Persidangan Dewan Rakyat telah ditangguhkan ekoran bantahan oleh ahli Parlimen pembangkang terhadap angka-angka tambahan kepada Bajet 2009, yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.
Kira-kira jam 12.30 tengahari, Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar menangguhkan sidang sehingga jam 2.30 petang selepas pembangkang enggan membenarkan rang undang-undang dibincangkan di peringkat jawatankuasa.
Sebelum itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) memberitahu Wan Junaidi bahawa mengikut Seksyen 66 (15) Perintah Tetap, dewan mesti dimaklumkan dua hari sebelum pembentangan sebarang pindaan kepada Rang Undang-undang Bekalan.
Menurutnya, usul mengenainya juga mesti diedarkan kepada semua ahli Parlimen.
Sumber: Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment