Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Tuesday, December 9, 2008

AMK Melaka: Lawat & Bantu Mangsa Banjir di Rembia & Simpang Bekoh

Isnin (08/12/08) - Angkatan Muda KeADILan Melaka telah berkesempatan melawat dan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Taman Awan Biru di Rembia dan Simpang Bekoh yang terjejas teruk dalam bencana banjir semalam.

Rakan-rakan dari Angkatan Muda KeADILan Melaka seperti Sdr. Hairiz (Timb.), Sdr. Zamzizul (Naib), Sdr. Lokman (Setiausaha), dan yang lain-lain telah sampai di Taman Awan Biru tepat jam 1.00 Tengahari. Turut tidak ketinggalan pada hari tersebut Sdr. Yusof Abdullah bekas calon DUN Rembia.

Mangsa di Taman Awan Biru, Rembia yang rata-rata tidak berada di rumah kerana pulang berhari raya, tidak menyangka banjir yang berlaku semalam adalah antara banjir terburuk yang pernah mereka alami sejak tinggal di taman perumahan tersebut. Ada mangsa menyatakan kekesalan mereka kerana terpaksa berhadapan dengan keadaan tersebut sekurang-kurangnya 5 kali sejak mendiami taman perumahan tersebut 2 tahun yang lalu.

Keluhan yang diutarakan kepada pihak berkuasa tempatan seakan-akan tidak endahkan. Tiada tindakan yang benar-benar melegakan penduduk taman perumahan tersebut diambil. Banjir yang berlaku telah meninggalkan lumpur separas buku lali. Keadaan ini telah menyukarkan penduduk untuk membersihkan rumah mereka.

Melalui tinjauan yang dilakukan sistem peparitan yang sempit dan tidak teratur adalah antara punca kejadian tersebut. Pembangunan di kawasan perindustrian berhampiran juga antara punca yang dikenal pasti.

Pada sebelah petang di Simpang Bekoh, Angkatan Muda KeADILan Bahagian Jasin adalah antara kumpulan terawal yang bersama-sama pasukan keselamatan membantu menyelamatkan penduduk setempat. Diketuai Sdr. Zamzizul Nordin, Angkatan Muda KeADILan Bahagian Jasin terpaksa mengharungi air separas pinggang untuk menyelamatkan mangsa banjir.

Dalam keadaan yang cemas masih ada lagi mangsa yang tidak ingin meninggalkan kediaman mereka. Namun begitu dengan kerjasama yang baik dengan pasukan keselamatan mangsa-mangsa yang berada di kawasan terjejas teruk telah berjaya dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir Sek. Men. Keb. Simpang Bekoh.

Usaha Angkatan Muda KeADILan Bahagian Jasin tidak terhenti disitu. Sebaik sahaja semua mangsa selamat dipindahkan, Angkatan Muda KeADILan Bahagian Jasin dan PKR Bahagian Jasin telah mengeluarkan duit belanja mereka sendiri untuk membeli makanan dan barang keperluan harian untuk dihulurkan kepada mangsa banjir.

Menjelang jam 9.00 Malam, Angkatan Muda KeADILan Melaka telah sempat bersama-sama Ket. Angkatan Muda KeADILan Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar serta Angkatan Muda KeADILan Jasin melawat mangsa banjir di pusat perpindahan. Di samping memberi sokongan moral, makanan dan barang keperluan harian telah sempat diagihkan kepada mangsa banjir.

Gambar bakal menyusul kemudian...

Moderator

No comments: