Aktiviti

Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...

Monday, April 19, 2010

PRK P 94 Hulu Selangor: Fitnah Murahan Blogger BN

Tepat jam 12.00 tgh tadi admin AMK Melaka sempat melayari beberapa blog BN yang dikatakan bakal menyahut cabaran YB Azmin Ali seperti yang disiarkan dalam Akhar Utusan https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEieAghaY22KEHWB1XNXiU-uP9D8FWhMw9WFnGxf760R5ntNU9PwtQBuYhGdzD1PbOdWGYnkLk4l50KazsDnQ9kNmtfLY6KPFcGjLj1elli_93uNX8ITiPkWTRrGp_PaBWJOeM6xwVc2WL3P/s1600/utusan.jpg iaitu dengan menyiarkan gambar Datuk Zaid Ibrahim sebagai bukti beliau adalah seorang kaki botol.

Ternyata jangkaan kami benar. Gambar yang memaparkan Datuk Zaid Ibrahim bersama botol Alkohol adalah gambar superimpsoed yang diambil dari Laman web http://www.thenutgraph.com/man-of-a-hundred-contradictions. Ini menunjukkan BN berterusan ketandusan idea dan terus menyerang serta mereka fitnah terhadap Datuk Zaid Ibrahim calon Pakatan Rakyat (PKR) di PRK P 94 Hulu Selangor.

Gambar pertama dan kedua adalah gambar dari laman web The Nut Graph yang telah mewawancara Datuk Zaid Ibrahim. Wawancara tersebut telah disiarkan pada 9.00 pagi 17 Oktober 2008.



Manakala Gambar ke 3 (Bawah) telah di superimposed oleh blogger BN dengan menambah botol Alkohol pada gambar tersebut. Gambar ini telah disiarkan di beberapa blog pro BN.

http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/04/gambar-zaid-ibrahim-bersama-wisky.html


Kami percaya pengundi-pengundi di Hulu Selangor bijak dan tidak mudah menerima fitnah murahan seperti ini!

No comments: