Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Wednesday, November 5, 2008

Keputusan awal pemilihan Presiden: Obama 207, McCain 135

[DIKEMAS KINI, 11.15 pagi] WASHINGTON: Dalam tempoh kurang empat jam pertama selepas keputusan awal pemilihan Presiden Amerika Syarikat (AS) mula diketahui, yang muncul secara berperingkat, Senator Barack Obama semakin kukuh untuk menjejaki White House.

Sehingga pukul 10.30 pagi ini (waktu Malaysia) Obama dipercayai telah memperoleh hampir 207 undi pemilih berbanding dengan McCain 135.

McCain yang berusia 72 tahun terus mengejar Obama untuk merapatkan perbezaan undi diperoleh.

Obama memerlukan kurang 70 undi untuk diumumkan sebagai Presiden AS yang ke-44 - sekali gus mencatatkan sejarah baru - pemimpin pertama daripada kalangan masyarakat kulit hitam memenangi jawatan itu.

Di peringkat awal, bagi tempoh kurang sejam selepas pusat pengundian awal ditutup, McCain berada di depan lebih kelebihan lebih 10 undi pemilih.

Obama juga menang besar di Pennsylvania - salah satu daripada tiga negeri kritikal yang menjanjikan undi pemilih terbanyak.

Kemenangan mutlak di Pennsylvania meletakkan Obama di kedudukan kukuh untuk menuju ke White House.

Beliau juga dikatakan memperoleh sokongan besar etnik kulit hitam, kaum wanita dan masyarakat Hispanik.

McCain terus menerima sokongan penduduk kulit putih dan golongan warga kanan.

Setakat ini Obama telah menang di negeri iaitu New Hampshire, Connecticut, Delaware, Maine, Maryland, Massachusetts, New Jersey, Vermont, Illinois serta District of Columbia.

McCain menang di lapan negeri - Alabama, Arkansas, Georgia, Kentucky, Oklahoma, South Carolina, Tennessee dan West Virginia - kebanyakannya kubu kuat Republikan.

Bagi pilihan raya anggota Senat, parti Demokrat, yang Obama wakili, juga mencatatkan kejayaan memberangsangkan dengan memperoleh kerusi ketiga daripada penguasaan Republikan, menjadikan majoriti parti itu meningkat kepada 52 daripada 100 kerusi yang diperuntukkan.

Hanya beberapa kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya Dewan Senat kali ini.


Sumber: mSTAR

No comments: