Aktiviti
Thursday, November 6, 2008
Bajet tidak sah, pembentang Najib ditolak
Menurut Ketua Pakatan Rakyat (PR) Anwar Ibrahim, bajet tambahan yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri itu tidak sah dan melanggar peraturan mesyuarat Parlimen.
Perkara itu berlaku kerana apa yang dilakukan oleh Najib ialah membentangkan bajet baru bukan menggulung bajet yang dibentang oleh Perdana Menteri Abdullah Badawi pada 29 ogos lalu.
“Jika ‘bajet Najib’ diluluskan maka ia melanggar peraturan kerana yang diedarkan kepada kami ‘bajet Abdullah’, dan ‘bajet Najib’ belum diedarkan.
“Jadi peruntukan perbelanjaan pertanian dan pendidikan sudah berbeza,” jelas ahli Parlimen Permatang Pauh dalam sidang media semalam.
Tambahnya, bila giliran menteri menggulung, jika tidak faham dan ada apa-apa soalan daripada ahli dewan maka menteri perlu jawab.
“Tapi apa yang berlaku, tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen kita.
“Selepas satu jam dua atau tiga menyoal kemudian tutup dan lulus. Inilah sebenarnya rancangan beliau, saya dengar sendiri apa yang dikataan kepada editor,” hurainya yang merupakan Ketua Umum KeADILan.
Mengikut pengalaman beliau, katanya, perlu ada usul diedarkan untuk makluman ahli-ahli Parlimen.
Anwar pernah memegang jawatan Menteri Kewangan di zaman Tun Mahathir sebelum dipecat dalam satu kospirasi politik.
Bajet Abdullah dibahas, bajet Najib diluluskan
Sementara itu, ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang menganggap perbahasan dan penggulangan yang dijalankan di sebelah pagi semalam dan kelmarin adalah membuang masa kerana itu adalah pembentang bajet baru Najib.
“Tambahan 700 juta ini merupakan bajet baru dan mesti dibentangkan kepada Parlimen sebelum diluluskan,” tegasnya yang juga merupakan ahli Parlimen Ipoh Timur.
Namun, katanya, apa yang dilakukan oleh Najib adalah sesuatu yang sangat pelik kerana dua bulan lepas ‘bajet Abdullah’ dibahasakan, tetapi hari semalam, ‘bajet Najib’ yang diluluskan.
Akibat tekanan daripada PR yang diketuai oleh Anwar tentang perkara terbabit, akhirnya, persidangan Parlimen semalam terpaksa ditangguhkan lebih dua jam bermula 12.15 tenggah hari semalam.
Pada jam 2.30 petang, apabila mesyuarat disambung semula, Timbalan Speaker Wan Junaidi Tuanku Jaafar membuat keputusan bahawa ‘bajet Najib’ itu tidak sah dan melanggar peraturan.
Oleh itu, perbahasan Bajet 2009 disambung hanya membenarkan perbahasan peruntukan yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 29 Ogos lalu dan tidak menerima pakai selain pandangan dan hujah yang dibentangkan oleh Najib semalam.
Pada Selasa lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM700 juta dalam usaha mengukuhkan lagi daya tahan negara semasa menggulung pembentangan bajet 2009.
Sementara itu, dalam sidang media selepas mesyuarat ditangguhkan, Anwar penjelaskan setiap pindaan yang hendak dibuat di Parlimen mesti diberitahu dua hari sebelum isu tersebut dibahaskan.
“Kalau hendak membuat pindaan hendaklah diberi notis dua hari, ia ada dalam perkara 66 (15) yang menyatakan pindaan dikehendaki diberitahu sekurang-kurangnya dua hari dan ada usul diedarkan.
Perangai Najib membahayakan negara
Beliau turut melahirkan rasa bimbang dengan senario yang berlaku, di mana bakal Perdana Menteri itu mengabaikan peraturan dan undang-undang dalam pembentangan bajet.
“Jika perkara ini berterusan, ini akan membahayakan negara kerana beliau mengabaikan perkara yang penting,” katanya.
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Penasihat DAP dan Setiausaha Agung Pas Kamarudin Jaffar.
Dalam pada itu, Kamarudin berkata, tindakan Najib ini adalah satu petanda buruk kepada negara.
Ujarnya ini kerana beliau masih belum memegang jawatan Perdana Menteri tetapi sudah berlagak dan cara beliau menyalahi undang-undang.
Beliau berkata demikian, ketika mengulas tindakan Najib tidak membenarkan sesiapa mencelah untuk mendapat penjelasan sewaktu menggulung bajet 2009.
Terdahulu pada sebelah pagi, ketegangan dan suasana panas di Dewan Rakyat berterusan sehingga memaksa Wan Junaidi menangguhkan sidang selama dua jam.
Beliau berkata, Speaker akan mempengerusikan mesyuarat pada sesi petang bagi menjelaskan mengenai Bajet 2009 yang dibentangkan sebelum ini serta sumber kewangan sebanyak RM700 juta selepas mendapat penjelasan daripada Kementerian Kewangan.
Sebelumnya, ahli Parlimen PR berkata mereka keliru dengan angka yang diumumkan Najib semalam dengan angka yang diumumkan Abdullah yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan semasa membentangkan Bajet 2009.
Pada Selalu lalu, kesemua ahli Parlimen PR memulaukan ucapan penggulungan Najib mengenai perbahasan Bajet 2009 selepas beliau tidak memberi laluan selama satu jam di peringkat awal untuk mengemukakan soalan.
Mereka bertindak keluar dan tidak masuk semula sehingga Najib habis berucap.
Sumber: Suara Keadilan
Wednesday, November 5, 2008
Bantah bajet: Sidang Parlimen ditangguh 2 jam
Kira-kira jam 12.30 tengahari, Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menangguhkan sidang sehingga jam 2.30 petang selepas pembangkang enggan membenarkan rang undang-undang dibincangkan di peringkat jawatankuasa.
Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) memberitahu Wan Junaidi bahawa mengikut Seksyen 66 (15) Perintah Tetap, dewan mesti dimaklumkan dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Bekalan.
Menurutnya, usul mengenainya juga mesti diedarkan kepada semua ahli Parlimen.
Sumber: Malaysiakini
KENYATAAN MEDIA AMK; Pembelian Eurocopter 'Bersih': PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib?
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
4 November 2008
Pembelian Eurocopter 'Bersih': PAC Diarah Untuk Lindung Imej Najib?
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) begitu kesal dengan keputusan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang mengambil keputusan untuk menutup siasatan skandal pembelian Eurocopter tanpa sebarang penemuan yang munasabah.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid dilaporkan sebagai berkata tiada sebarang penyelewengan dari segi prosedur dalam pembelian helikopter Eurocopter tersebut dan penilaian dari segi teknikal dan kewangan pembelian 12 helikopter itu yang keseluruhan berharga RM1.604 bilion termasuk pakej ofset adalah mengikut piawaian antarabangsa.
Kenyataan ini adalah sesuatu yang mengecewakan dalam keadaan harga tersebut adalah jauh berbeza dengan jumlah yang dibelanjakan oleh negara-negara seperti India dan Brazil yang boleh membeli lebih daripada 50 buah helikopter yang sama pada kadar RM1 billion.
AMK juga kesal apabila PAC sekadar 'kurang senang' dek kerana tiada penilaian fizikal dilakukan terhadap helikopter yang bakal dibeli sebelum kerajaan membuat sebarang keputusan. Sewajarnya, dalam sebarang pembelian aset, uji cuba perlu dilaksanakan agar ianya dijamin selamat dan tidak membahayakan kepada pengguna, khususnya senjata dan juga pengangkutan. Dalam konteks profesionalisme urusniaga, sebarang pembelian barangan khususnya aset seumpama ini perlu diuji cuba terlebih dahulu, bukannya sekadar melihat spesifikasi melalui dokumen dan terus meluluskan tanpa sebarang tindakan susulan.
AMK melihat bahawa PAC telah gagal memainkan peranannya untuk memanggil Najib Tun Razak selaku mantan Menteri Pertahanan yang bertanggungjawab meluluskan pembelian berkenaan, sebaliknya hanya membuat penilaian berdasarkan laporan daripada Kementerian Pertahanan yang pastinya telah diatur dan disusun supaya 'cantik dipandang dan sedap didengar'.
Apa yang menghairankan ialah sebarang kes melibatkan Najib, seperti kes Altantuya dan yang terbaru kes Eurocopter ini, pasti akan 'disenyapkan' oleh pihak berkenaan. Apakah ini satu pelan terancang untuk menyembunyikan kekotoran yang boleh memalitkan imej Najib yang begitu bersemangat untuk dinobatkan sebagai Perdana Menteri menjelang Mac 2009?
AMK kekal konsisten dengan kenyataan terdahulu bahawa BPR perlu meneruskan siasatan meskipun PAC menetapkan tidak ada apa yang berlaku di sebaliknya.
Imej kerajaan dan negara perlu dibersihkan agar wang rakyat tidak dibazirkan oleh pemimpin Umno-BN dengan sewenang-wenangnya.
Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
PENYERAHAN SURAT BANTAHAN BERKENAAN KEDUDUKAN ROSMAH MANSOR SEBAGAI CANSELOR UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL
4 November 2008
Saudara/i Ketua Pengarang,
PENYERAHAN SURAT BANTAHAN BERKENAAN KEDUDUKAN ROSMAH MANSOR SEBAGAI CANSELOR UNIVERSITI INDUSTRI SELANGOR (UNISEL)
Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Selangor dan wakil DAP Selangor akan menyerahkan surat bantahan kepada Menteri Besar Selangor berkenaan kedudukan Rosmah Mansor sebagai Canselor UNISEL.
Surat bantahan ini adalah bertujuan untuk menyatakan "protes" terhadap kedudukan Rosmah Mansor sebagai Canselor UNISEL dan mendesak Menteri Besar dan pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor SEGERA menggantikan Rosmah Mansor dengan calon yang lebih BERMORAL dan BERINTEGRITI.
Berikut adalah butiran lanjut:
Tarikh : 5 November 2008 (Rabu)
Tempat : Perkarangan Bangunan SSAAS, Shah Alam.
Masa : 2.30pm
Diharapkan agar para wartawan/jurugambar dapat hadir untuk membuat liputan. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi nombor telefon seperti yang tertera dibawah.
Kerjasama dari pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
Harapan Baru Untuk Malaysia
Khairul Anuar Ahmad Zainudin
Ketua AMK Selangor
(019 - 205 7498)
Lau Weng San
Wakil DAP Selangor, ADUN Kg. Tunku
(016 - 323 1563)
Sallehin Mukhyi
Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor
(019 - 236 1830)
--
Biro Penerangan
Angkatan Muda
Parti Keadilan Rakyat
Laman Web: http://angkatanmuda.org
Emel: penerangan@angkatanmuda.org
Laman Web Ketua AMK: shamsuliskandar.wordpress.com
Obama triumphs, will be first black US president
The son of a black father from Kenya and a white mother from Kansas, the Democratic senator from Illinois sealed his victory by defeating Republican Sen. John McCain in a string of wins in hard-fought battleground states — Ohio, Florida, Virginia and Iowa.
A huge crowd in Grant Park in Chicago erupted in jubilation at the news of Obama's victory. Some wept.
McCain called his former rival to concede defeat — and the end of his own 10-year quest for the White House. "The American people have spoken, and spoken clearly," McCain told disappointed supporters in Arizona.
Obama and his running mate, Sen. Joseph Biden of Delaware, will take their oaths of office as president and vice president on Jan. 20, 2009.
As the 44th president, Obama will move into the Oval Office as leader of a country that is almost certainly in recession, and fighting two long wars, one in Iraq, the other in Afghanistan.
The popular vote was close, but not the count in the Electoral College, where it mattered most.
There, Obama's audacious decision to contest McCain in states that hadn't gone Democratic in years paid rich dividends.
Obama has said his first order of presidential business will be to tackle the economy. He has also pledged to withdraw most U.S. combat troops from Iraq within 16 months.
Fellow Democrats rode his coattails to larger majorities in both houses of Congress. They defeated incumbent Republicans and won open seats by turn.
The 47-year-old Illinois senator was little known just four years ago. A widely praised speech at the Democratic National Convention, delivered when he was merely a candidate for the Senate, changed that.
Overnight he became a sought-after surrogate campaigner, and he had scarcely settled into his Senate seat when he began preparing for his run for the White House.
A survey of voters leaving polling places on Tuesday showed the economy was by far the top Election Day issue. Six in 10 voters said so, and none of the other top issues — energy, Iraq, terrorism and health care — was picked by more than one in 10.
"May God bless whoever wins tonight," President Bush told dinner guests at the White House, where his tenure runs out on Jan. 20.
The Democratic leaders of Congress celebrated in Washington.
"It is not a mandate for a party or ideology but a mandate for change," said Senate Majority leader Harry Reid of Nevada.
Said Speaker Nancy Pelosi of California: "Tonight the American people have called for a new direction. They have called for change in America."
Shortly after 11 p.m. in the East, The Associated Press count showed Obama with 338 electoral vote, well over the 270 needed for victory. McCain had 127 after winning states that comprised the normal Republican base.
The nationwide popular vote was remarkably close. Totals from 58 percent of the nation's precincts showed Obama with 51 percent and McCain with 47.9.
Interviews with voters suggested that almost six in 10 women were backing Obama nationwide, while men leaned his way by a narrow margin. Just over half of whites supported McCain, giving him a slim advantage in a group that Bush carried overwhelmingly in 2004.
The results of the AP survey were based on a preliminary partial sample of nearly 10,000 voters in Election Day polls and in telephone interviews over the past week for early voters.
Democrats also acclaimed Senate successes by former Gov. Mark Warner in Virginia, Rep. Tom Udall in New Mexico and Rep. Mark Udall in Colorado. All won seats left open by Republican retirements.
In New Hampshire, former Gov. Jeanne Shaheen defeated Republican Sen. John Sununu in a rematch of their 2002 race, and Sen. Elizabeth Dole fell to Democrat Kay Hagan in North Carolina.
Democrats also looked for gains in the House. They found their first in Florida, defeating Rep. Tom Feeney, and another in Connecticut, where 22-year veteran Chris Shays was swept away by the Democratic tide.
The resurgent Democrats also elected a governor in one of the nation's traditional bellwether states when Missouri Attorney General Jay Nixon won his race.
Sumber: Yahoo News
Obama Presiden baru, cipta sejarah
Beliau memperoleh 297 undi pemilih berbanding pencabarnya Senator John McCain yang mendapat 145 undi sehingga pukul 12 tengah hari (waktu Malaysia).
Dengan kemenangan di Florida, Ohio, Pennsylvania, Virginia dan beberap negeri lain, Obama merekodkan prestasi 'menarik' untuk mengatasi McCain.
Obama, anak kepada pasangan warga Kenya dan ibunya dari Kansas, mendapat perhatian banyak pihak sejak tahun 2004. Pada tahun itu beliau bertanding kerusi Senat.
Selain laluan cerah bagi Obama, parti yang beliau wakili - Demokrat juga memperlihatkan prestasi baik dengan mampu menguasai majoriti di Dewan Perwakilan dan Dewan Senat - sekali gus mengawal Kongres buat kali pertama sejak 1994.
Bagi pilihan raya anggota Senat, parti Demokrat, yang Obama wakili, juga mencatatkan kejayaan memberangsangkan dengan memperoleh kerusi ketiga daripada penguasaan Republikan, menjadikan majoriti parti itu meningkat kepada 52 daripada 100 kerusi yang diperuntukkan.
Hanya beberapa kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Senat kali ini.
Di peringkat awal, bagi tempoh kurang sejam selepas pusat pengundian awal ditutup, McCain berada di depan lebih kelebihan lebih 10 undi pemilih.
Obama juga menang besar di Pennsylvania - salah satu daripada tiga negeri kritikal yang menjanjikan undi pemilih terbanyak.
Kemenangan mutlak di Pennsylvania meletakkan Obama di kedudukan kukuh untuk menuju ke White House.
Beliau juga dikatakan memperoleh sokongan besar etnik kulit hitam, kaum wanita dan masyarakat Hispanik.
McCain terus menerima sokongan penduduk kulit putih dan golongan warga kanan.
Sumber: mSTAR
Menteri Kewangan Tidak Hormat Dewan Rakyat
Oleh itu menjadi tanggungjawab ahli-ahli dua dewan perundangan tersebut untuk memastikan kepentingan rakyat dan negara menjadi pertimbangan utama, bukannya kepentingan politik kepartian.
Hari ini ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk keluar dari Dewan yang mulia sewaktu Menteri Kewangan menggulung perbahasan belanjawan 2009. Tindakan ini terpaksa diambil kerana YB Menteri secara jelas bertindak di luar dari batasan semangat Parlimen Malaysia.
Selaku Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah tentu sedar ucapan penggulungan beliau akan memberi kesan kepada negara, justeru amat penting ucapan tersebut dibahaskan dengan teliti oleh Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
Namun, keengganan YB Menteri Kewangan untuk membenarkan sebarang celahan, pertanyaan dan penjelasan sewaktu beliau menggulung perbahasan Belanjawan 2009 amat dikesali kerana beliau sanggup membelakangkan kepentingan umum. Satelah berulangkali menuntut jawapan, dan menunggu selama satu jam, Menteri Kewangan tetap berdegil dan enggan memberikan laluan.
Sejarah Parlimen Malaysia yang sudahpun menjangkau usia separuh abad, buat pertama kalinya, menyaksikan Menteri Kewangan enggan dan gagal melayani perbahasan belanjawan. Adalah malang sekiranya Dewan Rakyat yang menjadi tempat undang-undang dibentuk dan polisi nasional dibentangkan tidak lagi dihormati.
ANWAR IBRAHIM
Eye on Malaysia: Tiada maklumat atau rugi?
Dato' Seri Azalina Othman Said berkata pihaknya tidak mempunyai maklumat mengenai data projek tersebut bagi menjelaskan mengenai status kewangan tersebut.
"Saya tidak mempunyai maklumat mengenai projek tersebut, tetapi saya akan periksa laporan kewangan mengenainya," katanya sambil dicelah oleh Wee Chee Keong (KeADILan-Wangsa Maju) yang terus menggesa Azalina bertanggungjawab dalam isu tersebut.
Tetapi, Azalina yang tertekan dengan Wee terus menyatakan,"yang berhormat, saya masih muda. berilah saya peluang menyiasat dakwaan yang dikatakan."
Beliau kemudian diusik ahli dewan lain,"bila nak kahwin?" dan ada yang menyampuk,"dah ada calon ke?" menyebabkan Azalina berkata,"itu terlalu peribadi," sambil kembali membincangkan topik asal.
Bagaimanapun, pihak kerajaan katanya tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kes tersebut dan akan memeriksa laporan mengenainya seterusnya menjawab solan tersebut kelak.
Persoalan tersebut ditimbulkan pada sesi ucapan penggulungan perbahasan Bajet 2009 parlimen kedua belas penggal pertama, Mesyuarat Ketiga Dewan Rakyat 3 November lalu. - mks._
Sumber: HarakahDaily
Keputusan awal pemilihan Presiden: Obama 207, McCain 135
Sehingga pukul 10.30 pagi ini (waktu Malaysia) Obama dipercayai telah memperoleh hampir 207 undi pemilih berbanding dengan McCain 135.
McCain yang berusia 72 tahun terus mengejar Obama untuk merapatkan perbezaan undi diperoleh.
Obama memerlukan kurang 70 undi untuk diumumkan sebagai Presiden AS yang ke-44 - sekali gus mencatatkan sejarah baru - pemimpin pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam memenangi jawatan itu.
Di peringkat awal, bagi tempoh kurang sejam selepas pusat pengundian awal ditutup, McCain berada di depan lebih kelebihan lebih 10 undi pemilih.
Obama juga menang besar di Pennsylvania - salah satu daripada tiga negeri kritikal yang menjanjikan undi pemilih terbanyak.
Kemenangan mutlak di Pennsylvania meletakkan Obama di kedudukan kukuh untuk menuju ke White House.
Beliau juga dikatakan memperoleh sokongan besar etnik kulit hitam, kaum wanita dan masyarakat Hispanik.
McCain terus menerima sokongan penduduk kulit putih dan golongan warga kanan.
Setakat ini Obama telah menang di negeri iaitu New Hampshire, Connecticut, Delaware, Maine, Maryland, Massachusetts, New Jersey, Vermont, Illinois serta District of Columbia.
McCain menang di lapan negeri - Alabama, Arkansas, Georgia, Kentucky, Oklahoma, South Carolina, Tennessee dan West Virginia - kebanyakannya kubu kuat Republikan.
Bagi pilihan raya anggota Senat, parti Demokrat, yang Obama wakili, juga mencatatkan kejayaan memberangsangkan dengan memperoleh kerusi ketiga daripada penguasaan Republikan, menjadikan majoriti parti itu meningkat kepada 52 daripada 100 kerusi yang diperuntukkan.
Hanya beberapa kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Senat kali ini.
Sumber: mSTAR
Pakej rangsang ekonomi RM7b diumum
Ketika menggulung perbahasan Bajet 2009 di peringkat dasar di Dewan Rakyat Petang ini, Timbalan Perdana Menteri, yang juga menteri kewangan berkata peruntukan tersebut akan disalurkan seperti berikut:
Pertama:
Untuk memastikan lebih ramai rakyat mampu untuk memiliki rumah, sebanyak RM1.2 bilion diperuntukkan bagi membina lebih banyak rumah kos rendah dan sederhana.
Dengan peruntukan tambahan ini, 6,500 unit rumah akan dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad, sebanyak 4,000 unit rumah akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 15,000 unit rumah yang bernilai diantara RM30,000 hingga RN35,000 sebuah untuk Semenanajung dan di antara RM35,000 hingga RM40,000 untuk Sabah dan Sarawak. Rumah ini akan dibina di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Dianggarkan secara purata, sebanyak 100 rumah PPRT akan dibina di setiap daerah di seluruh negara.
Program Amal Jariah, yang dikendalikan oleh Prokhas, anak syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan, adalah bertujuan membaikpulih rumah usang rakyat miskin tegar supaya mereka dapat menikmati rumah yang selesa dan selamat didiami. Program yang mula dilancarkan pada awal tahun ini, telah berjaya membaik pulih 7,000 unit rumah yang dianggar melibatkan peruntukan sebanyak RM40 juta. Pada tahun 2009, Prokhas akan membaiki 15,000 unit rumah sementara Khazanah Nasional akan menyelaraskan usaha-usaha syarikat GLC untuk melaksanakan Program Sejahtera yang melibatkan pembaikan 5,000 rumah.
Selain itu, untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai pendapatan tetap mendapatkan pinjaman perumahan, Kerajaan telah menyediakan Skim Jaminan Kredit Perumahan bagi pinjaman perolehan rumah sehingga RM100,000. Semenjak dilancarkan, sebanyak 800 peminjam, termasuk peniaga kecil, petani dan nelayan, telah diluluskan pinjaman berjumlah RM35 juta.
Kedua:
Bagi mengiktiraf peranan anggota keselamatan dan menjaga kebajikan mereka, sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi menaik taraf, membaik pulih dan menyelenggara balai dan kuarters polis serta kem dan kuarters tentera iaitu RM250 juta untuk polis dan RM250 juta juga untuk tentera.
Projek ini akan dilaksanakan dengan segera kerana pada pandangan kerajaan, kebajikan anggota pasukan keselamatan wajar sentiasa didahulukan.
Ketiga:
Sebanyak RM600 juta diperuntukkan bagi projek-projek kecil di bawah program Penyelenggaraan Infrastruktur Awam (PIA) dan Projek Infrastruktur Asas (PIAS), contohnya menyenggara jalan kampung, membina balai raya dan jambatan kecil.
Peruntukan ini akan dapat juga membantu kontraktor-kontraktor kecil bagi menyelesaikan masalah kekurangan projek pembinaan. Selain itu, ia dapat memberikan prasarana yang lebih sempurna kepada rakyat, khasnya di luar bandar.
Keempat
Sebanyak RM500 juta diperuntukkan bagi menyenggara dan membaik pulih kemudahan awam; antaranya sekolah, hospital dan jalanraya.
Kelima:
Sebanyak R500 juta akan diperuntukan untuk membina, menaiktaraf jalan-jalan di luar bandar, jalan-jalan kampung dan dan jalan-jalan pertanian, termasuk di Sabah dan Sarawak.
Sekali lagi ini melambangkan keprihatinan kerajaan bagi mengembangkan sektor pembinaan yang mempunyai kesan gandaan tinggi selain memastikan budaya penyelenggaraan dijadikan amalan. Pada ketika yang sama, kebajikan rakyat dalam pendidikan, perubatan dan perhubungan dapat diperbaiki.
Keenam:
Untuk merangsangkan lagi pendidikan negara dan mengambil kira kehendak semua kaum, maka kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM200 juta kepada empat kumpulan sekolah, iaitu RM50 juta untuk sekolah agama bantuan kerajaan, RM50 juta untuk "mission school", RM50 juta untuk SJK Cina dan RM50 juta untuk SJK Tamil.
Ketujuh:
Sebanyak RM300 juta diperuntukkan bagi menubuhkan dana untuk melaksanakan program latihan kemahiran yang ditumpukan ke arah memenuhi keperluan majikan dan industri, terutamanya di Koridor-koridor Pembangunan. Agihan dana ini akan diselaraskan dengan pihak berkuasa koridor pertumbuhan, Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri dan lain-lain organisasi yang berkaitan. Sektor yang akan diberi tumpuan untuk latihan tersebut adalah sektor pelancongan, kesihatan, pembinaan dan "business process outsourcing".
Kelapan:
Kerajaan amat sedar bahawa kos sara hidup di bandar adalah tinggi termasuk untuk menampung kos pengangkutan. Oleh itu, Kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta bagi menyelenggara dan memantapkan lagi sistem pengangkutan awam khususnya sistem LRT, Komuter dan sistem bas di bandar-bandar utama.
Seperti yang dibentang oleh YAB Perdana Menteri, kerajaan adalah komited untuk meperluaskan sistem pengangkutan awam agar lebih cekap dan "reliable", termasuk melaksanakan projek utama seperti penambahan sistem LRT, meningkatkan kapasiti aliran Kelana Jaya dan aliran Ampang, memperluaskan lagi perkhidmatan rel di Lembah Klang dan mengujudkan satu aliran baru dari Kota Damansara ke Cheras. Kesemua usaha ini akan memberi manfaat kepada lebih 1 juta pengguna.
Kesembilan :
Sebanyak RM1.5 bilion diperuntukkan bagi menubuhkan Dana Pelaburan untuk menarik lebih banyak pelaburan sektor swasta;
Dana ini adalah bertujuan menarik aktiviti pelaburan swasta yang berdaya maju. Tumpuan akan diberi kepada sektor strategik yang bernilai tambah tinggi dan projek berimpak besar dari segi nilai pelaburan, teknologi dan "knowledge workers".
Dana ini akan digunakan untuk memberi geran, pinjaman mudah atau modal ekuiti kepada pelabur. Pendekatan sebegini telah berjaya menarik pelabur dalam sektor perkhidmatan berteknologi tinggi, seperti Dell, Hewlett Packard dan Satyam, ke Cyberjaya serta dalam sektor pembuatan bernilai tambah yang tinggi, seperti pengeluaran panel solar, industri aeroangkasa dan komponen kapal terbang.
Kesepuluh:
RM400 juta ringgit diperuntukkan bagi menyegerakan pelaksanaan Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi.
Projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi ini adalah penting untuk memastikan daya saing negara pada masa hadapan. Prasarana sebegini akan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan aktiviti ekonomi, perniagaan dan seterusnya melonjakkan negara ke tahap nilai tambah yang lebih tinggi. Selain itu, pelaksanaan projek ini akan meningkatkan kualiti hidup rakyat di samping menjadi pemangkin kepada pelaburan swasta dalam sektor berteknologi tinggi. Ia juga akan menyumbang kepada pertumbuhan KDNK dan menambahkan peluang pekerjaan. Menjelang akhir 2009, perkhidmatan ini akan dapat disediakan kepada 300,000 premis, terutamanya di Lembah Klang dan juga kawasan industri seperti di Bayan Baru, Senai dan Kulim.
Pihak pembangkang telah mencadangkan agar projek ini dikaji semula. Sebenarnya, jika kita lambat untuk melaksanakannya, negara akan terus tertinggal ke belakang di dalam arus kepesatan teknologi moden, selaras dengan keperluan pembangunan ekonomi masa kini.
Kesebelas:
Untuk membina modal insan melalui program-program latihan yang diurus oleh kementerian yang berkaitan, kerajaan akan memperuntukkan RM200 juta. Ini adalah peruntukan bagi membiayai program daripada institusi latihan swasta dan pesertanya terdiri daripada golongan belia dan beliawanis daripada semua kaum. Nama-nama pelatih boleh dikemukakan oleh kementerian yang berkenaan seperti Kementerian Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Sumber Manusia serta Pembangunan Wanita dan Keluarga.
Keduabelas:
Untuk memperkasakan golongan belia melalui program program baru, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta. Antara program yang terlibat ialah rakan muda sekolah, rakan muda sektoral yang melibatkan kampung baru Cina, estet untuk kaum India, kampung orang asli dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak.
Ketigabelas:
Untuk menggerakkan semula projek perumahan yang terbengkalai di kawasan-kawasan strategik terpilih dan berdaya maju, kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan RM200 juta. Projek ini akan diuruskan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).
Keempatbelas:
Untuk menambahkan premis perniagaan di samping memperindahkan suasana pekan-pekan kecil yang terpilih di seluruh negara, kerajaan akan memperuntukkan RM100 juta ringgit. Ini akan dapat menambah bilangan usahawan kecil dan sederhana, termasuk memasarkan produk keluaran tempatan. Program ini akan dilaksanakan oleh MARA di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
Kelima belas:
Untuk melahirkan generasi masa hadapan yang lebih berkualiti, RM200 juta diperuntukkan untuk pendidikan awal kanak-kanak di peringkat umur 1 hingga 6 tahun. Ini termasuk program seperti PERMATA negara, Tadika KEMAS, Tadika Perpaduan dan kelas pra-sekolah.
Menurut Najib lagi, bagi langkah untuk menggalakkan aktiviti sektor swasta, langkah-langkah liberalisasi berikut akan diambil:
Pertama:
Menghapuskan duti import bagi simen dan keluaran besi keluli panjang (long iron and steel products) untuk sektor pembinaan dan pembuatan. Di samping itu, semua Approved Permit (AP) bagi eluaran besi keluli panjang akan dikecualikan. Langkah ini akan dapat menyokong usaha Kerajaan untuk merangsang pertumbuhan sektor pembinaan, di samping menyediakan persekitaran yang kompetitif alam industri bekalan bahan binaan negara;
Kedua:
Membenarkan individu atau entiti asing untuk membeli hartanah komersil bernilai RM500,000 atau lebih, tanpa memerlukan kelulusan FIC, dengan syarat hartanah tersebut adalah untuk egunaan sendiri. Langkah ini adalah untuk menggalakkan pelaburan, terutamanya pembangunan sektor hartanah negara;
Ketiga:
Bagi memudahkan proses pengambilan pekerja asing berasaskan pengetahuan (knowledge worker), permit kerja, yang pada masa ini diberi kepada majikan, akan juga diberi secara langsung epada pekerja tersebut. Oleh itu, langkah ini akan meningkatkan fleksibiliti pekerja demikian dalam pasaran kerja, kerana mereka tidak akan terikat dengan majikan masing-masing.
Timbalan perdana menteri juga mengumumkan bahawa kerajaan akan berusaha menyediakan lebih banyak peluang latihan dan pekerjaan, melalui langkah-langkah berikut.
Pertama:
Kerajaan, melalui syarikat GLCs seperti Khazanah dan PNB akan melancarkan “Graduate Employability Management Scheme” (GEMS), yang didasarkan kepada skim graduan terdahulu yang telah dilaksanakan oleh syarikat-syarikat GLC dengan jayanya. Kerajaan bercadang untuk menyokong dan menyelaraskan usaha-usaha GLC dalam menangani masalah graduan menganggur ini dengan mewujudkan satu program bagi meningkatkan keupayaan dan kemahiran mereka sebelum mereka diserap atau mendapat pekerjaan di syarikat GLC mahupun swasta. Sasaran program ini ialah untuk melatih sehingga 2,000 graduan dalam jangkamasa dua tahun. Kerajaan yakin, progam ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan penggunaan domestik di samping memberi pengalaman yang berharga kepada graduan erlibat.
Kedua:
Mempercepatkan pengambilan kakitangan bagi jawatan yang kritikal dan amat diperlukan dalam sektor awam. Pada masa ini, kekosongan jawatan kritikal dalam sektor awam adalah 18,000. kekosongan ini akan diisi secara kontrak, sementara menunggu proses pelantikan secara tetap. Dalam tahun ini, lebih 1,300 kakitangan telah dilantik secara kontrak bagi Jabatan Kerja Raya bagi meningkatkan keupayaannya dalam melaksanakan projek-projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menegaskan bahawa Kerajaan tidak bercadang untuk memberhentikan kakitangan kontrak di dalam perkhidmatan Kerajaan sebagaimana dilaporkan dalam media.
Sumber: Malaysiakini
Pekerja dibenar kurang caruman KWSP
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan berkata, pada masa ini, caruman majikan kepada KWSP adalah 12 peratus manakala caruman pekerja adalah 11 peratus.
"Dengan penurunan ini, jumlah caruman masih pada tahap munasabah 20 peratus, iaitu 12 peratus majikan dan 8 peratus pekerja.
"Seseorang yang berpendapatan 2,000 ringgit sebulan akan memperolehi pendapatan boleh guna tambahan sebanyak RM60 sebulan, manakala seseorang yang berpendapatan RM 6,000 sebulan akan memperolehi pendapatan boleh guna tambahan sebanyak RM180 sebulan," katanya ketika menggulung Perbahasan Bajet 2009 di peringkat dasar.
Katanya, sekiranya semua pencarum memilih untuk mengurangkan caruman, jumlah yang terlibat adalah RM4.8 bilion setahun.
"Sekiranya kita mengandaikan bahawa hanya 50 peratus daripada pencarum akan menggunakan kemudahan ini, perbelanjaan penggunaan swasta dijangka meningkat sebanyak RM2.4 bilion," katanya.
Sumber: Malaysiakini
Tuesday, November 4, 2008
Kes Eurocopter & Anwar, BPR digesa bertindak segera
Sumber: HarakahDaily.Net Nov 04, 08 7:12:46 am MYT Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 4 Nov (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk meneruskan siasatan ke atas pembelian Eurocopter yang dilakukan oleh kerajaan pada September lepas walaupun Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi merangkap Menteri Pertahanan menangguhkan pembelian tersebut.Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia Shamsul Iskandar Mohd Akin adalah sangat mendukacitakan apabila Abdullah membuat ralat bahawa berlaku kesilapan sebutan harga, di mana harga Eurocopter tersebut adalah sebanyak RM1.604 billion sedangkan beliau sebelum ini membundarkannya kepada RM1.7 billion.

"Ini adalah sangat memalukan dalam keadaan perkara yang menghanguskan wang rakyat sewenang-wenangnya diambil mudah oleh beliau. Harga rasmi seperti yang dijelaskan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Wira Abu Seman Yusop ialah sebanyak Euro 323.7 juta bersamaan RM1.604 bilion," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakah baru-baru ini.
Dalam pada itu AMK menegaskan, bahawa tidak ada keperluan bagi BPR untuk menghentikan siasatan dalam keadaan sekarang memandangkan kecelaruan angka dan fakta di sebalik proses pembelian Eurocopter ini jelas membuktikan ia satu pembelian yang terdesak,dan hanya dihentikan disebabkan oleh desakan bertubi-tubi oleh Pakatan Rakyat.
AMK juga turut menggesa agar BPR mempercepatkan proses pendakwaan ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail setelah Ketua Pengarah BPR mendedahkan bahawa siasatan kes insiden "mata lebam" Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa dalam tahanan 10 tahun lalu telahpun selesai.
"BPR tidak boleh melengah-lengahkan sama sekali pendakwaan kes ini memandangkan keadaan ini tidak diadili sewajarnya dalam keadaan ia akan membiarkan individu-individu tertentu terus berkeliaran dan memungkinkan penyalahgunaan kuasa yang lebih besar berlaku," katanya.
Dalam hal ini, AMK mahu Perdana Menteri lebih serius dengan komitmen beliau membersihkan sistem keadilan di Malaysia, dengan menggantung tugas Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan agar memudahkan BPR meneruskan pendakwaan ke atas mereka.
"Wang rakyat dan sistem keadilan negara adalah amanah dan tidak boleh diseleweng demi memuaskan nafsu dan tembolok politikus rakus. Justeru BPR wajar meneruskan siasatan tanpa kompromi demi mempertahankan kebenaran untuk rakyat terbanyak," katanya. - mks. _
Replika Anwar di Batu Cave diturunkan
Replika besar penasihat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencetuskan 'kontroversi' pelbagai pihak di Batu Caves akhirnya diturunkan oleh pengelolanya R Viriya pagi semalam.
Viriya yang sebelum ini bercadang memohon lanjutan tarikh penegakan imej itu daripada Majlis Perbandaran Selayang (MPS) berkata, beliau menukar fikiran kerana memikirkan keadaan papan penyokong imej itu yang "ditakuti tidak boleh tahan lama".
"Lagipun saya telah berbincang dengan (wakil rakyat Batu Caves) YB Amiruddin (Shari), beliau cakap cukuplah," katanya kepada Malaysiakini.
Rabu lalu, Viriya berharap permit tempoh pemasangan imej setinggi 12.2 meter tersebut yang didirikan di satu simpang dekat Wisma Keringat, Batu Caves, dapat disambung kira-kira dua bulan lagi sehingga sambutan hari Natal dan tahun baru.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau berkata imej itu diturunkan lebih kurang 10 pagi semalam oleh kira-kira sepuluh penduduk Kampung Indian Settlement dekat situ yang sebelum ini membantu menegakkannya.
Manakala Amiruddin pula, menulis dalam blognya 'Harapan Baru Untuk Batu Caves' (http://adunbatucaves.blogspot.com/) bahawa keputusan menurunkannya imej itu tidak bermakna pihaknya tewas dengan desakan parti lawan Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Bukan bermakna kita tewas dengan desakan Umno/BN tetapi kita merasakan matlamat kita telah tercapai, iaitu untuk tujuan pernghargaan kepada masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves sempena hari raya (Aidil Fitri) dan Deepavali," katanya.
Umno sambut baik
"Tahniah saya ucapakan kepada mereka yang terbabit atas usaha dan penat lelah mereka; dan juga tahniah kerana kita tak mudah melatah akan karenah dan sikap kebudak-budakkan Umno/BN dan mufti Perlis (Dr Mohd Asri Zainul Abidin).
"Umno/BN tak pernah belajar dari kesilapan walaupun mengalami tsunami (politik) 8 Mac lalu," tulisnya lagi.
Imej itu mula mencetuskan kontroversi awal bulan lalu apabila Dr Mohd Asri dilaporkan mendakwa replika itu "berunsur keberhalaan" dan "perlu dihapuskan dengan segera."
Manakala Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam pula dilaporkan berkata, pembinaan replika gergasi penasihat PKR itu menunjukkan PKR "mendewa-dewakan pemimpinnya".
Ketika dihubungi, Umno Gombak menyambut baik tindakan itu .
Sebelum ini, Umno bahagian berkenaan bercadang mengadakan "bantahan terbuka" jika pihak majlis meluluskan permohonan untuk melanjutkan tempoh pemasangan replika tersebut.
Bagaimanapun, ketuanya Abdul Rahim Kamaruddin berkata, beliau akan meneruskan bantahan terbuka jika sekali lagi imej sebegitu ditegakkan kembali.
"Kita akan teruskan bantahan terbuka sekiranya buat (replika besar) sekali lagi," katanya.
Elaun guru agama di S'gor dinaikkan ke RM1,000
Sumber: MalaysiaKini.Com
Beliau berkata, seramai 6,262 orang guru berkenaan akan menerima kenaikan tersebut.Abdul Khalid berkata dalam masa dua atau tiga tahun lagi jika keadaan kewangan kerajaan negeri mengizinkan, elaun itu mungkin dinaikkan di atas garis kemiskinan RM1,500 sebulan yang ditetapkan kerajaan negeri.Menurut Bernama, Pengarah Jais, Datuk Muhammed Khusrin Munawi telah meminta kerajaan negeri agar menimbang semula kadar elaun itu yang agak rendah, di tengah-tengah kenaikanharga barangan keperluan pasa masa ini, selain ia terletak di bawah paras kemiskinan RM1,500 sebulan.
Beliau berkata demikian di majlis anugerah perkhidmatan cemerlang Jais dan meraikan kakitangan Jais yang bersara di Shah Alam hari ini.
Monday, November 3, 2008
Selamat Pengantin Baru



Din merupakan moderator untuk blog AMK Melaka. Majlis persandingannya telah diadakan pada Sabtu, 1 November 2008, bertempat di Dewan MBMB Bukit Beruang, Melaka.
Semoga murah rezki dan kekal bahagia ke akhir hayat.
