Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, January 11, 2010

PKR Sambut Baik Hasrat SNAP - TVS

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakat mengalu-alukan pengumuman Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) untuk menyertai gagasan itu tidak lama lagi.

Ia dijangka mampu memperkukuhkan dan memperluaskan jajahan Pakatan Rakyat di kepulauan Borneo itu.

Pakatan yang dianggotai oleh Keadilan, PAS dan DAP pada waktu ini memperlihatkan keutuhan pelaksanaan sistem dua parti di Malaysia.

Wartawan TV Selangor.com mendapatkan maklumbalas dari pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

"Saya tidak menyatakan halangan, tapi saya katakan bahawa itu terpulang nanti dalam perbincangan majlis presiden. Kita nak lihat terlebih dahulu permohonan yang dilakukan oleh mereka. Tapi secara prinsipnya, kita katakan bahawa ini suatu yang baik untuk memperlihatkan kepada masyarakat dan rakyat bahawa Pakatan Rakyat ini mendapat dokongan daripada pelbagai pihak termasuk parti-parti daripada Sarawak,"Naib Presiden Pas, DAtuk Mahfuz Omar

"Saya rasa ini adalah satu perkembangan yang amat menggalakkan kerana ini bermaksud orang Sarawak dan parti politik Sarawak telah pun tidak melihat Pakatan ini adalah perikatan di Semenanjung sahaja tapi mereka sudi memasuki Pakatan Rakyat untuk sistem dua parti boleh wujud,"kata ADUN Kinrara, Teresa Kok.

"Setakat ini tiga parti yang menganggotai Pakatan Rakyat adalah parti yang besar perwakilan di parlimen dan juga di peringkat DUN. Dengan parti-parti yang lain yang mungkin tiada perwakilan dan ada perwakilan adalah jumlah yang kecil. Pakatan rakyat belum menentukan apakah pendekatan kita. Memang kita mengalukan penyertaan mereka tapi apa bentuk penglibatan mereka dalam Pakatan Rakyat perlu dibincang di peringkat majlis pimpinan,"kata Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah.

SNAP ditubuhkan pada tahun 1961 untuk mewakili kaum Dayak dalam Barisan Nasional namun parti itu dipecat keluar daripada BN pada tahun 2004 kerana dilihat terlampau lantang memperjuangkan hak penduduk pri bumi negeri itu.

TVS

No comments: