Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.
Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.
Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.
Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.
“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.
Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.
Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.
Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.
Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.
Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.
Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.
Malaysiakini
Aktiviti
Akan Dikemaskini dari Semasa ke Semasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
menyelinap keluar, pandu kereta tanpa lesen, tak berhenti walaupun diarah berhenti.. baikkah macam tu?
pemilik kereta iswara tu boleh didakwa atas kesalahan cuai menjaga barang hak milik sehingga menyebabkan kematian
polis dah bagi tembakan amaran.. dah kejar jauh2.. tapi kenapa takut berhenti? salah ke polis tembak?
pernah ke anda fikir kalau yang dalam iswara tu ade senapang.. xke mati polis tu nanti kene tembak..
ibu, kakak, ahli keluarga... tolong jangan tunjuk2 salah orang.. satu jari tunjuk orang, 4 lagi tunjuk diri anda.. anda malu orang cerita pasal arwah? terimalah hakikat dengan hati terbuka, akuilah QADA dan QADAR!!!
jangan cuba tutup salah sendiri dengan slahkan orang,,
anak2 anda meluangkan banyak masa di luar berbanding dengan famili.. boleh ka kata die baik di sekolah, di rumah padahal 70% mase dia bukan dengan anda?
fikir guna akal waras dan rasional bukan dipandu emosi dan amarah
Anon 11:23 PM,
Benar ke polis memberi tembakan amaran? Atau polis menembak terus ke arah kereta. Jangan mudah membuat kesimpulan.
Jika kejadian ini berlaku kepada anak anda, bagaimana? Lebih-lebih lagi kenderaan tersebut dimiliki anda. PASTIKAN diri anda didakwa kerana CUAI!
Keluarga tersebut hanya mahukan kebenaran, ketelusan dan mengharapkan pihak polis tidak berselindung disebalik kesilapan yg dilakukan anggota mereka!
Post a Comment