Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, August 17, 2009

Aktiviti AMK Melaka: Program Kibarkan Bendera Malaysia Berjaya!!!






Sidang Media AMK Melaka

16 Ogos 2009

Bandaraya Melaka- Angkatan Muda Keadilan Melaka (AMK) hari ini telah berjaya mengedarkan bendera Malaysia sebanyak 3000 batang di dua lokasi tumpuan ramai iaitu di Pasar Borong Batu Berendam dan Pasar Besar Melaka Sentral. Turut serta Sdr Yusuf Abdullah yang merupakan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat negeri Melaka dan Sdr Lim Siong Ho merupakan Timbalan Katua Penerangan PKR Melaka.

Program ini bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Seramai 30 orang anggota AMK Melaka telah turut serta dan terlibat menjayakan program ini. Respon yang diterima dari orang-ramai amat memberangsangkan dan menggalakkan.

Dalam pada itu, Angkatan Muda Keadilan Melaka melihat konsep satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ternyata gagal kerana penerimaan rakyat terhadap promosi untuk mengibarkan bendera Malaysia agak dingin, sehingga seluruh agensi kerajaan negeri Melaka termasuk PBT terpaksa dikerahkan untuk menjayakan konsep ini.

AMK Melaka juga melihat penerimaan rakyat dalam Program Kibarkan Bendera Malaysia anjuran AMK Melaka ini, membuktikan rakyat menolak siri provokosi yang dilakukan oleh UMNO yang memburukkan Anwar Ibrahim dan melabel beliau sebagai pengkhianat Melayu.
Ini dikuatkan lagi dengan penggunaan agensi kerajaan seperti SPRM yang dilihat sebagai agen UMNO dalam siri pendakwaan terpilih dan kontroversi kematian Teoh Beng Hock.

AMK Melaka akan meneruskan program seperti ini pada masa-masa yang akan datang dan sebagai satu cara untuk mendekatkan AMK dan PKR Melaka dengan masyarakat umum. Sesuai dengan saranan Anwar Ibrahim "kita bersedia untuk memerintah Melaka dan Malaysia".

Hairiz Bin Nordin
Ketua
AMK Melaka




No comments: