Bukit Subang dekat Shah Alam berkata, tandatangan tersebut dijangka diserahkan kepada Jais dalam masa terdekat bersama satu memorandum bantahan.

"Sekarang kita tidak serahkan lagi sebab masih ada (tandatangan) yang masih belum dikutip," katanya hari ini.

Beliau, dengan beberapa anak kariah yang mewakili lebih 20 masjid dan surau di kawasan parlimen itu, mengadakan sidang akhbar di Shah Alam petang ini bagi mendesak Jais mengeluarkan tauliah kepada Khalid.

Anggota Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Izham Hashim, sebagai ahli kariah di situ, mengetuai sidang media.

Kempen kutipan tandatangan itu akan dilanjutkan lagi selama seminggu sebelum tindakan lanjut, katanya.

Dihubungi Malaysiakini pagi ini, Mohd Jamil berkata beliau mengambil inisiatif menganjurkan kempen tersebut bagi mendengar pandangan awam berhubung isu tauliah – yang kini menjadi kontroversi susulan pendakwaan terhadap bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini.

"Sebagai orang yang dipimpin, kami juga mahu memberikan pandangan. Kami turun dan lihat sendiri. Kami tanya ahli-ahli agama.

"Cara Khalid mengajar agama itu mudah difahami. Apabila mengajar ibadat, misalnya, beliau memberikan contoh-contoh yang senang," jelas Mohd Jamil.

"Kita bukan hendak bermusuh dengan pihak Jais. Tetapi persoalannya kenapa tidak diberikan tauliah kepada Khalid? Adakah beliau betul-betul tidak layak?

"Berikanlah hitam putih, jangan beri bermacam-macam alasan seperti tapisan keselamatan."

Dalam surat Jais bertarikh 10 Julai 2008 (foto atas), pemimpin PAS itu diberikan tauliah mengikut kategori-kategori D1 (boleh mengajar atau berceramah) dan D2 (mengajar fardhu ain atau berkitab).

Kebenaran itu bagaimanapun dibatalkan oleh jabatan itu dalam suratnya 28 Oktober 2008 susulan tapisan keselamatan polis Selangor mendapati Khalid, adik kandung ahli parlimen BN Datuk Shahrir Samad, mempunyai "rekod jenayah."

Setelah Khalid meminta penjelasan dalam suratnya hujung September lalu, polis Selangor berkata semakan polis Bukit Aman mendapati beliau mempunyai "rekod jenayah".

Jenis jenayah yang didakwa dilakukan oleh bekas ahli jawatankuasa pusat PAS itu tidak pula dinyatakan dalam surat ibu pejabat polis kontinjen (IPK) Selangor bertarikh 27 Oktober 2009 kepada beliau - yang diterima semalam (foto kanan).

Malaysiakini

Tuesday, November 10, 2009

"Isu Zulkifli Noordin-Sivarasa Saya Dah Selesaikan" - Anwar - mStar

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, isu berkaitan cabaran yang dibuat anggota Parlimen parti itu dari Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin supaya Naib Presiden PKR, R.Sivarasa meletak jawatan telahpun diselesaikan.

Kata Anwar, beliau telah menemui Zulkifli untuk mendapatkan penjelasan dan hasil pertemuan itu beliau berpendapat bahawa cabaran itu adalah tidak perlu.

"Mengenai kenyataan Sivarasa dan Zulkifli itu, kita dapat selesaikan kerana dalam kenyataan amaran saya, saya ingatkan bahawa sesiapa yang mahu pertahankan PKR, agenda reformasi kita, agenda perubahan dan dasar perjuangan dan prinsip yang jelas dan amaran ini menyeluruh dan saya tidak namakan sesiapa.

"Jadi kenyataan Sivarasa menyebut Zulkifli, dan Zulkifli bangkit untuk menyatakan hak dia untuk menjawab. Saya berpendapat jawapan dia tak perlu mencabar sebaliknya hanya perlu dijelaskan.

"Perkara ini sudah dijelaskan dan saya rasa berakhir setakat ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan Zulkifli hari ini yang mencabar Sivarasa yang juga anggota Parlimen PKR untuk meletak jawatan dalam parti. BERNAMA

mStar

Monday, June 15, 2009

Nizar, 4 MP digantung sidang parlimen - Malaysiakini

Lima ahli parlimen pembangkang, termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia kelima-limanya meninggalkan bilik persidangan parlimen atas dakwaan "berkelakuan kasar". Merek berlima juga digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Nga dan Ngeh - kedua-duanya exco kerajaan Pakatan Perak sebelum rampasan kuasa BN, Februari lalu - juga memakai kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut kembali kerajaan yang mereka kuasai tidak sampai setahun sejak Mac tahun lalu.

Malaysiakini

Thursday, April 23, 2009

Digantung dari hadiri sidang Dewan Rakyat, Gobind failkan saman - Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 23 APRIL (SK) - AHLI Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo pagi ini memfailkan saman terhadap empat pihak berhubung dengan pengantungan beliau dari menghadiri sidang Parlimen.

Tindakan saman berkenaan dibuat keatas Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia; Menteri di jabatan Pedana Menteri Mohd Nazri Abdul Aziz; Setiausaha Dewan Rakyat dan kerajaan Malaysia.

Saman berkenaan difailkan berhubung pengantungan beliau selama 12 bulan daripada menghadiri sidang Parlimen berkuat kuasa 16 Mac lalu.

Gobind yang diwakili oleh Karpal Singh & Co memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi ini.

Dalam writ saman berkenaan, beliau menggariskan keputusan menggantung beliau dari Dewan Rakyat selama setahun termasuk kehilangan elaun adalah tidak sah.

Ahli Parlimen Puchong itu didakwa mengeluarkan kenyataan yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri terbabit dalam kes pembunuhan dan juga menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Usul bagi menggantung Gobind telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Mohamed Nazri yang membentangkan usul tersebut 12 Mac lalu.

Turut hadir memberi sokongan kepada Gobind ialah bapanya, Karpal Singh dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurrul Izzah Anwar

SK