Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Husin Ali berkata, keadaan ketika ini seolaholah sudah menjadi satu rutin bagi negara Zionis untuk menunjukkan kekuasaan tenteranya setiap tiba majlis sambutan hari tertentu.
"Kali ini ia berlaku selepas Krismas, semasa kaum Muslim menyambut hari pertama tahun 1430 mengikut kalendar Islam, dan permulaan Muharram, satu daripada empat bulan penting dalam Islam.
"Kami ingin menggesa rakyat Malaysia supaya mendoakan penduduk yang terinaya di dunia, dan berharap satu keputusan yang lebih berhatihati dan penuh matang dapat dibuat oleh pemimpinpemimpin dunia, agar kewarasan dan kemanusiaan dapat dikembalikan di wilayah itu," menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, serangan udara yang ganas tentera Israel menampakkan sekali lagi sikap negara Zionis itu yang terus menunjukkan komitmen tidak ikhlas di meja rundingan, dan pada masa yang sama terbabit dalam tindakan membunuh dan membawa kemusnahan.
Menurutnya, keganasan kekal menjadi dasar negara Israel, dan ia akan berterusan selagi komuniti antarabangsa, terutama negara barat yang menjadi sekutu Israel, tidak menunjukkan sebarang bantahan malah membenarkan dan menyokong tindakan pengecut negara itu terhadap orang awam yang tidak berdosa. BERNAMA
Sumber: mSTAR