Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Thursday, March 18, 2010

Dialog Royalti Minyak Malam Ini Diteruskan - SK

KUALA LUMPUR, 18 MAC — Dialog royalti minyak anjuran Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) dan Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Rakyat (Gegar) di Kuala Terengganu malam ini diteruskan sebagaimana telah dirancang dengan komitmen akan disertai oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

“Setakat ini, dialog ini diteruskan dan Tengku Razaleigh juga sudah menyatakan komitmen untuk menyertai dialog,” kata Setiausaha Bersama Gegar Zaidan Abdullah ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Ketika ditanya mengenai laporan bahawa tiada permit diberikan, Zaidan yang juga Setiausaha Mampat berkata, majlis tersebut diadakan dalam dewan kawasan persendirian iaitu di Terengganu Ekuestrian Resort sendiri dan biasanya tidak memerlukan permit pihak berkuasa.

“Mengikut amalan-amalan masa lalu, majlis yang diadakan dalam dewan dalam Terengganu Ekuestrian Resort tidak diperlukan permit, cuma kami memaklumkan pihak polis.

“Dalam hal ini, kami juga akan memaklumkan pihak polis mengenai dialog ini,” kata beliau dengan mengharapkan tidak akan timbul sebarang masalah.

Pertemuan malam ini merupakan forum kedua dihadiri oleh Tengku Razaleigh selepas ceramah di Kota Baru akhir Januari lalu.

Pada pertemuan di Kota Baru, beliau yang juga pengasas dan bekas pengerusi Petronas menegaskan bahawa Kelantan juga layak menerima wang royalti hasil pengeluaran minyak, bukannya wang ihsan.

Laporan Bernama semalam menyebut polis Terengganu member amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mencetuskan keadaan tidak aman di negeri itu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata ia termasuk mereka yang cuba mengadakan perhimpunan haram bagi menyerahkan memorandum berhubung royalti minyak kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini.

“Saya ingin menasihatkan pihak-pihak berkenaan bahawa itu bukanlah tempat yang sesuai untuk menyerahkan memorandum atau mengemukakan bantahan kerana Yang di-Pertuan Agong berangkat ke Terengganu di atas urusan-urusan tertentu.

“Saya tidak mahu mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan di atas kehadiran Tuanku untuk melakukan sesuatu yang di luar program yang telah ditetapkan oleh pihak istana,” katanya.

Mampat dan Gegar dilaporkan bercadang untuk menghimpunkan kira-kira 10,000 orang bagi menyerahkan dua memorandum berhubung tuntutan royalti minyak kepada Tuanku Mizan di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.

Mengulas mengenai program ceramah dan dialog yang akan dianjurkan di Terengganu Ekuestrian Resort malam ini, beliau berkata pihaknya belum menerima permohonan permit daripada pihak berkenaan untuk berbuat demikian.

“Setakat ini saya tidak ada menerima sebarang permohonan permit. Kita akan ambil tindakan kepada mereka yang kita rasakan akan menimbulkan masalah keselamatan,” katanya yang menasihatkan penganjur supaya tidak meneruskan program itu bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

-Malaysian Insider

SK

Friday, September 11, 2009

Ahmad Said pertahan anugerah MB daripada Sultan - Harakah

ANALISIS-
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said dilaporkan menolak tawaran Umno pusat untuk melantik beliau menjadi menteri kerajaan pusat yang diusulkan sebagai langkah meredakan persengketaan dua pihak antara kumpulan Ahmad dengan geng bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusuh.

Kemungkinan besar penolakan secara mentah itu kerana menyifatkan usaha Umno pusat tersebut seolah merupakan penyingkiran secara halus kepentingan dan pengaruh politik beliau di Terengganu.

Ahmad dikatakan tidak mendapat sokongan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan bertindak secara sendiri yang akhirnya memberi keuntungan kepada beliau apabila Sultan akhirnya bersetuju melantik Ahmad sebagai Menteri Besar selepas pilihan raya umum pada Mac 2008.

Hasil daripada jawatan itu, secara perlahan beliau mula membina pengaruh dan sokongan daripada beberapa Exco kerajaan negeri. Bagaimanapun beliau masih lagi tidak mencapai majoriti jika dibandingkan golongan pro Idris yang diketuai Adun Ajil, Datuk Rasol Wahid.

Jika mengikut pihak yang memboikot majlis yang diusahakan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu seramai 15 orang maka hanya lapan Adun Umno yang menyokong Ahmad. Dua daripada lapan orang yang hadir itu dikatakan juga kumpulan penyokong Idris.

Muhyiddin menawarkan diri untuk menyelesaikan krisis politik dalaman Umno Terengganu seperti barah yang sudah pecah sehingga rakyat negeri itu turut menjadikan agenda perbincangan di kedai kopi, apabila Pengerusi Perhubungan Umno, Dato? Seri Hishammuddin Hussein,akhirnya turut gagal mengatasi konflik tersebut.

Sebaliknya Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri, terpaksa melalui zaman amat mengaibkan apabila majlis usaha beliau pada 3 September untuk menyatukan dua bertelagah itu, diboikot oleh kumpulan Adun Umno yang menentang Ahmad.

(Gambar:Penyerahan tugas antara Idris dengan Ahmad Said tidak beres)

Beliau dimalukan di khalayak pemimpin Umno Terengganu malah kedatangan beliau disifatkan langsung tidak memberi sebarang manafaat oleh kumpulan pro Idris.

Sepatutnya Muhyiddin mengambil tindakan dan hukuman keatas kumpulan Adun tersebut kerana cuba mencemar dan merendahkan kewibawaan beliau.

Sebaliknya atas kepentingan pengaruh politik beliau untuk menjadi Perdana Menteri beliau lebih bersedia untuk mengalah. Muhyiddin melihat kumpulan Idris masih mempunyai pengaruh kuat dalam politik di Terengganu berbanding Ahmad, sebab itu kemungkinan tersebut menjadi pendorong kepada Umno pusat mengemukakan formula memindahkan Ahmad kepada kerajaan pusat.

Sementara Ahmad pula peka dengan politik Umno pusat. Beliau tidak mudah tertipu usaha licik itu. Kalau Muhyiddin boleh mengalah dengan kumpulan pro Idris kerana tidak mengenakan sebarang tindakan keatas pihak yang memulaukan majlis tersebut, beliau akan tegas dengan jawatan Menteri Besarnya yang dilantik Sultan.

(Gambar: Ahmad Said)

Penolong Setiausaha PAS Terengganu, Haji Hanafiah Ramly memberitahu, Ahmad akan dilantik Senator dan kemudiannya menteri penuh sebagai pertukaran jawatan Menteri Besar beliau.

Ketika dihubungi, beliau berkata tawaran pertukaran jawatan tersebut didakwa, dibuat oleh kepimpinan Umno pusat kepada beliau bagi meredakan krisis dalaman Umno Terengganu.

"Saya terima berita yang cukup luar biasa dan sukar dipercayai. Walaupun begitu dalam politik ini segalanya mungkin akan berlaku.

"Krisis dalaman Umno sudah begtu meruncing. Namun perlu diingat Adun Umno yang kononnya tidak bersetuju dengan Adun Kijal, Ahmad, tidak akan melompat masuk ke mana-mana parti pakatan rakyat.

"Mereka bukan berbalah dari segi prinsip, tetapi hanya dari segi teknikal, sebab itu ia tidak menjejaskan aqidah 'kebangsaan' mereka. Adun Ajil, Rasol yang menjadi ketua '10 budak hitam' sejak pelantikan Ahmad pada Mac 2008 pun sudah membuat kenyataan, tidak akan melompat kepada mana-mana parti," kata Hanafiah.

Beliau berkata, langkah memboikot Muhyidin, merupakan tindakan politik dalaman untuk menekan Muhyidin supaya bertindak melakukan sesuatu terhadap Ahmad Said, kalau Muhyidin perlukan sokongan dan undi mereka untuk berlawan dengan Najib, bagi pemilihan akan datang.

Tambah beliau, Ahmad pun bukan seorang yang berprinsip dan sudah mempunyai 'track record' yang tidak bersih selama ini. Bagi beliau pada hujung usia politik Ahmad yang akan tamat selepas episod itu, lebih baik Ahmad memilih untuk menjadi menteri di pusat daripada Umno menjadi kusut dan kalah pada pilihan raya umum ke 13.

(Gambar: Ahmad Said mempunyai hubungan baik dengan pemimpin PAS di Terengganu)

Bagaimanapun jika Ahmad menerima tawaran itu sudah pasti kumpulan penyokong beliau bertambah risau kerana politik balas dendam daripada kumpulan pro Idris.

Oleh kerana itu dikatakan kumpulan Ahmad juga tidak merestui beliau ke pusat. Dalam pada itu jika sekiranya Ahmad menerima tawaran tersebut siapa pula yang akan dilantik menjadi Menteri Besar?

Apakah Idris masih berminat? Apakah Umno mampu mengubah pendirian Sultan? Idris dikatakan membina rangkaian pengaruh politiknya sendiri terutama semasa menghadapi pilihan raya umum ke 12 lalu. Bagaimanapun beliau gagal menyingkir Ahmad daripada barisan Adun beliau kerana Ahmad juga berpolitik secara ala gangster ketika itu.

Rupanya hanya seorang Ahmad itu, menjadi duri dalam daging kepada beliau yang menyebabkan beliau gagal menjadi Menteri Besar. Dari 23 Adun Umno di Terengganu, 22 Adun menandatangani 'aku janji' menyatakan sokongan penuh kepada Idris kecuali Ahmad.

Krisis tersebut berlanjutan sehingga terdapat perancangan pro Idris mahu mengusulkan undi tidak percaya kepada Menteri Besar bagi menjatuhkan Ahmad.

Sebaliknya Ahmad mengunggut akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) sekiranya usul tersebut dibawa ke Dun. Akhirnya usaha tersebut gagal kerana kumpulan pro Idris tidak berani menghadapi sebarang kemungkinan berlaku pilihan raya di negeri itu memandangkan dalam masa yang sama terpaksa menghadapi PAS._

Harakah

Friday, September 4, 2009

Ramai ADUN Umno boikot Muhyiddin? - Malaysiakini

Dua tokoh utama dalam kumpulan ADUN Umno Terengganu yang menentang menteri besar tidak hadir di majlis untuk merapatkan barisan kepemimpinan negeri yang disertai timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Mantan menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh dan bekas setiausaha perhubungan negeri Datuk Rosol Wahid dan sebahagian besar wakil rakyat BN tidak kelihatan pada perjumpaan di pejabat Umno bahagian Hulu Terengganu itu, lapor Bernama.

Ketika Umno negeri itu dilanda krisis berpanjangan, termasuk desas-desus sembilan wakil rakyatnya ingin melompat menyertai PKR untuk bergabung dengan lapan ADUN PAS, ketiadaan mereka menimbulkan pelbagai spekulasi.

Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan timbalannya Datuk Ahmad Said, yang juga menteri besar, hadir di majlis yang disifatkan sangat penting itu.

Bercakap kepada media selepas pertemuan itu, Muhyiddin dipetik berkata kunjungan dan perjumpaannya ini dengan pemimpin Umno negeri "adalah kritikal" bagi memastikan hubungan dan kerjasama antara mereka terus mantap bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sambil mengakui memang wujud krisis dalaman parti itu di Terengganu, Muhyiddin berkata masalah itu perlu diselesaikan segera supaya ia tidak menjejaskan sokongan rakyat terhadap Umno bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau sendiri menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi mendamaikan dua kumpulan tersebut, antara pemimpin pro-Idris dengan pro-Ahmad.

Tambahnya, lapor agensi berita itu lagi, sebagai sebuah negeri yang disifatkan sebagai "kubu kuat" Umno selepas pilihan raya umum lepas, hubungan dan kerjasama antara pemimpin parti perlu diperkukuhkan kembali di Terengganu.

"Saya tidak melihat ia satu masalah yang tidak dapat diselesaikan. Semua isu yang berbangkit, (melibatkan) hubungan antara kita... bukan ada orang luar nak kacau dan sebagainya.

"Saya melihat Umno dan BN perlu kukuh dan bersatu padu... Terengganu merupakan negeri yang penting kepada kita dan mahu kedudukan ini terus kekal. Sebab itu kedudukan politik dan parti amat mustahak diberikan perhatian," katanya.

Muhyiddin juga percaya tiada wakil rakyat Umno di negeri itu akan
bertindak untuk keluar daripada parti itu kerana mereka merupakan pemimpin yang masih cintakan dan mempunyai semangat yang kuat untuk memperkukuhkan parti.

"Setakat ini, saya tidak dengar (ada pemimpin Umno hendak lompat parti). Saya tidak fikir mereka akan ambil langkah yang boleh merugikan parti," katanya.

Muhyiddin percaya kemelut dalaman itu tidak akan mengancam parti kerana pemimpin-pemimpin yang terlibat hanya menimbulkan rasa tidak puas hati mereka terhadap beberapa perkara melibatkan Umno di negeri ini.

Malaysiakini

Tuesday, June 2, 2009

Bumbung Stadium Gong Badak runtuh - Malaysiakini

Bumbung utama Stadium Bolasepak Gong Badak, Terengganu yang dirasmikan oleh Sultan Terengganu tahun lalu, runtuh kira-kira jam 7.30 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh timbalan pengerusi Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ahmad Tengku Hussein ketika dihubungi hari ini.

Menurut lamanweb Mampat, kejadian itu mengakibatkan sebuah kereta kancul dan empat buah motosikal tertimbus.

Sementara itu, seorang wartawan sambilan - Sazali Mohd Nor - yang dihubungi Malaysia di tempat kejadian berkata, stadium yang berusia kira-kira setahun ini berkapasiti menampung kira-kira 50,000 penonton.

Menurutnya, stadium mempunyai dua bumbung - bumbung tinggi di sebelah kiri dan bumbung rendah di sebelah kanan.

Sazali berkata, yang runtuh adalah kesemua bahagian bumbung tinggi di sebelah kiri.

Sementara itu, sumber yang mengetahui mengenai projek tersebut, berkata beliau tidak terperanjat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, juruperunding-juruperunding yang terbabit dalam projek tersebut telah lama menyuarakan kebimbangan mereka tentang keadaan bumbung utama stadium yang dibuat oleh kontraktor asing.

"Walaupun sudah tahun memintanya dari kontraktor asng tersebut, difahamkan mereka masih belulm menerimanya," katanya.,

Sumber itu berkata, projek pembinaan stadium tersebut dijalankan di bawah penyeliaan Jabatan Kerja Raya.

Malaysiakini

Monday, June 1, 2009

T'ganu: Undi tak percaya jika kemelut tak selesai... - Malaysiakini

Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah bertiup khabar angin bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang DUN Ogos ini jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan.

Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu.

"Mungkin satu usul tidak percaya terhadap Datuk Ahmad akan dibuat dalam sidang dewan yang dijadualkan Ogos ini.

"Kumpulan 18 ADUN masih percaya krisis politik Terengganu akan selesai jika Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Namun, sumber itu berkata, ADUN BN berkenaan berharap pengerusi Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein boleh menyelesaikan kemelut tersebut sebelum sidang DUN bermula.

Katanya, kemelut tersebut dianggap selesai oleh pihaknya jika menteri besar diganti.

Menurutnya, kumpulan 18 ADUN berkenaan mahu isu tersebut dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini.

"Sebab itu dalam pertemuan dengan Datuk Seri Hishammuddin di Putrajaya, kita bercakap semua yang menjadi punca kemelut politik Terengganu," katanya.

Pertemuan tersebut turut membabitkan lapan ketua Umno bahagian Terengganu yang diadakan untuk mencari jalan untuk menyelesasikan kemelut tersebut.

SMS ugutan

Selain Ahmad, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh turut hadir dalam pertemuan di pejabat Hishammuddin di kementerian dalam negeri di Putrajaya itu pada 20 Mei lalu.

Pada 14 April lalu, 10 ADUN BN memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan hari ini selepas beberapa orang daripada mereka menerima SMS ugutan "YB tak sayang nyawa?".

Sebelum itu, sebahagian ADUN BN Terengganu mahu Ahmad digantikan atas alasan tidak berkeupayaan mentadbir negeri itu.

Manakala 10 daripada mereka tidak menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu baru-baru ini apabila tiga daripada mereka menerima SMS ugutan.

Bagaimanapun mereka menghadiri hari terakhir sidang DUN tersebut atas arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sementara itu, sebuah blog melaporkan ada kemungkinan beberapa ADUN kumpulan berkenaan dijangka mengumumkan menjadi ADUN bebas dalam masa terdekat ini.

Bagaimanapun, bekas setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid - salah seorang ADUN yang paling lantang mahu menteri besar digantikan - menafikan laporan blog itu.

"Itu cerita mengarut, kalau saya nak masuk bebas, kita tidak buat senyap-senyap. Kita akan buat sidang akhbar (kalau menjadi ahli bebas)," katanya.

Malaysiakini

Tuesday, April 21, 2009

Ahmad Said lantik pemandu ambulan, guru jadi Pengarah GLC - Harakah

KUALA TERENGGANU, 21 April (Hrkh) - Tindakan melantik seorang pemandu ambulan sebagai Pengarah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) oleh Menteri Besar, Dato' Ahmad Said telah mencetuskan satu lagi kontroversi antara beliau dan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Terengganu.

Menurut sebuah akhbar online beberapa ADUN tersebut mendakwa mereka tidak bersetuju dengan pelantikan pemandu tersebut serta dua lagi bekas guru sekolah rendah sebagai pengarah sebuah anak syarikat dan hospital milik kerajaan negeri di Kuantan, Pahang.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Terengganu, Dato' Rosol Wahid mendakwa pelantikan berkenaan tidak disenangi beberapa ADUN.

Sekurang-kurangnya 18 ADUN yang menggelarkan diri mereka sebagai Kumpulan 18 dikatakan akan memberi tekanan kepada Ahmad bagi membatalkan pelantikan berkenaan.

Pada mulanya hanya 13 ADUN yang bertindak bertentangan dengan Ahmad, namun ada lima lagi ADUN dipercayai akan menyertai kumpulan berkenaan.

"Beliau (Ahmad) cuba untuk menarik penyokongnya (pengundi kawasan Kijal) menyertai pentadbiran negeri dengan melantik mereka ke jawatan-jawatan eksekutif dalam agensi milik kerajaan tanpa mengira sama ada mereka berkelulusan ataupun tidak," katanya yang dipetik daripada laman web tersebut.

Ditanya sama ada kumpulan berkenaan juga akan memberikan tekanan supaya Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Rosol berkata mereka tidak mempunyai niat untuk berbuat demikian.

Sebaliknya mereka mengharapkan satu perubahan dalam pentadbiran kerajaan negeri.

"Jumaat ini adalah harinya, kita dengar Perdana Menteri akan membuat satu keputusan bagi menyelesaikan kebuntuan antara Menteri Besar dan kumpulan ini," katanya. - azm/mks. _

Harakah



Monday, April 20, 2009

Majoriti ADUN BN T'ganu mahu MB letak jawatan - Malaysiakini

Sejumlah 18 daripada 24 ADUN Barisan Nasional (BN) Terengganu kini dipercayai menyokong kumpulan yang mendesak Menteri Besar, Datuk Ahmad Said supaya meletakkan jawatan.

Setiausaha Kelab Penyokong BN Terengganu, Alias Abdullah mendakwa, sehingga hari ini jumlah ADUN yang menolak Ahmad meningkat daripada 10 kepada 18 orang.

Menurutnya, ADUN terbaru menyertai kumpulan mereka termasuklah beberapa exco kerajaan negeri.

"Bagaimanapun, saya tidak dapat mendedahkan nama-nama exco terbabit untuk menjaga kedudukan mereka sekarang," katanya kepada Malaysiakini.

Berikutan tambahan sokongan tersebut, Alias berkata, majoriti ADUN BN Terengganu mahu Ahmad meletak jawatan.

Ditanya apakah tindakan selanjut mereka selepas mendapat sokongan majoriti tersebut, Alias berkata:

"Kita menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti terlebih dahulu untuk menyelesaikan kemelut politik di Terengganu."

Sehubungan ini, Alias menegaskan, pihaknya percaya pucuk pimpinan tertinggi parti akan membuat keputusan yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan negeri Terengganu.

Malaysiakini

Friday, April 17, 2009

MB Terengganu akui pusat salahguna wang royalti - Harakah

KUALA TERENGGANU, 16 April (Hrkh) - Isu penyelewengan serta penyalahgunaan wang royalti petroleum negeri Terengganu yang sering kali dibangkitkan oleh PAS akhirnya diakui oleh Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato' Ahmad Said.

Dato' Ahmad mengakui isu royalti yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam, Mohd Abdul Wahid Endut ada kebenarannya yang kini dalam proses rundingan serta tuntutan kembali.

"Wakaf Mempelam (Abdul Wahid) ada membangkitkan mengenai royalti iaitu wang royalti dibelanjakan untuk membiayai Program Rumah Mesra Rakyat (PRMR) yang dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) diberi kepada kerajaan-kerajaan negeri yang lain.

"Ini memang kita (kerajaan) akui dan kita (kerajaan) telah membuat semakan-semakan dan ini merupakan sebahagian dari rundingan yang perlu kita (kerajaan) kembalikan wang ini kepangkuan negeri Terengganu,"jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menggulung Persidangan Mesyuarat Yang Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (Dun) Terengganu, di Wisma Darul Iman, semalam.

Menurutnya, SPNB telah menggunakan RM873 juta wang royalti minyak Terengganu bagi melaksanakan projek perumahan di seluruh Negara.

Namun begitu, katanya dari jumlah tersebut hanya RM102 juta dibelanjakan bagi projek SPNB itu di negeri ini.

"Ini bermakna, SPNB masih berhutang dengan kita (Terengganu) sebanyak RM771 juta dan tuntutan untuk wang royalty yang dijadikan dana khas yang dibahagi ke negeri-negeri lain adalah sebanyak RM717 juta,"ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri juga sedang berbincang bagi menuntut kembali wang royalti minyak sebanyak RM2.6 bilion yang telah digunakan oleh beberapa kementerian lain.

Menurutnya, beberapa kementerian terbabit menggunakan dana khas (royalti) dalam melaksanakan projek-projek di negeri ini termasuk pembesaran Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) dan pembinaan Lebuhraya Pantai timur (LPT).

Menteri Besar itu menjelaskan dari tahun 2000 hingga tahun 2008 kerajaan Terengganu hanya menerima wang royalti petroleum sebanyak RM6.27 bilion dari kerajaan pusat.

Katanya, jumlah wang yang sepatut diterima oleh kerajaan Terengganu dalam tempoh tersebut adalah RM15.847 bilion.

Ahmad turut mengumumkan kerajaan negeri baru menerima sebanyak RM650 juta dari jumlah yang sepatutnya diterima iaitu sebanyak RM1.394 juta sepanjang tempoh September 2008 hingga Mac 2009. - mks._


Harakah

Thursday, April 16, 2009

Idris tidak dalangi boikot DUN - Malaysiakini

Bekas menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh tidak mendalangi tindakan 10 wakil rakyat Barisan Nasional memulaukan sidang DUN semalam, kata setiausaha Kelab Penyokong Kerajaan Terengganu.

Alias Abdullah menambah, Idris yang juga ADUN Jerteh “tidak tahu-menahu” dengan rancangan tersebut yang dibuat sebelum persidangan dewan bermula jam 9.30 pagi.

"Kalau tidak ada Idris, kami pun boleh buat juga, seolah-olah kami tiada kewibawaan," kata ADUN Alor Limbat itu, menangkis tanggapan bekas menteri besar itu dalang di sebalik tindakan menggemparkan itu.

"Adakah anda ingat kami wakil rakyat cap ayam, macam menteri besar (sekarang)?"

Sepuluh ADUN itu termasuk Idris tidak hadir di dalam dewan semalam dengan alasan nyawa tiga orang daripada mereka terancam susulan mesej SMS yang mengugut mereka jika meneruskan sesuatu tindakan yang tidak dinyatakan.

Bagaimanapun dipercayai mesej itu - yang didakwa daripada seorang pegawai kanan kerajaan negeri - sebagai reaksi terhadap ura-ura untuk membawa usul undi tidak percaya terhadap menteri besar di sidang DUN semalam.

Hadir sidang DUN

Alias menjelaskan, Idris tidak dapat dihubungi untuk dimaklumkan tentang tindakan mereka itu.

"Masa kita pulau, Idris tidak tahu tetapi selepas diberitahu (tentang tindakan itu), dia kata ‘ikut pandai kamu’," katanya.

Tambah Alias, ketua bahagian itu pada sebelah pagi dalam perjalanan dari rumahnya di Besut, kira-kira dua jam berkereta ke Wisma Darul Iman yang menempatkan dewan tersebut.

Idris hadir di sidang DUN pada sesi petang.

Sementara bekas setiausaha badan perhubungan Umno negeri Datuk Rosol Wahid pula berkata, kumpulan 10 ADUN itu memang menolak kepemimpinan Ahmad sebagai menteri besar.

Beliau, juga pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN negeri berkata, pemimpin tertinggi Umno perlu bertindak menggantikan ADUN Kijal dengan segera.

'Kita ada maruah'

"Inilah pendirian 10 ADUN BN. Kita minta beliau (Ahmad) berundur," katanya.

Rosol, yang menerima mesej SMS ugutan tersebut, juga menafikan cakap-cakap bahawa mereka merancang membentuk kerajaan campuran dengan PAS.

Daripada 32 kerusi DUN, pembangkang menguasai lapan kerusi.

Tambahnya, kalau ada dakwaan sedemikian, "ia tidak benar".

Mengulas lanjut perkata tersebut, Alias berkata, “kita ada maruah, kita sama sekali tidak akan tubuh kerajaan campuran dengan PAS.”

"Kita tidak percaya kepada PAS, macam mana hendak tubuh kerajaan campuran?" tambahnya.

ADUN Jabi, Nawi Mohamad, yang mendakwa menyokong 10 ADUN tersebut, memberitahu Malaysiakini hari ini, kemungkinan wakil kumpulan berkenaan berunding dengan PAS.

"Tetapi ini masih ura-ura, kita hendak bincang sesama kita terlebih dahulu sebelum berbincang dengan PAS," katanya.


Malaysiakini

Tuesday, April 14, 2009

ADUN BN Terus Boikot Sidang di Sesi Petang - Siasah

Terkini 3.40 petang

Adun Jertih, Datuk Seri Idris Jusoh menyertai sidang Dun jam 3.20 petang ketika Dun bergelap akibat terputus bekalan elektrik selama dua minit. Turut serta bersama beliau adalah Adun Kota Putera, Mohamad Pahemi Yusof.

Ini bermakna, tinggal sembilan sahaja Adun BN yang tidak masuk Dun.

Ketika mereka tidak masuk Dun pagi tadi, Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin berkata, mereka tidak boikot sidang itu tetapi tidak menyertainya sahaja kerana ada sidang akhbar. Namun pada sebelah petang, apabila sidang akhbar tidak ada lagi, mereka masih kekal tidak menyertai sidang Dun.

Speaker Dun, Datuk Tengku Putera Tengku Awang melarang Adun Batu Burok, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dari meneruskan ucapan pembahasan Titah Pengerusi Penasihat Pemangku Sultan Terengganu jam 3.29 petang.

Ini kerana, Azman enggan berhenti dari menyentuh kerajaan negeri sedang dilanda krisis ekoran tindakan boikot Adun BN.


3.00 petang

HANYA Adun Kemasik, Rosli Othman, sahaja yang menyertai sidang Dun Terengganu di kalangan Adun Barisan Nasional (BN) manakala yang lain masih tidak menyertainya apabila sidang disambung semula jam 2.30 petang.

Wan Hakim Wan Mokhtar pula hanya menyertai sidang ini jam 3.00 petang.

Ini bermakna, hanya 13 termasuk MB dari 24 Adun BN Terengganu menyertainya manakala 11 lagi memboikot sidang kali ini.

Dun Terengganu mempunyai 32 ahli. 10 adalah Exco, satu MB dan lapan Adun PAS. Speaker Dun, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dikira penyokong Ahmad Said.


Siasah

Kemelut politik Terengganu: Lapan ADUN boikot, paksa MB undur - mStar

KUALA TERENGGANU: Lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) memulaukan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pagi ini - yang bersidang buat hari kedua - bagi memaksa Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan.

Kesemua lapan wakil rakyat berkenaan kini berhimpun di sebuah hotel utama di sini dan dijangka mengadakan sidang media kemudian.

Tindakan mengejutkan mereka itu berlaku ketika ada kenyataan sebelum ini bahawa tidak akan ada undi tidak percaya meminta Ahmad, yang dilantik sebagai Menteri Besar Mac 2008, agar meletakkan jawatan.

Tengah malam tadi pula tiga ADUN BN Terengganu membuat laporan polis setelah menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ugutan, dipercayai berhubung kemelut politik di negeri ini.

ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira 12.40 tengah malam manakala ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid pula membuat laporan sama di IPD Hulu Terengganu di Kuala Berang kira-kira 12.30 tengah malam.

Sabtu lalu, Ahmad berkata mana-mana ADUN BN yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula semalam dengan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang menteri besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

"Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata," katanya.


mStar


ADUN BN diugut, 10 boikot DUN T'ganu - Malaysiakini

kemaskini 11.17am Sepuluh ADUN Barisan Nasional memulaukan DUN Terengganu pada hari kedua persidangan selepas beberapa orang daripada mereka menerima ugutan "YB tak sayang nyawa?" malam tadi.

Mereka berada di beberapa tempat di negeri itu kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin, kata ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid kepada Malaysiakini hari ini.

Tiga ADUN penyokong kerajaan membuat laporan polis tengah malam tadi setelah menerima mesej SMS berbentuk ugutan - berhubung usul undi tidak percaya terhadap menteri besar Terengganu - daripada pegawai kanan kerajaan negeri.

Rosol bagaimanapun menafikan ketidakhadiran 10 ADUN tersebut sebagai langkah menjatuhkan Datuk Ahmad Said seperti dispekulasikan sejak minggu lalu.

Selain beliau sendiri, ADUN Paka, Zakaria Abdullah dan ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh membuat laporan polis selepas mendapat mesej SMS jam 11.20 malam.

Mesej yang didakwa dikirim oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri itu antaranya berbunyi "baik jangan teruskan niat YB, YB tak sayang nyawa?".


Malaysiakini


Thursday, January 22, 2009

BN tidak selamat walaupun di kerusi sendiri...

Analisa Kekalahan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu lalu menunjukkan kedudukan BN tidak lagi selamat walaupun di kerusi sendiri.

Ia juga menunjukkan, calon yang memegang jawatan timbalan menteri dan ketua Umno bahagian sekalipun, tidak semestinya menang dalam pilihanraya.

Wan Ahmad Farid kalah kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan majoriti 2,631 undi. Beliau mendapat 30,252 undi manakala lawannya itu mendapat 32,883 undi.

Manakala calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya mendapat 193 undi dan sekaligus hilang wang pertaruhan.

Namun kekalahan tersebut bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sejak awal lagi beliau bukanlah pilihan terbaik untuk bertanding kerusi parlimen tersebut.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, calon BN Datuk Razali Ismail menang dengan majoriti 628 undi ke atas calon PAS, Mohamad Sabu dan seorang calon bebas.

Pemilihan Wan Ahmad Farid dikatakan atas kehendak Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana beliau pernah menjadi setiausaha politiknya.

Ditolak pengundi muda

Ada pemimpin Umno bahagian sendiri sejak awal-awal lagi menyerang peribadinya sehingga menjadi isu utama pembangkang dalam kempen pilihanraya tersebut.

Faktor calon ini telah menjadi faktor utama kekalahan BN dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

Di sana sini para pengundi bercakap mengenai sikapnya sehingga dikatakan telah mempengaruhi pengundi untuk menolaknya.

Tetapi kekalahan BN bukan sahaja disebabkan oleh faktor calon, tetapi terdapat banyak faktor lagi.

Strategi politik pembangunan yang dicanangkan sepanjang kempen pilihanraya kecil tersebut juga tidak menjadi, malah ditolak oleh pengundi muda.

Projek pembangunan besar-besaran yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya tidak berkesan kepada lebih 80,000 pengundi di Kuala Terengganu.

Mungkin mereka sudah muak dengan pembangunan segera yang hanya tiba ketika musim pilihanraya. Golongan muda dan cerdik pandai dikatakan tidak boleh menerima sogokan sedemikian rupa.

Golongan muda mahu pembangunan jangka panjang secara tersusun termasuk peluang pekerjaan untuk mereka.

Ezam turut berkempen

Ramai golongan muda di Kuala Terengganu, termasuk lulusan pengajian tinggi, mengeluh mereka sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka

Agak menghairankan ceramah pemimpin BN termasuk Najib sendiri, kurang mendapat sambutan berbanding ceramah pemimpin pembangkang, khususnya ketua PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah, kehadiran pemimpin lain BN seperti Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin, juga tidak memberi kesan langsung kepada BN.

Khairy sendiri umpamanya tidak segarang ketika berkempen dalam pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh, Ogos lalu.

Barangkali orang yang paling menonjol menyerang pembangkang tidak lain tidak bukan ialah bekas ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor.

Beliau datang menyerang Anwar sebagaimana di Permatang Pauh, tetapi kali ini beliau mendedahkan sepucuk surat yang didakwanya surat damai Anwar kepada mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ezam mendedahkan surat tersebut kononnya untuk menunjukkan sikap hipokrit Anwar iaitu memuji Dr Mahathir pada waktu siang tetapi memaki hamun pada malam hari.

Isu digemari pengundi

Ceramah-ceramah terbuka oleh pemimpin BN hanya dihadiri 100 hingga 200 orang sahaja. Malah sebahagiannya adalah petugas parti yang datang dari luar Terengganu.

Berbeza dengan ceramah pembangkang, khususnya cearmah Anwar, yang dihadiri oleh ribuan orang, khususnya golongan muda.

Anwar juga berjaya membawa isu yang digemari pengundi iaitu pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu, pembelian kapal selam dan Eurocopter.

Isu-isu tersebut sedikit sebanyak berjaya menarik pengundi untuk mendekati PAS dan menjadikan ceramah-ceramah BN hambar dan sunyi.

PAS pula berulangkali memainkan isu pembaziran kerajaan negeri melalui projek Piala Monsun, Taman Tamadun Islam dan sebagainya.

Isu royalti minyak juga ditengahkan oleh pembangkang, khsususnya PAS, menarik minat sebahagian pengundi Kuala Terengganu.

Majoriti 2,631 undi yang diperolehi Abdul Wahid menunjukkan bahawa BN tidak lagi selamat di tempatnya sendiri.

Jika sesuatu tidak dilakukan segera, ada kemungkinan banyak lagi kawasan lain akan jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang.

Dalam pilihanraya umum lalu, lima negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang.


Sumber: Malaysiakini

Wednesday, January 21, 2009

Ezam undang bala

ENTAH apa silapnya pihak tertentu dalam Umno, terlalu mempercayai bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan, Ezam Mohd Nor dan balaci-balacinya, sehingga dibawa berkempen di Kuala Terengganu.

Ezam ternyata membawa padah kepada Umno. Padah kerana penyertaan beliau dalam kempen BN, langsung tidak membantu. Tiada apa-apa kesan dan hanya merugikan masa dan wang Umno sahaja.

Ezam memang tiada modal. Kerjanya hanya membelasah bekas bosnya mantan TPM, Dato' Dato' Seri Anwar Ibrahim. Tujuan Umno menggunakan khidmat Ezam dalam pilihan raya kecil, semata-mata untuk menyerang peribadi Anwar. Tiada sebab lain.

Malah, kali ini beliau melebarkan serangannya kepada Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa. Tujuannya untuk melagakan Anwar dengan PAS, melagakan KeADILan dan PAS.

Maka berceramahlah beliau sehingga 'hendak keluar anak tekak'.

Ezam bak 'ayam jantan yang mengepak-ngepak' apabila apabila media cetak dan elektronik yang menjadi barua BN, memaparkan 'kehebatannya' beserta balacinya mengecam dan memaki hamun Anwar.

Namun rakan-rakan dalam KeADILan tidak terkejut.Mereka hanya ketawa apabila mendengar ceramah Ezam. Bagi mereka Ezam hanya pecacai dan soldadu upahan yang mahu mengaut seberapa banyak 'ghanimah' daripada Umno.

"Dalam KeADILan dulu, dia maki hamun Umno, BN, Abdullah, Najib lagi teruk. Berbakul-bakul dia maki, siap bersumpah 'haram' masuk Umno lagi. Sekarang apa dia cakap?" Soal seorang MP KeADILan yang bukan berbangsa Melayu.

"Kita pergi juga dengar ceramah dia (Ezam), malam kelmarin," kata seorang AJK AMK Terengganu yang ditemui.

"Tapi ceramah dia tidak lebih dari kelentong penjual ubat tenaga batin di jalanan," katanya lagi.

Memang pun. Ceramah Ezam bukannya ada sambutan. Tidak memberi kesan langsung. Malah seorang Ketua Putera Umno sebuah negeri berkata kepada seorang pemberita akhbar harian, "Kami meluat tengok Ezam, apa kena mengena Anwar dengan Kuala Terengganu? Permatang Pauh pun tak jalan (serangan peribadi).

"Lagi banyak dia maki Anwar, pengundi Umno pun lari dari kita (BN)," rungutnya.

Betul juga kata beliau. Di Permatang Pauh, khidmat soldadu upahan ini turut digunakan seluas-luasnya. Malah 'media tiga suku' hampir hari-hari memaparkan laporan ceramah, yang akhirnya menghasilkan hampas sahaja.

Di Kuala Terengganu sekali lagi khidmat beliau digunakan. Orang-orang Umno tahu bahawa Ezam masuk Umno melalui Khairy. Dan bagi mereka Khairy yang membawa Ezam untuk berkempen membantu rakan Khairy, Dato' Wan Farid Wan Salleh.

Tetapi ada kalangan suku sakat Ezam mendakwa, tindakan Ezam membelasah Anwar dibuat kerana mendapat 'blessing' daripada TPM, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.

Jika dakwaan mereka betul, ianya hanya bertujuan untuk menajamkan permusuhan peribadi Najib-Anwar. Jika dakwaan itu tidak betul, Ezam hanya dipergunakan oleh kumpulan Abdullah, untuk melaga-lagakan Najib dengan Anwar.

Kerjanya tidak lain, selain untuk mencerca, menghentam dan melaga-lagakan orang. Apa nilainya seorang yang 'cari makan' dengan hidup dengan cara sebegini?

Saya tidak juga bertujuan untuk menyemakkan ruang yang terhad ini untuk membincangkan soal Ezam semata-mata. Tetapi sekadar memberitahu rakan-rakan dalam Umno bahawa, mengupah Ezam hanya sekadar 'mengabehkan boreh' (menghabiskan beras) dalam guni Umno sahaja.

Ezam sudah tidak relevan. Beliau seumpama 'anjing yang menggigit tuannya'.

Ezam bukan sahaja menikam Anwar dan rakan-rakan dalam KeADILan, malah beliau memperdaya pemimpin PAS mempercayainya. Beberapa tahun selepas melepaskan jawatan Ketua Angkatan Muda, Ezam terus berceramah di pentas PAS dan sering berjumpa dengan pemimpin PAS, termasuk di peringkat AJK Harian.

Pemimpin PAS diperdaya kononnya PAS adalah parti yang akan disertainya selepas KeADILan, bukan Umno. Beliau menjaja keburukan Anwar dan KeADILan kepada pemimpin PAS.

Malah ketika pemimpin PAS, bertanya mengapa beliau masuk Umno, selepas menyumpah seranah parti itu, ada juak-juaknya membayangkan, bahawa kemasukan Ezam dalam Umno, adalah untuk memperbetulkan parti itu dari dalam.

Katanya, Ezam hanya menjadi agen Anwar dalam Umno, untuk menyusun orang-orang Anwar dalam Umno, guna bersatu dengan Pakatan Rakyat dikemudian hari. Entah betul entah tidak. Apapun, sekadar pesanan kepada semua, berhentilah daripada mempercayai Ezam._

Sumber: HarakahDaily



Tuesday, January 20, 2009

Memahami yang tersirat disebalik kemenangan PAS dan kekalahan Umno

Oleh Mohd Sayuti Omar

KEPUTUSAN pilihan raya kecil P36 Kuala Terengganu yang diumumkan jam 9:19 minit malam semalam memberi sekurang-kurangnya tiga natijah dan induksi yang boleh diukurkan oleh tiga kumpulan atau entiti.

Tiga kumpulan dimaksudkan itu ialah dua parti terlibat secara langsung dalam pertandingan itu, Pas dan BN manakala satu lagi kumpulan atau entiti ialah Pakatan Rakyat.

Bagi Pas kemenangan calonnya, Mohd Abdul Wahad Endut dengan mendapat 23,883 undi memberi erti dan makna besar kepada parti itu. Kemenangan itu mengorbarkan semula semangat Pas Terengganu untuk berhadapan dengan BN di masa akan datang.

Kemenangan itu juga menunjukkan Pas masih berpengaruh di Terengganu dan sudah pasti kemenangan itu menjadi titik penting bagi Pas memperkejapkan semula panji-panjinya di negeri berkenaan.

Kemenangan itu juga menunjukkan kepimpinan Pas Terengganu yang cuba diperlekeh dan dipersalahkan kerana gagal mempertahankan kerajaan Terengganu 2004 masih mampu menguruskan parti dan tahu bagaimana mencipta kemenangan.

Apakah kemenangan itu akan menghakiskan prejudis kononnya kejatuhan kerajaan Pas dulu kerana mereka, sebaliknya kerana main jahat melampui Umno dan BN untuk menawan negeri berkenaan? Kalau dilihat secara fikiran teduh begitulah.

Jumlah undi yang diperolehi Abdul Wahid sebanyak 32,883 dan meningkat sebanyak 949 undi berbanding undi diraih oleh Mohammad Sabu pada pilihan raya umum 2008 menunjukkan pengundi Pas tidak lari dan membenci parti mereka. Dalam pilihan raya umum ke -12 lalu Mohamad Sabu mendapat 31,934.

Kemenangan itu memberi petanda ahli dan penyokong Pas Terengganu masih setia dengan parti asal mereka. Kekalahan dan kejatuhan kerajaan 2004 dulu bukan satu perkara menyebabkan mereka lemah, berpaling tadah dan akan mencemuh parti sendiri!

Kesanggupan mereka untuk terus bersama Pas menunjukkan mereka tidak terpesona dengan janji-janji kebendaan yang dibisikkan Umno dan mereka sudah arif ianya adalah permainan dan satu cheap-sale dalam politik. Keteguhan ahli Pas memilih bulan purnama itu memberi gambaran bahawa tawaran wang, rasuah politik tidak mengugah mereka.

Adalah wajar kalau Pesuruhajaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali, serta timbalan-timbalan pesuruhjayanya, Datuk Harun Taib, Datuk Wan Mutalib Embong dan Datuk Abu Bakar Chik serta penasihatnya yang juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri merasakan mereka masih diperlukan untuk mengerakan dan mengemudikan Pas di negeri penyu itu. Kemenangan itu adalah anugerah atas kesabaran dan keulitan jiwa jihad mereka.

Kemenangan itu menjadi penawar dan pembelaan ke atas mereka serta menempis tohmohan kononnya mereka sudah tidak popular dan ditolak generasi muda.

Kononnya pendekatan mereka lapok dan tidak berkembang juga ternafi sama sekali. Justeru mereka juga berhak untuk menuntut kemenangan itu adalah kerana saham mereka begitu tinggi.

Kenapa dikatakan begitu kerana boleh dikatakan 90 peratus pilihan raya itu digerakan oleh jentera pilihan raya Pas negeri Terengganu sendiri yang dikepalai mereka.

Pas Terengganu pada awalnya seakan bergerak bersendirian seperti anak yatim tanpa ada komitmen menonjol dan serius dari beberapa pemimpin peringkat nasional.

Sesetengah pemimpin lebih suka menjadi pemerhati saja dan menanti untuk menepuk tangan di malam pengumuman! Hanya di hari akhir selepas cula menampakkan bulan purnama semakin terang barulah ada pemimpin Pas peringkat nasional turun mencemar duli dan menampilkan diri bergambar di lokasi-lokasi popular di Kuala Terengganu untuk diposting oleh blog-blog peribadi.

Dalam hal ini Pas Terengganu kena berterima kasih kepada sokongan padu dari rakan sejiran mereka Kelantan khususnya. Khabarnya Pas Kelantan telah menggerakkan seluruh tenaga mereka bagi menjamin kemenangan di Terengganu apabila mereka menyedari permimpin mereka di peringkat nasional dikatakan hanya melakukan touch and go sahaja di Kuala Terengganu.

Manakala bagi Umno atau BN pula kekalahan itu sesuatu yang amat memalukan mereka kerana kerusi Kuala Terengganu adalah kerusi miliknya. Majoriti kemenangan Razali Ismail dulu bukan sedikit iaitu, 1,933 undi. Kegagalan itu memberi petunjuk kepada Najib yang dilihat pilihan raya itu ujian percubaan kepadanya yang akan mengambil alih kepimpinan Umno sebulan setengah lagi.

Ramai orang menjadikan pilihan raya kecil itu untuk menguji populariti dan keupayaan Najib yang akan mengambil alih kepimpinan Umno daripada Abdullah Ahmad Badawi Mac depan. Pilihan raya itu sebagai ujian minda umum apakah mereka bingkas melihat Najib atau tidak.

Apabila BN kalah ternyata pengundi di Kuala Terengganu tidak bingkas dan menunjukkan gahirah menanti Najib naik takhta. Ini berlaku terutama dari kalangan pengundi muda seakan tidak mempeduli atau tertarik dengan peralihan kuasa dalam Umno ketika ini.

Strategi Najib mengungkitkan sejarah dan nostalgia bapaknya di Kuala Terengganu ternyata tidak mengusik ilusi rakyat Terengganu. Mungkin mereka sudah sedar zaman ini bukan zaman berilusi dan bernostalgia tetapi zaman melihat kepada realiti, kemampuan dan wibawa seseorang yang bakal menjadi pemimpin.

Kenangan terhadap jasa-jasa Tun Razak Hussein atau membuka semula jejak Tun Razak yang pernah terlekat di Terengganu kira-kira 50 tahun lalu mungkin terkambus dan tertimbus dengan pelbagai penyakit dan dimoraliskan oleh pelbagai skandal dan penyelewengan yang dikaitkan terhadap Najib. Nostalgia itu juga mungkin dinodai sama oleh isterinya, Rosmah Mansor yang dikatakan menjaja kepala tidak bertudungnya di Kuala Terengganu!

Kekalahan itu tidak boleh diletakan pada masalah peribadi calon Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang dijajakan sebagai sombong, eletis dan tidak mesra alam.

Betapa buruk calon tetapi kalau parti dapat memberi keyakinan dan pemimpin tertingginya dapat membuktikan keperibadian tinggi pengundi tetap akan memilih parti. Sebab penekanan ahli sesebuah parti ialah kepada perjuangan bukan peribadi calon. Mungkin isu peribadi tidak sampai lima peratus yang menyumbangkan kekalahan BN itu.

Sementara satu pihak lagi yang turut dinilai dengan keputusan pilihan raya itu ialah Pakatan Rakyat, yang dibentuk oleh gabungan Pas bersama PKR dan DAP.

Secara tidak langsung kemenangan calon Pas itu memberi cerminan Pakatan Rakyat lebih menyakinkan orang ramai berbanding dengan kerajaan BN. Masa ini rakyat sedang menilai kebaikan dan keburukan serta tawaran-tawaran yang dibuat oleh kerajaan BN dan Pakatan Rakyat.

Apabila pilihan raya itu memberi kemenangan kepada pihak Pakatan Rakyat ini menjelaskan tawaran, pendekatan dan politik baru yang dikemukakan Anwar Ibrahim menerusi pakatan itu menarik perhatian umum.

Atau setidak-tidaknya pengundi Pas terus setia menanti untuk melihat tawaran dibuat pakatan berkenaan tanpa menganjakkan sokongan mereka.

Sehubungan itu adalah elok bagi Pakatan Rakyat menjadikan kemenangan itu sebagai pengobaran semula semangat pakatan berkenaan untuk menghadapi pilihan umum ke 13 akan datang. Mungkin kejayaan di Kuala Terengganu itu boleh dijadikan ‘perbai'ah’ baru kalangan Pakatan Rakyat untuk meneruskan semangat asal menumbangkan BN.

Kepada Pas pula kemenangan di Kuala Terengganu itu elok kalau dijadikan sempadan untuk membuka kitab baru dan menutup kitab lama dalam membuat penilaian ke atas Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim.

Kitab baru itu hendaklah mengemukakan pandangan dan keyakinan baru ke atas Pakatan Rakyat. Kitab lama yang mengandungi harapan kepada Umno untuk membela agama dan bangsa mungkin tidak perlu dibaca lain kerana Umno sendiri tidak menunjukkan keikhlasan mereka.

Seperkara lagi kena diingat sudah pasti peristiwa 17 Januari itu Umno akan menjadikan satu iktibar dan pengajaran penting buatnya. Tidak mustahil mereka akan bangkit semula kalau kesilapan dan kelemahan di Kuala Terengganu itu dapat diperbetulkan dalam masa setahun dua ini.

* Penulis dilahirkan di Kampung Gual Nibong, Gual Periok, Pasir Mas Kelantan pada Feb, 1960. Mendapat pendidikan dan pengalaman kewartawanan di Indonesia awal tahun 1980-an. Berkecimpung dalam dunia kewartawan/penulisan buku politik sejak lebih 20 tahun. Sehingga kini telah menghasilkan lebih 45 buah buku politik semasa. Antara buku yang menjadi sebutan "Anwar Ibrahim: Mimpi dan Realiti, "Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa:,"Saya Mahafiraun", "Hitam Putih: Darul Arqam" dan lain-lain. Blog beliau boleh dilayari di msomelayu.blogspot.com - Pengarang

Sumber: KLpos



Friday, January 16, 2009

'Isu etika' punca ketua p'raya berundur

Pegawai pengurus pilihanraya kecil Kuala Terengganu meletakkan jawatan kerana tindakannya boleh menimbulkan isu etika dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) boleh dipertikaikan.

Datuk Mat Razali Kassim (foto), yang juga datuk bandar Kuala Terengganu, semalam menarik diri secara mengejut selepas dikritik oleh PAS sebagai "berat sebelah" dengan dakwaan meminta kakitangan majlis bandaraya itu menyokong BN esok.

SPR berkata ia menerima beberapa aduan melalui surat, telefon, mesej SMS dan pemerhatian suruhanjaya itu sendiri berhubung perkara tersebut.

Beliau menafikan penarikan diri Mat Razali semata-mata akibat desakan pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk pesuruhjaya negerinya Datuk Mustafa Ali.

"Sebagai pegawai pengurus, seseorang harus ada etika tertentu.

"Seseorang pegawai tidak boleh dilihat bias kepada mana-mana pihak, mesti tidak berpihak," kata pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang medianya hari ini di Kuala Terengganu.

"Kita berharap tidak timbul lagi isu (pihak) yang mengatakan SPR berat sebelah.

"Kita pandang berat perkara ini, beliau juga sedar dengan tindakannya itu boleh membuatkan SPR dalam keadaan dipertikaikan."

Beliau berkata, keputusan menggantikan Mat Razali dengan setiausaha MBKT Wan Mustafa Wan Hassan dibuat selepas menerima surat penarikan diri datuk bandar itu dan ia diputuskan dalam satu mesyuarat SPR yang disertai oleh semua anggotanya.

"Saya tidak fikir ia (penarikan diri) akan membawa kesan (negatif) kepada SPR," katanya.

Abdul Aziz berharap pilihanraya kecil parlimen esok dapat mencipta rekod dengan jumlah keluar mengundi sehingga 90 peratus daripada 80,229 pemilih.

Katanya, pilihanraya kecil ini telah berjaya mencatatkan rekod apabila kehadiran 40,000 penyokong BN dan PAS di hari penamaan calon 6 Januari lepas berjalan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Turut hadir di sidang media itu ialah Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Setiausahanya Datuk Ngah Senik.


Sumber: Malaysiakini

Thursday, January 15, 2009

Shamsul Iskandar: Ceramah Perasmian Jentera PRK Kuala Terengganu

Debat Royalti: Wahid Endut vs Wan Farid hari ini

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Hrkh)- Isu royalti Petroleum yang didakwa oleh Kerajaan Persekutuan telah menyerahkan kembali kepada kerajaan negeri Terengganu masih 'samar-samar' dan tidak jelas.

PAS Terengganu yang pernah menerajui kerajaan negeri antara tahun 1999 hingga 2004 pernah menghadapi saat getir apabila hak mendapat royalty disekat serta 'dirampas' oleh kerajaan pusat.

Berikutan itu, kerajaan negeri di bawah pimpinan PAS ketika itu bertindak menyaman pihak Petronas dan Kerajaan Persekutuan kerana didakwa melanggar perjanjian serta Akta Petroleum 1974.

Kini, pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu telah membangkitkan semula isu tersebut apabila Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menyerahkan sejumlah wang RM408.6 juta kepada Menteri Besar Terengganu, Dato? Ahmad Said pada akhir Disember 2008 lalu.

Sehubungan itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) akan menganjurkan satu Majlis Debat Perdana bertajuk 'Royalti: Antara Hak dan Maruah Rakyat Terengganu' yang akan diadakan pada hari ini 2009 (Khamis) jam 8.00 malam di Dewan Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai, dekat sini.

Antara ahli panel yang dicadangkan oleh Mampat iaitu Yang DiPertua PAS Kawasan Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut dengan Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Manakala, pengerusi Debat Perdana itu akan dikendalikan oleh seorang Dekan Universiti Malaya, Profesor Dato' Paduka Dr Muhammad Bakar.

Persetujuan rasmi serta kesanggupan semua pihak ahli panel dan pengerusi debat telah diperolehi penganjurnya (Mampat) kecuali ahli panel dari Barisan Nasional (BN) yang menurut laporan tidak rasmi sebuah media tempatan telah menolak pelawaan debat tersebut.

Pengerusinya, Mohamad Fauzi Abu Samah berkata rasional debat royalti itu diadakan bagi memberi ruang dan peluang seluas-luasnya kepada bakal Ahli Parlimen menjelaskan pendirian dan komitmen masing-masing terhadap isu tersebut.

"Kita (Mampat) mahu isu royalti terus dibela kerana ia (royalti) adalah hak rakyat dan kedua-dua pihak boleh berhujah untuk menjelaskan kekeliruan kepada rakyat," ujarnya ketika ditemui Harakah, hari ini.

Katanya, agenda 'Debat Perdana' yang dicadangkan itu kini telah menjadi pentas baru bagi negara-negara maju menampilkan calon kepimpinan yang bakal bertanding.

Menurutnya, orang ramai dijemput hadir beramai-ramai bagi melihat serta menilai personaliti calon-calon yang bakal bertanding dalam pilihan raya kecil ini. - azm _

Sumber: HarakahDaily



Pakatan: growing likelihood of ‘dirty tactics’ by the BN in KT

Amid mounting pressure on the BN - especially election director and DPM Najib Razak - to secure a win at any costs, concerns are also rising in Pakatan that the overly high number of police deployed in KT will be roped in to act as phantom voters. All eyes are also on civil servants as rumours abound warning them not vote for Pakatan, and on new EC chairman Abdul Aziz …

By Wong Choon Mei

Unusually-high police presence and a growing barrage of verbal attacks against Pakatan Rakyat partner PAS have sparked concerns that the Umno-led Barisan Nasional might again resort to under-handed tactics to win at the Kuala Terengganu by-election due to be balloted this Saturday.

Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak, who faces enormous pressure to win, himself raised the temperature with a volley of red-hot accusations hurled directly at PAS , including labelling the Islamic-based party a ‘kluk klek’ or an unreliable party that does not keep its promises.

Amid the heightening tensions, Pakatan leaders and supporters are beginning to watch with a wary eye the movements of the more than 6,000 police personnel, including from the special branch, who were deployed to KT specially to monitor the by-election.

“Sure, it is partly meant to intimidate you and to give an impression that trouble may be brewing over the horizon, especially if Barisan Nasional does not win the by-election. But this is not the real reason,” said blogger Raja Petra Kamarudin, who is in KT campaigning for Pakatan.

Then what is the real reason?

Said KeADILan information chief Tian Chua : “We are quite confident of winning, provided there are no phantom voters. The large police presence in KT has given rise to worries that they might be roped in to pose as phantom voters on polling day.”

“They are hoping that at least 20,000 to 25,000 of you will not come out to vote. This is quite normal because in any election the best we can expect is a 70% or so voter turnout. 30% of 80,000, therefore, comes to roughly 20,000 to 25,000 ‘no show’ voters,” said the indomitable Raja Petra, uncowed despite his recent arrest under the oppressive Internal Security Act.

“They can then always ‘safely’ increase the voter turnout to 75% and no one will be the wiser. This means they can pad the ballot boxes with about 4,000 to 5,000 ‘additional’ votes with no problems whatsoever. Now can you see why they need 6,000 police personnel in Kuala Terengganu?”

If this is so, then the weather too may favour Najib - for rain has been predicted in KT by the Meteorological Department. According to its website, the morning is likely to be cloudy, while rain is expected in the afternoon.

Abusing the federal machinery and scaring civil servants

The BN has long been accused of ferrying outsiders or ‘mercenaries’ into town to vote for their candidate.

It is a tactic well-known in political circles and has been sharply criticized by the Pakatan and past opponents, who also condemn the ruling coalition for making full use of the gigantic federal machinery to its advantage.

It has been the cause of many a punch-up between supporters and the reason why opponents often stopped buses from coming close to the balloting centre.

But with the thousands of ‘police personnel’ already in place and waiting in the small and erstwhile peaceful coastal town - Pakatan leaders are afraid that voters will be intimidated and prevented from coming out to cast their ballot.

“It is their duty to search for news and secrets. Usually, they are in disguise. I am not sure what is their true purpose but based on past experience, some of their actions were to provoke people and these provocations can lead to something bad,” Terengganu PAS commissioner Mustafa Ali had said.

Even DAP’s rising star Teresa Kok has come out to remind KT folk to vote. She told a recent rally that each vote was not only sacred, it was also secret. Therefore, no one - especially civil servants - need worry that if they voted for the Pakatan, they would be found out and punished, she added.

There have been several rumours flying around KT, warning government servants that they would be punished if they did not vote for the BN.

All eyes on new EC chairman

Meanwhile, KeADILan vice president Mustafa Kamil Ayub has urged KT folk to take extra care over the next few days, and not to let anyone take photo-copies of their identity cards.

“The photocopies can be used to make false identity cards for the phantom voters,” Mustafa said. “Every vote counts. The majority of the winning candidate will not be large. Because of this, we of appeal to outstation voters to come home to KT and vote for the Pakatan candidate.”

The KT parliamentary seat is a three cornered fight between BN’s Wan Ahmad Farid, Pakatan’s Wahid Endut and independent candidate Azharudin Mamat @ Adam. The main battle will however be between the BN and Pakatan candidates.

There are 80,229 voters registered with the Election Commission. About 143 channels have been set up at 36 polling centres spread across the constituency. Of the 1,035 postal voters, 1,001 are police personnel, 27 are from the armed forces, while seven are students studying abroad.

All eyes are also on newly-appointed EC chairman Abdul Aziz Mohd Yusof. Under his predecessor, the commission held a somewhat tarnished image, constantly having to fight off accusations of favoring the BN government.

Will Abdul Aziz perpetuate this unwholesome image, or will he respect the wishes of all Malaysians that the truth prevail, and beginning with KT - put in place long-overdue safeguards for decent and honest fair-play.

Sumber: Suara Keadilan

Wednesday, January 14, 2009

Sokongan Melayu belum jelas, Cina dijangka memihak Pakatan

KUALA TERENGGANU: Menjelang pengundian Sabtu ini, arah aliran sokongan pengundi Melayu di Kuala Terengganu masih belum jelas manakala pola undian pemilih-pemilih Cina pula dijangka beralih kepada pembangkang.

Tinjauan pendapat umum kendalian Merdeka Center menunjukkan kira-kira 11 peratus pengundi masih belum membuat keputusan mengenai calon dan parti yang mereka bakal menyokong.

"Kajian menunjukkan sukar untuk menentukan keinginan memberi undi di kalangan pemilih ketika tinjauan pendapat umum ini dikendalikan.

"Berdasarkan pemerhatian terhadap data dikumpulkan, kajian ini percaya pengundian di kalangan Melayu dijangka berbelah bahagi dengan jurang yang kecil, dengan kemungkinan lapan peratus belum membuat keputusan lagi," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian.

Kata beliau, kecenderungan di kalangan pengundi Cina pula sukar untuk diukur tetapi pemerhatian ke atas respons yang diberikan terhadap isu-isu dibangkitkan menunjukkan sokongan mereka akan sedikit memihak kepada pembangkang.

Malah, kata beliau, pengundi-pengundi kerusi Kuala Terengganu mengutamakan kualiti calon berbanding faktor-faktor lain seperti isu dan parti-parti yang bertanding.

Tinjauan umum itu dikendalikan antara 7 dan 11 Januari lalu untuk menilai persepsi pengundi di sini terhadap isu-isu dan perkembangan yang menyelubungi pilihan raya kecil ini.

Seramai 527 pengundi berdaftar iaitu 408 kalangan pengundi Melayu dan 119 pengundi Cina ditemu bual dalam tinjauan ini.

Tinjauan menunjukkan bahawa majoriti pengundi di bahagian ini, yang majoritinya pengundi Melayu merasakan negeri Terengganu dan negara pada umumnya berada dalam landasan yang betul.

Bagaimanapun penelitian terperinci kajian ini mendapati sentimen pengundi Cina adalah lebih 'berhati-hati' dan rendah berbanding pengundi Melayu.

Kata beliau, di kalangan pengundi Cina isu peringkat nasional lebih mempengaruhi mereka berbanding isu peringkat negeri.

Berhubung kedudukan landasan negara, hanya 36 peratus responden Cina bersetuju bahawa ia berada dalam landasan yang betul dan berbelah bahagi apabila disoal mengenai arah aliran landasan di peringkat negeri, jelas beliau.

Pada masa yang sama, kata Ibrahim, 70 peratus pengundi Melayu mengatakan bahawa "keadaan adalah baik" di peringkat negeri Terengganu.

Mengenai isu-isu yang menyentuh perhatian responden, tambah beliau, 21 peratus pengundi mahu inflasi dikawal, 26 peratus ingin melihat usaha memantapkan Islam, dan 16 peratus mahukan pembangunan berterusan.

Di kalangan pengundi Cina, 53 peratus mahu kerajaan melayan bukan Melayu dengan lebih adil dan 18 peratus yang lain mahu rasuah dihapuskan.

Sumber: mSTAR