Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, November 2, 2009

ANGKATAN MUDA KEADILAN MELAKA MENYAMBUT BAIK PELANTIKKAN PENGERUSI NEGERI YANG BARU

SIDANG MEDIA AMK MELAKA

ANGKATAN MUDA KEADILAN MELAKA MENYAMBUT BAIK PELANTIKKAN PENGERUSI NEGERI YANG BARU.


2 November 2009,

Bukit Baru- Angkatan Muda Keadilan Melaka menyambut baik perlantikkan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Melaka yang baru Saudara Shamsul Iskandar Mohd Akin bagi menggantikan Sdr. Khalid Jaafar yang kini dilantik Majlis Pimpinan Pusat Keadilan.

Terlebih dahulu AMK Melaka mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden Parti Keadilan kerana mengiktiraf anak muda untuk menerajui Keadilan Melaka bagi merealisasikan Harapan Baru Untuk Melaka.

Ternyata pelantikkan ini ibarat sirih pulang ke gagang didalam fokus Keadilan dan Pakatan Rakyat untuk menawan negeri Melaka pada PRU-13 yang akan datang.Sudah tentu perlantikkan ini juga sebagai pemangkin untuk menawan undi orang muda khusus yang berumur 35 tahun ke bawah yang berdaftar di Melaka ini.

Jika dilihat pada masa yang akan datang sebanyak 200,000 pengundi baru yang akan berdaftar di Melaka sebagai pengundi dan ini merupakan fokus dan harapan AMK Melaka untuk menguasai dalam 60% undi generasi Y dan seterusnya mencapai kemenangan di Negeri Bersejarah ini.

Sudah tentu program penambahan ahli merupakan keutamaan kepada kami dan sebagai sayap Parti, AMK Melaka akan menjelajah keseluruk ceruk kampung dan kota untuk merekrut kader-kader baru ini.Ini ditambah pula dengan dasar kerajaan yang tidak pro-rakyat dan hanya memetingkan kapitalis-kapitalis yang berkepentingan dengan ahli-ahli politik UMNO/BN membuatkan orang muda lebih cenderung untuk menyokong PR.

Baru-baru ini juga kita lihat laporan Audit Negara menyatakan defisit perbelanjaan negeri Melaka pada tahun lepas mencecah bilion Ringgit, dan orang muda perlu sedar pembaziran ini.

Juga tidak dilupakan penggunaan Media Baru seperti facebook dan lain-lain dapat merancakkan lagi penyaluran maklumat alternatif kepada anak-anak muda Melaka.AMK Melaka juga akan melaksanakan latihan dan kursus di ranting-ranting dan cabang-cabang bagi menggalakkan lagi penggunaan media baru ini.

Justeru, AMK Melaka melihat perlantikkan Saudara Shamsul Iskandar sebagai Pengerusi Negeri Melaka yang baru merupakan penghubung diantara komponen parti-parti yang bergabung di dalam Pakatan Rakyat. Sudah tentu fokus kita untuk PR memenangi PRU akan datang dan menawan Melaka merupakan objektif paling penting untuk membela rakyat Melaka.


HARAPAN BARU UNTUK MELAKA.


SALAM REFORMASI

HAIRIZ BIN NORDIN.
KETUA AMK MELAKA

No comments: