Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini masih berkira-kira sama ada akan meluluskan peruntukan berjumlah RM5 juta untuk satu projek mitigasi banjir di Sibu.
Peruntukan itu merupakan satu tawaran yang dibuat oleh perdana menteri pada hari terakhir kempen pilihan raya kecil Sibu, Sabtu lalu.
"Kita akan teliti terlebih dahulu, kerana kita belum membuat sebarang keputusan tentang hal tersebut,” katanya dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.
Najib yang juga pengerusi BN mengumumkan bahawa beliau akan menandatangani cek untuk projek tebatan banjir tersebut hari ini, sekiranya mereka menyokong Robert Lau Jr.
"Mari kita membuat perjanjian. Jika anda memberikan sokongan kepada Robert Lau Jr pada hari Ahad, saya akan menandatangani cek pada hari Isnin," katanya seperti dilaporkan sebelum ini.
Lau bagaimanapun tewas kepada calon DAP Wong Ho Leng dengan majoriti tipis 398.
Ketika ditanya, Najib juga enggan mengulas sama ada ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan salah satu faktor kekalahan BN.
Katanya, beliau "tidak mahu membuat spekulasi” berhubung mengenai perkara itu.
Para penganalisis, antara lainnya menyebut, pengundi daripada masyarakat Cina di situ tidak menggemari corak pentadbiran Abdul Taib.
Wajah ketua menteri itu juga tidak banyak dipaparkan dalam bahan-bahan kempen seperti poster di kawasan bandar Sibu, semasa kempen berlangsung.
Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Showing posts with label Sarawak. Show all posts

Tuesday, May 18, 2010
Monday, May 17, 2010
Malaysia opposition beats gov't in Borneo ballot - Yahoo
KUALA LUMPUR, Malaysia – Malaysia's opposition stunned the ruling coalition Sunday with an electoral victory in a Borneo island state that has long been a government stronghold.
Opposition leader Anwar Ibrahim's alliance narrowly wrested a parliamentary seat in the riverside town of Sibu in Sarawak state, where Prime Minister Najib Razak's National Front ruling coalition has enjoyed decades of support among the state's main population of indigenous tribes.
The state is politically crucial because Anwar's three-party alliance needs to win more parliamentary seats there if it wants to achieve its aim of seizing federal power in general elections expected before 2013.
The opposition won the seat by a razor-thin majority of 398 votes out of nearly 38,000 ballots cast, the Election Commission said. The result does not change the balance of power in Parliament, but it indicates the opposition could be gaining a long-elusive foothold in Sarawak.
Most constituencies in Sarawak comprise tribal communities that have traditionally voted for the National Front. Sibu has been under the National Front's control for many years, but two-thirds of its voters are minority ethnic Chinese, who have increasingly accused the ethnic Malay Muslim-dominated government of racial discrimination.
Lim Kit Siang, a senior opposition official, called it "a Sibu miracle."
The National Front had been expected to receive a strong boost after Najib made an unexpected visit Saturday to Sibu, which the ruling coalition won in 2008 general elections with a 3,235-vote majority.
The prime minister pledged to spend 5 million ringgit ($1.5 million) for infrastructure to curb flash floods in Sibu, in addition to funding worth 15 million ringgit ($4.5 million) he had earlier promised for Chinese-language schools.
"It is not because of the by-election, but because we are listening to you," Najib told voters at a campaign rally.
The Sibu seat became vacant after the Front's incumbent died of cancer. Najib's coalition won the last similar special election in peninsular Malaysia last month, bolstering his efforts to regain support for the government.
In the 2008 national elections, the National Front lost more than one-third of the parliamentary seats to the opposition amid complaints of corruption and discrimination against minorities in economic policies.
Yahoo

Labels:
DAP,
Pakatan Rakyat,
Pilihanraya,
Sarawak,
Semasa,
Sibu
Karpal: Najib cabul undang-undang pilihan raya - Malaysiakini
Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu yang berakhir semalam.
Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, sehari sebelum tarikh mengundi seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.
Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan oleh Karpal itu dalam bahasa Inggeris.
“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.
Menurut Karpal, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.
“Ini jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya. Jika tidak berhati-hati, PM akan dihumban ke penjara. Kita mungkin terpaksa adakan pilihan raya kecil di Pekan,” kata Karpal.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen bagi membincangkan dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa 1Malaysia diciplak dari One Israel.

Sunday, May 16, 2010
Terkini: PRK P212 Sibu
Rasmi:
Peratus Keluar Mengundi: 70%
Jumlah Keluar Mengundi: 37,919
BN: 18,447
PR (DAP): 18,845
Bebas: 232
Majoriti (PR): 398
Rosak: 395
Tahniah kepada Seluruh Jentera Pakatan Rakyat dan Pengundi P212 Sibu serta Rakyat Sarawak! Sibu Berani Berubah! Serawak Berani Berubah!
-----------------------------------------------------------------------------------
Terkini: Tidak Rasmi. Pakatan Rakyat (DAP) menang dengan majoriti 398 undi

7.30malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.
DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132
Majoriti 2,817
7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.
DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129
Majoriti 2,236
7.07malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan peningkatan majoriti kepada 2,091 undi. Sebanyak 67 peratus undi sudah dikira.
DAP - 11,901
BN - 9,850
Bebas - 99
Majoriti 2,091
7.03malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.
DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97
Majoriti 1,544
6.50petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.
6.480petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.
6.42petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.
DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89
Majoriti - 914
6.38petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.
DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87
Majoriti - 838
6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.
DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52
Majoriti - 783
Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.
"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."
6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.
6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.
BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41
Majoriti - 1,869
5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.
Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.
5.40 petang: Beberapa peti undi tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.
5.25 petang: Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bergerak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, bandar Sibu.
Di sini, kesemua undi akan dijumlahkan. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya malam ini.
5.05 petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus di depan dengan kelebihan 2,097 undi. Sebanyak 19 saluran atau 13 peratus undi dikira.
BN - 3,493
DAP - 1,396
Bebas - 33
5.00 petang: Proses pengundian selesai.
4.53 petang: Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,119 atau 56.9 peratus pemilih telah keluar membuang undi.
4.30 petang: Keputusan tidak rasmi untuk pusat pengundian yang ditutup awal mendapati BN terus di depan dengan 1,930 undi. Setakat ini, 16 daripada 110 saluran telah dikira.
BN - 2,959
DAP - 1,029
Bebas - 18
Daripada 16 saluran itu, sekurang-kurangnya 10 daripada kawasan Iban.
4.20 petang: Menurut keputusan tidak rasmi daripada 15 saluran, BN masih di depan dengan majoriti 1,784 undi.
DAP 1,024
BN 2,808
Bebas 18
Terdapat 110 saluran di Sibu.
3.44 petang: Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 29,000 orang atau 53.02 peratus.
3.30 petang: Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat pengundian yang telah ditutup menunjukkan DAP ketinggalan 1,029 undi di belakang BN.
DAP mendapat 810 undi, BN 1,839 manakala bebas 15 undi.
Sudah 21 daripada 45 pusat pengundian telah ditutup setakat ini.
3.15 petang: Kiraan tidak rasmi DAP mendapati mereka ketinggalan 500 undi kepada BN.
Daripada 11 saluran, DAP setakat ini memperoleh 619 undi, BN mendapat 1,100 manakala bebas hanya mendapat 11 undi.
3.10 petang: Selepas 21 pusat pengundian ditutup - di kawasan yang jumlah pengundinya sedikit, terutama di rumah-rumah panjang - pada jam 3 petang tadi, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang kelihatan terus pesimis.
"Keputusan daripada lapan pusat pengundian - DAP ketinggalan 540 undi," katanya dalam laman Twitter.
"Masih dapat ditebus - tetapi bergantung pada keajaiban Sibu."
2.50 petang: Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata keputusan hasil kiraan di 10 pusat pengundian yang ditutup awal "tidak baik".
"Bolehkah 2 jam 15 minit lagi menampung kekalahan ini? tanya Lim dalam laman Twitter.
Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 21 telah ditutup (10 ditutup pada jam 1, lima pada 2 petang dan enam pada 3 petang). Manakala dua lagi akan ditutp pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.
2.34 petang: Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 46.29 peratus, sasaran SPR untuk mencapai peratusan sebanyak 80 peratus dalam masa tiga jam lagi dilihat sukar menjadi kenyataan.
"Pada jam 2 petang, sebanyak 63.74 peratus telah mengundi di Hulu Selangor.
"Prospek nampak suram kecuali terdapat peratusan keluar mengundi yang tinggi," tulis tokoh popular DAP Lim Kit Siang dalam laman Twitter beliau.
2.18petang: SPR memulakan pengiraan undi untuk pusat pengundian yang telah ditutup.
DAP juga telah memulakan kiraan tidak rasminya.
Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.
2.15 petang: "PENTING! Peratusan keluar mengundi rendah. Ho Leng mungkin kalah, sila ajak keluarga dan rakan-rakan kamu keluar mengundi!" tulis ahli parlimen Serdang daripada DAP
Teo Nie Ching dalam laman Twitter.
1.41 tengah hari: Setakat jam 1 tengah hari, sebanyak 23,103 atau 42.24 peratus telah membuang undi.
12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 12.30 pagi ini, sokongan terhadap BN dan Pakatan seimbang.
Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sekongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.
12.31 tengah hari: Setakat jam 12 tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 37 peratus atau 20,241 orang.
12.10 tengah hari: Calon SUPP Robert Lau berkata beliau yakin dengan peluangnya kali ini.
Ketika ditemui, beliau bagaimanapun menghentam Malaysiakini yang didakwanya berat sebelah dalam membuat laporan.
Katanya, beliau tidak melihat "artikel yang baik tentang dirinya ditulis."
12.00 tengah hari: Suasana di kawasan Melayu, SK Bandaran Sibu di Jalan Bandong kini lebih panas berbanding kawasan Cina di pusat bandar.
Kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerja keras berkempen di saat akhir di tepi jalan.
Di sebelah BN, kira-kira 50 Pemuda PBB yang kebanyakannya lebih muda dan agresif. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak "BN" dan "Undi nombor satu" setiap kali pemilih melinatas.
Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan lebih senyap dan hanya mengibarkan bendera DAP kepada pemilih.
Ketibaan Ketua Pemuda PAS PKR selepas itu disambut sorakan daripada penyokong BN.
Pihak polis kelihatan berdiri antara kedua-kedua kumpulan penyokong untuk mengawal keadaan.
11.59 pagi: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 11.30 pagi ini, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2% dan bebas sebanyak 0.4 peratus.
11.31 pagi: Setakat jam 11 pagi, sebanyak 15,767 orang atau 28.83 peratus telah membuang undi.
10.50 pagi: Pengerusi SPKR Sarawak Takun Sunggah dan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng memberi amaran kepada petugas PKR kerana mendirikan pondok dalam kawasan 50 meter daripada SJKC Methodist di bandar Sibu.
Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang bagaimana menolaknya selagi Takun tidak menunjukkan kepada mereka undang-undang yang relevan.
Takun kemudiannya kembali dan memberitahu pemberita menurut seksyen 26(C) tiada pihak boleh mendirikan pondok.
Beliau juga memberitahu akan meminta polis mengambil tindakan.
10.45 pagi: Suasana senyap sunyi di SJKC Methodist. Terdapat satu kaunter semakan SPR dan pondok panas DAP kira-kira 50 meter daripada tempat pembuangan undi itu.
Sekumpulan penyokong SUPP berkumpul di situ. Tiada kempen, bendera atau sorakan.
10.34 pagi: Setakat jam 10 pagi, 20.61 peratus atau 11,270 orang telah keluar mengundi.
10.30 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa mendakwa, terdapat ketegangan di SK Kampung Baru sekitar jam 9.45 pagi, tetapi menurutnya telah selesai.
10.10 pagi: Narawi Haron membuang undi di SK HUlu Sungai Merah.
Calon bebas kelihatan itu masih yakin dengan peluangnya apabila mendakwa menerima respons yang baik daripada lawatan daripada rumah ke rumah.
"Saya bangga dengan penyokong sya yang berani melaungkan 'Hidup Narawi' di depan menteri-menteri (BN).
"Saya jangka akan berjaya dapat sekitar 4,000 undi," katanya.
10.05 pagi: Difahamkam setakat jam 9 pagi tadi, 6.33 peratus daripada 3,310 pemilih telah membuang undi.
9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua.
Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.
9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi.
"Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih," katanya selepas membuang undi bersama insterinya.
Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.
9.15 pagi: Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.
Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.
8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa.
Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari.
Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air "pasang" di beberapa sungai.
"Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh," katanya.
8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.
Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi.
Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.

BN,
Pakatan Rakyat,
Pilihanraya,
Sarawak,
Semasa,
Sibu
Zentrum: BN diramal menang - Malaysiakini
Keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu esok akan dipengaruhi sebahagian besar dengan peratusan golongan muda yang bakal keluar mengundi.Golongan muda dalam lingkungan 21 hingga 40 tahun mewakili 42 peratus pengundi di Sibu dan kemenangan kepada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat terletak kepada keupayaan mereka untuk menarik golongan ini menyokong mereka.
Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia, Abu Hassan Abdullah menjangkakan persaingan sengit antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen Sibu.
Beliau berkata kerusi Sibu milik BN untuk dipertahankan, tetapi percaturan ini boleh berubah sekiranya BN tidak berhati-hati kerana ia berada hanya 4 peratus di hadapan Pakatan.
Menurut kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik Zentrum, keputusan lewat malam semalam menunjukkan BN mendahului dengan 52.2 peratus berbanding Pakatan/DAP yang mendapat sokongan 47.6 peratus. Calon Bebas pula hanya mendapat kepercayaan 0.2 peratus.
Abu Hassan berkata Pakatan masih di belakang di semua tiga kerusi DUN iaitu Bawang Assan, Pelawan dan Nangka, yang terletak di kawasan parlimen Sibu.
“Keputusan pilihanraya esok banyak bergantung pada golongan muda membuang undi. Mereka dilihat sebagai pro-Pakatan, menurut kajian kami,” katanya kepada Malaysiakini.
“Kajian kami menunjukkan kebanyakkan golongan muda antara 21 hingga 40 di Sibu serta di pelusuk Malaysia adalah pro-Pakatan. Tetapi kajian ini tidak bermakna sekiranya, mereka tidak mengamalkan hak mereka untuk membuang undi.”
Kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari terakhir kempen, menggambarkan pertempuran sengit untuk memenangi hati pengundi khasnya golongan pemuda di sana.
Menurut pensyarah dari Universiti Malaya itu lagi, majoriti golongan berusia, khususnya di kawasan pendalaman dan hulu Sibu masih berpihak kepada BN, dan keputusan esok banyak bergantung kepada peratusan golongan muda mengundi.
BN dan Pakatan, katanya harus mencari jalan untuk memastikan pe4nyokong masing-masing keluar mengundi.
Menurut Abu Hassan, trend yang sama dijangka pada pilihan raya umum ke 13 nanti dan kejayaan terletak kepada keupayaan BN dan Pakatan menarik golongan muda.
Beliau juga berkata semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, golongan muda mewakili 47 peratus daripada jumlah pengundi.
Walaupun demikian, katanya hanya 18 peratus daripada golongan itu yang keluar mengundi pada hari tersebut, manakala hampir 30 peratus lagi tidak mengundi walaupun layak.
Dakwanya majoriti golongan tersebut merupakan penyokong Pakatan tetapi mereka tidak keluar.
“Perkara ini agak pelik walaupun mereka berkata mereka menyokong Pakatan dalam kajian kami.
“Saya rasa ada antara alasan diberikan adalah golongan muda yang mempunyai persepsi tidak hendak bersusah payah beratur berjam-jam menunggu giliran untuk mengundi. Ini harus dikaji oleh pemimpin politik,” katanya.
Zentrum merakamkan maklum balas responden melalui audio visual, untuk mengkaji sentimen mereka dalam apa yang mereka namakan kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik.
Abu Hassan juga menolak kenyataan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kononnya kejayan BN merampas Hulu Selangor sebagai bukti yang melambangkan golongan muda telah kembali ke pangkuan BN.
Sebaliknya, menurut beliau kejayaan itu kerana golongan muda tidak mengundi.
Menurut Abu Hassan jika trend yang sama berulang di Sibu, maka BN akan menang.
“Sekiranya, kehadiran golongan muda keluar mengundi bertambah, maka DAP berpeluang merampas Sibu dengan majoriti tipis iaitu dengan undi kurang 1,000 ke bawah,” katanya.
Malaysiakini
Labels:
Pakatan Rakyat,
Pilihanraya,
Sarawak,
Semasa,
Sibu
Wednesday, May 12, 2010
SUPP Dikesali Bakar Sentimen Kristian Benci Parti Islam - TVS
Menteri Besar Perak yang digulingkan Barisan Nasional, Nizar Jamaluddin membidas SUPP kerana menyebarkan fitnah 'negara Islam' dalam usaha untuk menakut-nakutkan pengundi Sibu, dan bagi meraih sokongan kepada calon BN, Robert Lau.
Bercakap kepada pemberita di sidang akhbar hari ini, Nizar berkata Parti Islam Se-Malaysia kesal SUPP-BN menyebarkan fitnah dan melakar imej pemimpin Pas sebagai tidak bertamadun dan ganas.
Nizar berkata demikian menjawab tuduhan SUPP bahawa Pas mahu mewujudkan 'negara Islam'. BN dipercayai menggunakan isu negara Islam dalam usaha untuk menyekat sokongan masyarakat Kristian kepada Pakatan Rakyat.
Masyarakat Kristian membentuk 53 peratus dari jumlah pengundi Sibu. Pas yang aktif membantu kempen Pakatan Rakyat di geraja serata Sibu sebelum ini diberi amaran oleh SUPP untuk tidak membawa politik Semenanjung ke Sarawak.
"Kita mahu memberi penerangan apa sahaja tohmah berkenaan isu kerajaan negara Islam adalah mainan jahat, fitnah besar yang dibuat SUPP," kata Nizar.
Nizar berkata Pakatan Rakyat bersepakat diatas prinsip bersama iaitu mewujudkan kerajaan yang adil, bebas rasuah dan tidak menindas mana-mana bangsa dan agama.
"Pas bersama-sama Pakatan Rakyat menggemblengkan usaha membentuk dan menubuhkan kerajaan yang adil, menghapuskan gejala rasuah dan membasmi diskriminasi kaum dan agama. Ini adalah teras perjuangan Pas, yang turut dikongsi DAP dan PKR. Atas dasar ini kita bersekutu," kata Nizar.
Nizar turut merungkai persepsi bahawa gerakan Islam terbesar tanahair itu akan melaksanakan hukum hudud.
"Soal negara Islam dan perkara-perkara yang menakutkan ini semua mainan SUPP disini, dan MCA di Semenanjung suatu masa dulu," kata Nizar.
"Semalam (di pertemuan bersama masyarakat Kristian Sibu), saya ditanya apakah Pas akan potong tangan pencuri. Saya jawab, pemimpin utama Pas iaitu Mursyidul Am Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang juga Menteri Besar Kelantan tidak pernah memotong mana-mana tangan orang Islam dan bukan Islam selama 20 tahun pentadbiran beliau. Bahkan, patung Buddha antara yang terbesar di Asia juga berada di Kelantan," tegas Nizar.
Beliau juga menambah 'senjata' ini telah lapuk, dan bukan lagi isu di Semenanjung Tanahair, melihatkan kepada sokongan masyarakat bukan Islam kepada Pas.
"Sebenarnya kalau di Semenanjung, isu negara Islam ini sudah beres. BN memainkan peranan mengulangi isu yang lapuk," kata Nizar.
Sementara itu, Nizar turut menepis soalan media arus perdana yang mempersoalkan kewujudan klausa 'Negara Islam' dalam Perlembagaan Pas.
"Perlembagaan Pas tidak perlu dipinda kerana 'negara Islam' tidak disebut dalam Perlembagaan Pas," katanya, menjawab tuntutan SUPP supaya Pas meminda perlembagaan parti.
TVS

PAS,
Pilihanraya,
PKR,
Sarawak,
Semasa,
Sibu
Monday, May 10, 2010
BN Edar Risalah Perkauman Di Kawasan Melayu - SK
SIBU 10 Mei - Angkatan Muda KEADILAN membuat laporan polis terhadap tindakan penyokong Barisan Nasional menimbul ketegangan kaum dan merosakkan keharmonian kaum di Sibu dengan mengedar risalah tentang DAP yang bersifat perkauman di kawasan penduduk majoriti pengundi Melayu.Timbalan Ketua AMK, Fariz Musa yang membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu pagi tadi menjelaskan beliau telah menjumpai dua risalah yang bersifatkan perkauman dan menyifatkan ia sebagai taktik jahat Umno-Barisan Nasional untuk menimbulkan suasana yang tidak diingini dikalangan penduduk pelbagai kaum di Sibu.
"Saya telah menjumpai dua helai risalah berhampiran bilik gerakan utama Parti Keadilan Rakyat semalam dan bila saya meneliti kandungan risalah tersebut saya dapati ia bersifat melampau dan keterlaluan.
"Risalah yang bersifat menghasut itu boleh menjejaskan keselamatan negara serta boleh mencetuskan perpecahan dan mendatangkan pergaduhan yang bersifatkan perkauman.
"Risalah yang bertajuk 'Wajah Sebenar DAP dan Benci Pada Bumiputra dan Islam' turut bersertakan logo BN, risalah itu adalah bohong dan fitnah semata-mata," jelas Fariz.
Fariz juga bimbang dengan pengedaran risalah tersebut kerana tindakan BN edarkan risalah tersebut boleh menimbulkan keadaan huru-hara di Sibu.
"Kita bimbang dengan pengedaran risalah tersebut, kita tahu apa yang telah berlaku pada 13 Mei dulu dan bila ini digunakan oleh Barisan Nasional mereka hanya menimbulkan situasi yang akan memberi keadaan yang huru-hara selain pergaduhan antara kaum.
"Laporan telah dibuat berharap pihak polis dapat membuat siasatan dan tindakan tegas terhadap pihak terbabit diambil. Siasatan yang telus perlu dilakukan oleh pihak berkuasa.
"Selain itu juga saya harap pihak polis memperketatkan pemantauan serta mengambil tindakan menangkap dan mendakwa mereka yang terlibat. Saya beranggap pengedaran risalah ini akan diteruskan sepanjang kempen pilihan raya kali ini," kata belliau lagi.
SK
Labels:
AMK,
DAP,
Pakatan Rakyat,
Pilihanraya,
Sarawak,
Semasa,
Sibu
Taib Mahmud Rampas Tanah Masyarakat Iban Bagi Keluarga, Kroni - SK
SIBU 10 Mei - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin calon Pakatan Rakyat, Wong Ho Leng mampu memperjuangkan suara masyarakat Iban di Parlimen berhubung isu perampasan tanah adat oleh pemimpin dan kroni Barisan Nasional di Sarawak.
"Saya datang ke sini khusus untuk membantu dan memberi sokongan kepada calon kita daripada DAP, Wong Ho Leng dalam mendapat sokongan dari rakyat Sibu terutamanya masyaratak Iban di sini.
"Kita mahu sama-sama membawa perubahan kepada pemerintahan di Sibu dan juga di Sarawak, kita tukar Sarawak ini dari kerajaan yang sombong, angkuh dan merampas harta rakyat kepada sebuah kerajaan yang mampu mengembalikan hak rakyat yang telah diambil.
"Saya hairan kenapa Sarawak sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi tetapi rakyat berada dalam keadaan kemiskinan yang amat teruk. Kita dapat lihat dengan kemudahan asas masyarakat di sini, adakah ini yang masyarakat Iban mahukan," kata Anwar semasa melawat ke Rumah Panjang Bassih di Bawang Assan, Sibu semalam.
Ketua Pembangkang kesal dengan tindakan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang menggunakan kuasanya untuk merampas tanah masyarakat Iban demi kepentingan keluarga dan kroninya sendiri.
"Tanah adalah nyawa masyarakat Iban tetapi Taib Mahmud guna kuasa yang dia ada rampas tanah tersebut, ini kerja BN yang tidak tahu betapa nilainya tanah tersebut kepada masyarakat Iban.
"Mereka kena ingat itu adalah nyawa orang Iban, kenapa mereka bersikap kejam dengan masyarakat di sini. Jadi sekarang tiba masa untuk kita berubah bagi mengembalikan hak kita yang selama ini telah dirampas.
"Saya mahu masyarakat Iban bangun dan lawan kerajaan yang zalim, kita buat perubahan pemerintahan sekarang. Ingat hanya calon dari Pakatan sahaja yang berani menentang kerajaan yang zalim. Biar BN sedar masyarakat Iban bukan lagi bodoh dan boleh dipermainkan lagi sekarang ini," Anwar berucap di hadapan 75 keluarga rumah panjang tersebut.

Anwar Ibrahim,
DAP,
Pakatan Rakyat,
Pilihanraya,
Sarawak,
Semasa,
Sibu
Sokongan Rakyat Meningkat Kepada 44 Peratus - SK
SIBU 10 Mei - Usaha gigih jentera pilihan raya Pakatan Rakyat menembusi kubu Barisan Nasional serta memberi penjelasan kepada rakyat kini menampakkan hasil yang memberangsangkan pada hari ketiga kempen pilihan raya kecil P212 bandar Sibu.Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata sokongan kepada calon Pakatan Rakyat daripada DAP, Wong Ho Leng menunjukkan peningkatan kepada 44 peratus berbanding 40 peratus sebelumnya.
Walau bagaimanapun Kit Siang berharap kerjasama erat daripada KEADILAN, PAS dan SNAP akan melonjakkan lagi sokongan rakyat beberapa hari menjelang hari pengundian pada 16 Mei depan.
"Saya lihat selepas hari kedua kempen PRK ini yang dilakukan oleh calon kita Wong Ho Leng dan juga parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti Parti Keadilan Rakyat dan juga PAS, telah menunjukkan peningkatan sokongan rakyat. Kita harus melipatgandakan usaha agar sokongan rakyat terus meningkat.
"Pada hari ini saya jangkakan peningkatan sokongan sebanyak 44 peratus jika dibandingkan pada awal kempen yang hanya 40 peratus. Kalau momentum sokongan ini dapat dikekalkan selain gerak kerja jentera kempen dapat melakukan 'task force' yang lebih kepada masyarakat di sini saya yakin kita boleh memenangi PRK kali ini," kata Ahli Parlimen Ipoh Timur itu kepada Suara Keadilan.
Beliau juga memberitahu SUPP-Barisan Nasional yang dilihat berpengaruh di Sibu satu ketika dulu kini ketandusan modal untuk menarik sokongan seteklah gagal memberi khidmat kepada rakyat sekian lama.
"SUPP yang merupakan sebuah parti yang berpengaruh di sini dilihat sudah hilang idea dan berada dalam kegelisahan bagi melihat momentum sokongan terhadap DAP.
"Mereka terpaksa menggunakan taktik kotor dan juga fitnah untuk menyakinkan rakyat agar memberi sokongan kepada mereka. Kita yakin rakyat sedar dan tahu apa yang mereka katakan kerana rakyat sekarang bukannya boleh dipermainkan lagi.
"SUPP perlu ingat rakyat sekarang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan mereka juga ada maruah diri. Bagi Pakatan kita akan terus bertemu dengan rakyat bagi menjelaskan agenda kita yang sebenar agar rakyat faham perjuangan kita," jelas beliau lagi.
SK
Labels:
DAP,
Pakatan Rakyat,
Pilihanraya,
Sarawak,
Semasa,
Sibu
Wong Ho Leng Isytihar Perang Basmi Kemiskinan - TVS
Sejak dipilih wakil rakyat pada 1996, Wong Ho Leng mengisytiharkan perang terhadap kemiskinan dan penggangguran - dua isu utama yang membelit warga Sarawak.Calon pilihan Pakatan Rakyat ini menjadikan kemelut kemiskinan rakyat kepentingannya, melalui siri-siri gesaan dan desakan terhadap kerajaan negeri dan pusat. 40 tahun telah berlalu, rakyat Sarawak masih melarat.
Program ekonomi dibawah Ketua Menteri Taib Mahmud gagal membuahkan hasil. Katanya, pada 2009, pendapatan Sarawak mencecah hampir RM3.726 bilion ringgit, tetapi 70 peratus daripada penduduk rumah panjang masih tidak mempunyai akses kepada air bersih, jalanraya dan tenaga elektrik.
"Jika kamu melawat Rassau, Bungan atau Panasu, kamu boleh nampak rumah-rumah panjang dan bumbung-bumbung mereka yang hampir roboh. Penduduk amat sudi menceritakan kepada kamu janji-janji yang menteri-menteri sebut dahulu. Mereka dijanjikan air, dijanjikan elektrik, dan hari ini, penduduk menjana elektrik sendiri, dan kutip air langit dari hujan," kata calon Pakatan Rakyat Wong Ho Leng.
Kadar kemiskinan di Sarawak kekal pada paras membimbangkan. Jurang pendapatan amat parah, yang menurut Wong diburukkan lagi dengan barah rasuah. Dengan kadar pelaburan yang semakin corot, Sibu kini jatuh ketinggalan berbanding Kuching, Miri dan Bintulu.
"Saya ingin tanya, berapa ramai rakyat di Sibu yang sekaya calon BN? Di bandar Sibu, ramai yang tidak berpuas-hati dengan kerajaan BN. Tengok sahaja di kampung-kampung Melayu. Kehidupan mereka sukar, kerja juga tidak banyak. Belia Melayu, Cina dan Dayak berhijrah keluar ke Johor Bahru dan Singapura kerana tidak ada kerja disini. Dan kalaupun dapat kerja, gajinya murah," keluh Wong.
Isu rakyat Sibu sebenarnya lebih parah dari isu kemiskinan. Prasarana yang lemah merencatkan pembangunan Sibu sebagai bandar strategik di Sungai Rajang.
"Tengok sahaja prasarana di Sibu. Keluar sahaja dari lapangan terbang, yang menanti kita adalah jalanraya yang berbukit dan berlopak. Bila hujan turun, ada sahaja kereta yang tergelincir," kata Wong.
Sibu juga sering dilanda banjir, terutamanya di Jalan Hua Kiew di DUN Bukit Assek. Banjir menyebabkan ramai warga Sibu berhijrah ke bandar-bandar lain kerana kerajaan negeri tidak lagi mampu mengatasi masalah itu.
"Sibu seperti berada di dasar kuali. Jutaan ringgit disalur untuk tangani banjir, tetapi masih gagal. Satu-satunya cara adalah mendalamkan dasar sungai, tetapi BN berlepas tangan. Walhal DAP pernah menawarkan kerja pedalaman secara percuma, tetapi BN lebih rela tengok rakyat Sibu dilanda banjir," kata Wong.
TVS
Labels:
DAP,
Pakatan Rakyat,
Pilihanraya,
Sarawak,
Semasa,
Sibu,
Wong Ho Leng
Anwar Turun Padang Temui Masyarakat Iban - TVS
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim melanjutkan kempen Sibu Memimpin Perubahan Sarawak ke kampung-kampung Iban di serata Sibu.
Mantan Timbalan Perdana Menteri itu, bersama-sama calon Pakatan Rakyat Wong Ho Leng hari ini melawat rumah panjang Bawang Assan dan menikmati makan tengahari bersama penduduk setempat.
Bawang Assan terletak di barat bandar Sibu, berhampiran perkampungan Cina Sungai Bidut. Perjalanan sejauh 30 kilometer jika berkereta dari pusat bandar merentasi Jambatan Igan.
Tarikan utama Bawang Assan adalah 8 rumah panjang Iban, yang tertua darinya berusia 100 tahun. Beberapa rumah panjang terletak di tebing Sungai Bawang Assan yang mengalir ke Sungai Rajang.
Sebahagian besar penduduk bekerja di bandar Sibu atau di luar bandar. Sebahagian lainnya menjana pendapatan tambahan sebagai nelayan kecil-kecilan - menangkap udang sebesar ibu jari dan ikan di sungai yang teruk dicemari.
Ketibaan Anwar Ibrahim dan krew TV Selangor disambut dengan kemesraan oleh penduduk setempat.
"Saya datang untuk satu tujuan, merayu saudara semua supaya mengundi untuk calon yang berani bersuara untuk kepentingan masyarkat Iban. Pilih calon yang tidak berundur bila ditekan, yang tidak tunduk bila diancam, yang tidak membisu bila hak saudara dirampas. Calon itu adalah calon kita, Wong Ho Leng," kata Anwar disambut dengan tepukan gemuruh warga rumah panjang.
Anwar meyampaikan mesej yang jelas, bahawa Pakatan Rakyat membawa politik baru untuk Malaysia, dimana kepentingan rakyat mengatasi politik indidivu dan keluarga-keluarga kaya.
Iban, Melayu, Cina, India dan Kadazan mendapat keadilan dan layanan yang sama. Tanah-tanah yang mereka diami akan dihormati sebagai hak mutlak mereka.
Beliau dukacita melihat masih ramai masyarakat Iban yang hidup dalam kepayahan. Sungai yang menjadi nadi kepada kehidupan mereka teruk tercemar. Peluang pendidikan sempit. Elektrik dan air terbengkalai.
"Kekayaaan negeri harus kita bagi pihak Iban, pihak Cina, pihak Melayu-Melanau, India dan Orang Asli, bukan untuk diserahkan pada orang-orang kaya. Kontrak, tanah, balak, minyak habis semua sudah diambil kerajaan BN," kata Anwar lagi, dengan anggukan tanda setuju dari semua yang mendengarnya.
Anwar berkata kekayaan pemimpin BN seperti keluarga Taib Mahmud diketahui ramai. Kekayaan hasil bumi Sarawak juga diketahui di seluruh dunia. Begitu juga kemiskinan rakyat Sarawak, khususnya masyarakat Iban.
"Bagi orang Iban, tanah ini adalah nyawa. Kalau ikut BN, kita punya nyawa (tanah) pun dia sudah angkat bagi pada orang kaya," kata Anwar.
Bagi pemimpin reformasi ini, masa perubahan sudah tiba, dan penentu samada Sarawak berubah atau tidak kini dalam tangan masyarakat Iban di Sibu.
"Tengok apa yang kita ada sekarang ini. Tanya berapa BN bayar kita, tanya anak ada kerja atau tidak. Di kempen sebelum ini, orang Iban kata Pakatan Rakyat belum tahu memerintah. Sekarang kita sudah perintah beberapa negeri. Di Sarawak, BN sudah perintah berpuluh tahun. Di Selangor, kita perintah dua tahun, kita sudah bagi air percuma. Di sini, yang percuma adalah air sungai di tepi itu (sambil tunjukkan pada sungai di tebing rumah panjang)," kata Anwar disambut gelak tawa hadirin.

Wednesday, May 5, 2010
Najib Tabur Janji Di Sibu, Mafrel Tegur Sikap SPR - TVS
SHAH ALAM 4 MEI: Badan Pemantau Bebas Pilihan Raya (Mafrel) meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menutup mata terhadap gelagat pimpinan kerajaan pemerintah yang menabur pelbagai janji peruntukan kepada pengundi Sibu.
Pengerusi Mafrel, Syed Ibrahim Syed Noh berkata perbuatan menabur janji itu boleh ditafsir sebagai kempen pilihan raya dan tidak wajar berikutan proses penamaan belum pun bermula.
Beliau mengingatkan SPR, mereka perlu bebas bertindak mengikut lunas undang-undang tanpa perlu mematuhi telunjuk pimpinan Umno Barisan Nasional
Sabtu lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan puluhan ribu ringgit kepada rakyat sibu atas kapasitinya sebagai perdana menteri sedangkan ia tak ubah seperti kempen pilihan raya.
Sekalipun mendakwa peruntukan berkenaan dibuat mengikut jadual tetapi anehnya, janji berkenaan hanya dibuat menjelang pilihan raya kecil yang bakal bermula 8 mei ini.
“Pilihan raya Sibu tak lama, sudah tentulah ia menjurus kearah itu. Minta SPR ambil perhatian," katanya yang menyifatkan janji peruntukan Najib sebenarnya lebih cenderung kepada umpan kepada rakyat untuk mendapatkan undi mereka semata- mata.
“Kita tidak menafikan perkara itu boleh dilihat sebagai satu bentuk gula-gula sebab ia berlaku dalam tempoh dekat dengan pilihan raya kecil," katanya lagi.
Mafrel menyatakan tidak salah untuk Najib turun padang bertemu rakyat tetapi perdana menteri ini perlu telus dalam tindakannya dan tidak memanipulasikan lawatan untuk berkempen.
“Apa-apa usaha berunsur kempen sebelum waktu kempen tidak sepatutnya berlaku.
Bukan bermakna Najib tidak boleh jumpa rakyat tetapi bergantung kepada kenyataan yang dibuat, Adakah bersifat kempen atau tidak. Ini memerlukan pemantauan dari SPR,” katanya.

Tuesday, May 4, 2010
Pilihan raya kecil Sibu mungkin tiga penjuru - Malaysiakini
Pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 Mei ini mungkin akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru.Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Wong See Meng, berkata setakat ini dua set kertas pencalonan telah diambil, satu oleh seorang wakil calon Barisan Nasional (BN), Robert Lau Hui Yew, dan satu set lagi oleh calon Bebas.
"Calon DAP, Wong Ho Leng, yang dipilih oleh pakatan pembangkang Sarawak untuk bertanding masih belum datang ke pejabat saya untuk mengambil kertas pencalonan," katanya kepada pemberita di Sibu, hari ini.
Terdahulu, Wong menghadiri taklimat yang disampaikan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, kepada pegawai, pilihan raya dan mereka yang terbabit dalam pilihan raya kecil itu.
Pilihan raya kecil ke-11 sejak pilihan raya umum pada 2008 itu diadakan berikutan kematian Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal, Datuk Robert Lau Hoi Chew, pada 9 April di Kuala Lumpur akibat kanser hati.
Sementara itu, Wong berkata sebanyak 45 pusat pengundian akan diadakan dengan yang terkecil di SJK(C) Kai Nang di Ensurai dengan 143 pengundi berdaftar.
"Pusat pengundian terbesar ialah di Tadika Taman Rajang dekat Sibu dengan kira-kira 3,484 pengundi berdaftar.
"Pusat pengundian paling jauh ialah SK Sungai Rasau, kira-kira sejam setengah perjalanan menaiki bot panjang yang mempunyai kira-kira 300 pengundi berdaftar," katanya.
Wong berkata, pusat penamaan calon dan penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Suarah Sibu.
Kerusi Palimen Sibu mempunyai kira-kira 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 pengundi pos.
Mereka termasuk 5,740 Melayu (10.5 peratus), 36,389 Cina (66.7 peratus), 12,050 Iban (22.1 peratus), 54 India (0.01 peratus) dan kaum lain 289 (0.53 peratus).
- Bernama
Malaysiakini
Labels:
Bebas,
BN,
DAP,
Pakatan Rakyat,
Pilihanraya,
Sarawak,
Semasa,
Sibu
Friday, April 30, 2010
PRK Sibu: PR Hadapi 3000 Undi Pos - TVS
Agi Idup Agi Ngelaban, begitu kata-kata keramat yang menjadi pegangan jentera Parti Keadilan Rakyat menghadapi cabaran Pilihanraya Kecil Sibu.PKR bersama-sama parti-parti komponen Pakatan lain seperti DAP, SNAP dan Pas telah melakukan persediaan awal bagi memastikan jentera pilihanraya kali ini benar-benar bersedia, teratur dan berkesan.
Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Wan Zainal Abidin Wan Sanusi mengakui tugas Pakatan Rakyat memenangi hati dan minda rakyat Sibu bukan mudah, namun erti putus asa sebelum berjuang tidak pernah ada dalam kamus aktivis PKR Sarawak.
"signifikannya begini kalau pr menang sibu ia akan menjejaskan prestasi dan imej bn di pilihanraya akan datang tak lebih 12 bulan. ini penting untuk kita menang bagi menaikkan reputasi kita. dan utk hadapai pilihanraya dan membina persepsi kita terhadap orang"katanya beliau.
Wan Zainal menjelaskan antara rintangan yang dihadapi Pakatan Rakyat adalah isu undi pos, yang selama ini membantu BN meraih majoriti besar di Sibu.
"taktik bn yang diketahui umum akan boleh menimbulkan persainag tidak sihat. satu daripadanya ialah undi pos yang hampir 3 ribu di kawasan itu"katanya.
Wan Zainal menjelaskan PKR akan mensasarkan isu-isu setempat seperti permasalahan banjir serta isu hak pemilihan tanah yang gagal diselesaikan BN sejak berpuluh tahun.
Suruhanjaya Pilihanraya mengumumkan tarikh penamaan calon bagi pilihanraya kecil kawasan Sibu Sarawak ialah pada 8 Mei manakala hari pengundian 16 Mei.Pilihanraya kecil ini adalah berikutan kematian Ahli Parlimen BN Datuk Robert Lau yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April.
TVS
Labels:
DAP,
Pakatan Rakyat,
Pilihanraya,
Sarawak,
Sibu
Thursday, April 29, 2010
Lagi penerbit TV dakwa campurtangan politik - Malaysiakini
Seorang lagi penerbit televisyen - kali ini darrpada TV2, RTM mendakwa campur tangan politik dalam penerbitan dokumentarinya berhubung laporan empangan Bakun.Rencana itu didakwa diarah tidak disiarkan kerana bimbang akan memberi kesan kepada peluang Barisan Nasional (BN) untuk mengekalkan kerusi parlimen Sibu pada pilihan raya kecil 18 Mei ini.
Dalam rencana di blognya, penerbit dokumentari itu, Chou Z Lam, mendedahkan rancangan itu diarah tidak disiarkan oleh Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.
"Pengarah berita RTM, Datuk Jumaat Engson berkata dokumentari itu ditarik balik kerana ia mempunyai elemen yang sensitif yang mungkin memudaratkan BN pada pilihan raya kecil Sibu akan datang dan juga pilihan raya negeri Sarawak,” kata Chou.
Chou sebaliknya dimaklumkan bahawa dokumentari itu akan ke udara ‘pada masa yang sesuai’.
Dakwaan Chou (kanan) itu timbul kurang seminggu selepas penerbit ntv7, Joshua Wong meletakkan jawatanya kerana mendakwa terdapat campur tangan politik yang melampau dengan kerjanya.
Dokumentari sembilan bahagian Chou adalah untuk rancangan "Galeri Mandarin Nasional" di TV2 dan bermula Isnin lalu sehingga 7 Mei menerusi slot waktu 12.20 petang hingga ke 12.30 petang. Dua episod pertama bermula Isnin lalu.
'Rakyat didahulukan’ atau ‘politik didahulukan'?
Episod seterusnya yang dijadualkan hari ini yang memaparkan impak sosial pembinaan empangan Bakun di kawasan pribumi di Belaga yang terpaksa dipindahkan ke Sungai Asap dan Sungai Koyan pada tahun 1998 dihentikan.
"Ini adalah contoh campur tangan kerajaan dalam berita semasa dan selepas pilihan raya kecil Hulu Selangor,” kata Chou.
"Saya amat bersimpati dengan penduduk di Sungai Asap yang telah saya wawancara berhubung masalah yang mereka utarakan tidak dapat dikongsi bersama majoriti rakyat di timur dan juga barat Malaysia,” katanya.
Chou berkata tindakan itu amat bertentangan dengan gagasan 1Malaysia yang dicanangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menekankan kepentingan rakyat didahulukan.
"Jika pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya Sarawak adalah punca dokumentari itu ditarik balik, RTM sebenarnya melaksanakan ‘politik didahulukan’,” katanya.
Chou berkata beliau cuba membawa perkara itu ke perhatian timbalan menteri, Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Sai Kee agar beliau dapat membantu membatlkan arahan berkenaan.
Namun jawapan yang diberikan oleh pemimpin MCA itu ialah pihaknya tidak akan campurtangan dalam hal ehwal RTM.
Chou juga merayu kepada Ibrahim (kanan) untuk mempertimbangkan semula larangannya itu demi kredibiliti RTM dan kepentingan penduduk pribumi di Sarawak.
Ketika dihubungi Malaysiakini, ketua pengarah penyiaran itu menafikan bahawa beliau yang membuat larangan berkenaan.
“Saya tidak membuat arahan itu...awak sepatutnya tanya kepada Chou,” katanya dengan ringkas.
Malaysiakini
Labels:
BN,
Kontroversi,
Media,
Pilihanraya,
Sarawak,
Semasa,
Sibu,
UMNO
Wednesday, April 28, 2010
Pengerusi DAP Sarawak calon PR di Sibu - Harakah
SIBU, 28 April: Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng diumumkan sebagai calon DAP mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.
Pengumuman rasmi calon DAP itu dilakukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pada majlis makan malam di Good Happiness Restaurant di sini, malam tadi.
Harakah
Pengumuman rasmi calon DAP itu dilakukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pada majlis makan malam di Good Happiness Restaurant di sini, malam tadi.
Harakah
Labels:
DAP,
Pakatan Rakyat,
Pilihanraya,
Sarawak,
Semasa,
Sibu
Tuesday, April 20, 2010
Snap secara rasmi sertai Pakatan Rakyat - Malaysiakini
Parti Nasional Sarawak (Snap) secara rasmi menjadi anggota keempat Pakatan Rakyat, - menjelang pilihan raya kecil parlimen Sibu pada 16 April ini.Mengumumkan kemasukan Snap hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas pertama parti itu ialah menyokong calon DAP yang akan bertanding di kerusi berkenaan.
Pengumuman calon Pakatan itu akan dibuat pada 27 April.
Snap adalah antara parti tertua di Sarawak dan pernah menjadi anggota parti pemerintah Barisan Nasional sebelum menjadi parti pembangkang.
Mereka tidak mempunyai sebarang kerusi di dewan undangan negeri Sarawak.
Ahad lalu, Anwar dan beberapa pemimpin Pakatan berjumpa di Sibu bagi memeteraikan kerjasama berkenaan.
Pada pilihan raya umum 2008, kekurangan penyelarasan menyaksikan pertandingan lebih dua penjuru di antara Snap, DAP dan PKR - satu tindakan yang memberi kelebihan kepada BN.
Malaysiakini
Friday, April 9, 2010
MP Sibu meninggal dunia - Malaysiakini
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau yang juga anggota parlimen bandar Sibu meninggal dunia di Hospital Selayang, hari ini akibat barah.Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.
Kematiannya akan membawa kepada satu lagi pilihan raya kecil - yang kesebelas selepas pilihan raya umum 2008.
Ia juga merupakan pilihan raya kecil kedua di Sarawak selepas DUN Batang Ai.
Pilihan raya kecil tersebut perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh berlaku kekosongan.
Pada pilihan raya umum 2008, Lau mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).
Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.
Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).
Keluarga Lau memiliki kumpulan KTS - sebuah konglomerat yang terbabit dalam industri pembalakan dan media.
Kumpulan KTS memiliki beberapa akhbar termasuk Borneo Post dan Oriental Daily News.
Sementara itu, Bernama memetik setiausaha sulitnya, Peter Hu sebagai berkata, Lau meninggal dunia pada jam 11.10 pagi dan persiapan sedang diadakan untuk membawa jenazah mendiang ke kampung halamannya di Sibu.
Malaysiakini
Monday, January 11, 2010
PKR Sambut Baik Hasrat SNAP - TVS
Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakat mengalu-alukan pengumuman Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) untuk menyertai gagasan itu tidak lama lagi.
Ia dijangka mampu memperkukuhkan dan memperluaskan jajahan Pakatan Rakyat di kepulauan Borneo itu.
Pakatan yang dianggotai oleh Keadilan, PAS dan DAP pada waktu ini memperlihatkan keutuhan pelaksanaan sistem dua parti di Malaysia.
Wartawan TV Selangor.com mendapatkan maklumbalas dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
"Saya tidak menyatakan halangan, tapi saya katakan bahawa itu terpulang nanti dalam perbincangan majlis presiden. Kita nak lihat terlebih dahulu permohonan yang dilakukan oleh mereka. Tapi secara prinsipnya, kita katakan bahawa ini suatu yang baik untuk memperlihatkan kepada masyarakat dan rakyat bahawa Pakatan Rakyat ini mendapat dokongan daripada pelbagai pihak termasuk parti-parti daripada Sarawak,"Naib Presiden Pas, DAtuk Mahfuz Omar
"Saya rasa ini adalah satu perkembangan yang amat menggalakkan kerana ini bermaksud orang Sarawak dan parti politik Sarawak telah pun tidak melihat Pakatan ini adalah perikatan di Semenanjung sahaja tapi mereka sudi memasuki Pakatan Rakyat untuk sistem dua parti boleh wujud,"kata ADUN Kinrara, Teresa Kok.
"Setakat ini tiga parti yang menganggotai Pakatan Rakyat adalah parti yang besar perwakilan di parlimen dan juga di peringkat DUN. Dengan parti-parti yang lain yang mungkin tiada perwakilan dan ada perwakilan adalah jumlah yang kecil. Pakatan rakyat belum menentukan apakah pendekatan kita. Memang kita mengalukan penyertaan mereka tapi apa bentuk penglibatan mereka dalam Pakatan Rakyat perlu dibincang di peringkat majlis pimpinan,"kata Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah.
SNAP ditubuhkan pada tahun 1961 untuk mewakili kaum Dayak dalam Barisan Nasional namun parti itu dipecat keluar daripada BN pada tahun 2004 kerana dilihat terlampau lantang memperjuangkan hak penduduk pri bumi negeri itu.

Wednesday, July 8, 2009
Polis Halang Kursus Skuad KEADILAN Sarawak - TVA
Polis Sarawak bertindak samseng dengan menyerbu sebuah rumah panjang untuk menyuraikan peserta kursus kewartawanan anjuran Skuad KEADILAN negeri itu.
Sepasukan lapan anggota polis menyerbu rumah panjang itu di Saratok, kira-kira 350 kilometer dari Kuching dan memaksa kesemua 37 peserta meninggalkan rumah panjang itu pada 4 Julai lalu.
Alasan diberi oleh polis ialah kursus kewartawanan itu tidak mempunyai permit.
Ketua Skuad KEADILAN Sarawak Jol-Jolhi Bee berkata beliau telah memohon untuk mendapatkan permit walaupun tidak perlu berbuat demikian kerana kursus itu adalah aktiviti parti yang diadakan dalam dewan tertutup.
"Seperti biasa kesemua permohonan yang dibuat pihak Skuad tidak akan diluluskan," kata beliau.
"Pihak Skuad merasa kesal dengan tindakan polis yang bertindak di luar batasan dan berat sebelah kerana sebelum ini Biro Tata Negara (BTN) anjuran Barisan Nasional menganjurkan kursus dan tidak memohon sebarang permit. Tidak ada pula serbuan polis bila ia membabitkan aktiviti BN," tambah beliau.
Bagaimanapun, tindakan keterlaluan polis itu tidak mematahkan semangat peserta yang berpindah ke lokasi lain di Saratok untuk menyambung kursus berkenaan.
"Ini telah menaikkan semangat mereka dengan memahami erti perjuangan apabila hamba-hamba BN bertindak sewenang-wenangnya menyalahguna kuasa mereka," jelas Jol-Jolhi.
Menurut beliau, pihak Skuad telah lima kali menangguh dan memindahkan program kursus ini kerana setiap kali pihak Skuad telah mengesahkan tempat dan tarikh, pihak BTN akan mengisi dewan dengan program anjuran mereka pada masa dan tempat yang sama.
Merujuk kepada sambutan penduduk terhadap KEADILAN di Saratok, Jol-Jolhi berkata kebanyakkan mereka menyedari bahawa mereka ditipu oleh Kerajaan BN sekian lama dengan pelbagai janji kosong.
Walaupun sudah 46 tahun merdeka dan bergabung dengan Semenanjung Malaysia, Sarawak masih mempunyai kawasan-kawasan luas yang tidak menikmati kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan elektrik.
"Contohnya, Kerajaan Negeri berjanji akan menyalurkan bekalan letrik kepada penduduk Saratok sebelum hari Gawai iaitu pada 1 Jun lalu, namun apa yang ada hanya tiang dan pendawaian sahaja, letriknya tidak disalurkan sehingga ke hari ini," kata beliau.
Banyak lagi janji palsu BN disini membuatkan penduduk rasa muak dan tertipu kerana Sarawak adalah antara negeri terkaya tetapi sebahagian besar rakyatnya terus dibelit kemiskinan.
TVA

Subscribe to:
Posts (Atom)