BANDARAYA MELAKA- Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri mengedarkan 4,000 Jalur Gemilang sebagai menyambut bulan Kemerdekaan di Pasar Besar Melaka Sentral.
Ketua AMK, Hairiz Nordin berkata, tujuan AMK mengedarkan Jalung Gemilang secara percuma adalah sebagai inisiatif menyemarakkan harapan baru untuk Malaysia di samping menyemarakkan sambutan bulan Kemerdekaan yang dirasakan agak suram.
“Masih banyak lagi individu serta kenderaan yang belum kibarkan Jalur Gemilang, oleh sebab itu, kami mengambil langkah mengedarkan Jalung Gemilang dan gelang tangan yang tertulis ‘I Love Malaysia’ secara percuma kepada orang ramai di sekitar pasar ini,” katanya
Beberapa anggota AMK turun padang sebagai salah satu cara mendekatkan parti dengan masyarakat umum. Hadir sama, Exco AMK Malaysia merangkap Timbalan Ketua AMK Negeri Melaka, Ginie Lim.
Menurutnya, pengedaran Jalung Gemilang itu juga adalah sebagai satu usaha mengajak rakyat Malaysia terutamanya golongan belia untuk bersama-sama menghayati erti kemerdekaan agar semangat cintakan negara sentiasa tersemat dalam diri, sekali gus meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara.
“Mengikut konteks sejarah, selain sumbangan UMNO dalam memerdekakan Tanah Melayu, kita tidak seharusnya melupakan beberapa pakatan dan parti politik sayap kiri seperti Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) yang turut memperjuangkan kemerdekaan,” katanya.
Sinar Harian
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment