Mahkamah Koroner yang mendengar inkues kematian Teoh Beng Hock hari ini diberitahu bahawa berdasarkan beberapa bukti, terdapat kemungkinan setiausaha politik itu membunuh diri.
Pakar Perunding Kanan Perubatan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Dr Khairul Azman Ibrahim, 51, berkata pendapatnya itu berdasarkan ketiadaan unsur pergelutan yang jelas dekat tingkap yang dipercayai tempat Teoh terjatuh dari Tingkat 14 Plaza Masalam yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, pada 16 Julai lepas.
"Buktinya tiada kesan darah, kesan pecah dan barang berterabur dekat tingkap tersebut, dan juga sebatang pen SPRM yang terdapat dalam poket mangsa masih berada di situ.
"Juga dari hasil DNA tidak ada terdapat kesan-kesan DNA dari pegawai SPRM dan juga kesan kecederaan yang dialami tidak menunjukkan apa-apa pergelutan dan ia boleh diterangkan ia disebabkan oleh kesan jatuh.
"Pada saya ia lebih kepada bunuh diri," katanya ketika ditanya oleh Tan Hock Chuan, peguam yang dilantik oleh kerajaan bagi membantu dalam pengendalian inkues itu.
Teoh, 30, setiausaha politik pengerusi Jawatankuasa Tetap Kampung
Baru dan Pengurusan Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di koridor di tingkat lima plaza itu, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan Selangor kepada SPRM. BERNAMA
Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment