KUALA LUMPUR 20 APR: PAS menegaskan pimpinan Umno tidak wajar memperalatkan isu peminum arak yang sudah bertaubat sedangkan mereka yang melontar tuduhan, belum berhenti dari tabiat itu.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali menganggap serangan peribadi yang menjadi amalan Umno Barisan Nasional sudah melampaui batas.
Beliau juga mencadangkan pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) supaya menghentikan serangan peribadi terhadap Datuk Zaid Ibrahim pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Pada satu sidang media hari ini, Mustaffa juga menyifatkan kempen sedemikian sebagai "tiada kelas".
Katanya, isu peribadi silam sengaja dimainkan media arus perdana berikutan Zaid berpotensi untuk menang berdasarkan karektornya sebagai pemimpin rakyat.
"Saya nampak BN tidak mahu Zaid berada di Parlimen dan menggunakan apa sahaja isu untuk menjatuhkan beliau. Kemudian guna isu yang dimainkan dalam setiap ceramah," katanya.
Dakwanya, beliau mengesyaki semua Perdana Menteri kecuali Tun Abdullah Ahmad Badawi sebenarnya terlibat dengan pengambilan minuman beralkohol.
"Seluruh Perdana Menteri sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn, Tun Abdul Razak, Tun Mahathir semuanya terlibat dengan arak.Tak ada seorang pun yang tak pernah minum arak kecuali Abdullah.
"Pak Lah saya akui. Yang ini saya tahu tak minum arak. Ada yang saya tengok dengan mata kepala saya sendiri," katanya.
Selain minum arak, Mustafa mendakwa, tiada pemimpin utama Umno yang bebas daripada tiga lagi "dosa", iaitu "rasuah, judi dan perempuan."
Jika Umno terus bersikap keterlaluan dalam kempen, beliau berkata, PAS tidak teragak-agak menjadikan pekung Umno sebagai "peluru terakhir"
"Ada empat dosa dalam Umno iaitu perempuan, rasuah, arak dan Judi. Hampit tidak ada satu pun pemimpin BN terlepas daripada empat perkara itu. Jadi, jangan tengok orang sahaja tapi tengok diri sendiri," katanya.
TVS
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Wednesday, April 21, 2010
Semua PM Minum Arak Kecuali Pak Lah? - TVS
Labels:
BN,
Hulu Selangor,
Kontroversi,
Pakatan Rakyat,
Pilihanraya,
PKR,
Semasa,
UMNO,
Zaid Ibrahim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment