Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Friday, December 12, 2008

Lima Individu Gagal Dapat Kebenaran Cabar Keputusan Suruhanjaya 'Kes Video Lingam'

Lima individu yang dikaitkan dengan kontroversi "klip video Lingam" gagal mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kejadian itu.

Hakim Datuk Abdul Kadir Musa bersetuju dengan bantahan awal oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi, yang mewakili suruhanjaya itu, bahawa keputusan suruhanjaya itu tidak boleh dikaji semula kerana ia bukannya satu keputusan yang tertakluk kepada Arahan 53 Peraturan 2 (4) Peraturan-peraturan Mahkamah Tinggi.

Panel lima anggota suruhanjaya itu mendapati klip video yang menunjukkan seorang peguam, Datuk V.K.Lingam, sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu terdiri daripada Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, setiausaha agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dan seorang lagi bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Eusoff Chin, kerana salah laku.

Kecuali Dr Mahathir, yang lain telah mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan
semakan bagi membatalkan keputusan suruhanjaya itu.

Sumber: Perisik Rakyat

No comments: