[DIKEMAS KINI, 12.15 tengah hari] WASHINGTON: Sah! Dalam tempoh lima jam pertama selepas pengundian ditutup - Senator Barack Obama diumum telah memenangi pemilihan bersejarah Amerika Syarikat - pemimpin pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam mengetuai White House.
Beliau memperoleh 297 undi pemilih berbanding pencabarnya Senator John McCain yang mendapat 145 undi sehingga pukul 12 tengah hari (waktu Malaysia).
Dengan kemenangan di Florida, Ohio, Pennsylvania, Virginia dan beberap negeri lain, Obama merekodkan prestasi 'menarik' untuk mengatasi McCain.
Obama, anak kepada pasangan warga Kenya dan ibunya dari Kansas, mendapat perhatian banyak pihak sejak tahun 2004. Pada tahun itu beliau bertanding kerusi Senat.
Selain laluan cerah bagi Obama, parti yang beliau wakili - Demokrat juga memperlihatkan prestasi baik dengan mampu menguasai majoriti di Dewan Perwakilan dan Dewan Senat - sekali gus mengawal Kongres buat kali pertama sejak 1994.
Bagi pilihan raya anggota Senat, parti Demokrat, yang Obama wakili, juga mencatatkan kejayaan memberangsangkan dengan memperoleh kerusi ketiga daripada penguasaan Republikan, menjadikan majoriti parti itu meningkat kepada 52 daripada 100 kerusi yang diperuntukkan.
Hanya beberapa kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Senat kali ini.
Di peringkat awal, bagi tempoh kurang sejam selepas pusat pengundian awal ditutup, McCain berada di depan lebih kelebihan lebih 10 undi pemilih.
Obama juga menang besar di Pennsylvania - salah satu daripada tiga negeri kritikal yang menjanjikan undi pemilih terbanyak.
Kemenangan mutlak di Pennsylvania meletakkan Obama di kedudukan kukuh untuk menuju ke White House.
Beliau juga dikatakan memperoleh sokongan besar etnik kulit hitam, kaum wanita dan masyarakat Hispanik.
McCain terus menerima sokongan penduduk kulit putih dan golongan warga kanan.
Sumber: mSTAR
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment